17 Mar 2011

Isu Sensasi !

0 Comments


Loji Nuklear Meletup Di Jepun ,Keadaan Penduduk Masih Terjamin




Assalamualaikum…
Malang tidak berbau,setelah dilanda Tsunami,Jepun turut mengalami masalah radiasi daripada loji Nuklear yang meletup dan rosak disebabkan dilanda Tsunami.
Masalah ini berlaku disebabkan masalah sistem penyejukan rosak dan air untuk proses penyejukan merosak menyebabkan mereka menggunakan kereta bomba untuk mengepam air kedalam reaktor..
Laporan lanjut mengenai perkara ini boleh dibaca kat bawah:-
Letupan itu dilapor menyebabkan beberapa pekerja cedera. Kerajaan Jepun mengesahkan letupan itu dan pembocoran radiasi serta berkata, ia akan menyiasat punca letupan itu.
Agensi berita Kyodo memetik Suruhanjaya Keselamatan Jepun sebagai berkata, sesium radioaktif dikesan berhampiran kawasan itu.
Menurut laporan, kegiatan radioaktif meningkat 20 kali ganda di luar.
“Loji itu mungkin mengalami proses peleburan,” lapor agensi berita Kyodo dan Jiji sebelum letupan berlaku sementara rangkaian televisyen NHK memetik agensi suruhanjaya berkenaan sebagai berkata, tiub logam yang mengandungi bahan api uranium mungkin sudah cair.
Sistem penyejukan loji terbabit rosak akibat gempa bumi besar yang melanda wilayah berkenaan 24 jam sebelum itu, memaksa pihak berkuasa bergegas memulihkan keadaan dan memindahkan lebih 45,000 penduduk yang mendiami lingkungan 10 kilometer.
Beribu-ribu lagi turut dipindahkan dari kawasan berhampiran loji kedua, Fuku- shima No 2, yang turut mengalami kerosakan pada sistem penyejukannya.
Sebahagian daripada rod nuklear dikatakan terdedah untuk seketika semalam selepas paras air penyejuk menurun dan sebuah kereta bomba terpaksa digunakan untuk mengepam air masuk ke dalam reaktor.
Pegawai Suruhanjaya Keselamatan Nuklear, Ryohei Shiomi berkata, penduduk yang berada di luar sekitar 10 kilometer dari loji itu tidak akan terjejas jika letupan berlaku.
Kebanyakan 51,000 penduduk yang tinggal di kawasan bahaya sudah dipindahkan
Harap tidak lagi nyawa terkorban di jepun.Amin =)

0 suara[²]: