1 Mar 2008

LAGU TEMA BATCH 13

2 Comments

.::SATU SUARA::.

getaran memori semalam
terasa hangat masa silam
bagai sinar yang tak terpadam
ketenangan raut wajahmu
sesegar tulus senyuman
mumesra dan ceria menguntum
kisah antara kau dan aku
indah tak pernah luntur

kenangan bahgia bersama mu teman
terlukis jelas di ingatan
tidak kan bisa untuk ku lupakan
walaupun saat ini kita terpisah
jauh dari pandangan mata
kukuh jalinan ini takkan goyah
dengan rahmatNya

merenung detik-detik lalu
kita terduga dan tersungkur
namun kecewa bukan penghujung
nyalan obor kesabaran
menyinar erti pengorbanan
tersingkap rahsia jadi pedoman
kita masih di sini
menjejak redha Illahi

bersama kita alunkan satu suara
dendang irama lagu setia
teguh ikatan hingga ke akhirnya
bersama genggam erat kata dan janji
kita jadikan realiti
zahir impian cita seribu erti
perjuangan suci

mara melangkah tiada gentar
kembara kita ke satu arah
terus mencari
cinta Yang Esa

bersama kita alunkan satu suara
dendang irama lagu setia
teguh ikatan hingga ke akhirnya
bersama genggam erat kata dan janji
kita jadikan realiti
zahir impian cita seribu erti
perjuangan bersamaYang Maha Esa

2 suara[²]:

dHiYa 2 March 2008 at 19:27

lagu tema ni dah mintak persetujuan sume orang ke? ana tak kisah.. tp ade banat tu tak setuju..

Putera Zranus 27 January 2011 at 23:35

ermmm..sebenarnya ni bkn lagu b13..sbb lagu b13...baru je siap..mucid dah siapkan ..lagu b13 dalam bahsa ingeris..dan mungkin lagu ini boleh dijadikan lagu selingan b13....tapi bknlah lagu utama b13..sbb lgu b13 adalah rekaan b13..dan tunggu masa utk direkod...lagu ni mungkin boleh diselit dalam video2 yg berkaitanb13..harap maklum..Majlis tertinggi b13 akan mengumumkan lagu b13 seperti yg dirancang padan tahun lepas...