4 Jul 2008

Di sebalik lagu..

18 Comments

Assalamu'alaykum..

Ana tahu ramai antara kite semue suke dengar lagu. Tak kirelah lagu inggeris, melayu indonesia atau bahase ape pun. Tapi dalam banyak-banyak lagu yang kite dengar, ade tak kite tengok maksud atau ayat yang digunakan untuk buat lirik tu sedap? Mungkin ade yang buat. Tapi mungkin ade yang tak buat. Asal sedap dengar, ikut nyanyi sekali.

Tapi dalam dunia yang kite hidup sekarang, ramai orang musyrik yang nak jatuhkan orang Islam. Macam-macam care diorang gune. Antarenye dengan care muzik. Ade muzik yang bagus untuk dengar, ade jugak yang perlu kite tengok liriknye.

And dekat sini ana sertekan satu lagu yang boleh memesongkan aqidah kite. Mungkin ade yang dah perasan tapi ana nak tulis jugak. Kalau ade yang masih tak perasan, meh ana perasankan.

Ini lirik lagu Relaku Pujuk.

Relaku Pujuk - Spider

Ku dikejar bayang-bayang resah
Bila hatimu masih tak berubah
Enggan dipunya dan dipenjara
Belaian cintaku ini

Aku bukan lelaki yang tewas
Bisa mengambang walau ku ditolak
Biar diuji kanan dan kiri
Kau kan tetap ku miliki

Tiada lafaz yang lebih agung
Kalimah cintamu
Yang ku tunggu-tunggu
Biar jasadku yang menanggung
Permainan darimu
Relaku pujuk

Janganlah kau salahkan aku
Terus memburu menawan cintamu
Daku percaya sedikit masa
Kau kecundang akhirnya

Usahlah kau bersedih
Dihadapanmu aku hadir
Memadam resah dan curiga dari hatimu
Apakah kali ini
Bisa kau tolak dan berlari
Setelah aku menanamkan azimatku

Biar jasadku yang menanggung
Permainan darimu
Relaku pujuk

--+--+--+--+--+--+--+--+--+--+--+--+--+--+--

Mungkin ade banyak maksud yang tersirat di sebalik lagu ni. Tapi, ade satu baris tu boleh pesongkan aqidah kite kalau kite nyanyi bahagian tuh.

Bahagian yang ana maksudkan, yang ana bold dan colourkan. Ayat tuh kate tak de lafaz yang lebih agung daripade kalimah cinte untuk kekasih die. Tapi macam (sepatutnye) semua orang Islam tahu, kalimah paling agung ialah Lailahaillah, yang bermaksud, "tiada Tuhan melainkan Allah".

Sebenarnye, ade banyak lagu yang macam lagu nie. Membawe maksud untuk memesongkan aqidah kite semua. Tapi ini hanye salah satu contoh yang ade.

Ana tak nak tulis panjang sangat. Sebab ana tahu kalau panjang sangat tak ramai yang nak bace. Jadi, ana berhenti di sini je.

Ape yang baik datang dari Allah. Ape yang kurang memuaskan, cakap pade ana.

Wassalam..

18 suara[²]:

Anonymous 5 July 2008 at 21:20

tiada lafaz yg lebih agung...
lailahaillallah..lalala..amacam??

Anonymous 5 July 2008 at 22:19

ehem..lg satu..

Kekasih Gelapku

Ku mencintaimu lebih dari apa pun
Meskipun tiada satu orang pun yang tahu
Ku mencintaimu sedalam-dalam hatiku
Meskipun engkau hanya kekasih gelapku

ayat first pun dah tau..huhu~

Anonymous 5 July 2008 at 22:23

yg len pulak, lagu once-dealova kat bridge dia yang:

Hanya dirimu yang bisa, membuatku tenang
Tanpa dirimu aku me-rasa, hilang
dan sepi, dan sepi

tapi lirik nie bole jugak diubahsuai n ditujukan pd Tuhan..

Anonymous 9 July 2008 at 12:35

conclusion nyer, klu nk dgr lagu boley.. tp sblom tu msti tgk lirik dlu.. [mcm aq bwt..]

Anonymous 22 March 2014 at 14:14

Lagu ni memesongkan aqidah kita atau kita yg masih belum faham maksud sebenar lagu ni?
Jgn terlalu cepat menghukum,nk tau tanya pada yg ahli,apabila belajar matematik perlu lah tanya kpd guru matematik,bkn guru bahasa.dan apabila bertanya pada guru bahasa,perlulah tau di peringkat mana diri kita berada.yang darjah 1 belum tentu tau pelajaran darjah 5 tetapi yg darjah 5 sudah pasti tau pelajaran darjah 1.kesimpulannya jgn terlalu lama berada di dahan pohon (syariat),dalami lah akar (tauhid) dan batang pohon (tasauf).

Anonymous 20 April 2014 at 18:51

saya rasa terkilan dgn saudara,apa kata jumpa spider sndri tanya.sbab penulis lirik allahyarham loloq sudah meninggal,setahu saya karya2 loloq dan m nasir penuh dgn unsur kesufian dan tasauf.kita kalau x tahu baca peta kena bagi org lebih pandai baca nanti sesat.

mr.x-kering 15 June 2014 at 18:29

ini menceritakan tentang pencarian cinta dengan maha esa..... disebabkan itulah "tiada lafaz yang lebih agung kalimah cinta mu" bermaksud lafaz "lailahaillallah" itu tanda cinta ALLAH swt kepada umat manusia kerana menunjukkan jalan kebenaran.....

Anonymous 7 November 2014 at 17:32

Benda nie bkn semua org boleh paham..biaq lrr..

Unknown 2 November 2015 at 14:17

Betul tu...... tk kenal maka tk cinta...

SelarasIstinggar 21 October 2016 at 19:37

Fahamkan dulu betul2 sebelum menghukum...lagu ni klau sekali imbas,mmg nmpk mcm lagu cinta antara manusia...tapi kalau dikaji dengan lebih mendalam,lagu ni adalah tentang percintaan/bait2 rintihan makhluk dengan Yang Maha Esa...fahamkan dulu...baru hukum :)

Anonymous 29 November 2017 at 18:29

Dia yg tak kenal tak nampak. Jadi untuk penulis blog ini tulis yg apa anda fikirkan baik. Sebelum tulis lihat pada 6 benda yg besar. Moga blog anda akan menjadi lebih baik.

Unknown 3 July 2018 at 23:28

Sekadar melewati laman maya, ternampak pula tulisan dari insan yang masih dangkal ilmu mengenal... agak lewat tapi tetap nak komen juga mungkin ada individu yang akan baca supaya tak terus menerima apa yang pemilik blog ini sampaikan.

Umum tahu karya Allahyarham Loloq lebih banyak kearah kesufian dan tentunya berkisartentang makrifat..

Sepatutnya saudara perlu faham dahulu, sebelum menghukum dan mengelirukan umum dengan tulisan saudara..
fahamilah
Makrifat itu tasawuf (berpandangan jauh dan berpandangan dalam).tasawuf juga seni.

melihat buah butir ilmu melalui ilmu kasyaf, bukannya melihat pada butir ayat yg ada didepan mata, tetapi ,
melihat buah butir pada makna yang tersirat dibalik huruf huruf dalam ayat tsb.

Tafsiran melalui ilmu makrifat, akan memberi lebih kefahaman, menjiwai, syahdu, mendalam dan memberi kesan kepada hati kita.
Sebab,Tafsirannya amat menyentuh hati, menjiwai,sehingga dapat mengetuk pintu zuk.

Unknown 26 May 2020 at 16:31

kenal dulu sapa pencipta lagu tu,,.

banyak lagu melayu ada double meaning..
sekali imbas macam lagu puji wanita, tapi hakikatnya tu lagu ketuhanan..

contohnya lagu :
kasih latifah (ya latif)
sakinah(tenang/tenteram)
kerana dia (kerana Dia)
ghazal untuh Rabiah (rabbi=tuhan)

and banyak lagi...

Anonymous 16 June 2020 at 15:05

Lagu-Lagu Spider ciptaan loloq & m.nasir kebanyakan berunsur kerohanian. Cara mereka yg mengasih Allah menyampai & menyedarkan bagi yang berfikir.

Taring 17 January 2022 at 22:47

Benar. Cinta pada yang satu ❤️

Anonymous 4 July 2023 at 08:20

Cuba tgk lirik full. Memadam resah dan curiga dari hatimu. Aku percaya kau kecundang akhirnya. Lirik ni utk tuhan ke? Takkan judge lagu tu ketuhanan sebab "tiada lafaz yg lebih agung je"? Kena tgk whole lirik jugak

faisal 11 September 2024 at 09:37

Peta dah diberikan lama dah oleh Allah tp org islam sendiri menjauhi peta tu,dok sibuk dgn peta lain buatan manusia