12 Jan 2008

Thiqah Dan Husnu Dzan

0 Comments



"Kadangkala dalam kehidupan seharian kita, bermacam-macam perkara yang datang kepada kita. Ada perkara yang mudah diterima dan ada perkara yang sememangnya sudah menjadi hakikat, tetapi sangat sukar kita telan..."Pernahkah kita bertemu dalam keadaan di mana; orang yang kita telah meletakkan thiqah (respek) yang sangat tinggi kepadanya, tetapi tiba-tiba kita ternampak dia melakukan sesuatu yang pada zahirnya agak bertentangan dengan peribadi yang telah kita kenal sebelum ini? Apakah perasaan yang akan dirasai? Sudah tentu yang pertama sekali akan tibul di hati ialah persoalan, "Ish, dia ni biyaq betul??" atau "Hampeh, hipokrit!".Dan sudah tentu akibat daripada perkara tersebut, respek yang sudah lama dibina itu menurun sedikit demi sedikit. Itupun jika ia (respek/thiqah) tidak terus hilang dari hati kita tanpa meninggalkan apa-apa sekalipun.Dan sudah tentu juga apabila kita berbincang dengan si dia, kita sudah meletakkan suatu mental block atau mindset awal yang tertentu sehinggakan agak sukar untuk kita menerima apa yang dikatakannya, walaupun pada hakikatnya apa perkataan yang diucapkan itu adalah benar-benar belaka. Itulah yang dinamakan sebagai being judgemental (seperti yang aku pelajari di kala mengikuti orientasi Petronas, rasanya tak betul pun perkataaan tu or salah eja ke?? entah?).Namun demikian, perkara-perkara yang seperti ini sememangnya akan wujud dan kewujudannya itu bukan sia-sia seperti yang telah dijanjikanNya di dalam Kitab Yang Suci. Pada ketika dan saat tersebut, beberapa perkara pasti diuji oleh Allah 'azza wa Jalla. Lebih-lebih lagi dalam hal-hal yang bersangkut-paut dengan sifat yang dinamakan sebagai ukhuwwah.Apabila wujud keadaan seperti yang dinyatakan di atas, sepatutnya seorang mu'min yang sejati akan menyahut seruan Allah yang telah jelas dinyatakan di dalam surah al-Hujurat ayat yang kesembilan:
"Wahai orang-orang yang beriman! Jika seorang fasiq datang kepadamu dengan membawa suatu berita, maka selidiklah dahulu akan kebenarannya. Agar kamu tidak mencelakakan suatu kaum kerana kejahilan (tidak tahu), yang akhirnya kamu menyesali perbuatanmu itu."
[al-Hujurat, 49:6]
Maka andaikata kita mendapat berita daripada orang yang tertentu yang boleh diragui kethiqahannya apatah lagi jika ia seorang yang biasa atau kerap melakukan maksiat, sudah tentu berita itu perlu diselidiki terlebih dahulu. Dikhuatiri si dia ini menambah sampaikan maklumat yang sememangnya sudah ada pada dia, dan akhirnya menyebabkan orang lain tersalah tafsir. Sekaligus membawa kepada fitnah yang berleluasa. Konsep ini sama seperti konsep permainan kanak-kanak yang bernama "telefon rosak".Dan andaikata keimanan kita di dalam hati terlalu kuat untuk membangkang apa yang mata memandang, maka jalan yang mudahnya adalah agar seseorang itu belajar untuk bersangka baik (husnu dzan) terlebih dahulu dan siasatlah.Dan sesungguhnya husnu dzan itu merupakan pengubat hati yang sangat prejudice, sedang berburuk sangka (su'u dzan) itu membuka peluang kepada syaitan untuk memecah-belahkan hamba-hamba Allah yang soleh yang telah terikat dengan ikatan ukhuwwah fiLlah. Mungkin orang tersebut lebih arif tentang apa yang dikerjakannya, dan hanya Allah sahaja yang mengetahui isi hatinya...
BY:_zulfadhli+ibnuzin+zulsya_94