Jasad:-
Jasa ialah bentuk fizikal
manusia. Amalan hidup yang sihat amatlah penting untuk merangsang jasad. Kita
tahu akan kewujudan jasad apabila kita berasa sakit akibat terluka dan
sebagainya. Dorongan emosi negative yang berlebihan akan membuatkan kita
tertekan dan mewujudkan pelbagai jenis penyakit seperti migraine, sakit jantung
dan darah tinggi. Kajian menunjukkan orang yang tidak memperolehi ketenangan
diri dari segi rohani, mental dan emosi mempunyai jasad yang tidak sihat dan
mudah terdedah kepada penyakit.
Emosi:-
Emosi merupakan aspek perasaan
yang berhubung rapat dengan minda dan rohani. Emosi wujud daripada pemikiran
yang mencetuskan perasaan dan kemudian membentuk perilaku. Emosi mampu
dirangsang dengan adanya sifat- sifat positif iaitu sabar, tabah, tiggi daya
tahan, dan sebagainya.
Minda:-
Minda berkait rapat dengan
keseluruhan diri, emosi, dan jasad kita. Walaupun kita mengenali otak sebagai
organ yang mencetuskan idea dan pemikiran, tetapi ia sebenarnya tidak terhad
kepada fungsi itu semata- mata. Para penyelidik Barat tidak dapat
mendefinisikan dengan sebenar- benarnya maksud minda. Tetapi kita boleh
definisikan minda sebagai pembentuk diri dan ingatan yang diasaskan oleh otak (
hardware ) dan minda separa sedar ( subconscious ) yang berfungsi secara total.
Rohani:-
Rohani ialah unsur yang paling
penting dalam diri manusia. Tuhan telah menghidupkan kita dengan meniupkan roh
ke dalam jasad kita. Apabila manusia menemui ajalnya, asa akan hancur tetapi
roh akan kekal selama- lamanya.
0 suara[²]:
Post a Comment