24 Feb 2008

~SuKan...~

0 Comments

Assalamualaikum...
memandangkan....perikse dah abes...so..lps nie...mcm sumer dh tau...kiter akan bersukan plak....ana harap...ms musim sukan nie...tak der yg nak gaduh2....so...ms sukan nie untuk kite tunjukkan bakat kiter,...."majulah sukan untuk negara"...!..

bersyukurlah...

0 Comments

Bersyukurlah kepada tuhan,
apabila mimpi indah pagi ini
terbantut oleh deringan jam loceng...
kerna ia bererti anda masih bernyawa,
dan sempat lagi untuk mengucapkan kesyukuran
di atas segala rahmat dan nikmat yang diberikanNYA...
Alhamdulillah...


~selamat bersukan!~

22 Feb 2008

At last~

0 Comments

Assalamu'alaykum...

Alhamdulillah. Dah selesai ujian kite. Mesti ramai yang rase lege dengan ujian yang melande kite selama seminggu ni.

Hari ni, Komputer dan Sejarah. Bagi ana, sejarah tadi agak susahlah. Mungkin sebab ana kurang bace buku kut. Hehehe.

Semalam, bagi bukan tahfiz, ujian QTH, ERT [banat]/KMT [banin], PI.
Bagi tahfiz pulak, Hafazan, ERT/KMT, PI.

Lima hari ni, kite semua melalui ujian yang same.
Oh, lebih kurang same.
Ade siket perbezaan.

Senang susah.
Kejap lame.
Ngantuk segar.
Keluar masuk.
Gembira sedih.
Main serious.
Macam² ragam yang ade sepanjang ujian seminggu ni.

Tapi dalam macam² ragam tu, kita semua berjaya mengharungi ujian ni. Rase happy pun ade. Tapi lepas ujian mesti ramai yang tak bukak buku kan? Mestinye. Hehehe. Lagi² minggu akan datang ni, bermulenye latihan sukan yang dinanti²kan orang termasuk ana sendiri.

Semoge semua dapat markah yang enak dilihat.
Mari bersukan~


Wassalam...

20 Feb 2008

saTu nYAwa...

0 Comments

ingtlah bahwa kte hanye ade 1 nyawe...
rugilah klu kte bazrkn dgan bnde2 yg x mndtgkn hasil...
ingatlah kte nie bkan mcm kucing..
ade org kte kucing nie ade 9 nyawe...(x tau la klu btol..)
so..pandi2lah..bwat bnde yg ptut sblum..
(phm2 je la kn)

19 Feb 2008

2 all g13 =)

1 Comments

Assalamualaikum..


firstly,ana nk ucap tahniah coz ade jgak blog utk g13..
dengan ade nyer blog ni..sume batch 13 ley bg ape2 cadangan utk mantapkn lagi batch 13..
dis year as u'all know...kiter sume nk PmR..i know dat everbody has our own target..ana tabik gler dgn candidate PmR taun lepas coz diorang da lepas target PmR..so kalo bley utk next year kiter sesame klhkn batch2 yg lain utk tingkatkan lagi student yg 9a's pmr.i know dat all of u can do ur besh!!!so we be da besh!!







18 Feb 2008

Cadangan MABIT batch 13

2 Comments

Assalamualaikum...

ni cumalah cadangan dr banin-banin batch 13 yang begitu prihatin.
Ada banin batch 13 yang tanya ana nk tak ana adakan qiam or
MABIT batch 13 tahun ni???..
camtulah ...Ni cuma cadangan dr banin-banin batch 13 yang rasa yang dirinya
dan rakan-rakanya dalam batch 13 yang ketandusan pahala..

kalau ada apa-apa cadangan bagitahulah..

okey.Wassalam

17 Feb 2008

SeMoGe BeRJaYe~

0 Comments

Assalamu'alaykum~

~Semoga Berjaye~
-Bitaufiq wanNajah-

Lalala~

Wassalam..

16 Feb 2008

Kenape?

0 Comments

Assalamu'alaykum..

Tak tahulah kenape, tapi kenape orang gune shortform? Ana gune jugak. Tapi ana rase, sometimes, orang menggunakan shortform dengan kadar yang melampau. Kalau nak kasik sms, okeylah nak tulis shortform sebab huruf tuh berkongsi nombor. [faham²lah ye]. Tapi kalau perkare yang melibatkan penggunaan komputer, rasenye tak de masalah nak tulis penuh² kan?

Especially, bende yang agak formal. Kadang² tu, shortfrom-nye, si penulis je yang faham. Orang lain semua tak faham. Ape gunenye kite tulis something yang orang tak faham? Ana nasihatkan, tak payah tulis kalau macam tuh.


----------------------------------



Penggunaan GENERATION dengan BATCH.

Definition atau definisi generasi mengikut Google.

Definitions of generation on the Web:

  • coevals: all the people living at the same time or of approximately the same age
  • group of genetically related organisms constituting a single step in the line of descent
  • the normal time between successive generations; "they had to wait a generation for that prejudice to fade"
  • a stage of technological development or innovation; "the third generation of computers"
  • genesis: a coming into being
  • the production of heat or electricity; "dams were built for the generation of electricity"
  • the act of producing offspring or multiplying by such production

  • Itu generasi.
    Generasi = orang yang tinggal pade satu mase yang same atau pade lingkungan umur yang same.

    Ini pulak definitions atau definisi pasal batch.

    Definitions of batch on the Web:

  • A definite quantity of some product or material produced under conditions that are considered uniform.


  • Itu pasal batch.
    Batch = satu kuantiti yang uniform.
    Lebih kurang macam ni, satu-satu kuantiti yang dihasilkan dalam satu mase.

    So, mesti semua fahamkan? Batch13 nih semua pandai². Mesti boleh faham.

    Hehehe. So, ana harap lepas nih semua gune batch. Tapi kalau yang degil tu, ikut hanglah. Malas nak cakap. Jadiklah daun keladi.

    Wassalam..

    mssd

    0 Comments

    assalamualaikum..

    cume nk cite skit..pd hari jumaat yg lepas iaitu 15 februari 2008, smih tlh mhntar wakil untuk ptandingan badminton n sepak takraw mssd. just nk btau, badminton sumenye kalah kcuali perseorangan lelaki bawah 15 yang dwakili oleh muhd fazli zainal dan jugak perseorangan perempuan bawah 15 yang dwakili oleh fatin munawwarah roslan. alhamdulillah..mcm agk bangge sbb due2 adelah gen13. hari ni mereke lwn lagi tp resultnye masih belum diketahui oleh saye. jadi xdptlah nk tulis.

    sepak takraw pulak tak tau ape cite. jadi kepade sesape yang tau boleh beritau.

    sekian, terima kasih.

    wassalam..
    .bersamamenggapaimardhatillah.

    15 Feb 2008

    Ujian dah dekat lah~

    0 Comments

    Assalamu'alaykum!

    Ujian dah dekat sangat ni. Dah prepare ke kite? Jiwa, mental dan fizikal? Kalau belum baek pergi prepare sekarang. Takut nanti dekat nak ujian tulah baru nak prepare segalenye.


    Ape nak buat bile peperiksaan semakin hampir?

    -Sediakan hati dan fikiran serta jasad.
    -Persediaan secukupnya umpama itulah peperiksaan dalam menghadapi kematian. [?]
    -Peralatan menulis, mengira dan menjawab mesti ade secukupnye.
    -Saling bermaaf-maafan antare kawan, guru dan ibubape. [paling penting!]
    -Minta restu guru yang mengajar, minta restu ibu ayah yang menjage kite, minta kawan do'akan kejayaan kite semua.
    -Hilangkan segala jenis hijab yang halang ilmu itu dari sampai kepade kite.


    Kenape mesti bersedia bile ujian tiba?

    -Kalau tak bersedia, dapat jawab dengan baik dan sangat baik ke? Kitekan manusia. Walau sepandai mane pun, kite tetap kene bersedia sebab kesalahan dan kesilapan itu pasti ade. Untuk me-minima-kan kesilapan tu, kenelah bersediakan? Herm.

    -Persediaan yang cukup tidak akan mewujudkan suasane kelam-kabut. Bile tak sedia, kite akan kelam kabut. Bile kelam kabut, kite gelabah. Bile gelabah, nak jawab pun susah, betul tak? Mesti betulkan.

    -Persediaan me-relax-kan kite. Bile dah sedia, kite lebih tenang. Suasana tak jadi tegang. Kite pun seronok nak jawab. Bile jawab dengan relaks, kite siap cepat. Bile siap cepat, kite dapat semak berkali-kali. Macam ni, dapat meminimakan kesilapan yang dilakukan. Contohnye, careless mistake. Bile semak thousands times. Kite dapat kesan careless mistake. Markah pun tak buang macam tu je. Sayang markahkan? Hehehe.


    Ape kesan tak bersedia?

    [Dah banyak kesan ana tulis dekat atas. Tapi ana ulang je,]

    -Susah nak jawab dalam ujian. Markah dalam ujian pun berkurang. Gred pun menurun. Hati jadi tension. Akhirnye, sendiri yang tak puas hati.

    -Fikiran serabut. Keliru. Easily get distracted. <-- Bende-bende ni memang menyusahkan time ujian atau peperiksaan. Ini akibat tak bersedia mentally. -Kelam-kabut. Suasana tegang. Due bende nih saling berkait. [kat atas ade tulis.] So, bacelah buku untuk tak jadi kelam-kabut and suasana tegang. Ape yang tak boleh buat atau kurangkan bile peperiksaan atau ujian? -Meniru. Ini sudah pasti. Meniru. Tak jujur namenye. Kalau kite lulus, berjaye, cemerlang atau dibanggekan dengan meniru, kite sendiri takkan puas hati and kite menipu diri dan orang lain. Rase tak best kalau dapat A dengan meniru. Mungkinkite suka sekarang, tapi kemudian kita fikir, kita mesti menyesal. Ana ade pengalaman. Nyesal tu. -Kurangkan ke tandas. Kalau boleh ke tandas lepas dah habis jawab semua soalan. Bile kite ke tandas, tengah-tengah jawab, mungkin kita lupa jawapan yang kite nak tulis. Lagipun tandas kan tempat syaitan. -Kurangkan bermain. Fokus pade ujian. Mungkin kita rase, nie cume ujian. Ujian Berkala Satu je. Tapi ujian nihlah yang menguji kemampuan kita setelah belajar dua bulan [Satu ½ bulan]. Kalau kite fail permulaannye, macam mane nak succes pertengahan dan pengakhiran? Permulaan itu penting. -Bace buku teks semate. Bace buku teks semate buat kita bosan. Bile bosan kite malas nak bace, bile malas, tak prepare. Preparation makes humans getting better. Buat nota ringkas yang senang nak bawa ke sane-sini. Kalau boleh, buat warna-warni, baru ade semangat nak bace.


    ----------

    Okeylah, tu je. Wassalam..

    13 Feb 2008

    cadangan sahaje..

    5 Comments

    Assalamu'alaykum...

    Ana nak cadangkan, ape kate kalau kite buat beg untuk batch kite ni?

    Ye la, batch 11 ade jaket. Dan lain-lain tuh baju. Kite buatlah beg. Beg selempang. Ade jugak gunenye, kan? Tapi ini cadangan je. Andai ade yang tak setuju ana tak kisah. Tapi kalau majoriti setuju ape salahnye?

    Ana rase kalau banat ramai yang tak kisah. [kot]. Tapi ana tak tahulah kalau banin macam mane. So, buat yang bace blog nih, kalau anda ade pandangan yang berbeza, bagitaulah. Jangan segan eh.

    Satu lagi. Organisasi batch. Kalau ade, perancangan [ape-apelah] akan lebih teratur. Ana dah cadangkan kepade Nabila, wakil tingkatan banat. Menurut Nabila, Saifullah tak setuju. [kalau tak salah.] Ana pun tak nak tahu kenape, tapi kalau banin yang lain setuju, ana rase baek buat.


    -----


    So, rasenye tuh je yang ana nak cadangkan. Komenlah kalau rase perlu.

    Wassalam.

    9 Feb 2008

    Hari Valentine...adakah ia haram??

    1 Comments


    Perayaan adalah sesuatu yang mengiringi fitrah kehidupan manusia. Ia adalah hari manusia memecahkan rutin kehidupan dengan melakukan sesuatu yang dikhususkan pada hari berkenaan dengan tujuan yang pelbagai. Kerana itulah, setiap bangsa manusia mempunyai perayaan mereka yang tersendiri. Ia disambut dengan pelbagai cara, dengan sebab, sempena dan matlamat yang berbeza-beza.
    Islam sebagai cara hidup fitrah yang telah Allah sempurnakan ciri-ciri dan kemampuannya, turut menggariskan perayaan bagi umatnya. Sebagai umat Islam, perayaan turut menjadi salah satu cabang hidup yang mesti kita tempuhi mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.




    Hadith Abu Daud yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik Radhiyallahuanh secara jelas menegaskan bahawa Allah SWT telah memperuntukkan bagi umat Islam dua perayaan bagi menggantikan segala bentuk keraian yang diwarisi dari zaman jahiliah dan sumber yang tidak Islam. Dua perayaan berkenaan adalah Aidilfitri dan Aidiladha.

    Inilah dua hari yang bukan sahaja menjadi hari perayaan, bahkan Allah SWT menuntut kita agar tidak alpa dari merayakannya. Puasa yang menjadi ibadah yang dipuji Allah, diharamkan pada dua hari berkenaan supaya umat Islam menyambutnya dengan sempurna dan tidak berlebih-lebihan di dalam ibadah sehingga ia disangka taqwa.


    Akan tetapi, dengan pertemuan Islam bersama bangsa lain, dan nilai iman yang corot, umat Islam mula meniru amalan yang tiada kena mengena dengan agamanya. Apatah lagi di dalam keadaan mereka yang bermastautin di negara bukan Muslim seperti kita di sini. Perayaan-perayaan bukan Islam seperti Hari Krismas dan Hallowe’en saling mengunjungi, bukan sahaja dengan sebutan-sebutan mulut malah turut hadir bersama jualan murah di kedai-kedai, promosi besar-besaran di media dan hiasan-hiasan di sepanjang jalan. Semua itu sudah tentu menjadi perang psikologi, sehinggakan mereka yang tidak turut serta, boleh terasa janggal, dicemuh sebagai anti sosial atau apa-apa label yang kurang menyelesakan. Tidak lama lagi, Hari Valentine pula muncul. Anak-anak muda, malah mungkin juga yang sudah out of season sedang menanti apakah surprise yang bakal disediakan oleh insan tersayang, menjelang 14 Februari akan datang.
    Apa kata, 14 Februari ini kita sediakan surprise yang paling bermanfaat, iaitu penjelasan berikut:


    Di dalam sepotong Hadith yang terdapat di dalam Sunan Abi Dawood, Rasulullah SAW telah bersabda, Barangsiapa yang meniru atau berkumpul meramaikan sesuatu kaum, maka dia adalah dari kalangan mereka.


    Syaikhul Islam Ibnu Taymiah menulis di dalam kitabnya Iqtidha al-Sirat al-Mustaqeem (jilid 1, muka surat 470) menyebut, Terdapat beberapa noktah penting yang mesti diberi perhatian apabila kita membincangkan tentang perayaan dan hari kebesaran golongan bukan Islam.

    Pertama; perayaan, hari kebesaran dan amalan adalah peraturan, undang-undang dan cara hidup dalam konteks yang luas. Allah SWT menyebut di dalam Al-Quran, Bagi setiap umat itu telah Kami jadikan bagi mereka amalan yang mereka ikuti. (Al-Hajj: 67) seperti mengadap kiblat, solat dan puasa.

    Tiada bezanya menyertai mereka di dalam perayaan dengan meyertai mereka di dalam amalan-amalan mereka yang lain. Bersetuju dengan perayaan mereka, adalah merupakan persetujuan ke atas perkara kufur. Bersetuju dengan mana-mana aspek kecil kepercayaan mereka adalah sama dengan kepercayaan terhadap cabang kufur.

    Malah, hari kebesaran (Holiday) dan perayaan salah satu kaedah utama yang membezakan adat dan undang-undang di antara satu kaum dengan kaum yang lain. Ia juga merupakan amalan yang paling menonjol bagi satu-satu bangsa. Redha dan bersetuju dengan perayaan itu adalah persetujuan terhadap perbuatan kufur paling khusus yang menjadi simbol bagi amalan dan cara hidup mereka. Tidak syak lagi, persetujuan seperti itu atau meletakkan diri pada ikutan terhadap situasi sedemikian rupa, hanya merebakkan kekufuran.

    Ini merupakan sedutan daripada kenyataan Syaikhul Islam Ibnu Taymiah yang cuba untuk memahamkan kita bahawa pesta-pesta dan sempena yang terhadap di sekeliling kita ini adalah simbol kepada cara hidup golongan bukan Islam. Tidak timbul soal sekadar hendak berseronok atau belajar bersosial, jika yang dilakukan itu adalah cabang redha kepada kufur yang hanya menatijahkan kemurkaan Allah SWT.

    Lanjutan hal tersebut, para Ulama juga telah menegaskan bahawa perbuatan menyampaikan tahniah kepada golongan bukan Islam sempena hari kebesaran dan perayaan mereka, adalah sesuatu yang dilarang. Ibn al-Qayyim di dalam kitabnya Ahkam Ahl al-Dhimma (jilid 1, muka surat 205) menulis, Memberikan tahniah pada perayaan-perayaan tertentu yang dikhususkan kepada bukan Muslim dengan menyebut “Blessed holiday for you” atau apa-apa yang semakna dengannya, adalah dianggap tidak harus, pada persetujuan para Ulama.

    Walaupun seseorang itu mengucapkan tahniah di dalam keadaan bersih daripada mana-mana aspek kufur, ia tetap dianggap terlarang kerana tahniah itu adalah ucapan kita ke atas dosa-dosa besar seperti minum arak, berzina dan lain-lain perbuatan keji yang menjadi intipati perayaan tersebut.

    Ramai di kalangan mereka yang tidak begitu menjaga agama melakukan perbuatan seperti ini (mengucapkan tahniah) di dalam keadaan mereka tidak mengetahui betapa besarnya kejahatan yang mereka lakukan. Barangsiapa yang mengucapkan tahniah kepada seseorang atas mana-mana dosa atau kekufuran yang dilakukannya, maka dia telah mendedahkan dirinya kepada siksaan dan kemurkaan Allah SWT.

    Ibnu al-Qayyim juga telah menyimpulkan di dalam satu bahagian kitabnya tentang pendapat para Ulama berkaitan dengan hal ini. (Ahkam Ahl al-Dhimma, jilid 2, muka surat 722). Antara yang disebut, “Adalah tidak dibenarkan bagi para Muslim membantu golongan bukan Islam di dalam sambutan perayaan-perayaan mereka atau menghadiri majlis-majlis mereka berdasarkan kepada persetujuan para Ulama.

    Para ahli Fiqh yang mengikut keempat-empat mazhab yang muktabar itu juga telah menegaskan secara terang dan nyata di dalam kitab-kitab mereka. Abu al-Qasim al-Tabari menulis, “Adalah tidak dibenarkan bagi para Muslim menghadiri pesta dan hari kebesaran golongan bukan Islam kerana ia adalah dari jenis kebatilan yang keji. Jika golongan yang baik bercampur gaul dengan golongan yang jahat tanpa sebarang usaha untuk menghentikan apa yang dilakukan oleh golongan yang jahat itu, maka jadilah mereka sebahagian daripada mereka yang merestui kekufuran dan berada di bawah pengaruhnya.

    Dan sesungguhnya kita takut terjatuh ke dalam kemurkaan Allah disebabkan oleh keramaian mereka itu.�
    Ibn al-Qayyim juga menyatakan bahawa Ibn Al-Qasim tidak menyukai orang Islam memberikan hadiah kepada orang Kristian semasa perayaan mereka. Beliau menganggap perbuatan ini sebagai memberikan penghormatan kepada perayaan itu, dan membantu orang Kristian berkenaan berkekalan di dalam kekufurannya.

    Al-Baihaqi yang merupakan ahli Hadith bermazhab Syafie, meriwayatkan dengan sanad yang sahih bahawa Abdullah ibn Umar R.A. menyebut “Barangsiapa yang tinggal di tanah air bukan Islam dan sama-sama menyambut perayaan-perayaan mereka serta berkelakuan seperti mereka sehingga dia mati, maka dia akan dibangkitkan bersama golongan Kuffar berkenaan pada hari Kiamat.�

    Sesungguhnya kenyatan-kenyataan para Ulama ini menjadi amaran kepada diri kita agar tidak sewenang-wenangnya menelan segala yang ditemui di sini. Kehidupan kita di Ireland adalah kehidupan di tengah-tengah manusia yang hidupnya adalah pesta, gembira, joli sana dan joli sini tanpa menunggu hari dan masa yang tertentu. Oleh itu hendaklah kita berusaha memelihara diri dan Iman agar tidak mudah terkesan dengan perang psikologi 24/7 ini.

    Artikel ini tidak bermaksud untuk membincangkan tentang asal usul perayaan Valentine kerana kita boleh memperolehinya secara meluas menerusi internet. Di antaranya adalah di
    Akan tetapi maksud perbincangan kita di sini adalah untuk mengingatkan diri tentang jati diri kita sebagai Muslim. Integrasi antara kaum dan rakan taulan tidak menuntut diri kita untuk sampai terheret kepada kemurkaan Allah SWT. Bahkan golongan bukan Islam juga tidak berhasrat untuk memberikan apa-apa manfaat kepada kita menerusi perayaan mereka melainkan ia akan berakhir dengan kita dan mereka, sama-sama terjerumus ke lembah yang hina.

    Cuma kita sebagai orang Islam yang sangat sensitif dengan soal harga diri dan Iman, membiarkan diri terjebak ke perbuatan-perbuatan imitasi buta itu hanya mencerminkan dangkal intelektual kalau tidak mampu disebut sampai ke dangkal Islam.

    Jika benar kita mahu membuktikan kasih sayang, maka buktikanlah ia menerusi cara Islam yang halal, indah, penuh barakah dan tiada kesan sampingan. Tanpa perlu menunggu 14 Februari, berkahwin adalah Sunnah Nabi SAW, yang jika kita serius ke arah itu, susunkanlah agenda hidup ke arahnya dengan baik.

    Usahlah dibazirkan wang untuk membeli bunga ros, kad-kad ucapan, atau candle light dinner di restoran-restoran mahal, kerana semua itu adalah keindahan yang menjadi pagar-pagar kemurkaan dan neraka Allah SWT. Kumpulkan wang dengan baik, beli buku yang mengajar cara hidup rumah tangga Islam dan laluilah 14 Februari ini seperti kita melalui hari-hari yang lain, iaitu dengan mengulangkaji pelajaran, menghadiri majlis-majlis ilmu, beribadah dan berlumba-lumba mengejar kebaikan.


    Si luncai terjun dengan labu-labunya
    Biarkan… biarkan…

    Semoga Allah mengurniakan kebaikan untuk kita semua. Wallahu a'lam bi As-Sawaab.

    8 Feb 2008

    Gen 13 blog need more idea!!!

    1 Comments

    assalamualikum wbt...

    ape agknya maksud title kt atas tu arrr??
    apa yg brmain di minda antum semua???

    Sbnrnya mksud sebenar title diatas
    disebabkan blog gen 13 yg kekurangan(sbnrnya dh habis dh)
    idea..
    jd ana brharap sesangt agar antum semua dpt menyumbangkan
    apa segala coretan ,pengalaman dan sebagainya yg boleh dikongsi
    bersama...klu yg xnk dikongsi x pyh nk cbuk nk antar...
    jd ianya boleh dihantar kepada e-mail gen 13 yg antum semua
    sedia maklum (entahlh) generasi13_smih@yahoo.com.my...

    klu nk gamba kt coretan tu bleh ltk.......

    okey...smpai sini saja ...wassalam

    p/s*(tlg lar antar sbb skrg ni blog gen 13 dh khbisan idea.....please)
    "help me"