Salam.
Jujurnya, kemenangan SMI Al Hidayah pada Kejohanan Interschool Debate UIAM Kategori BM sedikit sebanyak mengundang kejutan dan tanda tanya pada banyak pihak.
Lebih-lebih lagi, laluan SMI Al Hidayah di peringkat genting, menang mara kalah mati bukan lah calang-calang sekolah. Sekolah yang bergelar juara edisi ke-8 ini menundukkan SSP, SMAPK, MRSM TGB dan STAR. Kiranya, kelompok SBP dan MRSM menjadi ‘makanan’ si juara ini lah….
Saya secara peribadi pun agak terkejut dengan kemaraan sekolah persendirian ini sehingga ke peringkat akhir lantaran diangkat sebagai JUARA.
Cuma, ada beberapa perkara yang saya ingin kongsikan kepada semua berkenaan pasukan Johan ini,berdasarkan pemerhatian.
POSITIF
1. Pasukan ini boleh dikatakan sebagai sebuah pasukan bahas yang ’stabil’. Bermakna, ketiga-tiga pembahasnya tidak mempunyai masalah untuk berkata2 dan tiada masalah kelancaran pun.
2. Pasukan ini memiliki seorang pembahas ketiga yang kaya dengan elemen humor. Boleh menceriakan orang dengan lagak gayanya. Ini pun boleh dikatakan satu aset dalam sesebuah pasukan bahas.
3. Pasukan ini tidak mempunyai masalah besar dalam pembukaan konsepnya dan style pembawaannya yang tidak keterlaluan. Pemilihan fakta pun boleh lah dikatakan tidak terlalu mengarut. Kesederhanaan mungkin tema tepat untuk pasukan ini.
KURANG POSITIF
1. Pembawaan pasukan yang kadang-kadang dilihat TERLALU MUDAH sedikit sebanyak boleh mengelirukan penonton terutamanya golongan pendebat. Seolah-olah tidak perlu kekritisan dalam melontarkan pembawaan.
2. Sudahlah pembawaan pasukan terlalu dimudahkan, sokongan Fakta dan Bukti bagi menyokong kes dan penghujahan sangat lah kurang. Jika diamati, banyak keadaan, pasukan ini suka menghurai tetapi tiada bukti menyokong. Ini seperkara lagi yang boleh mengundang kekeliruan pada penonton debat.
3. Benar elemen humor adalah satu aset dan bonus dalam pasukan. Tetapi humor yang keterlaluan sehingga konteks ilmiah dan amanah tugas selaku pembidas tidak dapat dijalankan langsung, adakah satu ilmu yang tepat untuk dicontohi juga ? Keadaan ini akan menyebabkan ramai yang hendak buat kelakar dalam berdebat.
Jadi, untuk adil biar saja saya kemukakan tadi 3 yang positif dan 3 kurang positif.
Maka dalam hal ini, apabila seimbang elemen positif dan negatifnya terpulang pada penilaian juri-juri untuk memilih mana yang berkenan di hati mereka. Tidak salah kerana mereka juga berpengalaman malah lebih berkelayakan.
Saya juga banyak belajar dengan memerhati pasukan ini. Mungkin panel juri sangat ‘impress’ dengan pasukan ini, sekalipun mereka bertemu dengan pasukan-pasukan berpengalaman, mereka tidak gentar malahan pandai bermain sentimen.
Ada pihak yang meminta saya memberi komen tentang perlawanan akhir tempoh hari, saya rasa tidak. cukuplah dengan komentar di atas dapat memberikan gambaran pada semua mengenai Johan Ke-8 2009 ini.
Cuma, ada satu perkara yang perlu kita hayati dan amati …………
Ketika 3 orang pembahasnya sedang berbahas dan berjuang di atas pentas, para penyokongnya di bawah begitu leka dan asyik mengalunkan bacaan Yasin ~
Itulah unik nya mereka….. benar kerana ini juga lah satu kekuatan yang tidak boleh dinafikan !
Hidayah nama sekolah mereka.
Allah memberikan mereka petunjuk dan rezeki.
Tidak hairan lah, panel juri sentiasa terang hati menilai mereka.
Itulah dia…… kerana Hidayah Nya ~
TAHNIAH DAN SELAMAT MAJU JAYA DUNIA DEBAT !!!!
di copy dari pemerhati setia ;http://penamaya.wordpress.com/2009/05/03/uia09-kerana-hidayah-nya/
30 May 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 suara[²]:
Post a Comment