11 Mar 2008

Pro- AIR ' 08

0 Comments




Firman Allah s.w.t :
" Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum,kecuali sehingga mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri".
( Ar-Ra'd:11)


Assalamualaykum...
kita semua dah pun sedia maklum tentang program yang diadakan kt sekolah
kita iaitu Pro- AIR ' 08( Program Akhlak Insan Rabbani '08) yang meletakkan
tema program itu CTRL(nafs) + SHIFT (khuluq) + DEL (mazmumah).
Mungkin tak semua orang yang tahu kenapa mereka menggunakan tema sebigini.
Jadi ana just nak memperjelaskan lagi penggunaan tema ini.


Frasa CTRL+SHIFT+DEL umumnya merupakan kekunci yang terdapat pada papan
kekunci komputer. CTRL "Control" bermaksud kawal, SHIFT "Shift" bermaksud merubah atau memindahkan manakala DEL "Delete" pula bermaksud padam atau buang. Perkataan-perkataan tersebut diselarikan dengan tujuan program AIR . CTRL yang bermaksud mengawal nafsu. Untuk mengawal nafsu kita memerlukan iman yang kuat . Oleh itu iman perlu ditingkatkan dan dibaiki dengan memperbaiki akhlak (SHIFT khuluq) kerana agama itu adalah akhlak yang baik. Seorang muslim perlulah menghiasi diri dengan sifat-sifat mahmudah(terpuji). Oleh itu, seseorang muslim perlu berazam untuk membuang (delete) sifat-sifat mazmumah (tercela) dalam diri.


tu saja yang ana boleh memperjelaskan. Sebelum ana mengakhiri post ana ni ana ada kata-kata mutiara untuk semua yang membaca post ana.


" Hari ini ramai orang ingin menjadi bintang,
mahukah anda menjadi bintang?
bukan di atas pentas, bukan juga di televisyen,
tetapi dihadapan ALLAH
tidak ada istirehat bagi orang muslim
sebelum ia bertemu ALLAH..."


Wassalam.





(penerangan mengenai tema diambil dari flyer Pro-AIR)

0 suara[²]: