30 Apr 2009

.MEMORI.KEJAYAAN.DEPIKIR.

0 Comments


loading bg habis dulu,baru play.baru feel. ;p




ketika itu

0 Comments

Iman alQurtubi pernah menggambarkan hisab;

Seluruh manusia dibangkitkan dari kubur ke Padang Mahsyar. Mereka berdiri di sana selama Allah kehendaki, dalam keadaan telanjang dan tanpa alas kaki. Ketika telah tiba saatnya Allah hendak menghisab mereka, kitab-kitab yang ditulis oleh para malaikat pencatat diperintahkan untuk menyebutkan amal perbuatan manusia, lalu diberikan kepada mereka. Di antara mereka ada yang diberikan kitabnya dari sebelah kanan. Mereka itulah orang yang berbahagia. Dan di antara mereka ada yang diberi kitabnya di sebelah kiri atau di belakang mereka, yaitu orang-orang yang sengsara. Pada hari itulah manusia akan membaca kitanya.

Bayangkan kamu berdiri di "Hari Pembelaan" dalam keadaan telanjang.

Merasa kesepian, hati gelisah dan pikiran kacau
Sementara api menyala-nyala, menunggu orang yang dimasukkan dan dimurkai
Dan Tuhan, pemilik Arsy, murka kepada orang-orang yang durhaka
Hai hamba-hambaKu, bacalah kitabmu dengan cermat
Apakah engkau melihat ada huruf yang tidak pada tempatnya?
Saat engkau telah membacanya dan tidak mengingkari
Itulah pengakuan kepada yang Maha Mengetahui segala sesuatu
Bawalah orang ini wahai malaikatKu
Lemparkan hamba yang durhaka ini ke dalam neraka yang sedang lapar!
Esok, orang-orang musyrik akan terbakar di neraka
Sedang orang-orang mukmin akan tinggal di syurga nan abadi


Bayangkan dirimu, wahai sahabatku. Tatkala kitab-kitab dibahagikan dan namamu dipanggil di hadapan seluruh makhluk, Fulan bin Fulan, segera menghadap Allah! Para malaikat ditugaskan untuk mengambil dan mebawamu ke hadapan Allah. Kemiripan namamu dan nama ayahmu tidak menjadi penghalang. Saat itu engkau akan tahu bahawa engkaulah yang dimaksud dengan panggilan tersebut, seruan itu langsung menggetarkan hatimu. Gementarlah engkau ketakutan, bergoncanglah anggota badanmu, berubah ron wajahmu, dan hampalah pikiranmu. Barisan mengiringmu menuju Tuhanmu untuk menghadapNya dan berdiri di hadapanNya. Seluruh makhluk memandangmu dan engkau berdiri di hadapan mereka. Pikiranmu makin kalut dan rasa takutmu makin besar kerana engkau tahu bahawa engkaulah yang dimaksud.

Bayangkan dirimu tatkala berada di Tuhanmu, dan di tanganmu ada lembaran yang memberitakan seluruh amal perbuatanmu, yang tidak meluputkan satu musibah pun yang dahulu engkau sembunyikan dan tidak satu rahsia pun yang dahulu engkau simpan. Engkau baca apa yang tertulis di dalamnya dengan lidah yang kelu dan hati dan yang patah, sementara kengerian menghantui dirimu dari depan dan dari belakang. Berapa banyak musibah yang dahulu engkau lupakan, Allah tampakkan! Berapa banyak perbuatan yang dahulu engkau kira bersih dan diterima, ternyata Allah menolaknya dan menghapusnya pada hari itu! padahal harapanmu sangat besar! Alangkah menyesalnya engkau atas kelalaianmu dan ketaatan kepada Tuhanmu.

Bayangkan dirimu saudaraku, seandainya engkau termasuk orang-orang yang bahagia. Engkau keluar ke hadapan seluruh makhluk dengan wajah berseri-seri. Kesempurnaan, kebaikan dan keindahan melekat pada dirimu. Kitabmu ada ditangan kananmu. Malaikat memegang kedua tanganmu seraya berseru di muka seluruh makhluk, "Ini si Fulan bin Fulan. Ia benar-benar berbahagia dan tidak akan menderita untuk selamanya."

Dan seandainya engkau termasuk orang-orang yang sengsara, wajahmu muram. Engkau melangkah melewati para mahkluk dengan kitab di tangan kirimu atau di belakang punggungmu. Engkau meratapi dirimu sendiri atas nasib yang amat sial. Malaikat memegang kedua tanganmu seraya berseru di muka seluruh makhluk, "Ketahuilah, sesungguhnya si Fulan bin Fulan benar-benar sengsara dan tidak akan bahagia selama-lamanya."


"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat)." (alHasyr :18)


*buku Agenda Muhasabah-Panduan Muhasabah Yaumiah.

24 Apr 2009

caution

0 Comments

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI LEMAK BABI
> 1. Minyak Masak LAM SOON ( Cap Helang & Buruh )
> 2. Ubat Pearl Cream Arche ( Thailand )
> 3. Ajinomoto ( Thailand )
> 4. Ais Krim Harga RM1.00 ke atas
> 5. Semua tauhu buatan Orang Cina
> 6. Sabun LUX & Lotion Badan Buatan Malaysia , USA , & Thailand
> 7. Sabun FAB berbuku
> 8. Lobak Jeruk
> 9. Mee & Kueteow basah ( buatan Cina)
> 10. Krim Muka Hazeline Snow

SENARAI BARANG YG MENGANDUNGI ( KULIT BABI, URI & BINATANG YANG TIDAK HALAL)
> 1. Semua Jenis Serbuk Mee Segera Terutama Maggi
> 2. Pucuk , Kulit Popia, Fish Cake & Bebola Ikan buatan Orang Cina
> 3. Daging Burger Import
> 4.. Sardin, Kari Ayam dlm tin & Yong Taufu buatan Orang Cina
> 5. Kasut Bola Jenis ' Gold Cup'
> 6. Berus Gigi Jenis ' Reach'
> 7. Mee Kering ( sanggol ) 15.Mee Rebus Tulang&Kiub Perasa Ayam
> 8. Semua sabun mandi yang diimport
> 9. Ajinomoto kecuali keluaran Kilang Lot 5710 Jalan Kuchai Lama KL
> 10. Semua jenis shampoo kecuali keluaran Orang Islam
> 11. Have Pearl Cream
> 12. Ramuan Kentucky Fried Chicken & Mc Donald
> 13. Ubat Kurap buatan Org Cina
> 14.. Beehon Segera Siam
> 16. Sabun Mandi Yang Berminyak

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI GELATIN ( LEMAK BABI DAN BINATANG TIDAK HALAL )
> 1. Bosset Wine Gum
> 2. Dairy Milk Coklat
> 3. Coklat Cadbury/ Chewing Gum
> 4. Sugus Strawberry
> 5. Passer Doily Mixture
> 6. Trebo Mint Chewing Gum/ Peppermint
> 7. Scothes Vikmin
> 8. Share Extra Atrenght
> 9. Black Current Jelly
> 10. Royal Gulaman & Decart Oranges
> 11. Valvis Gelatin
> 12. Sarung Kapsul Ubat
> 13. Ais Krim dalam bekas plastik
> 14. Gula-gula Fruities
> 15 Cake Mets Vilber Punch
> 16 Coklat Cake
> 17 Tepung Kastard Lady's Choice
> 18 Semua jenis Jelly
> 19 Semua jenis gincu bibir
> 20 Keseluruhan Jenis Sheisedo
> 21 Lady's Choice Jelly

> SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI ALKOHOL UNSUR-UNSURNYA
> 1 BARANGAN AVON KESELURUHANNYA
> 2 PEWANGI KETIAK TERUTAMA JENAMA VITALIS & CONCORD
> 3 MINYAK RAMBUT BRYLCREAM ( HIJAU )
> 4 RACUN SERANGGA JENIS SPRAY SEPERTI SHELTOX, BAYGON & MORTIN
> 5 SELURUH UBAT BATUK JENIS SIRAP
> 6 KESELURUHAN BALL PEN DAKWAT KERING
> 7 TONIK BAYI GRAPE WATER, TONIK WATERBERRY COMPOUND


x tahulah betul ke tak sume nih. just mengcopy-paste dari blog orang lain.x salah kalau kita berjaga2 kan.
-lebih baik mencegah dari merubati.

21 Apr 2009

Sedikit Teguran.

0 Comments

Assalamu'alaykum.

Mesti ramai yang dah baca ShoutMix yang ada dekat sebelah kanan blog nih. Banyak carutan, kutukan yang ada dekat situ. ShoutMix tuh umum. Semua orang boleh guna, semua orang boleh baca.

Jadinya, ana nak tegur sikit. Kalau nak berbicara dekat situ, tolong jaga bahasa. Kalau nak buat teguran, buatlah teguran dengan berhikmah. Ada banyak cara selain membuat kutukan demi kutukan dekat ShoutMix yang disediakan tuh.

Hum, bila kita saling mengutuk antara ahli batch, nampak sangat yang sesama sendiri pun ukhuwwah tidak begitu kuat atau erat. Bila orang lain baca, batch kita sendiri yang mendapat malu. Bukan batch kita je, sekolah pun boleh dapat malu.

Bayangkanlah ada orang luar yang datang blog nih dan tengok serta baca apa yang dituliskan dalam ShoutMix tuh, mesti tanggapan pertamanya, memandang rendah sekolah kita. Nama sekolah dah cantik. Sekolah Menengah ISLAM Hidayah. Tapi bahasa langsung tak melambangkan ciri-ciri Islam.

Kita semua dah diajar dan dibentuk dengan akhlak islamiyah dekat sekolah. Bila dah diajarkan, perlulah diamalkan. Bila mengamalkan, buatlah yang terbaik untuk semua orang.

Hum. Ramai yang mengutuk atas dasar tidak puas hati pada seseorang. Tapi kenapa perlu gunakan ShoutMix yang terlalu umum? Kalau tidak puas hati dengan seseorang yang sejantina, pergi berjumpa depan-depan.

Cakap dengan orang tu apa yang tidak puas hati sangat. Minta orang tu tolong ubahkan perangai dia yang teruk atau apa-apa yang berkaitan. Tapi kalau tak sejantina, mintalah seseorang yang mampu katakan kepada seseorang tu untuk ubahkan perangai yang mungkin teruk.

Mengutuk orang di depan umum cuma akan memalukan diri sendiri. Membiarkan orang lain melihat betapa rendahnya maruah diri kita yang sanggup mengutuk orang lain secara terang-terangan.

Hum. Kesimpulannya, jagalah bahasa. Bahasa yang kita guna melambangkan identiti diri kita sendiri. Mungkin, boleh melambangkan peribadi juga. Jadi, berilah tanggapan yang terbaik kepada orang yang melihat diri kita.

Moga teguran ini diterima dengan hati yang terbuka.

Wassalam.

20 Apr 2009

AKADEMI NASYID

0 Comments


17 Apr 2009

...

0 Comments



13 Apr 2009

Night To Remember

0 Comments

Bismillahirahmanirahim.

Assalamualaikum w.b.t

Untuk yang tak tahu atau tak ambil tahu, ana nak buat penceritaan or report balik. Bertujuan nak memperingatkan balik semua peserta tentang apa yang dah berlaku and juga sebagai perkongsian untuk yang tak hadir; dan juga untuk Banin.

Ok, merujuk tajuk kat atas, itu nama program banat batch13 yang dah berlangsung pada 27-28 Mac 2009.

Firstly, harap tidak ade salah faham. Program banat dilaksanakan atas sebab-sebab tertentu, di mana langkah [melaksanakan program banat shj] ini juga disokong oleh banyak pihak.

Yang mana boleh dijadikan panduan, sila ambil dan yang buruk sila jadikan sempadan.

Okay, mungkin tujuan program belum jelas, malah, untuk yang pergi program juga mungkin kurang jelas. Jadi antara objektif yang ingin dicapai:-
1. Memupuk kerjasama
2. Melatih mengadakan program
3. Menerapkan nilai menghargai kawan
4. Mengeratkan lagi ukhuwwah.

nampak simple? Ye, itu sahaja tujuan. Alhamdulillah, kebanyakan objektif dapat dicapai.
Insya-Allah, sekarang ni kita dah boleh cakap yang kita ada kerjasama, tapi semua atas izin Allah. mungkin satu hari ditarik semula? siapa tahu?

Program bermula petang jumaat dan berakhir esok pagi nya. Ada 4 slot program.

Sewaktu Program: Ini yang kami dapat.

-I-Allah, kita dapat lihat pendapat seorang alumni yang disegani tentang batch kita, katanya batch ini perfect. Dan dalam keadaan takwim yang penuh, kita tetap memilih untuk menyelitkan program seperti ini untuk batch. tapi tak, kita still tidak perfect kan? Lebih tinggi kita meletak diri kita, lebih susah untuk bangun jika jatuh, betul? Jadi kita besederhana. kita baiki yang lemah dan improve yang baik.

-Juga, kepada semua, ingat, yang kepercayaan dan sokongan kita pada pemimpin paling penting. Yang dimaksudkan, pemimpin batch, and satu hari nanti, pemimpin sekolah sebab, kalau kita berpecah-belah, semua perkara tak akan menjadi. Kepercayaan bukan sahaja pada pemimpin, tapi juga pada kawan. +, banyakkan bace doa' untuk semua, bukan untuk diri sendiri shj.

- Kejayaan boleh ditarik bila-bila masa. Kegagalan juga bukan untuk selama-lamanya. Dan apabila kita tolong kawan, i-Allah, Allah akan memberi kita yang lebih baik, kan? e.g: seorang akak xgen yang seminggu lagi nak exam, tetap membuat tusyen di rumah untuk kawan-kawan, tapi keputusan peperiksaan beliau tetap cemerlang. sangat cemerlang. dan dari mengajar dan membantu kawan-kawan, kita juga mengulangkaji subjek itu.

- Together Everyone Achieves More. Semua peserta dah menandatangani sekeping kad dan menulis ayat itu. I-Allah, itu yang kita percaya.

Okay. jadi mungkin itu je kot.

Pihak penganjur menyusun 10 jari memohon maaf sekiranya program ini tidak memuaskan hati dan boleh@perlu diperbaiki lagi. Sebarang cadangan, persoalan, dan lain-lain boleh diserahkan kepada pengarah: Zainursyazwana atau pihak pengurusan yang lain.

Yang terlupa pasal bayaran, sila jelaskan bayaran RM5 pada bendahari. Thanks.

WallahuA'lam.


12 Apr 2009

esok; selection bowling.

0 Comments

assalamualaikum.

pengumuman untuk semua;

SELECTION BOWLING MSSD
13april09
10.30 pagi
Skudai Parade
bawa RM15

semua boleh datang. bukan terhad kpd ahli kelab bowling je.
so, jom ramai2 datang esok! (:

1 Apr 2009

.wakil.batch.13.

10 Comments


salam alaik.

pd 29 mac lalu,beberapa ahli dr batch 13 tlh mnyertai karnival futsal isma yg diadakan di larkin.satu team nih je yg ahli2nye dr batch 13.team nih tlh mndpt juara pringkt kump bwh 18 dan tmpt ketiga keseluruhan bwh 18.team ni juga satu2nye team yg tidak menipu wktuh karnival tersebut.h0h0.:D
team ni juga team yg paleng rmi peminat n penyokong.okie tu j.tgk r pic2.xreti na citer.
wassalam.baju oren~



majlis penutup



penyokong team kte0rang pleng sporting!thnxs abg2:D


kapten gonjeng FC.YAQIN


team kte0rang!


sedang beraksi!

separuh akhir!


berjaya msok separuh akhir



penjaring penyelamat team kte0rg!NUAR!


alhamdulillah.juara peringkat kump.


t0p scorer!WAN



pnas+penat setelah brjuang menaekn name batch n skula.juga name team~:p



epy c0z mng!:D