29 Apr 2010

ameen.

1 Comments


Wahai sahabat,

Jika engkau pernah merasa kecewa, maka aku merasa sangat hampa kerana tidak berkesempatan untuk berkongsi kekecewaanmu. Jika engkau pernah merasa marah, akulah juga yang merasa terkilan. Kerana aku tidak sempat memadamkan api kemarahanmu itu. Dan tidak sempat membimbing tanganmu kearah taman bunga-bungaan yang indah supaya marahmu reda. Supaya ceriamu kembali. Supaya wajahmu kembali seri.

Lantaran aku tau, luka hatimu berdarah kembali. Namun aku lalai dengan kesibukanku. Lalu engkau pergi dalam kesejukan pagi dengan tiada baju membalut tubuh. Aku tahu engkau tidak pernah minta dikasihani, namun akulah yang merasa kasihan pada diri sendiri kerana meminggirkan persahabatan itu. Kerana menjadi yang rugi dalam hidupnya. Entah apalah harganya bagi kutebus dosa ini.

Aku tidak meletakkan engkau sahabat yang terbaik. Kerana terlalu singkat waktu kita berkenal. Namun aku sangat memerhatikan engkau. Dan menyayangi persahabatan yang pendek itu. Kerana aku melihat persamaan yang sangat banyak diantara kita. Yang mana engkau dan aku adalah dua insan yang memiliki sangat banyak kelemahan. Namun engkau tidak pernah melihatnya sebagai kekurangan, malah engkau melihat kelemahan aku juga sebagai sebuah keunikan, dan bergitu jugalah engkau itu pada pandanganku.

Dan aku sedar tidak sedikit yang tidak menyukai engkau. Biarkan mereka. Biarkan mereka dengan curiganya. Namun ada diantaranya yang sebenarnya ikhlas denganmu, cuma kadang-kadang engkau juga selalu berperasangka. Sedang aku sendiri berada dengan dada yang terhimpit kedinding-dinding itu. Yang mana mereka yang berlaku tidak baik kepada mu itu juga sahabat-sahabat aku. Namun selalu aku bisikkan padamu. “Hiduplah dengan penuh kemaafan, dan hidup ini lebih indah bila kita hanya tahu berkasih sayang.” Aku tidak pasti adakah ianya mendatangkan pelajaran bagimu ataupun tidak. Tetapi itu bukanlah menjadi soal kepadaku, kerana aku menerimamu beserta dengan sifat yang lemah itu.

Setiap perkara yang berlaku itu hanya Allah yang lebih mengetahui hikmahnya. Kerana sesungguhnya tiada sesuatu yang Allah tentukan dan laksanakan itu sia-sia. Kerana Allah itu Maha Bijaksana.


ameen.

22 Apr 2010

exam ke usrah ?

2 Comments

“B, jom pegi surau, ada usrah”

“Alaa.. , esok A ada test . Penting kot study malam nih.”

Jika anda di tempat A apa yang anda akan pilih?? pergi ke bilik, LRC, Common room, Concourse dengan niat untuk study atau melangkah ke rumah Allah s.w.t dengan niat ditaujih (diberi ilmu) utk memantapkan iman di dada?

Rasa bersalah tak??

Nak score test tapi nak jugak menimba ilmu agama. ditelan mati emak,diluah mati bapak.

Kenapa tak kedua-duanya sekali?

Okey, kalau camtu kerat badan sebelah balik study, sebelah pegi surau. Ada gergaji??

Memang confirm tak boleh. Tak caye try arr.

Keputusan perlu dibuat.

Katakanlah B sambung study manakala A mengikhlaskan hati kerana Allah s.w.t pergi jua ke surau dan menghadiri usrah.

Pukul 10 malam . A pulang ke bilik study, or stdy bsame2 ahli usrah dan segera belajar dan mengulangkaji pelajaran . B masih tekun belajar di dalam biliknya. Perbezaannya di sini, A mempunyai hati yang lebih tenteram kerana dia telah berusaha untuk menyeimbangkan dunia dan akhirat malah dia lebih khusyuk dan bersungguh-sungguh memanfaatkan masa yang ada walaupun kadang-kadang tersengguk-sengguk atas meja.

Pukul 9.40 pagi. Siapa yang dapat menentukan yang mana boleh menjawab test dengan jayanya? A atau B?? Secara sunnatullahnya orang yang berusaha pasti akan berjaya. Kejayaan mana yang dicari oleh A dan kejayaan mana yang dicari oleh B?

Keputusan test kedua-duanya score dengan baik, Alhamdulillah.

Jika tidak?

A dan B tak dapat jawab soalan-soalan test. B balik dengan perasaan stress *down*.

A balik dengan perasaan kecewa tapi dia ‘husnul zon’ bersangka baik terhadap Allah s.w.t dan berazam untuk berusaha lagi kerana hasil usrah semalam,dia memahami bahawa berusaha itu tangga ke syurga. Tuntutlah ilmu kerana Allah s.w.t dan bukan semata-mata kerana exam. bersangka baiklah terhadap Allah s.w.t atas setiap ketetapannya.”Sesungguhnya orang-orang yang beriman tidak akan berputus asa atas rahmat Allah s.w.t

Jika dinilai kedua-dua situasi di atas, yang mana lebih beruntung??

Bagaimana pula di hari akhirat nanti??

Alasan B

“Tak cukup masa. ”

Tapi cukup pulak nak borak-borak dan bergelak ketawa dengan kawan-kawan.

“Banyak sangat kerja.”

Firman Allah s.w.t

“Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan) maka tetaplah berusaha untuk satu urusan yang lain”

al-Insyirah:5-7

“Tak sampai hidayah lagi. “

Allah s.w.t berfirman..


(Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul, dan memberikan berita yang mengembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar. )

sudah terang lagi bersuluh. tak cari memanglah tak jumpa

“Takper nanti aku pergilah.

Kalau tak sempat??

Firman Allah s.w.t

“Maka apabila ajalnya tiba, mereka tidak dapat meminta penundaan atau percepatan sesaat pun”

An-Nahlu: 61

“Ala….A memang bijak study sikit pun cukup. “

Kalau orang tu dah tak nak , macam-macam alasan dia akan bagi.Kita doakan Tuhan buka hati dia dan kita untuk ke jalan-Nya insya-Allah.

Aik, macam pernah dengar jer……

Usrah merupakan santapan rohani kita yang menjerit-jerit dahaga dan lapar tanpa kita sedari. Usrah menambahkan ilmu agama untuk kita lebih mengenaliAllah s.w.t. Usrah itu keluarga, tempat kita berkongsi, mengadu dan mencari penyelesaian. Usrah itu ialah cara kita mencari hidayah dan keredhaan-Nya.

Jadi, marilah kita jadi macam A dan menasihati kawan-kawan kita yang macam B.

Firman Allah s.w.t

“Demi masa. Sungguh manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran”

Al-’Asr: 1-3

“Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, Kami akantunjukkan kepada mereka jalan-jalan kami. Dan sungguh, Allah s.w.t beserta orang-orang yang berbuat baik.”

Ar-Rum:69

Jom pegi usrah ramai2 ^

11 Apr 2010

Sedikit Aktiviti

2 Comments

Salam semua .
seperti yg antum tau [banin je]
malam ni akan diadakan aktiviti yg telah dibincangkan tadi =)

pkul 9.45 malam sehingga 11.30 malam .
tempat macam biasa .
jika terdapat sebarang kemusykilan , sila hubungi ana .
di mana2 anda berada ,
sekian ,

9 Apr 2010

Daurah Tingkatan 4.

1 Comments

Assalamu'alaykum.

Daurah baru saja berlalu seminggu yang lepas. Banyak juga input yang ana dapat, cuma harapnya, ada lebih banyak aktiviti yang perlukan bergerak tapi juga memberi input.

Slot pertama, Ahwaal Muslimin Al-Yaum.

Slot ini, membincangkan pasal apa masalah umat Islam yang utama dan cara nak atasi masalahnya. Masalah paling utama, Aqidah. Ya, ana memang setuju. Daripada aqidah kita, segalanya bermula. Yang baik atau sebaliknya.

Kalau iman kita lemah, macam mana nak takluk dunia? Kalau iman kita tak teguh, macam mana nak hadapi godaan dan cabaran yang ada?

Ana ingat lagi Ustaz Abdul Rahman cakap hari tu, "Sekarang ni dah tak boleh nak ubah dalam skala yang besar. Kena tengok satu-satu. Kena follow-up setiap orang yang kita berda'wah. Kena pastikan semuanya tak terlepas dalam satu ceramah saja." More or less.

Ana setuju lagi dengan pernyataan ini sebab, dalam skala yang besar, ada segolongan manusia yang mungkin tak dengar atau terkesan di hati dan susah nak kesan masalah dalam kelompok yang besar. Cuma boleh nampak yang jelas atau yang paling utama sahaja.

Slot kedua, Tarbiyah Dzatiyah.

Er, slot yang ini ana kurang faham sikit. Tapi lebih atau kurang, cara mendidik diri sendiri ke arah yang lebih baik. Er, rasanya la. Mungkin boleh cari di blog orang lain yang juga mengikuti daurah.

Slot extra, Penceritaan Pengalaman di Bumi Kenyalang.

Ada banyak sangat tempat di dunia ini yang masih kurang terdedah dengan Islam yang sebenarnya. Ana bersyukur duduk di Bumi Hidayah sebab dapat didikan Islam macam hujan turun mencurah-curah.

Tapi di sesetengah tempat ini, ada banyak pula gereja yang terbina. Maksudnya, apa? Ramai orang daripada agama lain dah terokai kawasan-kawasan ini, dan menyebarkan dakyah mereka. Tapi macam mana dengan orang Islam pula?

Jadinya, bersyukurlah kalau dapat hidup dalam suasana Islamik sebab masih ramai yang nak hidup dalam suasana ni tapi tak dapat.

Slot tiga, Prophet Muhammad SAW.

Ketika Rasulullah sedang nazak, baginda bertanya kepada para sahabat, "Katakan, adakah sesiapa yang aku berhutang dengannya?" Tiada siapa yang menjawab soalan itu. Diulang sehingga tiga kali, kemudian ada seorang sahabat menjawab.

"Ya Rasulullah, kau berhutang denganku."

"Apakah hutangnya?"

"Ketika perang [maaf, penceramah ni tak ingat perang apa.], ketika itu pemukul kudamu, terkena badanku."

"Lalu, apakah kau inginkan balasan?"

"Ya, wahai Rasulullah."

Rasulullah membuka baju baginda dan bersedia untuk diberi balasannya. Umar ra. cuba untuk menggantikan tempat baginda tetapi Rasulullah berkata, "Ini urusanku dengan sahabatku."

Kemudian Umar mencuba lagi tetapi baginda menolak lagi dengan kata-kata yang sama. Kemudian, Abu Bakar ra. pula mencuba tetapi Rasulullah tetap menolak dengan kata-kata yang sama.

Para sahabat yang lain sudah mengalirkan air mata tatkala sahabat tersebut bersedia untuk memukul Rasulullah. Kemudian, sahabat tersebut terus meluru ke arah baginda, memeluk dan mencium perut Rasulullah.

Katanya, "Sudah lama aku ingin melakukan perkara tersebut."

Bermacam cara digunakan untuk para sahabat mendekati Rasulullah dan melahirkan kasih sayang mereka. Kita pula bagaimana? Walaupun kita hidup dalam era yang berbeza dengan Rasulullah, kita tetap boleh melahirkan rasa sayang dan cinta kita dengan cara yang berbeza.

Slot empat, Melamar Bidadari dengan Solat.

Ada satu kisah, seorang lelaki bertemu dengan seorang bidadari. Lelaki itu tertarik dengan bidadari tersebut, lalu dia bertanya, "Mahukah engkau berkahwin denganku?"

Bidadari; "Lamarlah aku dahulu."

Lelaki; "Apakah mas kahwinnya?"

Bidadari; "Solat sepanjang malam."

Lelaki; "Ya ALLAH, bantulah aku mendapatkan mas kahwinnya..."

Dan lagi satu kisah; Hassan al-Basri mempunyai seorang hamba dan menjualnya kepada orang lain. Apabila malam menjenguk, hamba ini mengejutkan tuan barunya, "Tuan, bangunlah solat. Bangun dan solatlah."

Tuan tersebut bertanya, "Apakah fajar sudah tiba?"

Hamba; "Apakah tuan tidak solat melainkan lima solat fardhu sahaja?"

Tuan; "Ya."

Kemudian hamba tersebut meninggalkan tuan barunya dan kembali kepada Hassan al-Basri kerana dia lebih menyukai tuannya yang sering solat sunat.

Memang agak menginsafkan bila dengar soalan macam tu. Solat fardhu sahaja memang tidak mencukupi. Kena banyakkan solat sunat untuk tampung solat fardhu yang tidak sempurna tu.

Slot lima, Aspek Penting Tarbiyah Dzatiyah.

Slot ni sangat ringkas. Sekejap sahaja. Mungkin cuma nak meringkaskan slot kedua.

1. Fokus; kita kena fokus pada yang perlu.
2. Prioriti; tetapkan. First things first.
3. Laksanakan; mulakan dengan yang senang supaya lebih mudah istiqamah.
4. Doa; harus + perlu untuk istiqamah sentiasa.
5. Denda; sediakan andai tak mengikut target supaya sentiasa istiqamah.

Lepas habis semua slot, ada LDK. Banyak perkara yang dibincangkan. Waktu tu, memang tersedar yang banyak benda perlu kita buat sebelum, ketika, dan selepas menjadi pemimpin. Lebih lagi, dalam skop kepimpinan sekolah.

Akhir sekali, sebelum si penceramah slot empat memulakan sesinya, dia berkata, "Walau sehebat mana penceramah atau program yang dihadiri, tetap tidak berguna kalau hati tidak terbuka untuk menerimanya."

Jadi, sebelum terima apa-apa, bukakan hati supaya lebih senang nak lekat dan diterapkan secara penuh.

Moga apa yang ana tuliskan hari ini bermanfaat buat anda yang membaca dan buat ana yang menaip. Andai ada kesalahan di mana-mana bahagian post kali ini, harap dimaafkan dan dibetulkan.

Sekian.

3 Apr 2010

Aktiviti Batch Minggu Ini

0 Comments

bismillah .
salam alaikum .
Alhamdulillah , kita masih lagi mendapat nikmat yg plg besar iaitu nikmat Iman dan Islam ,
semoga semua sihat belaka .
insyaAllah pada hari Ahad bersamaan dengan 4 april ,
akan diadakan aktiviti batch 13 minggu ini .
aktiviti yg akan diadakan , insyaAllah , Futsal di Futsal At-Taqwa .
jam yang telah dipersetujui ramai pada jam 10.30 pagi .
jadi , berikut butir2 utk esok :
utk memudahkan orang membaca

Tarikh : 4 April 2010
Tempat : At-Taqwa , Taman Pulai Utama
Masa : 10.30 pagi
Objektif : seperti post Zul

diharap kepada semua ahli Batch 13 SMIH dapat menghadirkan diri pada hari esok .
bukankah ukhuwwah itu indah ?

jika terdapat sebarang kemusykilan , contact ana .
ym / hp / fb / blog / email

selesai.

6 Comments



tammat.
daurah aspirasi syabab tingkatan 4
2 april-3 april 2010