1 May 2009

IIUM 8th Interschool

1 Comments

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum w.b.t

Ana rasa agak wajar untuk dikongsikan dengan semua tentang segala yang kami 16 orang pendebat SMIH dapat dari pengalaman berkampung 6 hari 5 malam di IIUM.

Macam ni format pertandingan:
1stly: 6 round pleminary yang semua team akan sertai.
lepas tu, round knock-out/kalah mati/menang mara yang dishort-listkan 32 pasukan terbaik.
Double-Octo - 32 pasukan
Octo-Finals - 16 pasukan
Quarter Finals - 8 pasukan
Semi Finals - 4 pasukan
Finals - 2 pasukan

Results:
BM Team A - Menang 5/6 round awal. mara ke Double-Octo.
BM Team B - Menang 5/6 round awal. Mara sampai ke Grand Finals.

applause untuk pendebat BM kerana mereka menumpaskan bukan calang-calang sekolah tapi sekolah ternama seperti RMC/MTD, KISAS, SSP, SMAP Kajang [Juara tahun lalu], MRSM TGB dll.

BI Team A - Menang 3/6 round awal. Mendapat ranking 50 teratas diantara 116 pasukan.
BI Team B - Menang 4/6 round awal. Mara sehingga ke Grand Finals.

Alhamdulillah. Segalanya dengan Izin ALLAH.

Dari Point Of View sekolah kita, yang menyokong kita secara langsung, yang memberi sokongan, galakan, bantuan, dan sama-sama berdoa' secara langsung, adalah sekolah-sekolah seangkatan. KISAS, MAAHAD HAMIDIAH, AL-AMIN, IIS dsb. Tapi ada juga sekolah yang sekali-sekali menegur dan menyampaikan "Good luck" mereka. Di sana, sekolah-sekolah ini macam satu keluarga. Kita ada keluarga entourage kita sendiri dan ditambah dengan sekolah-sekolah lain. Dan bila ditakdirkan kita berjumpa KISAS, secara personal, team KISAS dan juga team kita patah semangat sekejap. Ana sendiri dengar kawan dari KISAS cakap "I don't wanna beat them" tapi macam tu lah adat pertandingan, lepas Coach kita, Ustazah Kamaliah dan semua memberi sokongan, kita tetap bersemuka dan ditakdirkan kita menang.

Tahap kebergantungan kepada ALLAH sangat2 diuji. Team BI yang mendapat ranking lebih rendah dari TKC [ranking 3] ditakdirkan berlawan dalam Double-Octo. Serious, mase dalam lebih kurang 1 jam+ sebelum mula, confidence kami diuji. kami pasrah dan bergantung kepada ALLAH sahaja. Dikuatkan dengan entourage memberi sokongan dan kata-kata akhir. Akhirnya dengan pertolongan ALLAH, team SMIH menang dengan juri 3-0. Alhamdulillah. Kita mengambil tempat ranking mereka [3] dari top32.

Sikap kita juga diuji. Selepas menang, nak menyombong atau terus merendah diri. Kita tak nak jadi sebahagian yang apabila menang, tidak menegur pasukan lain. Jadi kita diuji. Selepas tu, bersyukur atau tidak? Apa perasaan pertama lepas diumumkan kemenangan? Bangga? Bersyukur? Seringkali Ustazah Kamaliah yang terpaksa mengingatkan agar bersyukur. Alhamdulillah.

Semangat untuk terus berjuang juga diuji. Sewaktu Semi-Finals Team BI, kita melawan sekolah yang performance mereka agak hebat. Kita berhujah macam ni, mereka berhujah macam tu, selepas debate, silap kami masa tu, kami hampir putus asa. tanyalah mana-mana yang melihat debat round itu. pengajaran: Jangan Berhenti Berharap Kepada Allah. Judge pergi ke depan: mengumumkan. "It was a split desicion, 3-2, the win goes to... S.M.I Hidayah!!" Nak tau apa perasaan? semua tak percaya. Kita pun mara ke Finals.

Kerja sepasukan juga dilihat. Tak ramai yang tahu pasal ni. Team SMIH semua terlibat. Yang ada di IIUM, yang di sekolah, yang datang melihat, SEMUA. Team kita dapat sokongan+Doa' dari jauh selatan, dari JOHOR. Dari guru-guru. Team B dapat sokongan Team A. [applause]. Sokongan alumni. Alumni ada yang ponteng kelas, ada yang dah balik, datang balik. Ada yang tiba2 muncul. Bagi ana, Kejayaan Debat ialah kejayaan Semua.

Jadi akhir sekali,
terima kasih untuk semua. Guru-guru. Alumni. Pihak Sekolah. Thanks 4 the unexpected celebration that night.

Kalau nak dengar pasal lain-lain tu, pergi ke blog de'pikir. debatsmih.blogspot.com

And belilah Berita Harian hari ni. 1 Mei. Page 14.

.Wallahua'lam.
.motion goes to SMI Hidayah.

1 suara[²]:

*Nadiah::Syaimaa'::Hamizah* 2 May 2009 at 23:18

thanks for the share.
yup
kejayaan antum merupakan kejayaan ISLAM...kejayaan SEMUA
insyaALLAH

sila teruskan perjuangan. barakallahu fikum