11 Jun 2009

Ujibakat.

0 Comments

(Daripada Blog De'pikir)

www.debatsmih.blogspot.com

[ana yang post kat sini sebab AJK Publisiti pergi Kem Tahfiz]

Bismillahirrahmanirrahim

PENGUMUMAN!
Sesi pencarian bakat baru bermula -

Sesi Ujibakat untuk menjadi ahli baru :



Kelab De'Pikir [Debat.Pidato.Pemikir] Sekolah Menengah Islam Hidayah

Berminat ?
Tidak susah, pertimbangkan tawaran ini dengan rasional dan isikan nama anda di salah satu borang yang ditampal di sekitar sekolah bermula pada 15 Jun 2009 ini , atau isikan nama anda di ruangan komen di blog de'pikir. Hanya pemberian nama melalui dua cara ini sahaja yang diterima.

Tarikh tutup mengisi nama adalah pada 18 Jun 2009.
Hanya terbuka untuk dua kategori sahaja , Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Pastikan anda mengisi nama anda di ruangan yang tepat mengikut kategori bahasa yang dipilih.

Tarikh : 20 Jun 2009 , Sabtu
Masa : 9.00 pagi - 2.00 petang
Sasaran : Para pelajar SMIH , Tingkatan 1 - Tingkatan 3
[Bagi pelajar Tingkatan 4 yang diberi surat tawaran juga diwajibkan hadir ke sesi ini. Hanya yang terpilih sahaja.]
Yuran : RM 2.00 [untuk bayaran makanan]


Prosedur Ujibakat :
-Sesi ujibakat ini akan diadakan dalam 2 pusingan untuk setiap peserta bagi kedua-dua kategori.
1) 'Argument session'
2) 'HOT Seat
!'


--Kelebihan untuk para pelajar yang terpilih , cepat belajar dan berkelayakan; anda berkemungkinan akan dihantar mewakili SMI Hidayah untuk ke Kejohanan Piala Debat MUSLEH 2009 pada bulan Julai ini untuk mengisi kekosongan tempat dalam 'team'.

--Jangan bimbang , struktur perdebatan tidak akan diuji dalam sesi ujibakat ini.

Untuk pengumuman USUL , tentatif dan maklumat seterusnya , layari blog de'pikir , dan tunggu pengumuman seterusnya.

Itulah lambang aspirasi kita , pendebat muda harapan negara!

-------------------------------

ok.tambahan.

1.hm.ambillah peluang ini utk sertai sebab tahun depan dah takboleh. penyertaan utk f4 bukan terbuka.

2. Jangan jadikan 'PMR' alasan. 1 minggu je untuk fikir + bersedia + audition. jangan lepaskan peluang. jangan menyesal nanti. orang lain boleh buat.. kita pun boleh kan?

3. Jangan risau. Buat persediaan isu-isu semasa & boleh minta tolong ahli-ahli de'pikir.

4.last, jangan pandang rendah kat diri sendiri. kalau rasa diri berbakat [define 'berbakat': berani. skil bercakap & berfikir n boleh bagi komitmen! (bakat ke komitmen?)]

hey..ahli kelab mule-mule dulu nervous + tak confident jugak! try je. bakat n confidence boleh diasah kan?

p/s: for the English Category: it doesn't mean if you are very good in English, you're a very good debater. so.. don't worry about it, if you understand english well, and can speak english, then come to us..! don't worry, EVERYone forgets english words in a debate. you'll get the hang of it. ;p

0 suara[²]: