29 Mar 2009

Bacaan Solat Subuh

0 Comments

Bacaan surah pada waktu fajar

Pada waktu subuh, biasanya RasuluLlah SAW membaca sebanyak 60-100 ayat. Ada kalanya surah Qaaf, surah ar-Rum dengan surah at-Takwir atau surah al-Zalzalah pada rakaat keduanya. Jika Nabi SAW dalam perjalanan, beliau membaca surah al-Falaq dan surah an-Nas.

Adakalanya pula baginda SAW membaca surah al-Mu'minun sehingga sampai kepada kisah Musa dan Harun pada rakaat pertama dan beliau bersih, maka baginda terus ruku' sesudah itu. Pada hari Jumaat, biasanya baginda membaca surah as-Sajdah dan surah al-Insan secara penuh. Dengan kata lain, baginda tidak membaca surah sepertimana yang dilakukan oleh kebanyakan orang sekarang yang mengambil sebahagian surah, kemudiannya membaca bahagian yang lainnya.

Adapun sangkaan orang yang kurang cerdik, bahawa pada subuh hari Jumaat diutamakan melakukan sujud tilawah, maka ini merupakan satu kekeliruan yang besar. Oleh sebab itu, sebahagian imam-imam menganggap makruh membaca surah as-Sajadah, jika bertujuan untuk melakukan sujud tilawah. Tujuan utama Nabi SAW membaca surah as-Sajadah dan surah al-Insan adalah kerana keduanya mengandungi peringatan tentang asl-usul kejadian manusia, terciptanya Adam, syurga dan neraka, dan lain-lain (perkara asas). Semua itu terjadi pada hari Jumaat.

Oleh sebab itulah, Nabi membaca pada pagi harinya apa yang telah dan akan terjadi pada hari tersebut, untuk memperingatkan kepada umat Islam tentang peristiwa-peristiwa penting yang berlaku. Hal ini sama halnya dengan hari-hari perayaan yang besar, seperti hari raya dan solat Jumaat. Pada saat itu, Nabi SAW membaca surah Qaaf, al-Insyiqaq, al-A'la, dan al-Ghasyiyah.

Memanjangkan Rakaat Pertama pada Solat Subuh

Biasanya, Nabi SAW lebih memanjangkan rakaat dibandingkan dengan rakaat kedua ketika solat subuh, bahkan pada solat-solat lainnya. Terkadang panjangnya itu sampai tidak terdengar lagi bunyi langkah orang yang datang dari luar masjid. Begitulah solat subuh. Biasanya baginda lebih memanjangkannya berbanding dengan solat-solat yang lain. Sebabnya adalah solat Fajar ini disaksikan Allah ta'ala dan para malaikatNya. Ada pula yang mengatakan, disaksikan oleh malaikat malam dan siang.

"Dirikanlah shalat dari sesudah matahari tergelincir sampai gelap malam dan (dirikanlah pula shalat) subuh. Sesungguhnya shalat subuh itu disaksikan (oleh malaikat)."
(al-Isra', 17:78)

Kedua pendapat tersebut didasarkan atas kemungkinan saat turunnya para malaikat tersebut; apakah berlangsung sampai berakhirnya solat subuh ataukah hanya sampai terbit fajar? Kedua kemungkinan ini sama-sama mempunyai alasan yang kuat.
Di samping itu, alasan lain mengapa solat subuh harus dipanjangkan dibandingkan dengan solat-solat lainnya kerana jumlah bilangan rakaatnya yang sedikit. Oleh kerana itu, memanjangkannya dapat menjadi pengimbang dari kekurangan tersebut. Di samping itu, ia dilakukan sehabis tidur dan orang-orang telah beristirehat penuh. Di tambah lagi mereka belum lagi terjun ke arena perjuangan hidup dan kepentingan dunia, pada saat tersebut, baik dari segi pendengaran, lisan ataujua hati, masih tertumpu pada ibadah. Kerana masih kosong dan belum lagi mulai bekerja sehingga mereka pun dapat memahami dan merenungi ayat-ayat al-Qur'an dengan baik.

Kemudian solat subuh juga merupakan asas dan permulaan amal (selain dari Qiyamullayl). Oleh kerana itu, keistimewaan dengan cara memanjangkan bacaannya sangatlah diutamakan. Dan, hikmah serta rahsia-rahsia ini hanya dapat diketahui oleh orang yang menaruh perhatian terhadap rahsia syari'at, maksud, tujuan, dan hikmahnya.

---

diambil dari blog 'Ammar Ainullotfi.

---

Harap artikel ni dapat membantu membaiki Solat Subuh kita menjadi yang terbaik.

Wassalam.

0 suara[²]: