17 Sep 2012

Tabah!

5 Comments


InthenameofAllah

Medan juang yang kau lalui baru sejengkal cuma, Kenali dan fahami setiap incinya..
Allah menciptakan sesuatu tiada yang sia-sia, Mungkin hanya lubuk hati yang berkata-kata,
Kita ini tiada gunanya di dunia, Walhal setiap sendi rangka tubuh Ummah amat memerlukan kita..

Sekalipun engkau rebah,  Sebenarnya Allah ingin mengajar engkau erti tabah,
Bersangka baiklah dengan Allah, Hanya kepadanya engkau perlu berserah..

------------------


*entri.tersurat.lagi.tersirat.hanya.yang.memahami.mampu.merasai*




10 Sep 2012

Ilmu untuk Ummah!

2 Comments


InthenameofAllah..

"Kepada sahabat2 yang telah dan akan pergi ke luar negara, moga berjaya dan terus berjaya.."


"Walaupun kita semua berjauhan, tetapi ana yakin Allah akan satukan hati-hati kita.."

"Show the world our UNIQ B13 ways and may Allah always protects you no matter what."

"Kalau rindu.. tengok bulan!"

Cebisan dari luahan mereka yang bersungguh mendoakan kalian yang bakal 'terbang' menggapai cita-cita. Meskipun mereka yang merasakan diri 'ditinggalkan', hakikatnya kita memikul amanah yang sama. Percayalah.. Tidak kira anda berada di ceruk mana sekalipun, tetapi hanya niat yang ikhlas akan dilihat Allah

Ilmu untuk Ummah!

Sedar tidak sedar, ketetapan takdir kita ini telah tercatat pada catatan Allah. Say Alhamdulillah..
Kita yang memilih jalan ini. Kita jualah pemuda yang merangka corak dunia kelak. Suatu masa nanti kita semua perlu turun kepada masyarakat. Betapa besar tanggungjawab itu nanti. Allahuakbar.

La Taiasuu min rauhillah (Usah berputus asa dari rahmat Allah). 
*listkan perancangan hidup kita*

Manusia cekal dengan usaha, namun Allah penentuNya~  

30 Jul 2012

.Mati itu pasti, hidup InsyaAllah~

3 Comments


Bismillah..

Sepanjang Ramadhan ini, pernahkah kita menitiskan air mata? Jika pernah, alhamdulillah. Jika belum, sila paksa ya air mata itu supaya keluar.

Berlalunya 10 awal Ramadhan, yakinkah kita akan bertemu 10 akhir Ramadhan? Sedangkan, kita masih meniti di titi Ramadhan sebelum sampainya Syawal.

Apakah peluang itu akan kita temui? Mati itu pasti, Hidup InsyaAllah
Hanya Allah jualah yang mengetahuinya.

***
Sabda Rasulullah s.a.w:
"Jibril mendatangiku seraya berkata: 'Sesiapa yang mendapati bulan Ramadhan, lantas tidak mendapat keampunan, kemudian mati, maka ia masuk neraka serta dijauhkan Allah (daripada RahmatNya).' Jibril berkata lagi, 'Ucapkanlah Amin'. Maka kuucapkan 'Amin'."

Tidakkah amarn ini cukup menggerunkan kita? Sejauh mana kita telah mengisi Ramadhan ini dengan sembahan ibadah yang cukup menagih keampunan Allah yang 'tidak murah' itu? Brhasilkah kita mencapai nilai TAQWA itu?

Hanya hati yang kecil dalam diri masing-masing yang mampu menyebut kadar usaha yang telah dilakukan sepanjang Ramadhan ini. Pujilah Allah bagi mereka yang telah berpenat lelah dan dukacitalah sedalam-dalamnya bagi mereka yang lalai dan leka.

Jika Ramadhan tidak mampu memperbaiki diri, maka pada hari, minggu dan bulan manakah lagi yang akan menjadi penyelamat?

Remember! Mati itu pasti, Hidup InsyaAllah~
Rebut peluang yang Allah hadiahkan buat kita (^.~)

21 Jul 2012

Capailah TAQWA ~Ramadhan

2 Comments


Bismillah..

Besarlah khasiat Ramadhan dalam membantu kita menyelamatkan kehidupan. Tanpa Ramadhan, tiadalah puasa. Tanpa puasa, tiadalah Taqwa. 

"Apa kaitannya?"

"Kehidupan, sendinya adalah Taqwa. Bukankah Ramadhan datang untuk itu?" Soalan berbalas soalan. Sudah biasa dah..

'Wahai orang yang beriman, puasa telah difardukan ke atas kamu sebagaimana
ia telah difardukan ke atas umat sebelum kamu, mudahan dengan puasa itu kamu bertaqwa'
(Al Baqarah : 183)

Sayangnya Allah kepada kita, diberikanNya satu bulan dalam setahun, untuk kita belajar mencapai TAQWA. Bekalan untuk kesejahteraan hidup, dunia dan akhirat.

Apakah yang diajar oleh puasa agar meningkat nilai taqwa?

Ketika kita ada segalanya untuk makan, kita TIDAK makan kerana mentaati Allah. Ketika kita terhidang minuman untuk minum, kita TIDAK minum kerana mentaati Allah. Ketika teman yang lain berbicara perkara lagha atau kotor, kita mengatakan TIDAK dengan meninggalkan kerana mentaati Allah.

Itulah latihan sebulan ini. Ia adalah latihan berkata TIDAK kepada sesetengah kemahuan supaya kita dapat tingkatkan daya kawalan diri!

Itulah TAQWA, kawalan kehendak-kehendak sendiri, untuk selamatkan diri.

Apabila seseorang itu tidak mampu berkata TIDAK kepada sesetengah kemahuan dirinya, ia menjadi bencana yang amat membinasa!

Bertuhankan Tuhan yang palsu tidak perlu menyembah busut atau berhala. Cukup dengan Allah berkata A dan nafsu mahukan B, lalu diutamakan nafsunya mengatasi perintah Allah, maka manusia telah mengangkat nafsunya sebagai Tuhan!

Siapakah golongan itu?

Itulah golongan yang tidak mampu berkata TIDAK kepada kecenderungan dan permintaan hawa nafsunya.

Bukanlah puasa itu sekadar menahan daripada lapar dan dahaga. Sesungguhnya puasa itu juga menahan diri daripada perkara sia-sia dan kotor. 

Cukuplah sekadar meluahkan "Sesungguhnya aku berpuasa.."

Bukan mahu memangsakan diri, tetapi belajar mengawal diri. Teladan inilah seni terbesar dalam mengawal kelangsungan sebuah kehidupan.

30 hari dalam setahun. Bertahankah kita sehingga ke akhirnya? Capailah TAQWA dengan kesungguhan yang sebenar, sahabatku...

OYEAH! Takbir..








2 Jul 2012

~Kemenangan semakin hampir!

3 Comments

Bismillah..


Penulis membuka lembaran 'blog B13'. Wah, berhabuk plus berdebu. Harapnya hati kita semua tidak begitu. Semoga sentiasa bersih dari segala kotoran dan segala maksiat kerana kita adalah PERINTIS KEGEMILANGAN ISLAM. Benarkan? Atau, masih lagi dalam dunia hayalan?


Tepuk dada tanya iman. Where are we now?


Alhamdulillah wa syukurillah. Ingin ana kongsikan sedikit berkenaan kemenangan Dr Mursi sebagai pemerintah bagi negara Mesir. Allahuakbar!


~Sujud syukur...


Ianya suatu kebangkitan. Pencetus perubahan.


Pada malam keesokkannya, setelah diketahui dengan gemparnya berkenaan kemenangan Dr. Mursi, cukup membuatkan mana-mana hati sebagai saudara seislam turut meraih kegembiraan tersebut. 


Hati penulis pula, seakan ada tarikan magnet yang cukup kuat untuk membuka buku panduan utama ummat Islam yakni Al Quran. Jangan tanya mengapa. Ana sendiri tidak tahu.


Tangan terus mencapai naskhah cinta itu. Dimulakan dengan Bismillah, jemari terus membukanya secara random.


Mata tertancap satu ayat ini. Seolah-olah tepat ditujukan kepada diri ini juga Ummat Islam seluruhnya oleh Allah s.w.t berkenaan situasi yang dihadapi semasa kini.


"Dan Kami hendak memberi karunia kepada  orang-orang yang tertindas di bumi Mesir itu, dan hendak menjadikan mereka pemimpin dan menjadikan mereka orang yang mewarisi bumi." 
(Al Qasas : 5)

Terdetak hati. Sehingga kini masih memikirkan tentang ayat ini. Subhanallah.. "InsyaAllah, janji Allah itu pasti."

Jom kita lihat..


Buku Apakah Yang Di pegang Oleh Barrack Obama (Presiden Amerika)??

Di saat Obama turun dari kapal terbang, jurugambar sempat memfokuskan lensnya ke arah buku yang di pegang Oleh Obama, Buku tersebut betajuk ( The Post- American World) yang dikarang Oleh seorang Muslim bernama Fareed Zakaria , berasal dari India dan berkerja sebagai Wartawan Di News week International.

Buku Ini membincangkan tentang " Dunia di penghujung Kejatuhan Kuasa Dunia Amerika Syarikat " yang mana di saat itu Satu Kuasa Lain di TIMUR TENGAH mampu meruntuhkan Empayar Amerika Syarikat dan sekutu rapat Israel . Negera-negara Islam tersebut Bakal Meranapkan segala usaha melebarkan "Sayap Kekuasaan" Amerika syarikat ke atas negara-negara Islam setelah saki baki Pro- Amerika Syarikat di negara-negara Islam di kalahkan.Yang Menariknya Buku Ini di terbitkan Pada Tahun 2008 .sebelum REVOLUSI timur Tengah berlaku. dan nampaknya Obama sangt mengambil berat soal kejatuhan Amerika Syarikat...

Berdasarkan keputusan Pilihanraya Presiden Mesir yang dimenangi Oleh Calon Pilhan Rakyat. Dr Muhammad Mursi tugasnya bukan sekadar merubah segala Sistem Peninggalan Kerajaan terdahulu Bahkan Beliau Bakal merubah Kuasa Dunia ke tangan umat Islam.Nasib Umat Islam Di Seluruh negara bergantung pada Bahu Beliau dan Pemimpin-pemimpin Islam Di Tanah Arab.Moga Apa yang di analisiskan Oleh Penulis Tersebut Menjadi Realiti dan kenyaataan.

~Kita pula bila dan di mana? Muhasabah = ='


1 Apr 2012

Malaysia Global March To Jerusalem 2012

1 Comments










26 Mar 2012

Mabruk!

17 Comments

Bismillah..


MABRUK!

khususan ila jilul thalathata 'asyr.

Sesungguhnya Allah telah mengurniakan yang terbaik buat kita semua.

Sama ada keputusan itu memuaskan ataupun tidak,
 kembalikan semuanya kepada Allah.

Kepada kamu!
Sudah berjaya ini, jangan sekali sombong dengan Allah.

dan 

Kepada kamu!
Rasa kurang ini, jangan pula dirajukkan diri dengan Allah.

'When Allah drops pins along your path of life
Don't step away instead pick it up 
because they are design to make you strong and wise'

Betapa kamu itu sebenarnya HEBAT
kerana kamu punya Rasul yang HEBAT
Juga Hamba kepada Yang Maha HEBAT

Sebelum kita bertebaran di muka bumi ini,
Pasakkan niat meredah mencari ilmu
serta menegakkan kalimah agung

'La Ilaha Illallah Muhammad Rasulullah'

...Congrats again...



25 Mar 2012

.Merawat Budaya 'kuning'.

2 Comments

Dipetik dari saifulislam.com
IMG_0231
“Kita ambil yang inilah. Biar sama dengan warna baju Abi” kata Ummu Saif kepada anak sulung kami.
“Ok!” jawabnya ringkas. Setuju tetapi  dengan air muka yang tidak setuju.
Berbaju raya sewarna sedondon ini bukanlah kemestian bagi kami. Hanya sesekali. Fadhilatnya, memudahkan pengenalan diri tatkala anak-anak saudara sejumlah 36 orang itu mencabut baju seragam raya. Mudah untuk dikenal baju siapa, berpandukan warna.
“Yop sebenarnya nak baju warna apa?” saya tidak berpuas hati dengan reaksi anak yang tidak suka dengan baju yang bakal dipakai.
Seboleh-bolehnya saya tidak mahu membazir membeli pakaian yang nak dipakaikan kepada si anak, tetapi mengikut selera ibu bapa. Sedangkan harganya sama sahaja. Kenapa mahu dipaksa anak-anak memakai baju mengikut pilihan kita yang dibenci anak-anak?
Nanti kalau sikap seperti ini dibiarkan, silap-silap siapa suami dan isteri si anak pun mahu kita tentukan bila sampai masanya nanti.
“Yop nak baju warna kuning” jawab si anak.
“Hmm… kuning tak ada saiz. Nantilah kalau jumpa di tempat lain, kita tengok” saya membuat janji.
Tanpa bertangguh, kami sekeluarga segera pulang ke rumah selepas selesai membeli pakaian anak-anak. Suasana di pasaraya sangat sesak dan kami tidak mahu mendedahkan diri dan anak-anak kepada bahaya jangkitan H1N1 yang masih hangat.
RAHSIA WARNA KUNING
“Kenapa Yop nak baju warna kuning? Baju t-shirt nak kuning, baju Melayu pun nak kuning” saya cuba mengorek rahsia, selepas tiba di rumah.
“Yop suka kuning” jawabnya.
Hairan.
Macam mana boleh minat dengan warna kuning? Tiada sentuhan kuning di rumah kami.
“Kenapa Yop suka warna kuning?” saya bertanya lagi.
“Kuning warna kaya. Orang kaya!” jawab anak saya, malu-malu.
“HAH!?” tercengang saya dibuatnya.
Jawapan yang langsung tidak diduga.
“Yop suka pakai baju warna kuning sebab Yop suka kayalah, ya?” saya mahukan kepastian.
Dia mengangguk.
“Siapa kata warna kuning warna orang kaya?” saya menyambung pertanyaan lagi.
“Tak tahu. Kuning emas kot” jawabnya, selamba.
“Astaghfirullah. Materialistik sungguh!” saya menggaru kepala.
Entah di mana idea itu datang. Idea mahu kaya, mahu kelihatan kaya dan mengaitkan kuning dengan kekayaan.
“Lepas ni Abi rasa Yop tak payahlah gosok gigi. Biar gigi kuning. Baru nampak macam orang kaya. Orang kaya semua kuning. Baju kuning, gigi pun kuning!” saya melontar provokasi.
“Tak nak, tak nak” katanya tersengih-sengih mendengar cadangan saya.
IDEA YANG TIDAK SIHAT
Saya tidak suka dengan idea-idea kebendaan hinggap ke kepala anak-anak.
Keluarga kami tidaklah kaya dan tidak juga susah. Serba sederhana. Berbelanja masih mengira-ngira dan membeli mesti ada bajet dan bukan sesuka hati. Saya cuba pastikan kehidupan anak-anak tidak terganggu dengan kesusahan pada perkara-perkara yang penting buat mereka. Makan minum, pakaian, buku dan peralatan sekolah serta apa-apa yang bersangkutan dengan peningkatan diri mereka, saya cuba untuk tidak terlalu berkira.
Ada pun barangan yang tidak penting, dan mempunyai kesan yang tidak baik ke atas diri seperti PSP yang diinginkan si anak, saya tidak menyetujuinya. Dari semasa ke semasa, saya peringatkan mengapa PSP tiada dalam senarai. Cukuplah dengan komputer saya yang dikongsi bersama anak-anak, serta televisyen yang dipantau penggunaannya.
Daripada mana idea sukakan kekayaan dan mahu kelihatan kaya hinggap ke fikiran anak-anak saya?
Saya tidak dapat memastikannya.
Ia boleh datang daripada mana-mana sumber, dan soal itu tidak penting. Apa yang utama, ialah membetulkan kembali persepsi anak-anak terhadap kehidupan.
PERBANDINGAN
“Abi, nanti kalau Muiz dah besar macam mana?” kata Saiful Islam kepada saya.
“Macam mana apa?” saya tidak faham dengan soalannya.
“Nanti Muiz dah besar, kereta ni tak muat. Kenalah beli Alphard!” jawab anak saya.
Tersirap darah saya.
Geram pun geram juga.
Apabila pulang beraya, ada berbelas kereta adik beradik yang akan berkumpul di halaman rumah. Saya tidak pernah kisah siapa guna kereta apa, tetapi anak saya yang meminati ‘warna kuning simbol kekayaan’ itu, rupa-rupanya jatuh hati dengan Alphard pakciknya.
Sudah berkali-kali beliau asyik tanyakan saya tentang Alphard, meminta pandangan sama ada saya suka dengan kereta itu atau tidak.
Pada detik pertama, memang ada rasa terkilan di hati. Terasa apabila dibanding-bandingkan. Apakah anakku sudah lupa yang dahulunya kita pernah berhimpit-himpit di dalam ATOS comel, kereta pertama kami? Setelah keluarga membesar daripada anak dua menjadi empat, kami memberanikan diri melangkah ke peringkat hidup seterusnya dengan menjual ATOS berkenaan serta digantikan dengan kereta 7-Seaters tempatan seadanya.
Tiba-tiba, si anak seolah-olah tidak menghargainya dan lebih berminat dengan kereta bapa saudaranya yang lebih besar dan mewah.
PEDIH MENJADI MANGSA PERBANDINGAN
Tetapi saya terbalikkan perasaan itu dan berkata kepada diri sendiri tentang pahitnya menjadi mangsa perbandingan. Justeru kita sebagai ibu bapa, jangan suka membanding-bandingkan anak sendiri dengan anak orang lain. Pahitnya sama bila anak-anak kita pula membandingkan kita dengan ibu bapa yang lain. Jangan buat anak-anak dengan apa yang kita tidak mahu mereka buat kepada kita.
Golden rule!
“Kamu tengok anak orang tu. Tertib, sopan, bijak. Tak bolehkah kamu jadi macam tu?” antara ayat-ayat ibu bapa yang boleh menghancurkan jati diri si anak.
“Kenapa kereta ayah tidak sebesar kereta pakcik itu?” itu pulang paku buah keras si anak kepada ibu bapa pula.
Jika tidak mahu dialog anak berisi racun perbandingan, kita sebagai ibu bapalah jangan memulakannya.
MENCARI PENYEMBUH
“Yop nak kaya?” saya bertanya kepada si anak.
“Nak!” jawabnya tanpa berselindung.
Tangannya masih di dalam poket baju Melayu, menggenggam duit raya barangkali.
“Kalau kaya dan banyak duit, Yop boleh beli apa?” saya bertanya lagi kepadanya.
“Beli apa-apa sahaja!” katanya dengan penuh yakin.
“Beli Alphard dan baju emas?” saya menyoalnya sambil menyindir.
Beliau mengangguk sambil tersengih. Faham dengan sindiran saya.
“Kalau Abi kaya, Abi boleh tak beli mata kat kedai kalau Yop buta? Ummi boleh tak beli telinga kat pasaraya kalau anak-anak dia pekak?” saya melontar soalan berfikir untuknya.
Saiful Islam terkejut.
Perlahan-lahan dia menggelengkan kepala.
“Kalau Abi kaya pakai Alphard, Abi boleh tak beli jantung kat hospital untuk ganti jantung yang rosak?” saya tambah lagi soalan.
Saiful Islam berubah sedikit air mukanya. Menggelengkan kepala lagi.
“Abi sangat bersyukur kepada Allah sebab duit Abi tak banyak tetapi anak-anak Abi semua sihat. Semua cukup kaki, cukup tangan, tiada yang cacat, tiada yang sakit. Abi bersyukur sebab kita tak kaya tapi kita bahagia” saya mahu memberi satu kesimpulan kepada anak-anak.
“Yop nak kaya ke Yop nak bahagia?” tanya Ummu Saif pula kepadanya.
“Nak bahagia” kata anak sulung kami.
Anak-anak yang lain hanya mendengar. Belum mengerti.
“Kalau nak bahagia, miskin boleh bahagia, kaya pun boleh bahagia. Syaratnya, kena bersyukur kepada Allah” balas Ummu Saif lagi.
“Jadi, Yop nak Alphard orang lain punya ke, atau kereta kita?” saya menyudahkan perbualan.
“Kereta kita” jawabnya.
“Alhamdulillah. Jom singgah kedai pekena nasi kandaq!” saya menarik nafas lega.
14_7
“Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras.” [Ibrahim 14: 7]
ABU SAIF @ www.saifulislam.com

4 Feb 2012

Temani aku hingga ke surga

1 Comments



Mari lewati lorong waktu, menyusuri jalan-jalan dunia yang penuh tipu daya, dengan kebersamaan. Tapaki perguliran pagi, siang, petang dan malam, yang penuh liku, dengan persahabatan dalam keimanan. Di dunia ini, kita harus saling berpegangan tangan. Harus. Kita tak mungkin selamat mengarungi bahtera kehidupan yang sangat luas dengan ancaman badai fitnah ini, seorang diri. Kita tak dapat lolos dari ancaman fitnahnya dengan hanya mengandalkan kemampuan sendiri. Karena, kita diciptakan sebagai makhluk yang penuh kelemahan dan mudah terpedaya. “Dan diciptakan manusia itu dalam keadaan lemah.” (Qs. An Nisa:28)

Saudaraku,
Kebersamaan dan pertemanan di jalan Allah lah yang aakan mengantarkan kita menyelesaikan hidup dengan kebaikan. Persaudaraan, kebersamaan dan persahabatan di jalan Allah lah yang juga akan mengiringi kita pada kebahagiaan akhirat. Allah SWT memberitakan bahwa hanya pertemanan atas dasar iman dan takwalah yang abadi. “Teman-teman akrab pada hari itu (hari kiamat) sebagiannya menjadi musuh bagi sebagian yang lain kecuali orang-orang yang bertakwa." (Qs. Az Zukhruf: 67). Ibnu Katsir mengatakan, “Seluruh pertemanan dan persahabatan yang tidak karena Allah pada hari kiamat akan berubah menjadi permusuhan." Begitu juga pesan Rasul SAW dalam haditsnya, yang menyebutkan bahwa kita akan dibangkitkan di hari kiamat bersama orang yang kita cintai.


Saudaraku,
Merenunglah. Siapa orang-orang yang kita cintai? Siapa orang-orang yang paling dekat dalam hidup dan hati kita? Siapa orang yang menghiasi ingatan kita? Siapa orang yang menemani langkah-langkah hidup kita? Orang shalehkah dia? Mengajak pada kebaikan dan keridhaan Allah kah dia? Bayangkanlah persahabatan orang beriman di akhirat sebagaimana digambarkan oleh Ali bin Abi Thalib RA. "Ada dua orang mukmin yang bersahabat dan berteman akrab. Salah seorang di antara keduanya meninggal lebih dahulu dan ia mendapat berita gembira dengan surga. Ketika itu ia mengingat teman akrabnya di kala di dunia lalu in berdoa: “Ya Allah, sesungguhnya fulan adalah teman akrabku, dia yang menganjurkanku berlaku taat kepada-Mu dan kepada Rasul-Mu. Dia yang mengajakku melakukan kebaikan dan mencegahku melakukan kemungkaran. Dia juga yang menyadarkanku akan pertemuan dengan-Mu. Ya Allah jangan Engkau sesatkan dia sepeninggalku sampai Engkau memperlihatkan kepada-nya kenikmatan yang Engkau berikan padaku dan sampai Engkau meridhainya sebagaimana Engkau ridha kepadaku," Maka Allah berkata kepadanya, "Pergilah, seandainya engkau tahu yang Aku berikan kepadanya pasti engkau akan banyak tertawa dan sedikit menangis. “

Kemudian teman akrabnya itu meninggal dan ruh mereka bertemu. Dikatakan pada mereka, “Saling memujilah kalian kepada sahabat kalian." Maka masing-masing mereka mengatakan, “Dia adalah sebaik-baik teman, sebaik-baik saudara, sebaik-baik sahabat…." Duhai indahnya. Pertemuan yang sangat mengesankan dan penuh kegembiraan.

Saudaraku,
Banyak kisah-kisah yang ditinggalkan para salafushalih tentang keadaan mereka setelah meninggal dunia. Di antaranya disebutkan oleh Ibnul Qayyim dalam kitab Ar-Ruh. Abdullah bin Mubarak mengatakan, “Aku mimpi bertemu Sufyan Ats Tsauri beberapa hari setelah ia meninggal dunia. Aku bertanya padanya, “Apa yang Allah lakukan terhadapmu sekarang?" Ia menjawab, “Aku bertemu Muhammad dan pasukannya..”

Dalam kisah lain, Ibnu Abid Duniya menyebutkan sebuah riwayat dari Yaqzhah binti Rasyid yang bercerita, “Marwan Al Mahlamy adalah tetanggaku. Dulu dia seorang hakim  dan bersungguh-sungguh dalam ibadah ketika meninggal dunia aku menangkap kegembiraan yang terpancar dari mukanya. Tak berapa lama setelah itu aku mimpi bertemu dengannya, seperti layaknya mimpi yang terjadi dalam tidur. Aku bertanya, “Wahai Abu Abdullah apa yang Allah lakukan terhadap dirimu.“ Ia menjawab, “Allah memasukkan aku ke dalam surga," jawab-nya. “Kemudian apalagi?" “Aku dipertemukan dengan golongan kanan," jawabnya. Kemudian apa lagi?" “Aku dipertemukan dengan orang-orang yang mendekatkan diri kepada Allah." Aku bertanya, "Siapa orang yang engkau lihat di sana?” tanyaku. “Aku melihat Al Hasan bin Sirrin dan Maimun bin Sayyah,” jawabnya.

Seperti itulah keadaan mereka setelah meninggalkan dunia. Bertemu dengan orang-orang yang dahulunya menjadi teman dan penghias hari-hari mereka. Orang-orang shaleh yang menjadi ingatan mereka dalam hidup. Mereka itulah yang akan menemaninya di alam akhirat.

Saudaraku,
Hati-hatilah menyusuri jalan kebersamaan dengan orang-orang shalih. Waspadalah untuk tidak melakukan penyimpangan, yang membuat kesenjangan diri kita dengan mereka. Salim bin Abi Ja’ad mengatakan bahwa Abu Darda pernah berkata, "Hendaklah seseorang berhati-hati bila ia dibenci oleh hati orang-orang beriman dari arah yang tidak ia sadari.” Kemudian sahabat Abu Darda bertanya, “Tahukah kalian apa yang dimaksud dengan kata-kata itu?” Salim mengatakan bahwa ia tidak mengerti. Abu Darda menjelaskan, “Yaitu seorang hamba bermaksiat kepada Allah dalam keadaan sendiri lalu Allah menghunjamkan kemarahan-Nya dalam hati orang-orang beriman tanpa ia sadari.” (Al-Hilya: 1/215)

Kemarahan hati orang beriman, adalah kesengsaraan. Kebencian orang-orang yang beriman adalah pangkal kesempitan dan penderitaan. Karena merekalah sebenarnya yang dapat mengubah dunia dengan segala permasalahannya menjadi indah. Mulut-mulut merekalah yang menuangkan nasihat dan membicarakan kalimat demi kaiimat yang dapat menentramkan hati. Lidah-lidah merekalah yang menyiram hati kita untuk senantiasa berada dalam keridhaan dan tidak terlalu jauh menyimpang dari ridha Allah SWT. Tangan-tangan merekalah yang menuntun kita. Telapak tangan merekalah yang tertengadah di malam sunyi dan gelap malam hingga memberi kekuatan iman dalam diri kita. Ingatlah sabda Rasulullah tentang do’a seorang mukmin di tengah malam yang dijamin diterima Allah SWT.

Saudaraku,
Bersahabat dengan mereka, akan mendekatkan kita pada Allah. Dan ketaatan kita pada Allah, juga akan mendekatkan kita pada mereka. Ibnu Asakir meriwayatkan, Abu Darda‘ menulis surat pada Maslamah bin Makhlad. "Seorang hamba jika ia telah berbuat kebajikan untuk taat kepada Allah, maka Allah mencintainya. Bila Allah telah mencintainya, Allah akan menjadikan makhluk cinta padanya. Dan bila ia bermaksiat pada Allah, maka Allah akan memarahinya. Bila ia telah dimarahi olehNya, Maka Allah akan menjadikan seluruh makhluk benci padanya." (Al Kanz, 8/255)

Semoga Allah menghimpun kita dalam golongan orang-orang yang mendapat ridha-Nya di akhirat. Amiin Allahuma amiin.