31 Aug 2008

selingan+ramadhan

0 Comments

baca Quran : amalan utama bulan Ramadhan!

"Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".

tambahkan amalan,
mohon keampunan,
betulkan niat seharian,
agar diberkati Tuhan!

palestine

0 Comments

Khamis, 28/08/2008 -Kementerian Wakaf di Gaza telah memberi amaran Rabu lalu mengenai rancangan Israel untuk melancarkan peluru roket ke atas Masjid Aqsa di dalam bulan Ramadhan ini, disamping mendesak Kementerian luar Arab agar segera bersiap mempertahankan masjid suci itu.

(sumber diambil dari http://www.palestinkini.info/)


Adakah perkara ini akan benar2 berlaku? Ana harapkan agar perkara ini tidak terjadi.. Jadi, sama-samalah kita berdoa kepada Allah agar Masjid Al-Aqsa yang kita cintai ini tidak diapa-apakan oleh orang Yahudi. Masjid Al-Aqsa ini sangat istimewa dan berharga bagi kita kerana dalam perjalanan Isra' Mikraj sendiri, Allah telah memberhentikan Rasulullah s.a.w di masjid ini dan dalam Al-Qur'an juga Allah telah mengatakan bahawa Masjid Al-Aqsa ini diberkati sekelilingnya (Al-Isra': 1)...

"Ya Allah, Engkau peliharalah dan lindungilah Masjid Al-Aqsa dan bumi Palestin daripada tangan Yahudi Zionis laknatullah! Engkau berilah kekuatan dan bantuan kepada para Mujahidin Ya Allah, engkau menangkanlah saudara-saudara se-Islam kami dan para Mujahidin di Palestin, Iraq, Afghanistan, Pakistan, Checnya, di Negara kami Malaysia dan di seluruh negara Islam! Engkau berilah kekuatan kepada kami agar kami dapat mempersiapkan diri kami demi memperjuangkan deen tercinta ini dan sentiasa ikhlas dalam melakukan ibadah dan amal kepadaMu! Ameen...
SAVE AL-QUDS!

perpaduan teras kejayaan

0 Comments

adab di bulan ramadhan

0 Comments


Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut. Antara yang terpenting adalah:

1. Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena-mengena dengannya;

2. Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan yang sia-sia;

3. Mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih.

Ulama silam pernah berpesan: “Apabila kamu berpuasa maka perhatikanlah apa yang akan dijadikan makanan berbukamu dan di manakah kamu akan berbuka?” Ia adalah panduan yang terbaik bagi mengawasi diri daripada terjebak dengan unsur-unsur makanan yang tidak halal;

4. Berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan demikian ibadah puasanya akan suci dan sempurna. Terdapat ramai yang memenatkan diri dengan berlapar dan berdahaga, membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa dan noda, kerana itu puasanya rosak binasa dan keletihannya tidaklah berbaloi sebagaimana maksud sabda Rasulullah s.a.w.: Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga. (Riwayat an-Nasaei)

Meninggalkan maksiat menjadi kewajipan kepada seluruh orang Islam sama ada mereka sedang berpuasa atau tidak. Apatah lagi bagi yang berpuasa, ia lebih dituntut dan diwajibkan. Sabda Rasulullah, Puasa itu adalah ‘perisai', sekiranya seseorang daripada kalangan kamu sedang berpuasa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat bodoh. Jika ada orang lain yang mengejinya atau cuba memeranginya maka hendaklah dia katakan kepada orang itu: “Saya sedang berpuasa.” (Riwayat Bukhari dan Muslim);

5. Jangan membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan bersederhanalah pada kedua-duanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya terkawal, keinginan nafsunya kurang dan hatinya ceria. Itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai;

6. Jauhkan diri daripada mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja pada bulan puasa dan bulan-bulan yang lain. Penggemblengan diri dalam mengurangkan tuntutan jasmani dan keinginan perasaan memberikan kesan yang positif terhadap kecerahan hati nurani yang amat dituntut terutama pada bulan Ramadan.

Mereka yang menjadikan keinginan nafsu perut sebagai tunggangan akal ketika berbuka yang menyalahi kebiasaan pada bulan-bulan lain sebenarnya terpedaya dengan pujukan iblis. Rayuannya bertujuan menghilangkan barakah (berkat) ibadah puasa mereka, nikmat limpahan ketenangan daripada Allah s.w.t., kekhusyukan diri ketika bermunajat dan berzikir kepada-Nya.

Kenyang

Sepatutnya orang yang berpuasa mengurangkan kadar pemakanannya sehingga terserlah kesan puasa itu kepada dirinya. Kekenyangan adalah punca kelalaian, kealpaan, keras hati dan malas untuk taat kepada Allah s.w.t..

Sabdanya: Takungan jelek yang dipenuhkan oleh manusia adalah kantong perutnya, memadailah baginya beberapa suapan yang dapat meneguhkan tulang belakangnya. Jika dia enggan maka berikanlah sepertiga (bahagian perutnya) untuk makanan, sepertiga kedua untuk minuman dan sepertiga terakhir bagi pernafasannya. (Riwayat Ahmad dan at-Tarmizi)

Terdapat ulama yang mengungkapkan kata-kata berikut: “Sekiranya perutmu kenyang anggota-anggota lain akan lapar (akan menurut turutan nafsu) tetapi sekiranya perutmu lapar kesemua anggotamu akan kenyang.”

As-Salaf as-Soleh (mereka yang terdahulu) mengurangkan perkara kebiasaan dan dorongan diri serta memperbanyakkan amal ibadat pada bulan Ramadan secara khusus bahkan itulah adat mereka sepanjang masa;

7. Tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadan, bahkan mengambil kesempatan bagi beribadat kepada Allah dan mengingati-Nya sebaik mungkin. Justeru, dia tidak melakukan perkara duniawi melainkan sekadar keperluan hariannya atau kepada mereka yang berada di bawah tanggungannya. Demikian yang selayaknya dilakukan pada bulan Ramadhan yang mulia ini sama seperti pada hari Jumaat yang sepatutnya dikhususkan bagi amalan akhirat;

8. Mempraktikkan amalan sunah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ia tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur.

Nabi s.a.w. berbuka dahulu sebelum Baginda mengerjakan solat Maghrib. Sabda baginda: Umatku sentiasa berada dalam keadaan baik (berkat) selama mana mereka mempercepatkan berbuka (apabila masuk waktunya) dan melambatkan makan sahur. (Riwayat Bukhari dan Muslim);

9. Menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air. Sabda baginda s.a.w.: Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa). (Riwayat al-Baihaqi dan Ibnu Khuzaimah)

10. Memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat terawih, witir dan sebagainya.

Adalah dinasihatkan kepada para imam supaya tidak mempercepatkan solat terawihnya seperti mana amalan kebiasaan di masjid dan surau.

Perbuatan tersebut menjejaskan mutu ibadat solat tersebut kerana meninggalkan ‘wajib-wajib' solat seperti meninggalkan tomakninah semasa rukuk dan sujud, mencacatkan bacaan al-Fatihah sebagaimana sepatutnya lantaran ingin kecepatan dalam mengejar waktu sehingga menyebabkan makmum di belakang tertinggal rukun-rukun penting dalam solatnya. Amalan terawih seperti itu adalah tidak sempurna dan berkurangan pahalanya.

Oleh itu berwaspadalah terhadap cara demikian dengan kembali mengamalkan ibadah solat seperti waktu-waktu lain, menyempurnakan kiam, bacaan al-Fatihah, rukuk, sujud, khusyuk, hadir hati dan semua peradaban solat dan rukunnya.

Bagi makmum pula disyorkan supaya sentiasa bersama imamnya sepanjang solat terawih itu sehinggalah selesai sama ada 20 rakaat ataupun lapan rakaat. Sabda Rasulullah s.a.w., Apabila seseorang menunaikan solat bersama imamnya sehinggalah imam itu (selesai dan) beredar, dikirakan untuknya (makmum) pahala kiam semalaman. (Riwayat an-Nasaei)

- NAZMI AIDARUS ialah Pegawai Hal Ehwal Islam, Jabatan Mufti Negeri Terengganu.

30 Aug 2008

ramadhan: we're waiting!

1 Comments

assalamu'alaykum..




alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillahi kathira.

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana yang diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu, agar kamu BERTAQWA." (2:183)

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan. Marhaban Ya Ramadhan.
Selamat datang penghulu segala bulan.
Selamat datang bulan mulia yang disucikan Allah.

Rasulullah saw bersabda, "Barangsiapa yang hatinya merasa gembira atas kedatangan bulan Ramadhan, Allah kelak mengharamkan jasadnya dari api neraka." (H.R. Bukhari-Muslim).

Sesungguhnya inilah dia madrasah tarbiyyah terbaik kita. Ramadhan sebenarnya betul-betul mentarbiyyahkan qalb dan mengislahkan diri bagi sesiapa yang menghayatinya.

bagaimana reaksi kita bila menerima hadiah daripada seseorang yang kita cintai?
pastinya sangat gembira, dan hadiah tersebut mesti dihargai sangat2.
Subhanallah, Ramadhan sebenarnya adalah hadiah dari Allah untuk kita.
maka, hargailah bulan mulia ini yang intinya pelbagai manfaat.

Bulan Ramadhan adalah bulan untuk kita menambah pahala.
mengurangkan dosa. mengukuhkan iman. menyemai taqwa. mentarbiyyah qalb. mendidik diri. mengislah peribadi. Subhanallah, indahnya Syahru Ramadhan.

Dan, tak lupa juga, ada satu malam yang selalu ditunggu. satu malam yang para malaikat turun ke bumi. satu malam yang diberkati sehingga terbit fajar. itulah dia Lailatul Qadar. Subhanallah. Alhamdulillah.

carilah Lailatul Qadar yang ianya lebih baik dari seribu bulan. siapa yang tidak bertemu dengannya, sesungguhnya dia sangat rugi. marilah bersama kita tajdid ruh kita dan kuatkan mujahadah kita dalam mencari Lailatul Qadar.

semoga Saum Ramadhan kita akan diterima oleh Allah.
Rasulullah saw bersabda, "Barangsiapa yang berpuasa Ramadan dengan keimanan dan hanya mengharap rida Allah, akan diampuni dosa-dosanya yang terdahulu." (H.R. Muslim).

ikhlaskan Saum kita. banyakkan sedeqah. banyakkan membaca Al-Quran. pendek kata, banyakkan amalan kita dalam bulan ini dan paling penting, pastikan ianya ikhlas. dan pastikan kita terus istiqamah, bukannya berkobar-kobar pada awalnya sahaja.

akhir kata, selamat menyambut Ramadhan Kareem, bulan yang mulia.

wassalam~

mane lebey penting...

4 Comments






renung-renungkan..

ramadhan is coming....

0 Comments


24 Aug 2008

sekolah!

0 Comments




assalamu'alaykum!

haha~
gambar kat atas nie,
cumelah sebagai pemangkin semangat kite utk ke sekolah esok.
sbb ramai yg xnak pegi skolah, termasuk ana.
so, ramai2 kite pergi sekolah esok, tuntut ilmu, insyaAllah itu jihad kita yang termampu!

jangan malas2 pergi sekolah ea?
kuatkan semangat, kerna ini jalan perjuangan kita!
selamat kembali belajar! ;]]

wassalam~ =)

23 Aug 2008

Epal dan Kita

1 Comments

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t


Kdg2 kite kene bwk diri kite berfikir.
Cerite ni maybe macam diambil ringan & x bermakne, tapi kalau dapat fikir ape yg disebalik kisah ni, banyak perkare yg dpt diambil..

Mcmane perumpaan sebiji epal boleh disamekan dgn diri kite..??

Sebuah cerite drpd mentor ana, ustz.Muhaini, sesape yg same KP, maybe tau kot.

Sebiji epal yang cntik, yg tak ade cacat pada luaran ditayang oleh penjual epal, dan semua org yang lalu memegang dan memuja epal tu. Banyak orang yang singgah untuk melihat epal yg nampak mcm sedap.

Tapi epal tu sgt susah untuk dijual.

Mereka yg singgah, yang membelek epal tu, semua pilih untuk minta epal yang belum disentuh, yang berbalut lagi. Selepas pasti epal tu xpernah dilihat atau di pegang oleh sesiapa, barulah dibeli epal itu.

Kenape?

Kenape orang tetap nak epal yang segar, yang berbalut. Sedangkan semua epal itu same rasenye. Yang ditayang tidak kurang pun rase epalnye.

Macam tu lah manusia.

Yang ditayang itu memang cantik, tak dapat dinafikan, semua orang terpikat.

Yang dibelek tu memang nampak luaran sempurna.

Tapi semua orang tau yang epal yang berbalut lebih terjaga dan elok.

Yang ditayang mungkin telah jatuh dan rosak dalamnye. Mungkin telah dibeli oleh seseorang kmdian ditukar dengan yang disimpan didalam.

Dan ramai yang telah menyentuhnya.


Semua orang yakin yang epal didalam cantik luaran dan dalamannye.
Semua orang memilih epal yang disimpan dan dijaga!

Dapat relevennya?

1. Yang terjaga dan disimpan lebih dikehendaki daripada yang telah hilang pelindungnya.

2. Semua manusia cantik, semua orang tau yang semua orang cantik. Yang ditayang atau pun yang disimpan. Maybe yang disimpan lebih cantik?

3. Yang ditayang mungkin telah pasti rasanya manis, sbb telah diberitahu dengan jelas oleh penjual, tapi tak mustahil yang disimpan; yang sama cantiknye; menyimpan pelbagai rahsia tntg rasenye. mungkin lebih sedap. hanye org yg memilihnye yg tahu rasenye. Yang memilih yang tersimpan mesti org yg bijaksane kan?

4. Hanya manusia tertentu yang akan memilih epal didalam. Manusia yang tidak mudah terpedaya. Manusia yang kurang bijak dan terpedaya akan memilih epal diluar. Tapi tak guarantee epal diluar ada pembeli.

_____________________________________________________________________________________

Em, sbnrnye cerite ni utk kaum hawa; epal = wanita, tapi boleh jugak ambil perspektif umum.
Kite sumer boleh berfikir, jd ana xnak tambah bnde2 lain.


p/s: kalau tadi maen skrol je ke bwh skip, post ni, ana rase korang patut skrol balik ke atas utk bace.

p/s: just sharing, peringatan termasuk utk diri sendiri. dalam byk2 cerite yg pernah ana dgr, cerite ni yang paling byk pengajaran..

Wassalam.

20 Aug 2008

al-i'-lan wal ma'-lu-mat~

0 Comments

bismillahirrahmanirrahim,

di sini ana ingin membuat iklan dan makluman serba sedikit maklumat tentang sambutan kemerdekaan di sekolah kita. Buat makluman semua, seperti yang kita tahu motto sambutan kemerdekaan pada tahun ini ialah ;

"PERPADUAN ASAS KEJAYAAN"
atau
dalam arabic nya
"AL-ITTIHAD ASAS AN-NAJAH"

Antara aktiviti yang diadakan khas untuk dinukilkan di rumah adalah;
1.Sajak
2.esei
3.poster
4.puisi

untuk memudahkan anda menghasilkan karya-karya tersebut, boleh merujuk objektif2nya seperi di bawah;

1. menyambut kemerdekaan ke 51
2.mengukuhkan semangat patriotik
3.meningkatkan semangat berjuang diri, agama, bangsa dan negara
4.memerdekakan pemikiran, sahsiyah dan budaya

sebelum anda menghasilkan karya tersebut, patuhi syarat-syarat berikut;

1. tulislah dengan hati yang ikhlas,tenang,terbuka dan hammasah! (*sangat2 digalakkan)

2. hasil karya mestilah daripada buah fikiran sendiri

3. tidak dibenarkan mengambil daripada mana-mana bahan yang sudah siap atau bahasa
mudahnya (copy and paste)

4. boleh menyelitkan unsur keagamaan atau peringatan (sangat digalakan)

5.
syarat khas untuk poster;
-mestilah menggunakan 4 warna seperti dalam bendera negara sahaja (merah,putih,biru,kuning)
-boleh meggunakan tangan atau komputer (tetapi tidak boleh menggabungkannya)
-karya bersaiz sebesar kertas lukisan atau kertas A3
-boleh menghasilkan mengikut kreativiti anda

6. tarikh tutup menghantar karya-karya tersebut adalah minggu selepas naik cuti. maklumat terbaru akan diberitahu kemudian.

7. karya yang telah disiapkan, sila hantarkannya secepat mungkin kepada

-Muhammad Irfan Bin Ahmad Hisyam, bagi banin (4 Abqari)

-dan bagi banat pada Maryam Rufaidah Binti Zainal Abidin (4 Imtithal)

---------------------------------------------------------

sebelum saya mengakhiri, JOM ramai-ramai sertai pertandingan2 ini. tapi, ingat syarat pertama hendaklah selesai terlebih dahulu. bila hati ikhlas, 100% Allah janjikan ganjaran lumayan yang lebih hebat. Usah fikirkan glamour dan hadiah yang kami sediakan buat anda, ianya akan habis dan tidak kekal. Tapi ganjaran yang Allah beri, meningkatkan peratusan kemewahan hidup kita di akhirat kelak! Percayalah!

JOM tempah ganjaran Allah!! (*man jadda wa jada)

baiklah sahabat2 sekalian jika anda mempunyai sebarang kemusykilan atau masalah berkenaan pertandingan ini anda bolehlah menyatakannya melalui komen di bawah. (*atau sekiranya anda mempunyai cadangan atau idea yang lebih menarik, sila suarakan pendapat anda)


syukran 'ala kullihal, wallahua'lam

19 Aug 2008

Erm...

0 Comments

Assalamu'alaykum!

Ana terfikir, Batch13 nie, tak banyak sangat aktiviti,kan? So ana cadangkan kita buat satu pertandingan. Kan pernah ade sekali tu buat undian nak buat ape untuk Batch13 ni. So bende tu mestilah ade design atau logo. Jadi, nie kirenye macam Pertandingan Buat Logo untuk Batch13. Logo² yang dah siap direka, bolehlah tayang dekat blog nie. Bagi yang bukan author, boleh mintak mane² author tolong letakkan.

Lepas tu, pelawat dan pembaca blog nie boleh la undi dengan gune ruang komen. Logo dengan undian tertinggi nanti, bolehlah digunakan untuk buat ape yang nak dibuat tuh. Ape² pun, ni cadangan je. Kalau setuju, boleh teruskan. Ana tahu, ramai yang kreatif dalam bab² designing nih. Jadi kalau disalurkan ke-kreatif-an tuh ke arah yang baik kan bagus.

Lagi satu, dengan macam ni, semue orang ade peluang untuk mencurahkan idea. Tak adelah sorang je yang buat dan ade orang tak puas hati. Orang pun takkan gaduh pasal logo mane yang terpilih sebab ini berdasarkan undian tertinggi.

Sekian.

Wassalam.

^Tahniah Blog Batch13! Dah maju ye. 102 posts dah.^

18 Aug 2008

CINTA???

0 Comments

Satu perkara yang disukai oleh setiap lapisan masyarakat terutamanya remaja. Ada apa dengan cinta? Apa itu cinta?. Soalan yang sering diajukan oleh sesiapa sahaja yang nak tahu tentang cinta. Ana bukanlah pakar dalam bab cinta tapi tetap nak cuba berkongsi ilmu yang sedikit ini dengan para pembaca.

Cinta? satu anugerah daripada Allah kepada manusia. Andai cinta itu perkara yang kurang, elok Allah tidak akan campakkan ke dalam hati-hati setiap manusia perasaan ini kerana setiap nikmat yang kita dapat di atas muka bumi ini atas cinta Allah dan Hanya DIA yang maha mengetahui. Kepada yang sudah terlanjur bercinta diingatkan supaya menjauhi perkara yang dilarang oleh Allah.

Kalaulah seseorang itu mengatakan bahawa dia bercinta berlandaskan hukum Allah tapi sering melanggar perintah-NYA maka cinta ini jatuh ke tingkat yang kedua kerana bercinta tidak bertujuankan Allah bahkan boleh jadi jatuh ke tingkat cinta bahimiah. Nak mengenal orang yang bercinta tujuannya Allah atau bukan, lihat sahaja perlakuannya seharian sama ada dia memenuhi tuntutannya kepada Allah atau dia mendahului cintanya terlebih dahulu. Contohnya Ali mempunyai seorang kekasih dan suatu ketika azan dilaungkan dan kekasihnya mengajak dia keluar makan. Seandainya Ali memilih untuk solat dan menolak ajakan kekasihnya kerana merupakan satu perbuatan dosa maka beruntunglah dia dan jika sebaliknya maka akan tahu cintanya kerana apa. Oleh sebab itu jika benar cintanya bertujuankan Allah maka tidak akan sanggup melakukan perbuatan yang melanggar syariat Allah.

Kualiti sesebuah cinta itu berdasarkan hatinya kerana akhlaknya yang diluar mencerminkan yang di dalam. Jika baik di dalam maka baiklah yang diluar.

Bagi yang belum pernah bercinta berlainan jantina diharapkan dapat mengalihkan rasa cinta yang sedang membara itu kepada perkara yang lebih aula contohnya mencintai orang yang sering berdamping dengan kita dan yang menjaga kita semenjak kecil lagi,mencintai pelajaran dan buku. Jikalau tidak mampu membendung rasa cinta yan terlampau kuat mengadulah kepada Allah supaya jodohkan kita dengan orang kita cintai. Ini adalah sebaik-baik perkara kerana dapat menjauhi perbuatan2 yang tidak diingini daripada berlaku.

Teringat ana pada kata-kata seorang penulis 'tak payah bersentuhan tangan kerana sudah bersentuhan hati, tak payah berbalas kerlingan mata kerana mereka sudah pun berbalas-balas doa'.

Keputusan terletak ditangan kita sama ada mahu merebut CINTA (Allah) atau cinta. Tepuk dada tanya iman dan natijahnya iman akan pilih CINTA.

Cinta itu ibarat hadiah, adakah hadiah lebih patut dicintai daripada pemberi hadiah.....
Jangan ikut pandangan mata kerana selalu menipu.
Jangan ikut pandangan akal kerana selalu tersalah
Jangan ikut pandangan nafsu kerana selalu melulu
Tapi ikutlah pandangan hati kerana selalu tepat andai hati itu bersih.

*diambil dr http://saifulmahabbah.blogspot.com/

post ke-100

0 Comments

assalamualaykum..

dah post yang ke-100 rupenyer... kejap jerk kan.. haha.
moge-moge blog ini akan bertambah maju!

wassalam

KELEBIHAN RAMADHAN

0 Comments

assalamualaykum...


Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.


  1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-
  2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-
  3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-
  4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-
  5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-


PENERANGAN HADIS


  1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.
  2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.
  3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.
  4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.
  5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.
  6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.
  7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.
  8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.
  9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.
  10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.
  11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

15 Aug 2008

Huhu! Lega~

0 Comments

Assalamu'alaykum.

Sepanjang 5 hari yang lalu...

"Argh!! Tak bace lagi!!"

"Hello? Salam, esok masuk ape ye perikse?"

"***, anti dah bace buku?"

"*** nie maksudnye ape?"

"*** bile ye? Lepas tahun *** ke sebelum?"

"Jom buat kuiz!"

...dan macam-macam lagi.

************************************

Hari ini...

"Merdeka! Merdeka!"

"Oo! Ujian dah habis!"

"Lepas nie cuti!!"

"***, cuti ni pergi mane?"

"Jom kemas kelas!"

"Jom jalan-jalan!"

...dan bermacam ragam, reaksi, gelagat, perangai yang muncul.

***********************************

Ujian dah habis. Cuti dah bermula. Semua rasa bahagia. Tapi puasa dan sekolah dan keputusan menanti lepas naik cuti. Bersedialah. =D.

Ana tahu, mesti ramai yang lega dah habis ujian. Masa untuk memerah otak dah berakhir. Masa cuti, masa yang paling sesuai untuk lepaskan tekanan ujian. Tapi dalam bercuti, jangan terlupa masa nak naik sekolah. Tapi ana tak nak spoil-kan mood bercuti, jadi selamat bercuti!

Wassalam..

10 Aug 2008

Ujian

8 Comments

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum.


Meja dah susun. Kertas soalan dah siap. Folio dah hantar [ye ke?]. Buku dah bukak. Bace? Dah.

Esok Ujian.

Maybe bg sesetengah orang, ujian ni satu dugaan yang maha berat, maybe bg sesetengah orang, rilek je, tapi still, semua org akan lalui UB2 ni.

Ana suke berpendapat yg ujian bulanan ni just nak kejutkan kite, nak sedarkan yg kte belum btul2 mahir subjek2 tertentu. and lepas dpt result, perbaiki utk ps2.

tapi tu pendapat ana.

Maybe ade yg xsedar lagi esok ujian [ehem]. tapi maybe jugak ade yg stress sgt.

Jangan terlalu stress. Tak dapat fokus nak ulangkaji. Ni baru UB, belom lagi PMR.

Be happy, ulangkaji relax2 je..jgn terlalu pakse diri.. Doa' byk2.

Good Luck!

p/s: jgn tlalu asyik sambut birthday!

6 Aug 2008

syaaban datang..

1 Comments

bismillahirrahmanirrahim.



assalamu'alaykum buat semua yang membaca.



macam yg semua org tahu, skarang ni kite berada dlm bulan..ape?

ogos? bukan..

Syaaban? pandai pun!



bila Syaaban, selalunya, mesti sinonim dengan apa? yes, Ramadhan!



jadi, dalam kita sibuk dengan kehidupan seharian,

nak ujian nie,

sibuk buat nota lagi,

dan macam2 yang menuntut diselesaikan,

jangan pernah kita lupakan Syaaban yang datang,

apalagi Ramadhan! takut dia kecil hati nanti,,



dalam bulan syaaban, banyak sangat amalan yg boleh dibuat.

contohnya?



banyakkan puasa sunat.

zikir dan do'a.

taubat dan istighfar.

dan macam2 lagi kita boleh buat.



paling penting, puasa sunat! sebab kita xpasti sama ada kita akan dapat berjumpa Ramadhan yang dah nak datang ni atau tidak.

xde sape yg boleh jamin dia akan terus hidup minggu depan.

jadi, disebabkan kita tak mahu ketinggalan merasai kehangatan bulan Ramadhan,

marilah kita raikan Syaaban ini dengan puasa dan amalan sunat

supaya kehadiran Ramadhan itu lebih bermakna.



kesimpulan?

hargailah bulan Syaaban. kenapa? kerana bulan Syaaban itu kan dinamakan bulan Rasulullah.

sebagai tanda cinta kita pada Rasulullah, marilah sama-sama kita raikan kehadiran bulan baginda ini!



sekian sahaja,

segala yang silap harap ditegur dan dimaafi.

ini cumalah suatu perkongsian dari diri yang dhaif serba serbinya.



assalamu'alaykum..

4 Aug 2008

ada apa dengan mukhayyam...

4 Comments

assalamualaikum...

alhamdulillah...semua b13 smih dah selamat bermukhayyam di Hutan Lipur Panti...
walaupun pd mulanyer rmi yg tak puas hati,rase terpinggir..tak nak pergi dan mcm2 lg..tp akhirnye...dpt jgak dilakukan mukhayyam kali ini..
Sebenarnyer,ana merupakan slh seorang warga b13 banat,yg x nak pergi atas dasar perancangan yang tidak memuaskan...tp ana pergi jgak hasil dr sokongan teman2..
Selepas blk..br ana terpike ader hikmahnyer....
Mase mukhayyam...ana dpt rsekan sesuatu yg x pernah ana rasekan pd mne2 mukhayyam sbelom nie tp tahun 2008 tingkatan 2..membrikan ana pengalamn yg sgt manis....
ana dpt rasekan satu ukhuwwah yg amat erat antara banat..walupun berlainan kumpulan...
Bukan untuk memuji tp ana dpt rsekan sgt2..
Kat sini ana ucapakn terima kaseh pd kwn2 ana yg sanggup membantu dan memberikan sokongan...x perlu la ana sebutkan nama...
Ana yakin,bukan ana seorang sahaja dpt merasakan ukhuwwah yg amat erat..
tp semua g13...
Terlalu bnyk pengalaman br yg kiter semua boleh dpt dr mukhayyam kali nie...

-najihah-

.zahratuljannah.

3 Aug 2008

Alhamdulillah...

8 Comments

Assalamu'alaykum..

Hari ni ana nak tulis pasal mukhayyam form 2 yang baru je habis. Alhamdulillah. Majoritinye berjaye mengharungi mukhayyam 3 hari 2 malam. Ana akan ceritekan serba ringkas untuk yang tak pergi mukhayyam sebab sekarang ana belum ade kerajinan nak tulis panjang².

Jumaat, 1 Ogos 2008

Malam pertame dekat campside, dah ade night walk. Ramai yang nervous, takut and macam² perasaan yang bercampur. Tapi semue kumpulan okey. Lepas night walk [banat], ade sesi LDK bersame Ustaz Iswan dan Ustazah Suhailah.

Sabtu, 2 Ogos 2008

Sebelum waktu perhimpunan, semue orang didenda. Denda pertame, dan satu²nye denda yang paling teruk untuk banat. Pagi² banat ade riadhah, buat BASED, buat latihan ikatan. Banin ade obstacle, buat BASED, buat latihan ikatan. Lepas latihan ikatan, ade jungle tracking. Banat jalan dulu, kemudian banin. Malam ade Malam Kebudayaan dan LDK ala KBM bersame Ustaz Iswan. Sebelum Malam Kebudayaan, semue kumpulan diminta buat roti lilit. [Sedap tapi hitam... :D]

Ahad, 3 Ogos 2008

Pagi² sebelum buat aktiviti lain, mesti ade perhimpunan. [Alhamdulillah kali ni, tak kena denda!] Lepas tu, ade latihan kawad. Lepas latihan, kena masak untuk sarapan, lauk tengah hari, pertandingan masakan. Sambil masak, pangkalan kena robohkan. Lepas tu, diberi mase lagi untuk berlatih kawad. Habis mase berlatih, terus ade pertandingan kawad. Banat punye, oklah semue. Kemudian, ade demo daripade fasilitator banat care² kawad yang betul dan ade gotong-royong. Kemudian, main game BOM!! antare banat dan banat, banin dan banin. Top 3 banat lawan dengan Top 2 banin dan kumpulan fesi banin. Lastnye, banat menang! Akhir sekali, majlis penutup dan penyampaian hadiah. Kump. 3 banin dan kump. 4 banat jadi kump. terbaik. Kadet perempuan terbaik, Wani, kump. 4. Kadet lelaki terbaik, Yaqin, kump. 3.


Itu je yang dapat ana ringkaskan daripade mukhayyam kali ni. Kalau nak tahu cerite yang panjaaaaaaang, kena pergi tanye sendiri pade orang yang terlibat dengan mukhayyam ting. 2.

Wassalam..