bismillah.
ana ingin berkongsi tentang satu buku ni. titlenya : Insan, Ingatlah by Nik Abdul Aziz Nik Mat. ana tertarik dengan kandungannya yang memang sangat menyentuh. dan salah satunya mengatakan tentang mati. sakitnya mati.
tolong jangan terus scroll ke bawah. baca. insyaAllah ada manfaatnya.
Nabi Ibrahim. seorang Khalilullah yang merasakan begitu dahsyat tentang perpisahan roh dan jasad. sekalipun Allah telah memberikan layanan yang paling lunak terhadapnya. namun ternyata Nabi Ibrahim masih merasakan kesengsaraan yang amat dahsyat kerana dia merasakan seolah-olah daging dan tulang terheret bersama roh yang terpaksa keluar meninggalkan jasad atas kehendak Allah melalui Izrail. jika untuk Khalil-Nya pun demikian sakitnya. betapa kita manusia biasa. Wallahu A'lam.
diriwayatkan juga. ketika roh Nabi Musa diangkat ke langit. lalu ditanya oleh Allah. bagaimanakah keadaan ketika beliau menghadapi kematiannya. lalu Nabi Musa menjelaskan bahawa kematian yang dialaminya itu laksana seekor burung merpati yang dimasukkan ke dalam periuk yang panas, menggelepar ke sana ke mari namun kesemua sudut yang ditujunya terlalu panas dan sengsara.
seorang sahabat Nabi bernama 'Amru bin al-'Ash ketika hampir akan mati menceritakan pengalamannya menghadapi saat-saat kematian kepada anaknya. lalu 'Amru berkata : sesungguhnya di saat hampir kematianku, terasa olehku seolah-olah aku terbaring di atas sekeping kayu yang keras, dan aku dapati bahawa baki nafasku yang keluar masuk itu terlalu sukar, seolah-olah nafas itu tidak keluar dari rongga hidungku, sebaiknya keluar dari lubang jarum yang sempit. serta aku merasai kesakitan bagaikan terdapat ranting berduri di dalam tubuhku, di mana ranting berduri itu ditarik dari kaki hingga ke kepala dan diulang berkali-kali.
kemudian. 'Amru sempat memberitahu anaknya. malaikat yang bertugas mencabut nyawa itu. tapak kakinya berada di bumi tetapi kepala berada di langit. ketinggiannya setinggi mana langit. maka. sebab itu malaikat itu melihat dunia bagaikan sebesar nyiru, dan mudah untuk meneliti setiap penghuninya. malaikat itu sentiasa menjeguk sebanyak 360 kali sehari. sehingga malaikat itu arif dan sangat mengenali setiap insan. kerana terlalu kenal, menyebabkan tidak pernah berlaku kesilapan tersalah cabut nyawa orang.
sayangnya. manusia tidak menyedari bahawa wajahnya sntiasa diintai oleh malaikat sebanyak 360 kali sehari. bererti hampir setiap 3 minit malaikat menjengah wajah setiap penghuni di dunia ini. masing-masing akan menemui kematian. mati yang sering dilupakan akan datang bila-bila masa sahaja.
tengok. kan tak buang masa baca benda macam ni. ambillah manfaatnya. ^_^
wassalam.
18 Dec 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 suara[²]:
Post a Comment