22 Jun 2009

.ukhuwwah yang benar bawa ingatan kepada Allah.

0 Comments

Salam alaik.

Walaupun ukhuwwah sering dibincangkan,hakikatnya ukhuwah tetap menjadi satu topik yang unik untuk diulang kaji,mahupun di ulang cerita. Ini kerana ukhuwah mengaitkan perasaan dan jasad kita.betulkan cakap ana?.huhu.


Ukhuwah ini kalau antum dan kita semua lihat dari sudut yang sebenar, bukanlah satu hubungan yang boleh diklasifikasikan sebagai biasa,tapi luar biasa.huhu.Ia boleh membuatkan kita.Ia boleh membuatkan kita gembira,boleh juga membuatkan kita rasa gundah.Selalunya ia membuatkan kita tenang,dan kadangkala boleh juga menjadi resah.

Ukhuwah juga kadangkala menjadi pembakar semangat untuk kita teruskan kerja-kerja yang berat,atau menjadi obor kepada azam yang kita bina.Terdapat kata-kata pujangga yang ana ingat:
"kamu adalah sahabat kamu".

Kedua-dua kata-kata ini hakikatnya membawa maksud yang mendalam kalau antum semua telitikan.Ukhuwah sememangnya indah,namun keindahan ukhuwah itu juga boleh menjadikan kita jauh dari sang pencipta kita. Sebenarnya, kita perlu membina asas ukhuwah kita dengan iman,dengan harapan agar ukhuwah itu membenihkan rasa cinta kita kepada sang pencipta kita ynag agung.

Justeru,kita perlu pandai memilih sahabat,agar sahabat kita nanti akan membawa kita kepada mendekatkan diri kita kepada Allah.Bukan semua manusia boleh mendekatkan diri kita kepada Allah,maka kita semua haruslah bermuhasabah,atas dasar apa ukhuwah itu antum atau kita bina.Jika material menjadi tujuan kita,maka seseungguhnya kita hanya menempah dunia semata-mata,tanpa akhirat.Tetapi jika niat kita kerana mardatillah, atau keredhaan Allah, maka kita akan cuba mengislahkan diri kita dan sahabat kita itu agar mendekatkan diri kita kepada Allah. Satu masa sahabat kita juga akan mengingatkan diri kita kepada Allah.

Sebab itulah kita perlu bijak memilih sahabat.Boleh berkawan dengan semua orang,tetapi sahabat tidak. Hal ini kerana kita adalah bayangan sahabat kita.

Menyebut hal ni,ana ade kisah bersama sahabat-sahabat yang ana akrab ngn diorang semua.Kalau ana berdoa untuk sahabat-sahabat ana,nama diorang wajib ada dalam doa ana.Malah menganggap diorang lebih penting dari diri ana sendiri.Ni bukan nak riak ke ape,tp sebagai renungan untuk kita semua.Justeru,ana suke gak memberi hadiah kepada sahabat-sahabat kerana ana kira hendak sentiasa menyukai hati diorang.Diorang memang tak pernah bagi ana hadiah,namun ana tak kisah sebab tu sumer bukan tujuan ana membina hubungan ukhuwah ngn diorang.

okaylah,tu je kuwt yang ana boleh sampaikan kat antum semua.Harap-harap ana dan antum semua tergolong daripada kalangan yang Allah naungi pada hari tiada naungan Allah.

"ada tujuh golongan yang akan dinaungi oleh Allah pada hari tiada naungan melainkan naungan-Nya, Dua lelaki yang berkasih sayang kerana Allah,bertemu dan berpisah hanya kerana-Nya"

Maka marilah kita kembali mengkaji ukhuwah.Jadikannya sebagai satu generator untuk kita menuju Allah SWT.ameen.

wassalam

.sesiapa pown boleh berubah.huhu.ameen.

0 suara[²]: