15 Sept 2008

lawakKah??

1 Comments

Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi

Maha Pengasih... Bayangkan benda ini berlaku
pada anda .....
Suatu hari pada masa Sembahyang Jumaat yang
di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah...
tiba-tiba masuk dua orang lelaki Yang menutupi
seluruh tubuhnya dengan pakaian serba hitam..
tak nampak apa cuma dua biji mata and
membawa mesin gun ... lalu salah seorang lelaki
tu bertempik
"Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila
berdiri di tempat kamu", Selepas mendengar
amaran lelaki
itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah
itu untuk menyelamatkan diri .... daripada jumlah
yang 1,000
tadi tu hanya tinggal lebih kurang 40 orang sahaja
yang masih berdiri di tempat masing-masing
termasuk
Pak Iman tu...

Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup
mukanya lalu melihat ke arah
Pak Imam sambil berkata: "Ok Pak Iman, saya
dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang
bolehlah Pak
Imam mulakan sembahyang Jumaat".... Lalu
kedua lelaki tersebut berpaling
dan meninggalkan jemaah....

Macammana?? .. adakah anda rasa lawak dengan
cerita di atas. selain terhibur anda fikirlahlah..."
Lawak kan,
dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 40
yang betul-betul beriman... "

" Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah
lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya ...
kedua lelaki hanya membawa mesin-gun.. dia tak
kata pun nak bunuh .. tapi generasi sekarang ..
amat lemah .. baru kena ugut terus lari lintang
pukang.. lupa yang dia tak sembahyang Jumaat
lagi..."

"Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu
sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat..
tunjuk muka kat orang kampung.. ada tu lagi
dashyat setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang
raya..."

"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip
dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada
apa yang
tercatit dsalam al Quran"

"Lawak kan, berapa ramai yang percaya dunia
hanya sementara, akhirat adalah tempat yang
kekal,
tapi berlumba-lumba mengejar dunia"

"Lawak kita boleh bersembang dengan boyfriend
atau girlfriend berjam-jam tapi nak berdoa kepada
ALLAh alahai..
tak cukup masa.. Dan lebih lawak lagi, bila kita
boleh post banyak thread atau email yang
berunsur lawak
jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa
berat nak berkongsi dan nak hantar artikel yang
berunsur agama

Lawak kan??? Kenapa gelak .. tu kan realiti .. tapi
yg paling lawak sekali.. berapa orang yang lepas
baca
benda ni akan sampaikan kat orang lain ... berapa
orang yang akan buka thread ni untuk luangkan
masa
membaca? berapa banyak?

Wallahualam..

*diciplak skali lagi dari blog anas hisyam

1 suara[²]:

Imran Omar 22 September 2008 at 17:14

Assalamu'alaykum, Musryid. This story touches my heart, for it has showed me who really would die in the path of Allah(Jihad fi SabiliLlah)