24 Jun 2009

Ayuh,Rancang Kematian antum!

0 Comments

Salam alaik semua.
harap-hrapa sihat saje ye.ana tahu memang ramai tengah semangat dengan mukhayyam tingkatan 3 nih.dan ramai juga sibuk merancang pelbagai perkara yang berkaitan dengan mukhayyam,sehinggakan mengambil mase kelas.uppss.hehe.

Mati. Perkataan ini ialah perkataan yang paling ditakuti oleh kebanyakan orang di muka bumi ini. Bahkan orang Islam sendiri, tidak ramai yang suka membicarakanya.Tambahan pula jika dunia sudah meraja dalam hatinya.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Satu hari nanti,kamu semua akan dikerumuni musuh, seperti semut mengerumuni makanan." sahabat-sahabat bertanya, "apakah kami sedikit ketika itu ya Rasulullah?" Rasulullah SAW menjawab, " Tidak, ketika itu bilangan ramai, tetapi kamu seperti buih di lautan, Allah akan membuang rasa takut di hati musuh kamu dan mencampakkan kegerunan di dalam hati kamu. Hati kamu ketika itu dihinggapi penyakit wahn." Sahabat-sahabat bertanya lagi, "Apakah wahn itu ya Rasulullah?" Rasulullah menjawab, " Cinta dunia, takut mati."

Ya. Apabila kita sudah terlalu cinta kepada dunia, maka kita akan takut mati.Takut segala kesenangan kita di dunia ini terputus, takut segala harta kita di dunia ini sudah tidak boleh diguna dan diurus, takut memikirkan segala dosa yang bertimbun,takut memikirkan segala azab seksa yang bakal melunjur.

Namun mati siapakah yang boleh tangguh? Allah SWT berfirman yang bermaksud:

"Setiap yang bernyawa akan merasai kematian.."

Namun ada tiga perkara di dunia ini yang masih kekal berhubung dengan kita selepas mati.Tiga perkara itu ialah:

[] sedekah jariah yang kita lakukan,seperti membuat masjid, jalan raya dan sebagainya.
[] ilmu yang bermanafaat yang kita sebarkan dan ajarkan kepada orang lain,dan ilmu itu terus digunakan orang lain.
[] doa daripada anak-anak yang soleh.

tiga amal ini akan terus memenuhkan kantung pahala antum,walaupun kita telah mati. Selagi mana tiga benda itu berjalan dan terus digunakan,kita akan mendapat pahala seperti kita berbuat amalan tersebut ketika masih hidup.

Hidup ini sebentar, mati itu juga sebentar. Mati lebih sebentar daripada hidup. Tetapi kehidupan selepas mati itulah yang kita bicarakan di sebalik perkataan "mati" itu. Sebab itulah mati dipandang berat. Kematian ada dua jenis:

[] HUSNUL KHATIMAH
[] SU'UL KHATIMAH

Mati secara husnul khatimah, yakni suatu kematian dalam keadaan dia beriman kepada Allah, dengan kehidupanya yang dedikasi mengikut segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya.

Mati secara su'ul khatimah pula, ialah kematian dalam keadaan dia ingkar kepada Allah, dengan kehidupanya yang ingkar kepada perintah Allah, dan melakukan segala apa yang dilarang Alllah.

Bagaimana?
Kalau antum,antum mahu mati yang macam mana?
jom la muhasabah sama-sama yer.harap dapat la ambik sedikit sebanyak pengajaran dari post ana neh.ana tahu ana xsesempurna mana,tapi ana na cakap satu bende yang kawan ana pernah cakap kat blog laen," jangan lihat pada orang yg sampaikan,tapi lihat apa yang disampaikan".
okilah.selamat bermukhyyam semua!.

HIDUP ITU MEMANG,MATI ITU PASTI.

wassalam.

0 suara[²]: