9 Apr 2010

Daurah Tingkatan 4.

1 Comments

Assalamu'alaykum.

Daurah baru saja berlalu seminggu yang lepas. Banyak juga input yang ana dapat, cuma harapnya, ada lebih banyak aktiviti yang perlukan bergerak tapi juga memberi input.

Slot pertama, Ahwaal Muslimin Al-Yaum.

Slot ini, membincangkan pasal apa masalah umat Islam yang utama dan cara nak atasi masalahnya. Masalah paling utama, Aqidah. Ya, ana memang setuju. Daripada aqidah kita, segalanya bermula. Yang baik atau sebaliknya.

Kalau iman kita lemah, macam mana nak takluk dunia? Kalau iman kita tak teguh, macam mana nak hadapi godaan dan cabaran yang ada?

Ana ingat lagi Ustaz Abdul Rahman cakap hari tu, "Sekarang ni dah tak boleh nak ubah dalam skala yang besar. Kena tengok satu-satu. Kena follow-up setiap orang yang kita berda'wah. Kena pastikan semuanya tak terlepas dalam satu ceramah saja." More or less.

Ana setuju lagi dengan pernyataan ini sebab, dalam skala yang besar, ada segolongan manusia yang mungkin tak dengar atau terkesan di hati dan susah nak kesan masalah dalam kelompok yang besar. Cuma boleh nampak yang jelas atau yang paling utama sahaja.

Slot kedua, Tarbiyah Dzatiyah.

Er, slot yang ini ana kurang faham sikit. Tapi lebih atau kurang, cara mendidik diri sendiri ke arah yang lebih baik. Er, rasanya la. Mungkin boleh cari di blog orang lain yang juga mengikuti daurah.

Slot extra, Penceritaan Pengalaman di Bumi Kenyalang.

Ada banyak sangat tempat di dunia ini yang masih kurang terdedah dengan Islam yang sebenarnya. Ana bersyukur duduk di Bumi Hidayah sebab dapat didikan Islam macam hujan turun mencurah-curah.

Tapi di sesetengah tempat ini, ada banyak pula gereja yang terbina. Maksudnya, apa? Ramai orang daripada agama lain dah terokai kawasan-kawasan ini, dan menyebarkan dakyah mereka. Tapi macam mana dengan orang Islam pula?

Jadinya, bersyukurlah kalau dapat hidup dalam suasana Islamik sebab masih ramai yang nak hidup dalam suasana ni tapi tak dapat.

Slot tiga, Prophet Muhammad SAW.

Ketika Rasulullah sedang nazak, baginda bertanya kepada para sahabat, "Katakan, adakah sesiapa yang aku berhutang dengannya?" Tiada siapa yang menjawab soalan itu. Diulang sehingga tiga kali, kemudian ada seorang sahabat menjawab.

"Ya Rasulullah, kau berhutang denganku."

"Apakah hutangnya?"

"Ketika perang [maaf, penceramah ni tak ingat perang apa.], ketika itu pemukul kudamu, terkena badanku."

"Lalu, apakah kau inginkan balasan?"

"Ya, wahai Rasulullah."

Rasulullah membuka baju baginda dan bersedia untuk diberi balasannya. Umar ra. cuba untuk menggantikan tempat baginda tetapi Rasulullah berkata, "Ini urusanku dengan sahabatku."

Kemudian Umar mencuba lagi tetapi baginda menolak lagi dengan kata-kata yang sama. Kemudian, Abu Bakar ra. pula mencuba tetapi Rasulullah tetap menolak dengan kata-kata yang sama.

Para sahabat yang lain sudah mengalirkan air mata tatkala sahabat tersebut bersedia untuk memukul Rasulullah. Kemudian, sahabat tersebut terus meluru ke arah baginda, memeluk dan mencium perut Rasulullah.

Katanya, "Sudah lama aku ingin melakukan perkara tersebut."

Bermacam cara digunakan untuk para sahabat mendekati Rasulullah dan melahirkan kasih sayang mereka. Kita pula bagaimana? Walaupun kita hidup dalam era yang berbeza dengan Rasulullah, kita tetap boleh melahirkan rasa sayang dan cinta kita dengan cara yang berbeza.

Slot empat, Melamar Bidadari dengan Solat.

Ada satu kisah, seorang lelaki bertemu dengan seorang bidadari. Lelaki itu tertarik dengan bidadari tersebut, lalu dia bertanya, "Mahukah engkau berkahwin denganku?"

Bidadari; "Lamarlah aku dahulu."

Lelaki; "Apakah mas kahwinnya?"

Bidadari; "Solat sepanjang malam."

Lelaki; "Ya ALLAH, bantulah aku mendapatkan mas kahwinnya..."

Dan lagi satu kisah; Hassan al-Basri mempunyai seorang hamba dan menjualnya kepada orang lain. Apabila malam menjenguk, hamba ini mengejutkan tuan barunya, "Tuan, bangunlah solat. Bangun dan solatlah."

Tuan tersebut bertanya, "Apakah fajar sudah tiba?"

Hamba; "Apakah tuan tidak solat melainkan lima solat fardhu sahaja?"

Tuan; "Ya."

Kemudian hamba tersebut meninggalkan tuan barunya dan kembali kepada Hassan al-Basri kerana dia lebih menyukai tuannya yang sering solat sunat.

Memang agak menginsafkan bila dengar soalan macam tu. Solat fardhu sahaja memang tidak mencukupi. Kena banyakkan solat sunat untuk tampung solat fardhu yang tidak sempurna tu.

Slot lima, Aspek Penting Tarbiyah Dzatiyah.

Slot ni sangat ringkas. Sekejap sahaja. Mungkin cuma nak meringkaskan slot kedua.

1. Fokus; kita kena fokus pada yang perlu.
2. Prioriti; tetapkan. First things first.
3. Laksanakan; mulakan dengan yang senang supaya lebih mudah istiqamah.
4. Doa; harus + perlu untuk istiqamah sentiasa.
5. Denda; sediakan andai tak mengikut target supaya sentiasa istiqamah.

Lepas habis semua slot, ada LDK. Banyak perkara yang dibincangkan. Waktu tu, memang tersedar yang banyak benda perlu kita buat sebelum, ketika, dan selepas menjadi pemimpin. Lebih lagi, dalam skop kepimpinan sekolah.

Akhir sekali, sebelum si penceramah slot empat memulakan sesinya, dia berkata, "Walau sehebat mana penceramah atau program yang dihadiri, tetap tidak berguna kalau hati tidak terbuka untuk menerimanya."

Jadi, sebelum terima apa-apa, bukakan hati supaya lebih senang nak lekat dan diterapkan secara penuh.

Moga apa yang ana tuliskan hari ini bermanfaat buat anda yang membaca dan buat ana yang menaip. Andai ada kesalahan di mana-mana bahagian post kali ini, harap dimaafkan dan dibetulkan.

Sekian.

1 suara[²]:

Unknown 10 April 2010 at 10:08

mula memainkan peranan masingmasing.jom gerak.