|tidak sia-sia, insyaAllah menambah saham di akhirat|
Kisah ini berlaku sewaktu aku di Madinah. Suatu hari aku berjalan melalui pasar pada suatu petang. Bila sebaik saja muazzin melangkan azan, pandanganku jatuh pada belakang seorang wanita.
Wanita itu ganjil cantiknya, walaupun berbaju abaya penuh hitam, purdah merentang kepala dan wajahnya, wanita itu berpaling kepadaku seolah-olah tahu bahawa aku merenungnya, dan wanita itu memberikanku anggukan kecil, tapi bermakna sebelum wanita itu berpusing di satu sudut menuju ke lorong penjual sutera.
Bagaikan terkena panahan halilintar, aku serta-merta tertarik, hatiku terpukau dengan pandangan wanita itu. Dalam kepayahan aku berdebat dengan hatiku, memberikan satu alasan demi satu alasan untuk meneruskan langkahku ke masjid -bukan kah masanya telah tiba untuk solat? tapi perdebatan itu telah tamat tiada apa yang boleh dilakukan tapi mengikut wanita tersebut.. Aku bergegas mengejar wanita itu, nafasku pantas mengah, wanita itu tanpa disangka mempercepatkan langkahnya, dan sekarang pun telah berada jauh beberapa kedai di hadapan. Dia memaling wajahnya seketika padaku, terasa kudapat melihat cahaya senyuman nakal wanita itu dibalik purdah hitam rayonnya, sambil wanita itu adakah ini khayalanku saja?melambaiku lagi.Kasihan aku pada diriku ketika itu. Akalku seolah hilang. Siapakah wanita itu? Anak perempuan satu keluarga kaya? Apa dimahunya?
Aku memantaskan langkahku dan memasuki lorong dimana wanita itu dilihatku masuk. Dan seterusnya wanita itu mengimbau aku, senantiasa dihadapan, masih tidak dapat dikejar, semakin jauh dan jauh dari mana kami mula-mula bersua. Perasaanku tambah membuak. Adakah wanita itu orang gila? Semakin panjang wanita itu berjalan, ke penghujung sempadan bandar itu benar-benar. Mentari turun dan tenggelam, dan wanita tersebut masih berada jauh di hadapanku. Sekarang, kami berada di tempat yang tidak disangka, sebuah perkuburan lama.Kalaulah aku siuman seperti biasa, pasti aku kan merasa gementar, tapi aku terfikir, tempat yang lebih ganjil dari ini biasa dijadikan tempat pasangan kekasih memadu asmara. Dalam 60 langkah di antara kami aku melihat wanita itu memandang ke arahku, menunjuk arah, kemudian turun ke tangga dan melalui pintu bangunan sebuah kubur tua.
Kalaulah aku tidak diamuk senyuman wanita itu tadi, pasti aku berhenti sebentar dan memegun masa, tapi sekarang tiada guna berpaling arah, aku menuruni tangga tersebut dan mengekori wanita itu ke dalam bangunan kubur itu.Di dalam bilik bangunan kubur itu, kudapati wanita itu duduk di atas ranjang yang mewah, berpakaian serba hitam masih berpurdah, bersandar pada bantal yang diletak pada dinding, diterangi cahaya lilin pada dinding bilik itu. Di sebelah ranjang itu, aku terpandang sebuah lubang perigi.“Kuncikan pintu itu,” kata wanita itu, dengan suara yang halus gemersik seumpama berbisik, “dan bawakan kuncinya.” Aku akur.
“Buangkan kunci itu ke dalam perigi itu,” kata wanita itu Aku tergamam sebentar, kalaulah ada saksi di situ, pasti saksi itu dapat melihat gamamku.“Pergilah buangkan,” ujar wanita itu sambil ketawa, “tadi kau tidak berfikir panjang untuk meninggalkan solatmu untuk mengekoriku kemari?” Tempelak wanita itu lagi. Aku diam. “Waktu maghrib sudah hampir selesai,” kata wanita itu bernada sedikit menyindir . “Apa kau risaukan? Pergilah buangkan kunci itu, kau mahu aku memuaskan nafsumu, bukan?” Aku terus membuang kunci pintu tersebut ke dalam perigi, dan memerhatikan kunci itu jatuh.
Perutku itu terasa bersimpul bila kunci itu tiada berbunyi jatuhnya ke dalam lantai perigi. Aku berasa kagum, kemudian takut, kemudian memahami nya. “Tiba masanya untuk melihat aku.” kata wanita tersebut, dan dia mengangkat purdahnya untuk mendedahkan bukan wajah segar seorang gadis remaja, tapi kehodohan wajah yang mengerikan, jijik, hitam dan keji, tanpa satu zarah cahaya kelihatan pada alur kedut ketuaannya. “Pandang aku sungguh-sungguh,” kata wanita itu lagi. “Namaku Dunia. Aku kekasihmu. Kau habiskan masamu mengejarku , sekarang kau telah mendapatiku . Didalam kuburmu. Mari. Mari. “Kemudian wanita itu ketawa dan ketawa, sehingga dia hancur menjadi debu, dan lilin itu padam satu demi satu, dan kegelapan menyelubungi suasana.
|semoga beroleh manfaat|
"Hai Kaumku, sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan sementara) dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal. Barangsiapa mengerjakan perbuatan jahat, maka dia tidak akan dibalasi melainkan sebanding dengan kejahatan itu. Dan barangsiapa mengerjakan amalan yang saleh baik laki-laki maupun perempuan sedang ia dalam keadaan beriman, maka mereka akan masuk syurga, mereka diberi rezeki di dalamnya tanpa dihisab." (Surah Al Mu'min ; ayat 39-40)
Assalamualaikum..[ditujukan khas untuk dunno di shoutmix]
Kali ni ana nak borak2 pasai ghibah.. atau bahasa melayunya mengumpat... Orang melayu cukup sinonim dengan umpat mengumpat ni.. Bukan nak perlekeh bangsa sendiri.. tapi kenyataan.. so kene terimalah kan? anyhow.. kekadang ana baca harakah.. or blog2 hatta blog ana sendiri kelihatan seperti ada unsur2 mengumpat. Kalau dalam bahasa arabnya dipanggil ghibah. Tambahan plak tuan-tuan guru kita selalu menyebut akan aib seseorang.. xkan ulama2 pon mengumpat jugak? Ish.. takkan depa xpaham hukum..?
Herm.. apa2 pon.. meh kita tengok.. apa yang Imam Nawawi nukilkan ni..
Imam Nawawi pernah sebut pasai benda dia.. (ghibah) dan dia mengharamkan perbuatan ghibah ni kecuali dalam situasi:
1. Mengadukan kezaliman orang lain. Kira macam kita buat laporan polis la.. atau bagi keterangan kat hakim. Kita bagi tau tu bukan niat saja2 suke2 nak mengumpat.. Tapi supaya di ambil tindakan dan supaya kita tak terus di tindas.
2. Untuk mengubah kemungkaran dan mengembalikan orang yang berbuat dosa kepada kebenaran. Maksud dia kita kita nak betuikan orang yang buat salah atau dosa tu supaya di ambil tindakan keatas dia.. supaya dia tak buat lagi kemungkaran tu... Semua bergantung ataih niat la.. kalau niat bukan untuk mengubah kemungkaran dan mengembalikan si pembuat dosa tu kejalan benar.. xbleh la.
3. Meminta fatwa. Ni kira macam kita mengadu kat kadi la.. Seperti isteri yang selalu didera ka.. xdiberi nafkah zahir/batin ka.. ni xdikira sebagai mengumpat.. tapi jangan plak lebih2.. kalau dok cerita dengan niat nak pelekeh suami or suke2 xleh la..
4. Memperingatkan kaum Muslimin dari sebarang kejahatan dan menasihati mereka. Ni kira nak bagi tau kepada kaum muslimin atau istilah mudah paham.. kat orang lain yang bahawasanya si polan bin si polin tu macam ni... macam ni.. supaya orang lain dapat berhati2 atau terselamat daripada sesuatu kemungkaran.
Sebagai contoh.. time nak kawen. so kita tanya jiran2 yang kenai bakal menantu kita tu... budak tu macam mana.. ok ker.. xloklaq ka.. ataupon dalam hal2 muamalah yang lain.. malah orang yang ditanya tu wajib plak berterus terang.. jangan selindung2 sbb kalau dia selindung2... kita sebut semua la.. tapi dengan syarat nak menasihati.. bukan sbb saje suke2 hobi suka cerita keburukan org. okeh?
ataupon, kita nak nasihat seorang sahabat ni. contohnya.. kawan kita ni dok pi "mengaji" dengan sorang sheikh ni yang mana kita tahu bahawa pak sheikh ni iktiqad dia bukan ahli sunnah wal jamaah.. firqah pak sheikh tu lain macam sket.... nak kata ayah pin tak ayah pin.. nak kata ajaran kahar xkahar.. so.. kita jelaskan pada sahabat kita tu supaya dia tak tertipu dengan ajaran pak sheikh tu.
Ataupon ada seorang yang diamanahkan supervisor kat pejabat kita ni.. dia xjalankan tugas dengan amanah. dia seleweng duit kompeni ka.. selalu memonteng kerja ka.. salah guna kuasa ka.. so kita bagi tau kat bos... supaya bos bleh ambil tindakan yang sewajarnya.. tapi dengan bersyarat la.. bukan suka suki nak jatuhkan orang.. then bukak cerita yg bukan2..
5. Menyebutkan aib orang yang menzahirkan kefasikan seperti orang yang bangga meminum arak, seks bebas, berjudi, menganiaya orang lain, merampas harta dan melakukan hal-hal yang batil. Rasanya ni xpayah nak terang.. dah paham kot? kalau xpaham jugak.. rebus kitab Ihya’ Ulumuddin oleh Imam Ghazali dan kitab Riyadhus Shalihin buat minum! :D
Catatan: Hujjah ni selalu yang digunakan untuk membenarkan ulama2, ustaz2, para dai' untuk menggunakan ghibah. Maksiat yang dilakukan tu semua orang dah tahu disebabkan pelaku maksiat tu memang melakukan secara terangan2 atau tanpa selindung2 lagi dah..
6. Memperkenalkan seseorang dengan menyebut gelarannya yang sudah terkenal: Maksud dia sebut dengan gelaran yang memang dah diketahui umum. Kalau xsebut kang tak tau plak.. Sebagai contoh.. pak man telo, asainya nama dia pak man jerk.. tapi disebabkan dia telo.. maka orang panggil dia pak man telo. Kang kalau xsebut.. org tak tau plak pak man mana... cuma jgn berlebih2 dan berniat mengejek atau mengutuk la.. kasim kudung ka.. dan sebagainya.. tapi kalau orang dah bleh tau sekadar sebut nama dia.. xpayah la tambah nick name tu belakang tu lagi..
so ni la 6 perkara yang dibolehkan... kebanyakannya telah disepakati dan dalil-dalil keenam perkara tersebut ada dalam hadith-hadith sahih yang masyhur.
Ni antara2 contoh2 hadith yang berkaitan dengan ghibah yang dibenarkan:
Dari Aisyah r.a telah berkata :
“Bahwa ada seorang yang meminta izin untuk (menemui) Nabi s.a.w, maka baginda mengatakan : Izinkanlah dia, dia adalah seburuk-buruk kerabat”. (HR. Bukhari 6054 dan Muslim 2591).
Imam Bukhari berdalil dengan hadith ini dalam membolehkan ghibah terhadap orang jahat dan perosak.
Dan dari Aisyah r.a juga bahwa Rasulullah s.a.w pernah bersabda :
“Aku kira fulan dan fulan itu tidak mengetahui sesuatupun dari agama kita” (HR. Bukhari 6067). Laits bin Sa’ad (salah seorang perawi hadith ini) mengatakan : dua orang tersebut termasuk orang-orang munafik.
Dari Fatimah binti Qois r.a dia berkata :
“Aku pernah mendatangi Nabi s.a.w lalu aku berkata : Sesungguhnya Abu Jahm dan Mu’awiyah telah melamarku? Maka Rasulullah s.a.w mengatakan : “Adapun Mu’awiyah dia itu miskin tidak punya harta dan adapun Abu Jahm maka dia itu tidak pernah menaruh tongkat dari bahunya.” (HR. Muslim 1480).
Didalam riwayat Muslim yang lain disebutkan: “Adapun Abu Jahm maka dia sering memukul perempuan” ini adalah penjelasan atas ucapan beliau (dia itu tidak pernah menaruh tongkat dari bahunya). Ada juga yang menjelaskan bahwa maksudnya ialah sering bermusafir.
Dari Aisyah r.a telah berkata :
Hindun (istri Abu Sufyan) berkata kepada Nabi s.a.w : Sesungguhnya Abu Sufyan seorang lelaki yang kedekut dia tidak memberiku dan anak-anakku nafkah yang cukup melainkan jika aku mengambil wangnya tanpa pengetahuannya? Maka baginda bersabda : “Ambillah apa yang mencukupimu dan anak-anakmu dengan cara yang berpatutan” (HR. Bukhari 5359 dan Muslim 1714)
ps: kalau enta/enti tak sedar lagi..harap bersihkanlah hatimu dr titik2 hitam yang telah bnyk terkumpul di hati tu..terima kasih..
.salam alaykum.apa reaksi ntum lps tgk gamba dia atas ni?cbe tgk tulisan yg dlm bulatan tu.agak menyirap kan?!cbe tgk plak tulisan yg atas bulatan tu.bertambah menyirap bukan?!hakikatnya,itulah yg berlaku di u.s n negara2 len yg memusuhi kte sekian lame.jgn ntum sume terpedaya dgn cara pendekatan mereka dgn agama kite selama ni.so,apa tindakan ntum?!jgn persoalkan ape yg Islam dh wat utk ntum.tp persoalkanlh ape yg dh ntum wat utk Islam.agama Islam agama yg sempurna ttp yg mencacatkannya ialah penganutnya sendri.BANGKITLAH DARI TIDURMU YG PANJANG!!!ADA TANGGUNGJAWAB UMMAH YG TERGALAS DI BAHU ANTUM!!!TAKBIR!!!
sekadar mengingatkan y terlupa.. memperbetulkn y salah.. memberitahu yang terleka.. dan menghuraikan bagi yang sangsi...
pada 25 Ogos 2009-28 Ogos 2009.. semua pelajar tingkatan 3-5 sekolah Menengah Islam Hidayah diwajibkan untuk menghadirkan diri ke sekolah... pakaian :baju sekolah yang lengkap.. harap semua dapat hadir ke sekolah.. jadual telah diedarkan,semua boleh tnyer pd wakil kelas msg2..
.salam alaykum.hmm..dah berzaman x post kt blog batch.kali ni ana just nk share photo yg dh dah di edit. mcm dh tertulis kt photo tu,ya,ramadan ini kita punye.terpulanglah kpd diri kita untuk memanfaatkannya.sama ade ianya dimeriahkan dengan pesta ibadat atau pesta tidur berpanjangan mahupun bazar ramadan pada lewat petang.ramadan ini x kan meriah jika kita tidak memeriahkannya.ianya bermula dengan diri kita,rumah kita seterusnya masyarakat umum.now,the choice is in ur hands!!
bismillah.. sebagai langkah berjaga2.. sekolah telah mengisytiharkan cuti kepada semua pelajar Hidayah JB.. cuti bermula dari selasa-jumaat...[4/8 - 9/8] sekolah akan berjalan seperti biasa pada hari Isnin berikutnya. jadi,gunakan masa sebaiknya memandangkan PMR semakin dekat.. untuk pengetahuan,sudah ada pelajar sek kita positif h1n1 dan angkanya melebihi 10 org. jadi doakan y terbaik untuk semua.
kepada semua warga SMIH, esok(3 ogos,isnin) merupakan hari untuk bersekolah.. bkn untuk BERCUTI.. harap maklum..
Pihak sekolah masih di tahap perbincangan tentang wabak yang sedang melanda.. jadi diharap kepada semua pihak(termasuk diri sendiri) dapat dtg ke sekolah dan memberikan sokongan kepada rakan2 lain untuk datang ke sekolah. tapi kepada sesiapa yang sudah disahkan tiada sebarang virus.. kehadiran adalah wajib.. sebarang makluman akan diberitahu kemudian. tapi kepada yang masih ditahap pemerhatian, diharapkan untuk tidak hadir
harap dapat disebarkan kepada umum... [from the behalf LPH,chairman..hahahha..]
" Jom sama-sama tengok. Buanglah yang keruh dan ambillah yang jernih "
tiada insan yang hidup selamanya, maut itu hanya Tuhan yang tahu kapan~
jom sesama muhasabah diri : ]
ok dah : ]
" Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalan dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telahmendapat kemenangan yang besar [ surah Al-Ahzab;71 ]