Assalamualaikum w.b.t
Untuk yang tak tahu atau tak ambil tahu, ana nak buat penceritaan or report balik. Bertujuan nak memperingatkan balik semua peserta tentang apa yang dah berlaku and juga sebagai perkongsian untuk yang tak hadir; dan juga untuk Banin.
Ok, merujuk tajuk kat atas, itu nama program banat batch13 yang dah berlangsung pada 27-28 Mac 2009.
Firstly, harap tidak ade salah faham. Program banat dilaksanakan atas sebab-sebab tertentu, di mana langkah [melaksanakan program banat shj] ini juga disokong oleh banyak pihak.
Yang mana boleh dijadikan panduan, sila ambil dan yang buruk sila jadikan sempadan.
Okay, mungkin tujuan program belum jelas, malah, untuk yang pergi program juga mungkin kurang jelas. Jadi antara objektif yang ingin dicapai:-
1. Memupuk kerjasama
2. Melatih mengadakan program
3. Menerapkan nilai menghargai kawan
4. Mengeratkan lagi ukhuwwah.
nampak simple? Ye, itu sahaja tujuan. Alhamdulillah, kebanyakan objektif dapat dicapai.
Insya-Allah, sekarang ni kita dah boleh cakap yang kita ada kerjasama, tapi semua atas izin Allah. mungkin satu hari ditarik semula? siapa tahu?
Program bermula petang jumaat dan berakhir esok pagi nya. Ada 4 slot program.
Sewaktu Program: Ini yang kami dapat.
-I-Allah, kita dapat lihat pendapat seorang alumni yang disegani tentang batch kita, katanya batch ini perfect. Dan dalam keadaan takwim yang penuh, kita tetap memilih untuk menyelitkan program seperti ini untuk batch. tapi tak, kita still tidak perfect kan? Lebih tinggi kita meletak diri kita, lebih susah untuk bangun jika jatuh, betul? Jadi kita besederhana. kita baiki yang lemah dan improve yang baik.
-Juga, kepada semua, ingat, yang kepercayaan dan sokongan kita pada pemimpin paling penting. Yang dimaksudkan, pemimpin batch, and satu hari nanti, pemimpin sekolah sebab, kalau kita berpecah-belah, semua perkara tak akan menjadi. Kepercayaan bukan sahaja pada pemimpin, tapi juga pada kawan. +, banyakkan bace doa' untuk semua, bukan untuk diri sendiri shj.
- Kejayaan boleh ditarik bila-bila masa. Kegagalan juga bukan untuk selama-lamanya. Dan apabila kita tolong kawan, i-Allah, Allah akan memberi kita yang lebih baik, kan? e.g: seorang akak xgen yang seminggu lagi nak exam, tetap membuat tusyen di rumah untuk kawan-kawan, tapi keputusan peperiksaan beliau tetap cemerlang. sangat cemerlang. dan dari mengajar dan membantu kawan-kawan, kita juga mengulangkaji subjek itu.
- Together Everyone Achieves More. Semua peserta dah menandatangani sekeping kad dan menulis ayat itu. I-Allah, itu yang kita percaya.
Okay. jadi mungkin itu je kot.
Pihak penganjur menyusun 10 jari memohon maaf sekiranya program ini tidak memuaskan hati dan boleh@perlu diperbaiki lagi. Sebarang cadangan, persoalan, dan lain-lain boleh diserahkan kepada pengarah: Zainursyazwana atau pihak pengurusan yang lain.
Yang terlupa pasal bayaran, sila jelaskan bayaran RM5 pada bendahari. Thanks.
WallahuA'lam.
0 suara[²]:
Post a Comment