17 Feb 2013

Siapa mereka? #1

2 Comments


In.the.name.of.Allah

Masa zaman sekolah dahulu, waktu-waktu sebeginilah masa yang paling senggang. Seronok aja kelas lepas rehat dengan bauan semerbak yang mengharumkan ruangan zarah-zarah di kelas :)


Dan setiap kali itulah ada mulut-mulut yang berbisik dan membuat andaian siapa yang bakal memegang kuasa 'JUARA' pada tahun itu.

"Perasan tak rumah sukan yang menang, mesti ikut ketua pelajar banat tahun tu... " 

"eh.. haah lah. Dua tahun lepas biru. Lepas tu kuning. Tahun lepas merah. Betullah.."

Usap lembut bahu belakang. "Ehem..kurafat tu dik." Geleng-geleng.

Hanya mampu tersenyum. Nampaknya masih belum seratus peratus 'SALIMUL AQIDAH' nih. Heih.. 


adik oh adik sayang.

Andai kalian faham siapa mereka yang acap kali nama mereka dijulang, pasti bukan jeritan dan sorak sorai yang diraikan. Malah air mata yang terlebih dahulu bertindak fungsinya.

Jom kita selami kisah mereka. Siapa mereka?


Inilah makam Jaafar At Thoyyar di Mu'tah, Jordan.


Masuk sahaja ruangan ini, menusuk satu bauan harum yang sama saja jika kita pergi ke mana-mana makan syuhada'. Wanginya subhanallah.


Jaafar b Abi Talib merupakan sepupu baginda Muhammad s.a.w. Masyhurnya digelar At-thoyyar bermaksud 'sayap'. Beliau ini, mempunyai raut wajah yang mirip dengan Rasulullah. Perwatakannya, dan setiap tindak-tanduknya seakan sama saja dengan Rasulullah.


Beliau juga memeluk Islam bersama isterinya Amma bt Umais. Beliau jugalah yang memimpin ummat Islam hijrah ke habsyah serta menjadi juru bicara sesuai dengan panji Islam yang dipegangnya.


Antara kisah yang menyayat hati mengenai beliau ketika sengitnya pertempuran di medan mu'tah. Ketika itu tentera Islam hanya berbekal 3000 orang sahaja berbanding tentera Rom Byzantine seramai 100 000 orang. 


Peristiwa ini dipanggil Ma'rakah Mu'tah yakni peperangan yang tidak disertai Rasulullah. Berbeza dengan Ghazwah.


Perang ini tercetus saat Rasulullah menghantar utusan yang bernama Harits b Umair Al Azdi membawa sepucuk surat ke Syam untuk Raja Rom. Hanya beliau satu-satunya utusan Rasulullah yang dipenggal dan dibunuh. Kerana itu, Rasulullah bertekad menghantar pejuang-pejuang Allah bagi menentang Rom.


Semasa perlantikan, Rasulullah bersabda " Sekiranya Zaid terbunuh maka Jaafar b Abi Talib hendaklah mengetuai pasukan dan jika Jaafar terbunuh, maka Abdullah b Rawahah hendaklah mengetuai pasukan. Dan sekiranya Abdullah juga terbunuh, maka bolehlah kamu semua memilih seorang ketua di kalangan kamu yang kamu kehendaki..."


Tidak pernah mana-mana peperangan yang Rasulullah sudah tetapkan panglimanya di awal pertempuran. Dan ketika itu, mereka kuat merasakan ketiga-tiganya bakal menemui syahid.


Kisah beliau, setelah diketahui Zaid syahid terus saja panji Islam disambar oleh Jaafar. Ini bermakna tanggungjawab panglima ditakuk bahu beliau memimpin ummat Islam. Dengan jiwa yang membara, beliau menyerbu dicelah-celah tentera Rom. 


Malah beliau turun dari kudanya, dia bertempur sedayanya. Tatkala itu juga, tentera Rom terus menyerbu dan menyerangnya sehingga Jaafar tidak mampu bergerak walaupun setapak kehadapan.


Ketika Jaafar memegang bendera tentera Islam pada tangan kanannya, tentera Rom memenggal sebelah tangan kanannya. Kemudian bendera tentera Islam beralih ke tangan kiri, Tentera Rom memenggal sebelah tangan kirinya dan Jaafar memeluk baki bendera dengan baki tangan yang ada. 

Begitulah perjuangan seorang syuhada'. Akhirnya Jaafar menemui syahid. Dan perang ini mencatat hanya 12 orang tentera muslimin yang syahid termasuk ketiga-tiga panglima yang disebut Rasulullah. Setelah itu, diganti dengan Khalid Al Walid yang menggepalai tentera muslimin menentang musuh.


Semasa peperangan berlangsung, Allah memberikan kurnia kepada baginda melihat situasi perang itu sendiri.  Baginda menangis semahunya kerana melihat seorang demi seorang orang kecintaan baginda gugur syahid.


Bermula dengan Zaid b Harithah, anak angkat baginda. Diikuti Jaafar b Abi Talib dan Abdullah b Rawahah.


Allah menggantikan kedua tangannya dengan dua sayap. Rasulullah bersabda,'Aku melihat sungguh Jaafar berada di syurga. Dia mempunyai dua sayap berlumuran darah dan bertanda di kakinya.."


Hebat bukan mereka ini?

Kaki melangkah keluar dengan hati dan jiwa yang basah. Selama ini, bukan saja-saja lambang 'sayap' yang dicipta menggambarkan kisah Jaafar At Thoyyar itu sendiri. Malah makna 'sayap' yang dibanggakan itu cukup membuatkan mana-mana jiwa terkobar dengan semangat.


Em. Tahniah buat Rumah Merah. Salahuddin Al Ayubi. dari kami abang dan kakak batch13. Nanti kita nantikan siri mengenai Salahuddin Al Ayubi pula ya.


Tidak kisah siapa yang menjuarainya. Asalkan batch kami dulu semua rumah dapat merasai juara. Eheh. ^^

13 Feb 2013

Susah kottt...

1 Comments


In.the.name.of.Allah

"Eh! jangan laju sangat.. tunggulah ana." KN mengeluh kepenatan.

Pandangan HA dikalih kebelakang. Tangan dihulur. "Pegang tangan ana.. cepat. Kita naik sama-sama"

KN menyambut huluran tangan sahabatnya yang tercinta. Dengan pantas KN mendaki dengan laju.

"Kalau nak cepat.. ikut tapak orang sebelum ni. Macam kita dalam jalan dakwah dan tarbiyah inilah. Kitakan ikut jejak Rasulullah dan sahabatnya?" HA memberitahu tips-tips mendaki dengan penuh semangat. Sempat lagi sharing.

KN mengangguk. Tangan sahabatnya dipegang kemas dan erat. "Sama juga bila mendaki nih macam kita nak tinggalkan jahiliyyah. Susah kottt.." Dalam mengah KN tetap ingin menyampaikan isi hatinya.

"Tahu takpe. Argh... tinggalkan jahiliyyah!"

Bukan mudah mendaki di pasir yang halus, mulus lagi jerlus ini.

Syeikh Mustafa Masyhur pernah berkata, 
"Tarbiyah bukan segalanya. Tapi segalanya bermula dengan tarbiyah."

Pernah tak kita rasa malu untuk mengaku kita sedang dalam tarbiyah? Sebab kita sendiri tahu sikap kita, perbicaraan kita, pandangan kita, hati kita, belum benar-benar seperti orang yang bertarbiyah.

kan...?

Bukankah orang yang ditarbiyah itu sentiasa memperbaiki dirinya? Daripada yang tidak baik kepada yang lebih baik. Dan istiqamah dengan kebaikan sehingga ke akhirnya. Malah bukanlah kebaikan itu dilaksanakan kerana manusia walhal kerana Allah semata.

pedih..?

Ini tidak.. terkadang kita cuba berpaling dengan pandangan kaca mata tarbiyah.

Cermin kembali diri kita.

Orang yang beriman itu punya perbezaan.
Untuk mencapai tahap yang tinggi disisi Allah, effortnya juga harus tinggi untuk mencapai Taqwa.

Kita...? Ada perbezaan? ke sama je dengan orang lain? Rambut sama serabut. Pakaian sama ketat. Hati sama lagha. Masa sama lewat. Aduhai.. Percayalah hati kita tidakkan tenang kalau begitu selamanya.

Jadinya, sama-sama kita cuba untuk mendekatkan lagi diri dengan Allah melalui apa jua cara. Bukanlah hasil yang kita inginkan. Cuma, biarlah usaha yang Allah nilaikan.

Susahkan nak tinggalkan jahiliyyah tu?

Yang jahiliyyah besar-besar tu, tak payah ungkitlah.Yang kechik-kechik tu... takkan dibiarkan?

"Dan aku tidak menyatakan diriku bebas daripada kesalahan, kerana sesungguhnyanafsu itu selalu mendorong kepada kejahatan..." (Yusuf : 53) 



2 Feb 2013

snorkeling.

1 Comments

dengan nama Allah yang memberi nikmat,


nikmat masa lapang.
online, bukak tab berpuluh puluh.
tekan macam macam cerita youtube.
tapi tengok apebende?

nikmat kawan kawan.
jumpa je cakap dan gelak gelak.
ingatkan dah best friend forever.
tapi solat ada ajak?

nikmat sempurna jasadi.
mata telinga hidung semua ada.
tengok cermin rase pakaian cantik.
tapi pada Allah cantik tak?

nikmat dapat banyak duit.
rasa diri kaya borong itu ini.
banyak beli kehendak dari keperluan.
tapi untuk infaq?

takyah nak mention semua nikmat.
banyak sangat takkan mampu.
bersyukur dan menyelam.
kufur dan tenggelam.

menyelam atau tenggelam?
kau lebih bijak memilih.


(14:7)