31 Dec 2009

jum reramai:)

0 Comments

Sempena sesi persekolahan yang akan bermula pada 4 Januari 2010, pihak PIBG SMIH menganjurkan hari Gotong Royong Perdana pada hari Sabtu, 2 Januari 2010, jam 8.30 pagi12.30 tengahari. Pihak PIBG SMIH dan pengurusan SMIH menjemput semua ibu bapa, guru dan pelajar untuk hadir pada hari tersebut bagi bersama-sama membersihkan dan menceriakan kawasan sekolah. Kehadiran anda semua amat diharapkan.
hingga

24 Dec 2009

sorry.

1 Comments

salam alaik.
kami warga batchtigabelas.memohon maaf kepada semua warga hidayah,
kerana kami tidak berjaya mendapatkan keputusan seperti yg ditarget.
jutaan maaf terutamanya Ustazah Kamaliah,guru PK,Ustazah Siti Hajar,Ustazah Junita, serta guruguru yang mengajar kami semua
kami memohon jutaan maaf kerana tidak berjaya mencapai target yang telah ditetapkan.

kami sudah belajar,kami sudah mengulang kaji,kamu sudah melakukan yang terbaik yang kami mampu,kami juga telah melakukan usaha yang semaksima mungkin,tetapi Allah yang menentukanya.
kami memohon maaf.

kepada Batchtigabelas.PMR bukan segalnya.jangan terlalu sedeh dgn keputusan kali ini.masih ade dua tahun utk kite berada di Bumi Hidayah ini.yuk,kita gunakan masa yang ade ni.untuk membuktikan pada semua batch kita boleh.ameen.SPM 2011 menanti ita semua.yuk.semoga allag melihat usehe-usehe yang kita lakukan bersama.ameen

tahniah buat semua yg mendapat yg baikbaik.yg kurang baik,la tahzan.Allah tahu ape yg terbaek untuk kita semua.
jangan berputus asa dalam belajar.teruskan perjuangan kita dalam menuntut ilmu dan menyampaikan dakwah.semoga kita semua thabat dalam jalan ini.ameen

mohon maaf semua.

wassalam.

23 Dec 2009

ameen.

0 Comments



*jum doa reramai jum:)*


“Ya Allah, kami BATCH 13 memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan kami memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan kami memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan kami tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan kami tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan untuk mendapat keputusan PMR 9A dan GPK 1.30 adalah baik bagi kami pada agama kami, kehidupan kami dan kesudahan urusan kami sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagi kami dan permudahkanlah serta berkatlah bagi kami padanya dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan untuk mendapat keputusan PMR 9A dan GPK 1.30 mendatangkan keburukan bagi kami pada agama kami, kehidupan kami dan kesudahan urusan kami sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah kami daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untuk kami dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah kami dengannya”.

________________________________________________________

keputusan pmr 2009
tarikh: 24 disember.
tempat:smihjb
jam:pukul 10.00 pagi
pakaian: pakaian seragam sekolah

_________________________________________________________

harap maaf.

0 Comments

salam alaik.
harap maaf.
blog ini masih diselenggara.
kesabaran antum amat dihargai.
sekian.terima kasih.
wassalam.

17 Dec 2009

Kenangan 2009 (Kem Bahasa Arab: Daerah)

0 Comments

Sekadar kenangan 2009 sebelum bermulanya tahun 2010




Para Peserta: Zahin, Amir, Ziyaadi, Saifullah, Ammar, Irsyad, Hafiz, Anas MN

Naib Johan Persembahan Terbaik

Keputusan PMR 2009

0 Comments

Bismillahirahmanirahim
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Penyayang

Telah disahkan pada hari ini, Khamis, 17 Disember 2009
Bahawasanya, keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2009 akan keluar pada

Khamis, 24 Disember 2009

Adakah anda bersedia?

Marilah kita sama-sama berdoa sebagai ahli Batch 13 Sekolah Menengah Islam Hidayah agar menerima keputusan yang cemerlang dan mampu mencapai GPK 1.3
Amin!

11 Dec 2009

ameen.

0 Comments


jum doa sesame sume.
ameen.

selamatselamat.

1 Comments

happy birthday!.

-----------------------
nurul hakimah bt MFA.
yg ke-15.
semuge panjang umur,murah rezeki dan terus dibawah naungan rahmatNya.
ameen.

selamat berhari jadi.huu.
--------------------------


ikhlas dr kami
batchtigabelas smihjb.

10 Dec 2009

rehlah batchtigabelas smihjb

0 Comments


salam alaik.
hee.siap pun.hee.dh tgk.komen bebanyak yaw!.
hee.
wassalam.
selamat mengambil keputusan pmr:)

3 Dec 2009

aktiviti cuti sekolah!

0 Comments


sape nak masuk?!
call no 013-7596219 ye!
sume free kt sne.pengangkutan,makanan dsbnye.

wassalam

1 Dec 2009

ekpedisi remaja kental

4 Comments


salam alaik.

tgk blog ni dah lame terbengkalai.nak ceriakan balik blog ni.ok.nk kongsi sikit cerite ana ng
n kawankawan ana yg laen yg pegi Ekpedisi Remaja Kental or lebih dikenali XREK.hu. Xrek buat dekat Hulu Langat,Selangor.Kiteorang wakil team Johor.kiteorang seramai 14 orang peserte dan 4 orang pengiring.team johor diwakili oleh Anas Hishamuddin (kapten), Harish, Zul,Isyraf Masiri, Murshid,Hakimi (batu pahat).Banat Dalila (kapten Banat),Asma' Nadzirah,murshida, najihah, syifa', zaynab, dan dua orang banat dr batu pahat.lupe plak name diorang.hee. kiteorang bertolak dari Sri Putri jam 12 malam.Naik Bas Sri Maju yg LAJU mcm ape.haish.bahaye btul.Naik je bas.sume dh duduk.tgk yg memenuhi ruang bas uh kiteorg je myk.ahaha.naik je.sume tidur awal ana tgk.aiyoo.tkpe r.

sedar je dr tidur,dh sampai Puduraya.pukul 3 lebih.awlnye!.pegi lepaklepak dekat Pud
uraya.banin amik keputusan sebab dh lapar sgt gi KFC.banat jagekn begbeg kiteorang.pegi je.makanmakan.share story.sembang ngn pengiring,Anas Razak. pukul 4 lebih pegi tempat tadi,rehat kejap.solat subuh dekat surau pudu.jumpe kt sane team Perak ngn Penang.diorang xtw jalan kt KL ni.diorg nk join sekali team johor.bg je la.tolong menolong.hee.jd team 1 Malaysia plak kiteorang.ahaha.bertolak gi sane naik LRT. Puduraya>Pasar Seni>Masjid Jamek>Batu 9>Batu 11>Resort.

sampai sane.Hasif amek kiteorg bwk gi resort.sampai sane.daftar.kumpul.kenalkenal dgn pserte xrek lain.sume sporting.hu. bestbest.ade program ngn abg long.abg long memang best!.solat jama'.petang pulak ade laluan berhalangan.yg conduct program uh Tok Wan.fuh!.mulut tokwan memang best.ahaha.lagi adventure dr mukhayyam lah klu korang nk twu.bestbest.ade gak yg cedere.ahaha.ujian.lepas uh ade permainan.bola beracun.bestbest. malam plak ade malam kebudayaan.memang best persembahan banin!.bestbest!.lawak.paling best kumpulan Abu Bakar lah.ahaha.persembahan malam nih tema dia berkaitan dgn Palestin.yg lainye n bestnye berbanding dgn mukhyyam ni,setiap kumpulan ade temanye sendiri.best r.lepas uh tidur.

esuknye,qiam.kuliah subuh yg sungguh..ahaha.tidur je ramai.pagi tuh senaman yg senaman ke?jauhnye larian!.ahaha.lepas uh ade jungle trecking,best.tapi sekejap sgt lah.tp memang best dr mukhayyam.mandi sungai.rehat.petang plak banin ade main galah panjang.Team Abu Bakar menang.ahaha.lepas uh masak tok mkn mlm.banat masak.uhu.banin belanje air.ahaha. malam tu plak ade sesi muhasabah dulu sebelum night walk.muhasabah ke kawankawan?.ahaha.xrase feel langsung la.mencarut je byk tokwan.adesh.ramai jgk tidur.termasuk la abgabg n kakakakak fasi.ahaha.kantoi.

after that,night walk.memang adventure thap ape je.ahaha.night walk nih jalan 3 orang sekali.nk uji semangat ithar yg tinggi.pentingkan kawan lebih dari diri sendiri.ana dpat rase bile Harish dgn Isyraf tolong ana bile ana terjatuh waktu night walk.night walk kt sini memang beze sgt dgn mukhayyam.ana rase mukhayyam patut bwt cmni jgk.night walk kt sini mcm jungle trecking.kene panjat bukit yg memang tinggi.kene turun bukit yg memang curam macam ape.tipu lah sape yg tak terjatuh.ade yg berdarah.luke.ade yg tgn terseliuh.memang uji kesabaran btul.hu.lepas uh balik camp side,mandimandi.tidur.


esuknye,solat subuh.ade sesi ape ntah.ana pegi rehat dekat khemah.hee.penat sgt lah.ari last nih.mcm biase ade senaman yg jauh mcm ape.huh.penat.lepas tuh masak tuk sarapan.banat tetibe msak sendiri atas arahan penghuluwati yg menegur and menuduh ana mcmcm.sabar je.lepas tu,ade xplorace.memang best.mulemule xd semangat langsung.tp peserte xrek lain memang best.pandai amek hati kiteorg.huu.
lepas tu,kene kemas khemah.mandi sungai bwt kali terakhirnye sebelum balik.dapat baju KRJ.time kasih Abg Bai and Abg Long.majlis penutup.solat.lepas tuh.terkejar-kejar nk pegi Puduraya.nk kejar bas.memang bahaye.sampai pudu pkul 5.bas gerak pukul 5.30.nasib baik.naik bas.sume tidur.cume ade bpe org je bsgbsg ckit kt blkg bas.ahaha.xreti penat kut diorang.ahaha.

kt xrek nih,memang best.macammcam ana dapat.dpat kenal kwnkwn dari negeri lain.dpat menambah baik sifat ithar dlm diri setiap orang.menghargai orang.kt sini,ana tgk.xd la rsenye assobiyah.walaupun dr negeri yg berlainan.sume bergaul mcm dh lame kenal.tulah namenye ukhuwwh.harap ukhuwwah ni kekal bwt selamenye. ok.wassalam.

jumpe dekat Leaders ok sume?!:)

30 Nov 2009

.maklumat PMR.

0 Comments

Assalamualaikum..

ana rase macam bosan bila tiada post baru.
bukak blog ni,post lame jugak.pasal rehlah..
sedangkan rehlah tu ana dah buang jauh2.
supaya bnde same takkan berulang..

ok,ana baru dapat mesej dari sahabat ana di Terengganu..
Ni mesej dia..

"Salam,ini ada maklumat pasal pmr. Kertas pelajar pmr sudah siap diperiksa sepenuhnya.
Mungkin 1@2 Disember , lembaga peperiksaan akan bersidang untuk menentukan grading kita"

ok.insyaAllah..
marilah kita banyakkan berdoa+solat hajat agar gred markah akan diturunkan [especially scs] dan kita akan mendapat keputusan yang cemerlang,insyaAllah..

Apa peranan kita?
Berdoa + Solat Hajat = Kejayaan bakal tiba.
Kalau kejayaan hari ini [PMR] kita tidak perolehi , janganlah kita berputus asa..
Sesungguhnya setiap perkara yang berlaku,ada hikmahnya...

Sekian,selamat malam.

20 Nov 2009

to all..

0 Comments

Pengumuman.....

siapa2 yang ade tersalah ambil beg plastik masa turun dari bas.. sila gtaw ana. sbb ade orang beg hadiah2 dia hilang.

cepat ye.

t.kasih

17 Nov 2009

.mempersendakan hukum hudud?..

0 Comments

15 Nov 2009

.rehlah!.

0 Comments


rehlah!
18november-19november
coming soon!
siap sedia ok.hee.

14 Nov 2009

.PMR.

0 Comments

1.rajinnya.anak siapa lah ini.untung mendapat anak yang rajin berusaha bersungguh2.
suspek tidak dapat dikenal pasti.location,kantin banat.waktu,malam geografi.

2.kat bilik sendiri.ini gambar tengah2 tahun dlu.huru hara.haha

Assalamualaikum..
Sebenarnya bukan gambar2 di atas nih yang nak dikongsikan.
tapi,tadi ana baru dapat mesej dari Saudara Talhah ahli Batch 9..
beliau mengatakan bahawa esok iaitu 15 November 2009..'
adalah tarikh pengumpulan data terakhir untuk PMR.
Kalau ada kenalan , anak , adik beradik...
Mohan doa yang terbaik buat kertas kita..
Akhir Kalam , ingatlah..perjuangan kita belum habis.
Selagi kematian belum menjelma...

Utlubulubil 'ilmu minal mahdi ilal lahdi.
"Tuntutlah ilmu sejak dari buaian sehingga liang lahad"

Ini bermakna, perjuangan[yakni menuntut ilmu] masih belum tamat walaupun PMR sudah tamat.ingatlah..Menuntut ilmu adalah kewajipan sebagai seorang muslim..

.happybirthday!.

0 Comments

happy birthday Anuar Hakim!
semoge panjang umur,menjadi anak yang soleh dan sentiase berada di bawah naungan rahmatNYA.
ameen.

ikhlas dari batchtigabelas.


14november

.goodluck!.

0 Comments

8 Nov 2009

.futsal2.

0 Comments


Assalamualaikum and every good night.
atas permintaan seseorang.
nak letak gmbar futsal.hehe..

1.dengan gaya tersendiri.

2.Muhammad buat muke..hehe
3.peminat Manchester United memakai baju Chelsea.
4.ape lg ek?
5.Astaghfirullah.prs pegi karaoke?abu2..

.pentingpenting.

0 Comments

.perhatian.
kepada semua warga batchtigabelas
tolong ye,berikan name penoh,tarikh lahir serta email
kamu semua kepada ana ye.
untuk simpanan data batchtigabelas.
secepat yang mungkin ok:)
sekian,terima kasih.
kerjasama kamu amat dihargai.
wassalam.

7 Nov 2009

ukhuwwah

2 Comments


Ukhuwah...
ibarat satu janji yang dibuat dalam hati
tak dapat ditulis
tak dapat dibaca
namun,
takkan terpisah dek jarak
takkan berubah dek masa
takkan sirna oleh amarah
ia kan selamanya di dalam jiwa

Ukhuwah itu...
degup penuh makna
yang mengalir indah
berawankan kethiqahan
yang menembus karang pransangka dlm hati.

akhirnya...
tiada kata indah seindah kata UKHUWAH

4 Nov 2009

.selamat.

0 Comments

selamat hari jadi yg ke-15!
kepada
ihsan maula bin ismail.

semoga dipanjangkan umur dan sentiasa
berada di bawah naungan rahmat Ilahi.
serta dimurahkan rezeki keatasnya.
semoga terus menjadi yang lebih baik ya!:))

dari kami batchtigabelas.

limaNovember.

.selamat.

0 Comments

selamat hari jadi!.

nurul qarirah bt kahar.

semoga dipanjangkan umur dan sentiasa
berada di bawah naungan rahmat Ilahi.
serta dimurahkan rezeki keatasnya.
semoga terus menjadi yang lebih baik ya!:))

dari kami batchtigabelas.

limaNovember.

3 Nov 2009

choice to choose.

0 Comments



perkongsian daurahgenerasialquran. moga bermanfaat.
|your life, your choice|

Kata Abdullah ibn Mas'ud: "Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW amalan (manusia) yang manakah yang paling diredhai Allah SWT? Baginda SAW menjawab 'Solat'. Kemudian aku bertanya lagi: " Yang mana pula selepasnya(mengikut susunan keredhaan)?' Baginda SAW menjawab 'Menghormati kedua ibu bapa.' Katakan lagi: ' Selepas itu apa pula?' Baginda ,menjawab: 'Jihad.'

2 Nov 2009

Doakan

0 Comments

Dalam Hospital
bismillah..
tentunya ramai yg kenal insan diatas-Wan Abdullah Mujahid Hasanuddin.ABANG kepada sahabat kita-Abdullah Mursyid Hasanuddin.

sekarang ini beliau sedang berada di sebuah hospital d Ampang kerana dijangkiti virus H1N1 ketika menghadiri Persidangan Al-Quds Sedunia di Beirut.
Menurut satu sumber beliau dikatakan batuk berdarah.
Marilah kita sama2 mendoakan kesejahteraan beliau.
Semoga beliau kembali kepangkuan keluarga dan isteri tersayang secepat mungkin.InsyaAllah.

1 Nov 2009

jualanBatch

0 Comments


perhatian.
esuk ade jualan batchtigabelas.
so bawak mykmyk duet tw mulai esuk.
hehe.isi perot sambil menderma tuk batch kita.

al-fatihah.

0 Comments


al-fatihah
sedekahkan al-fatihah kepada IBU SAUDARA sahabat kita,
Muhammad Harish Al-Hakim (gambar).
Ibu saudara beliau meninggal dunia pada Rabu yang lepas kerana penyakit
kanser payu dara.
mari bersama-sama kita sedekahkan al-fatihah kepada ibu saudara beliau.
al-fatihah.
"setiap yang hidup pasti akan mati.."
sorry lambat post.

.rehlah.

0 Comments

perhatian sumer!.
sesape yg berminat nak pergi rehlah,
sila berikan nama serta wang ringgit sebanyak RM80.00
kepada saudara Amir secepat mungkin sebelum hari RABU ini.
tempat adalah terhad.cepatcepat.
terima kasih.
arahan daripada Tuan Pengarah Rehlah.

22 Oct 2009

.sape nak?!.

0 Comments


perhatianperhatian!

kepada sesiapa yang mahukan gambargambar majlis Tautan Hati 2009
sila berikan name,wang ringgit kepada ana,
zulfadhlizin.

jualan gambargambar ini bertujuan untuk mengumpul dana bagi batchtigabelas
serta programprogram yang berkaitan dgn batchtigabelas.
terutamanya rehlah yang akan datang.
terima kasih kepada yang memberi kerjasama.
wassalam.

p/s:harga akan diberitahu apabila nama diberi.
video pun ada.

21 Oct 2009

ABJZ

0 Comments


SALAM.
perhatian.
program Anda Bijak Jauhi Zina akan diadakan pada SABTU ini.
kehadiran adalah wajib kepad semua BATCH 13.

ustazah cakap,sesiapa yang tidak hadir.tidak boleh mengikuti rehlah batch akan datang.

18 Oct 2009

masjid al-Aqso dipalsukan

0 Comments

Apa yang kita tahu tentang Masjid Al Aqsa?

Jika kita perhatikan setiap kali disebut nama MASJID AL-AQSA, media2 di seluruh dunia, mereka akan menampilkan gambar Dome of the Rock.

Tujuan utama sebenarnya adalah untuk memperbodohkan manusia.

HATI-HATI !!!

Apa yang akan terjadi bila Masjid Al Aqsa yang sebenarnya dihancurkan?


Tujuan utama media Yahudi (dengan eksploitasi berita di CNN) menyamarkan Masjid Sakhra sebagai Masjid Aqsa adalah agar Yahudi dapat menghancurkan Al Aqsa dan membangun “Solomon Temple” (Kuil Sulaiman) pada bekas reruntuhan Al Aqsa. Umat Yahudi meyakini dalam Kitab Perjanjian Lama (Taurat) bahwa akan datang diakhir zaman seorang yang mereka anggap sebagai dewa penolong Yahudi yang dinamakan “Messiah” (Al Masih, dalam bahasa Arab) apabila mereka mengadakan ritual agama di Solomon Temple dengan mempersembahkan sapi betina berwarna merah (Al Baqarah)

Sebarkan kepada saudara se-Islam anda!

PENGUMUMAN

0 Comments

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum w.b.t

Pesanan daripada AJK Pameran & Cenderahati
Majlis Tautan Hati
Yurihama Gakuen & SMI Hidayah,

setiap ahli Batch13 SMIH [banin dan banat] diminta membawa
Kuih Raya
dan serahkan kepada AJK program esok [ISNIN 19 OKT 2009]

Pelajar banat pula diminta membawa
KAIN BATIK LEPAS

kalau takde,

bawa
KAIN BATIK BERJAHIT

dan serahkan kepada AJK Banat.

Sekian.Tq


16 Oct 2009

REcycle

0 Comments

bismillah wa salam lakum...

Merujuk kpd tajuk di atas,saya ingin MENJEMPUT dan MENYERU anda semua-insan2 terpilih yg tergolong dlm batch ke-13 smih utk same2 mengambil dan mengumpul segala kertas yg anda rase nk dicmpk,nk dbuang dan nk di koyakkn untuk di RECYCLE..

buat pengetahuan semua dgn recycle kite dpt mengumpul duit utk dgunakan utk AKTIVITI2 batch yg akan dlangsungkn..lebih byk kertas yg dkumpul,lbh byk duit yg kite dpt..dlm erti kate lain byk ketas=byk duit=tk payah byr byk utk aktiviti batch..antara aktiviti batch yg byk memerlukan duit ialah JAMUAN,REHLAH,SUKAN dan lain2.byk tu nk byr..baik ntum berikn ketas!

butiran mengenai recycle adalah seperti berikut:
1.tingkatan:semua tingkatan
2.sumbangan:WAJIB
3.tempat kumpul kertas:d hadapan makmal kom.
4.waktu:sehingga kertas habis

bantulah batch kite yg tersayang ini.bekrjasamalah dlm menggerakkn batch..kalo rase tknk byar byk utk rehlah ke pape ke maka bantulah.

dengan ini,saya berharap agar saudara2 serta saudari2 yg dimuliakn sekalian dapat memberi sumbangan seikhlas hati.smoge dengan ini kite dpt keredhaan Allah dan diberikan gnjaran d akhirat kelak.insyaAllah..
jazakumullahu KHAIRan kathira.wassalaam alaikum.

disediakn oleh,
pengarah gotong-royong b13smih.

14 Oct 2009

tawakkal.

0 Comments

“Dan kepada Allah-lah hendaknya berserah diri orang-orang yang beriman.” (Ibrahim: 11)

sekadar peringatan, PMR habis memang merdeka. tapi, ingat. amalan-amalan yang kita bersungguh-sungguh buat masa PMR dulu, jangan sesekali tinggal. kena plus-plus lagi ada. sekarang, kita dah tak boleh buat apa-apa melainkan berdoa dan bertawakkal. yakinlah.

"Dan Tuhanmu berfirman, berdoalah kepadaku, nescaya akan kuperkenankan kepadamu." (40:60)

“Tiada daya upaya melainkan dengan kekuatan Allah”

.perhatian.

0 Comments


perhatian!

esok wajib berpakaian lengkap sekolah ye semua.
ana dh bgtw neh.jgn tnye ana agy tw.
xyh nk gelabahgelabah;p
insya allah esok ade sesi fotografi.
hee.
ws.

.selamatinggal.

0 Comments

PMR SUDAH TAMAT lah!

.takde lagi satu hari lagi or beberape hari agi.
.selamat tinggal PMR.selamat tinggal.shuh.pergi jaohjaoh dr kami.ahaha.
.pmr dh habis,tapi.ingat,doa kita kepada allah perlu berterusan sampai bilabila.
ingat ya?.
rjenrjen doa ye.hee.
istiqamah dlm amalan kita semua ye.

ws.

26 Sept 2009

di detik2 akhir

0 Comments

salam ~! (senyum :D)

kepada suma.. f3.. dari Smih , atau dari batu pahat, atau mana2lah..

kita nak PMR .. sume tgh usaha matimatian.. tgh asah mata pedang tajam2.. stay up malam2..

bangun pukul 4,5 pagi.. qiam.. blaja... jgn stress melampau2 ... jangan tension2 sgt... tng..

yakin lah dgn bantuan ALLAH.. hayati lah.... heee.... snyum :D




err... nak dga lagu bwh ni.. tutup lah lagu atas tu ye.. hehe.. feel2.







.dahdekat!.

0 Comments

.penilaian menengah rendah around the corner.
.good luck tuk sumer candiDEATH pmr.
.do the best okie batchtigabelas!.
.yuk reramai mykmyk doa dkt allah.
.jumSTRUGGLE.jumQIAM.jumDOA.jumjumjum.
.semoga allah memudahkan urusan kita semua.
.ameen.
.wassalam.

18 Sept 2009

.selamatselamatselamat.

0 Comments

SELAMAT HARI RAYA AIDILIFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

"kuih raya" yang ustaz ustazah bagi jangan lupe abeskan ye!:))

sementara sakibaki ramadhan masih ada,jum kita gunakan sebaeknye!

wassalam.

13 Sept 2009

Final Match of Ramadan League : Second Half Prediction

0 Comments

Assalamualaikum para penonton sekalian,

Tepat jam 12 malam 16 Ramadan 1430 H, bilal meniupkan wisel tanda bermulanya separuh masa kedua perlawanan akhir, Piala Juara-Juara Ramadan di antara Taqwa United dan Nafsu City. Pengkritik dan penganalisa bola sepak tanah air (ustaz-ustaz) telah banyak memberikan pandangan serta komentar yang pedas tentang persembahan longlai pasukan tempatan, Taqwa United dalam tempoh separuh masa pertama perlawanan di konti-konti Masjid berdekatan.

Untuk makluman saudara sekalian,

Taqwa United sedang ketinggalan 3-0 oleh seteru tradisi, Nafsu City. Dua gol daripada penyerang berbisa Nafsu City iaitu Emmanuel Amarah manakala satu lagi gol daripada Carlos Umpat meletakkan pasukan mereka sebelah tangan menggenggam piala teragung buat umat. Strategi 3-4-4 dengan 4 orang striker yang digunakan team Nafsu City sukar dikekang barisan pemain muda Taqwa United. Barisan pertahanan team tempatan yang diketuai oleh Zikir Selawat dan pemain kelahiran Narathiwat, Wirid Harian lemas dalam asakan rangkaian serangan emas yang dibarisi Roque Syahwat Cruz, Carlos Umpat, Dengki-ho dan Emmanuel Amarah (Pemenang Kasut Emas Liga Juara Ramadan musim lalu dengan 30 gol setiap hari)


Penganalisa berpendapat jurulatih pasukan Taqwa United, Sir Iman DHati perlu melakukan rombakan besar-besaran bukan sahaja dari sudut taktik malahan pemain. Pemain-pemain veteran yang longlai seperti Pose Kosong dan Tido Slalu perlu diganti dengan pemain muda berbakat seperti Ikhlas Sedekah atau Tadarus Quran demi memantapkan jentera tengah pasukan Taqwa United. Pemain-pemain veteran kelihatan tidak bermaya dan gagal mengekang kelincahan Gareth Boros dan Stephen IkutNafsu terutama ketika waktu berbuka dan di pusat membeli-belah di separuh masa pertama.

Begitu juga dengan rangkaian serangan pasukan United yang diterajui Tahjud-Din dan Munajat Malam, MM perlu dikerah untuk beraksi di segenap kotak sejadah bagi mengucar-kacirkan kubu pertahan lawan yang dikawal ketat Jolelon Lagho dan Kolo TidoLajak. Tambahan pula, penyerang berkembar itu perlu mengelakkan diri daripada terus diselimuti kedua-dua tembok besar pasukan Nafsu City itu untuk menjaringkan gol-gol yang diperlukan.

Namun penganalisa tempatan begitu optimis bahawa team Taqwa United mampu mengurang defisit tiga gol lawan dalam separuh masa kedua nanti. Dengan ketiadaan ketua jurulatih pasukan City yang digantung, Iblis dan pembantu jurulatih, Satan, pasukan Taqwa United masih berpeluang merangkul kejuaraan kurniaan Ilahi seterusnya meraikan kemenangan di Aidilfitri.

Sewaktu wawancara bersama Sir Iman DHati, anak buahnya bersemangat mengejar bonus dan ganjaran berlipat kali ganda yang dikurniakan pada 10 minit terakhir permainan. Mereka juga berharap tuah Lailatul Qadar menyebelahi mereka untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi mereka tahun lalu. Selain itu, beliau juga berharap agar ibrah Nuzul Quran dapat dijadikan tonik kemenangan dan pembakar semangat buat pasukan muda United mengejar impian mereka bergelar Juara.

Oh ! Kelihatan, penyokong pasukan Nafsu City dan Taqwa United sudah mula memenuhi semula tempat duduk masing-masing. Penyokong kedua-dua pasukan bersorak bersungguh-sungguh demi membangkitkan semangat team kesayangan mereka. Team sorak Nafsu City dengan pakaian yang menjolok mata dan mengurangkan pahala manakala team sorak Taqwa United dengan pakaian seorang Muslim sejati juga telah berkumpul di tepi padang untuk terus menghangatkan bahang perlawanan.

Siapakah yang akan memenangi perlawanan berprestij ini? Layakkah team Taqwa United menerima imbuhan pelepasan api neraka seperti yang dijanjikan Ilahi selepas tamat perlawanan? Atau kemenangan akan bertukar tangan kepada pasukan yang berbelanja besar, Nafsu City musim ini? Jika kemenangan bertukar tangan maka imbuhan kemenangan yang diperolehi akan dijadikan modal oleh Iblis dan Satan untuk terus berbelanja besar pada musim hadapan mengikat pemain-pemain terbaik dunia seterusnya menutup peluang pasukan lain mengejar impian akhirat.

Sama-sama kita saksikan kesudahan perlawan akhir ini...

Sekian dari saya, Hizbullah Awang untuk anda yang masih termenung di luar sana.

6 Sept 2009

a mission to complete.

0 Comments


7/10-13/10
.english.bahasamelayu.اللغة العربية.
.sejarah.kemahiranhidupbersepadu.geografi.
.mathematics.science.pendidikanislam.
|jom struggle|mujahadah|
*hadamkan apa yang belum. jangan puasakan study*

MISSION: GPK 1.3; misi bersama, lakukan bersama!
"dan tiap-tiap sesuatu adalah ditetapkan disisiNya dengan kadar yang tertentu" (arRa'd:8)

5 Sept 2009

PMR

2 Comments

bismillah
assalamualaikum.

sedar atau tak..
PMR
lagi
28 hari
sahaja lagi.!


persediaan terakhir?
.solat 5 waktu
.tinggal larangan Allah
.doa
.solat hajat

.BM
-bace buku teks komsas 1x lagi
-buat paper 1 sampai dapat 30++

.BI
-bace buku teks komsas 1x lagi. [yang confirm nak jawab dalam PMR nanti, bacelah 2 kali]
-buat paper 1 sampai dapat at least 32

.MATH
-buat latihan sebenar PMR lepas2 sampai dapat A

.GEO & SEJ & ERT
-bace 3tiga buku teks sampai khatam 1x
-lepas tu buat kertas model @ sebenar
-kalau lemah subjek2 ni target B sudah.. TAPI kekalkan B.
-kalau dah dapat A, kekalkan A

.PI
-khatam buku teks
-buat nota kecil makna perkataan

.BAK
-buat nota balik perkataan berkaitan teks
-buat kertas model and padam and buat balik.

.SCIENCE
-baca buku rujukan.fahamkan konsep semua tajuk.
-buat latihan.


insyaAllah. 9A dalam tangan.
GPK 1.3



"inna maal 'usri yusra"


2 Sept 2009

belilah

1 Comments


DAPATKAN DIPASARAN!!
BUKU MUTABAAH AMAL YANG DILENGKAPI DENGAN RUANGAN GRAF BERFUNGSI UNTUK MELIHAT TURUN NAIK AMAL IBADAH KITA.

HARGA : rm 5
JUMLAH MUKA SURAT : 80(MUTABAAH UNTUK 1 TAHUN )
KELEBIHAN : 1) ADA RUANGAN GRAF
2) KECIL DAN MUDAH DIBAWA KEMANA2 *bbanding krtas yang kita dpt uh

******** JIKA ANDA INGIN MEMBELINYA... CARI SAYA.!!

ABDULLAH MURSYID, 3 ITQAN

31 Aug 2009

PENGUNGUMAN.

0 Comments

SALAM.ESOK PAKAI BAJU RASMI.
SEBARKAN KPD MEREKA YG TAK TAHU.

-AKH SYIHAN

.merdeka52.

0 Comments

30 Aug 2009

perempuan.

0 Comments

|bacalah dengan nama Tuhanmu|
|tidak sia-sia, insyaAllah menambah saham di akhirat|

Kisah ini berlaku sewaktu aku di Madinah. Suatu hari aku berjalan melalui pasar pada suatu petang. Bila sebaik saja muazzin melangkan azan, pandanganku jatuh pada belakang seorang wanita.
Wanita itu ganjil cantiknya, walaupun berbaju abaya penuh hitam, purdah merentang kepala dan wajahnya, wanita itu berpaling kepadaku seolah-olah tahu bahawa aku merenungnya, dan wanita itu memberikanku anggukan kecil, tapi bermakna sebelum wanita itu berpusing di satu sudut menuju ke lorong penjual sutera.
Bagaikan terkena panahan halilintar, aku serta-merta tertarik, hatiku terpukau dengan pandangan wanita itu. Dalam kepayahan aku berdebat dengan hatiku, memberikan satu alasan demi satu alasan untuk meneruskan langkahku ke masjid -bukan kah masanya telah tiba untuk solat? tapi perdebatan itu telah tamat tiada apa yang boleh dilakukan tapi mengikut wanita tersebut.. Aku bergegas mengejar wanita itu, nafasku pantas mengah, wanita itu tanpa disangka mempercepatkan langkahnya, dan sekarang pun telah berada jauh beberapa kedai di hadapan. Dia memaling wajahnya seketika padaku, terasa kudapat melihat cahaya senyuman nakal wanita itu dibalik purdah hitam rayonnya, sambil wanita itu adakah ini khayalanku saja?melambaiku lagi.Kasihan aku pada diriku ketika itu. Akalku seolah hilang. Siapakah wanita itu? Anak perempuan satu keluarga kaya? Apa dimahunya?

Aku memantaskan langkahku dan memasuki lorong dimana wanita itu dilihatku masuk. Dan seterusnya wanita itu mengimbau aku, senantiasa dihadapan, masih tidak dapat dikejar, semakin jauh dan jauh dari mana kami mula-mula bersua. Perasaanku tambah membuak. Adakah wanita itu orang gila? Semakin panjang wanita itu berjalan, ke penghujung sempadan bandar itu benar-benar. Mentari turun dan tenggelam, dan wanita tersebut masih berada jauh di hadapanku. Sekarang, kami berada di tempat yang tidak disangka, sebuah perkuburan lama.Kalaulah aku siuman seperti biasa, pasti aku kan merasa gementar, tapi aku terfikir, tempat yang lebih ganjil dari ini biasa dijadikan tempat pasangan kekasih memadu asmara. Dalam 60 langkah di antara kami aku melihat wanita itu memandang ke arahku, menunjuk arah, kemudian turun ke tangga dan melalui pintu bangunan sebuah kubur tua.
Kalaulah aku tidak diamuk senyuman wanita itu tadi, pasti aku berhenti sebentar dan memegun masa, tapi sekarang tiada guna berpaling arah, aku menuruni tangga tersebut dan mengekori wanita itu ke dalam bangunan kubur itu.Di dalam bilik bangunan kubur itu, kudapati wanita itu duduk di atas ranjang yang mewah, berpakaian serba hitam masih berpurdah, bersandar pada bantal yang diletak pada dinding, diterangi cahaya lilin pada dinding bilik itu. Di sebelah ranjang itu, aku terpandang sebuah lubang perigi.“Kuncikan pintu itu,” kata wanita itu, dengan suara yang halus gemersik seumpama berbisik, “dan bawakan kuncinya.” Aku akur.

“Buangkan kunci itu ke dalam perigi itu,” kata wanita itu Aku tergamam sebentar, kalaulah ada saksi di situ, pasti saksi itu dapat melihat gamamku.“Pergilah buangkan,” ujar wanita itu sambil ketawa, “tadi kau tidak berfikir panjang untuk meninggalkan solatmu untuk mengekoriku kemari?” Tempelak wanita itu lagi. Aku diam. “Waktu maghrib sudah hampir selesai,” kata wanita itu bernada sedikit menyindir . “Apa kau risaukan? Pergilah buangkan kunci itu, kau mahu aku memuaskan nafsumu, bukan?” Aku terus membuang kunci pintu tersebut ke dalam perigi, dan memerhatikan kunci itu jatuh.
Perutku itu terasa bersimpul bila kunci itu tiada berbunyi jatuhnya ke dalam lantai perigi. Aku berasa kagum, kemudian takut, kemudian memahami nya. “Tiba masanya untuk melihat aku.” kata wanita tersebut, dan dia mengangkat purdahnya untuk mendedahkan bukan wajah segar seorang gadis remaja, tapi kehodohan wajah yang mengerikan, jijik, hitam dan keji, tanpa satu zarah cahaya kelihatan pada alur kedut ketuaannya. “Pandang aku sungguh-sungguh,” kata wanita itu lagi. “Namaku Dunia. Aku kekasihmu. Kau habiskan masamu mengejarku , sekarang kau telah mendapatiku . Didalam kuburmu. Mari. Mari. “Kemudian wanita itu ketawa dan ketawa, sehingga dia hancur menjadi debu, dan lilin itu padam satu demi satu, dan kegelapan menyelubungi suasana.

|semoga beroleh manfaat|
"Hai Kaumku, sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan sementara) dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal. Barangsiapa mengerjakan perbuatan jahat, maka dia tidak akan dibalasi melainkan sebanding dengan kejahatan itu. Dan barangsiapa mengerjakan amalan yang saleh baik laki-laki maupun perempuan sedang ia dalam keadaan beriman, maka mereka akan masuk syurga, mereka diberi rezeki di dalamnya tanpa dihisab."
(Surah Al Mu'min ; ayat 39-40)