21 Apr 2009
Sedikit Teguran.
Tuesday, April 21, 2009 0 Comments dhiya, nasihat, tazkirah
Mesti ramai yang dah baca ShoutMix yang ada dekat sebelah kanan blog nih. Banyak carutan, kutukan yang ada dekat situ. ShoutMix tuh umum. Semua orang boleh guna, semua orang boleh baca.
Jadinya, ana nak tegur sikit. Kalau nak berbicara dekat situ, tolong jaga bahasa. Kalau nak buat teguran, buatlah teguran dengan berhikmah. Ada banyak cara selain membuat kutukan demi kutukan dekat ShoutMix yang disediakan tuh.
Hum, bila kita saling mengutuk antara ahli batch, nampak sangat yang sesama sendiri pun ukhuwwah tidak begitu kuat atau erat. Bila orang lain baca, batch kita sendiri yang mendapat malu. Bukan batch kita je, sekolah pun boleh dapat malu.
Bayangkanlah ada orang luar yang datang blog nih dan tengok serta baca apa yang dituliskan dalam ShoutMix tuh, mesti tanggapan pertamanya, memandang rendah sekolah kita. Nama sekolah dah cantik. Sekolah Menengah ISLAM Hidayah. Tapi bahasa langsung tak melambangkan ciri-ciri Islam.
Kita semua dah diajar dan dibentuk dengan akhlak islamiyah dekat sekolah. Bila dah diajarkan, perlulah diamalkan. Bila mengamalkan, buatlah yang terbaik untuk semua orang.
Hum. Ramai yang mengutuk atas dasar tidak puas hati pada seseorang. Tapi kenapa perlu gunakan ShoutMix yang terlalu umum? Kalau tidak puas hati dengan seseorang yang sejantina, pergi berjumpa depan-depan.
Cakap dengan orang tu apa yang tidak puas hati sangat. Minta orang tu tolong ubahkan perangai dia yang teruk atau apa-apa yang berkaitan. Tapi kalau tak sejantina, mintalah seseorang yang mampu katakan kepada seseorang tu untuk ubahkan perangai yang mungkin teruk.
Mengutuk orang di depan umum cuma akan memalukan diri sendiri. Membiarkan orang lain melihat betapa rendahnya maruah diri kita yang sanggup mengutuk orang lain secara terang-terangan.
Hum. Kesimpulannya, jagalah bahasa. Bahasa yang kita guna melambangkan identiti diri kita sendiri. Mungkin, boleh melambangkan peribadi juga. Jadi, berilah tanggapan yang terbaik kepada orang yang melihat diri kita.
Moga teguran ini diterima dengan hati yang terbuka.
Wassalam.
28 Mar 2009
tetaplah memberi peringatan.
Saturday, March 28, 2009 0 Comments nasihat, tazkirah
mohon kerjasama.
untuk semua admin blog generasi 13.
setiap minggu.
diharapkan ada seorang.
yang mengupdate sajian.qalb.
kan bagus kalau kita selalu update iman.
biarpun cuma beberapa ayat.
nabi (S.A.W) kan ada cakap.
"Sampaikanlah walau satu ayat"
kerjasama sangat diharapkan.
"Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang yang beriman"
[adzZariat:55]
wassalam.
14 Nov 2008
bersyukurlah.
Friday, November 14, 2008 0 Comments dhiya, nasihat, peringatan
Hoh, ramai yang dah dapat keputusan sikit-sikit. Ramai juga yang tidak berpuas hati dengan keputusan diri sendiri. Samalah dengan tahun lepas, ramai yang tidak mendapat keputusan sebaik yang disangka. Tapi segalanya bukan aturan kita. Segalanya telah ditentukan sejak sebelum kita lahir lagi. Namun, usaha boleh mengubahnya.
Mungkin usaha kita tidak cukup untuk mendapat sebaiknya. Mungkin juga kita telah banyak berusaha tapi masih dapat keputusan yang kurang memuaskan. Apa pun, anggaplah ini ujian dari Allah s.w.t. yang ingin menguji kita sebagai hambanya.
Hari ini bukan segalanya. Hari esok masih ada. Selagi nyawa kita masih belum dipisahkan dengan jasad, selagi itulah kita perlu berusaha untuk membaiki diri agar tidak berulang lagi keputusan yang tidak diingini. Apa yang telah berlaku, telah berlalu jadikan sebagai satu pengajaran.
Ucapkanlah "Alhamdulillah" sentiasa. Bersyukurlah dengan keputusan yang dimiliki. Sesungguhnya ini ujian Allah.
Bak kata Atiqah, jangan gelabah dan jangan seram.
Jangan menggelabah dengan ujian yang menimpa. Inilah masanya untuk membuktikan kita mampu menangani ujian yang tiba. Ini baru Setara PPD, belum lagi PMR.
Tahun depan kita semua, Batch13, akan mengahadapi PMR. Buat yang terbaik dan buktikan kepada semua kita mampu melakukannya!
Wassalam..
15 Sept 2008
lawakKah??
Monday, September 15, 2008 1 Comments .:muCid:., nasihat
Maha Pengasih... Bayangkan benda ini berlaku
pada anda .....
Suatu hari pada masa Sembahyang Jumaat yang
di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah...
tiba-tiba masuk dua orang lelaki Yang menutupi
seluruh tubuhnya dengan pakaian serba hitam..
tak nampak apa cuma dua biji mata and
membawa mesin gun ... lalu salah seorang lelaki
tu bertempik
"Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila
berdiri di tempat kamu", Selepas mendengar
amaran lelaki
itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah
itu untuk menyelamatkan diri .... daripada jumlah
yang 1,000
tadi tu hanya tinggal lebih kurang 40 orang sahaja
yang masih berdiri di tempat masing-masing
termasuk
Pak Iman tu...
Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup
mukanya lalu melihat ke arah
Pak Imam sambil berkata: "Ok Pak Iman, saya
dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang
bolehlah Pak
Imam mulakan sembahyang Jumaat".... Lalu
kedua lelaki tersebut berpaling
dan meninggalkan jemaah....
Macammana?? .. adakah anda rasa lawak dengan
cerita di atas. selain terhibur anda fikirlahlah..."
Lawak kan,
dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 40
yang betul-betul beriman... "
" Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah
lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya ...
kedua lelaki hanya membawa mesin-gun.. dia tak
kata pun nak bunuh .. tapi generasi sekarang ..
amat lemah .. baru kena ugut terus lari lintang
pukang.. lupa yang dia tak sembahyang Jumaat
lagi..."
"Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu
sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat..
tunjuk muka kat orang kampung.. ada tu lagi
dashyat setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang
raya..."
"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip
dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada
apa yang
tercatit dsalam al Quran"
"Lawak kan, berapa ramai yang percaya dunia
hanya sementara, akhirat adalah tempat yang
kekal,
tapi berlumba-lumba mengejar dunia"
"Lawak kita boleh bersembang dengan boyfriend
atau girlfriend berjam-jam tapi nak berdoa kepada
ALLAh alahai..
tak cukup masa.. Dan lebih lawak lagi, bila kita
boleh post banyak thread atau email yang
berunsur lawak
jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa
berat nak berkongsi dan nak hantar artikel yang
berunsur agama
Lawak kan??? Kenapa gelak .. tu kan realiti .. tapi
yg paling lawak sekali.. berapa orang yang lepas
baca
benda ni akan sampaikan kat orang lain ... berapa
orang yang akan buka thread ni untuk luangkan
masa
membaca? berapa banyak?
Wallahualam..
14 Sept 2008
JOm zikir..!
Sunday, September 14, 2008 0 Comments .:muCid:., nasihat, peringatan
Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabk an untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.
Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.
Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.
Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.
Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya
*di ciplak dari tenet
Jadi... jom sesame p'banyakkn zikir2 yang kite tahu di bulan ramadhan yang merupakn penghulu segala bulan....insyaallah..
30 Aug 2008
ramadhan: we're waiting!
Saturday, August 30, 2008 1 Comments hijri, nasihat, peringatan, tazkirah
alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillahi kathira.
"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana yang diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu, agar kamu BERTAQWA." (2:183)
Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan. Marhaban Ya Ramadhan.
Selamat datang penghulu segala bulan.
Selamat datang bulan mulia yang disucikan Allah.
Rasulullah saw bersabda, "Barangsiapa yang hatinya merasa gembira atas kedatangan bulan Ramadhan, Allah kelak mengharamkan jasadnya dari api neraka." (H.R. Bukhari-Muslim).
Sesungguhnya inilah dia madrasah tarbiyyah terbaik kita. Ramadhan sebenarnya betul-betul mentarbiyyahkan qalb dan mengislahkan diri bagi sesiapa yang menghayatinya.
bagaimana reaksi kita bila menerima hadiah daripada seseorang yang kita cintai?
pastinya sangat gembira, dan hadiah tersebut mesti dihargai sangat2.
Subhanallah, Ramadhan sebenarnya adalah hadiah dari Allah untuk kita.
maka, hargailah bulan mulia ini yang intinya pelbagai manfaat.
Bulan Ramadhan adalah bulan untuk kita menambah pahala.
mengurangkan dosa. mengukuhkan iman. menyemai taqwa. mentarbiyyah qalb. mendidik diri. mengislah peribadi. Subhanallah, indahnya Syahru Ramadhan.
Dan, tak lupa juga, ada satu malam yang selalu ditunggu. satu malam yang para malaikat turun ke bumi. satu malam yang diberkati sehingga terbit fajar. itulah dia Lailatul Qadar. Subhanallah. Alhamdulillah.
carilah Lailatul Qadar yang ianya lebih baik dari seribu bulan. siapa yang tidak bertemu dengannya, sesungguhnya dia sangat rugi. marilah bersama kita tajdid ruh kita dan kuatkan mujahadah kita dalam mencari Lailatul Qadar.
semoga Saum Ramadhan kita akan diterima oleh Allah.
Rasulullah saw bersabda, "Barangsiapa yang berpuasa Ramadan dengan keimanan dan hanya mengharap rida Allah, akan diampuni dosa-dosanya yang terdahulu." (H.R. Muslim).
ikhlaskan Saum kita. banyakkan sedeqah. banyakkan membaca Al-Quran. pendek kata, banyakkan amalan kita dalam bulan ini dan paling penting, pastikan ianya ikhlas. dan pastikan kita terus istiqamah, bukannya berkobar-kobar pada awalnya sahaja.
akhir kata, selamat menyambut Ramadhan Kareem, bulan yang mulia.
wassalam~
23 Aug 2008
Epal dan Kita
Saturday, August 23, 2008 1 Comments cinta, hijri, nasihat, peringatan, tazkirah
Assalamualaikum w.b.t
Kdg2 kite kene bwk diri kite berfikir.
Cerite ni maybe macam diambil ringan & x bermakne, tapi kalau dapat fikir ape yg disebalik kisah ni, banyak perkare yg dpt diambil..
Sebuah cerite drpd mentor ana, ustz.Muhaini, sesape yg same KP, maybe tau kot.
Sebiji epal yang cntik, yg tak ade cacat pada luaran ditayang oleh penjual epal, dan semua org yang lalu memegang dan memuja epal tu. Banyak orang yang singgah untuk melihat epal yg nampak mcm sedap.Tapi epal tu sgt susah untuk dijual.
Mereka yg singgah, yang membelek epal tu, semua pilih untuk minta epal yang belum disentuh, yang berbalut lagi. Selepas pasti epal tu xpernah dilihat atau di pegang oleh sesiapa, barulah dibeli epal itu.
Kenape orang tetap nak epal yang segar, yang berbalut. Sedangkan semua epal itu same rasenye. Yang ditayang tidak kurang pun rase epalnye.
Yang ditayang itu memang cantik, tak dapat dinafikan, semua orang terpikat.
Yang dibelek tu memang nampak luaran sempurna.
Tapi semua orang tau yang epal yang berbalut lebih terjaga dan elok.
Yang ditayang mungkin telah jatuh dan rosak dalamnye. Mungkin telah dibeli oleh seseorang kmdian ditukar dengan yang disimpan didalam.
Dan ramai yang telah menyentuhnya.
Semua orang memilih epal yang disimpan dan dijaga!
Dapat relevennya?
1. Yang terjaga dan disimpan lebih dikehendaki daripada yang telah hilang pelindungnya.
2. Semua manusia cantik, semua orang tau yang semua orang cantik. Yang ditayang atau pun yang disimpan. Maybe yang disimpan lebih cantik?
3. Yang ditayang mungkin telah pasti rasanya manis, sbb telah diberitahu dengan jelas oleh penjual, tapi tak mustahil yang disimpan; yang sama cantiknye; menyimpan pelbagai rahsia tntg rasenye. mungkin lebih sedap. hanye org yg memilihnye yg tahu rasenye. Yang memilih yang tersimpan mesti org yg bijaksane kan?
4. Hanya manusia tertentu yang akan memilih epal didalam. Manusia yang tidak mudah terpedaya. Manusia yang kurang bijak dan terpedaya akan memilih epal diluar. Tapi tak guarantee epal diluar ada pembeli.
Em, sbnrnye cerite ni utk kaum hawa; epal = wanita, tapi boleh jugak ambil perspektif umum.
Kite sumer boleh berfikir, jd ana xnak tambah bnde2 lain.
p/s: kalau tadi maen skrol je ke bwh skip, post ni, ana rase korang patut skrol balik ke atas utk bace.
p/s: just sharing, peringatan termasuk utk diri sendiri. dalam byk2 cerite yg pernah ana dgr, cerite ni yang paling byk pengajaran..
Wassalam.
6 Aug 2008
syaaban datang..
Wednesday, August 06, 2008 1 Comments hijri, nasihat, peringatan, tazkirah
assalamu'alaykum buat semua yang membaca.
macam yg semua org tahu, skarang ni kite berada dlm bulan..ape?
ogos? bukan..
Syaaban? pandai pun!
bila Syaaban, selalunya, mesti sinonim dengan apa? yes, Ramadhan!
jadi, dalam kita sibuk dengan kehidupan seharian,
nak ujian nie,
sibuk buat nota lagi,
dan macam2 yang menuntut diselesaikan,
jangan pernah kita lupakan Syaaban yang datang,
apalagi Ramadhan! takut dia kecil hati nanti,,
dalam bulan syaaban, banyak sangat amalan yg boleh dibuat.
contohnya?
banyakkan puasa sunat.
zikir dan do'a.
taubat dan istighfar.
dan macam2 lagi kita boleh buat.
paling penting, puasa sunat! sebab kita xpasti sama ada kita akan dapat berjumpa Ramadhan yang dah nak datang ni atau tidak.
xde sape yg boleh jamin dia akan terus hidup minggu depan.
jadi, disebabkan kita tak mahu ketinggalan merasai kehangatan bulan Ramadhan,
marilah kita raikan Syaaban ini dengan puasa dan amalan sunat
supaya kehadiran Ramadhan itu lebih bermakna.
kesimpulan?
hargailah bulan Syaaban. kenapa? kerana bulan Syaaban itu kan dinamakan bulan Rasulullah.
sebagai tanda cinta kita pada Rasulullah, marilah sama-sama kita raikan kehadiran bulan baginda ini!
sekian sahaja,
segala yang silap harap ditegur dan dimaafi.
ini cumalah suatu perkongsian dari diri yang dhaif serba serbinya.
assalamu'alaykum..
22 Jul 2008
.:boikot:.
Tuesday, July 22, 2008 2 Comments emosi, nasihat, tazkirah
18 Jul 2008
Tahniah..
Friday, July 18, 2008 0 Comments dhiya, form 2, iktibar, macam2, nasihat, peringatan
Sejak dari hari tu sampai sekarang. Post yang same je ade kat atas. Lagi² pasal mabit banin tuh. Okay. Hari ni, ana merancang untuk tukar post yang paling atas menjadi.. post yang ni.
Ehm. Tahniah-lah kepade Syifa' dengan Yaqin. Tahniah jugak dekat 2 Islah sebab lagi sekali kedue²nye dekat hujung dunie. Harap tahun nie dan tahun depan, banyak aktiviti yang boleh buat same² banin banat. Ana gembire dengan keputusan yang Ustaz Iswan umumkan hari Selase lepas. Ana puas hati dengan fr. banin dan jugak fr. banat. Due² mampu nak menjadi wakil yang baik untuk Batch13Smih. Ana harap pade semue yang bergelar warge Batch13Smih dapat bagi kerjesame + respon yang baik pade due² fr/wt.
Tapi ana harap tahun nie, walaupun due² dekat kelas yang same aka kelas hujung dunie, due² fr./wt. dapat berkomunikasi dengan lebih baik dari yang lepas. Maksudnye, kerjesame/ambil berat [kot].
Ooh ye. Pasal yang undi nak buat ape tu ape cerite ye? Paling tinggi mesti sweater kan?
Ade lagi satu nak cakap selain pasal fr./wt. Dekat blog ni, adelah dalam 13 authors. 13 tuh. Sesuai sangat dengan Batch13Smih. Tapi sayang betul. Hanye beberape authors yang menyumbangkan tenage dan memerah otak nak tulis dekat blog kesayangan warge Batch13Smih. Sebanyak-banyak penulis, baru ade 85 posts yang terpublish. 85 tuh sedikit SANGAT. Jadi, ana harap, bagi yang bergelar blog authors, rajin-rajinkan tangan mengetuk-ngetuk keyboard tuh untuk tulis sesuatu yang bergune, yang boleh kite semue ambil iktibar, pengajaran atau ilmu.
Kalau setiap hari sekurang-kurangnye, walaupun, seorang author yang menulis, mesti banyak bende yang kite boleh dapat. Macam² boleh buat dekat blog ni. Macam-macam boleh tulis. Tak kisahlah, copy-paste [tapi sebaiknye gunelah ayat sendiri walaupun fakta ciplak web lain] jer ke. Manfaatkan blog yang kite ade untuk macam-macam perkare. Jangan takut orang kutuk ape yang kite tulis. Biarlah orang tu nak kutuk ke ape ke, lantak die. Yang penting kite berUSAHA.
Okeyhlah. Dah agak panjang.
[p's.. nak tulis pengalaman pergi memane pun ok jugak. yang penting sesuai dan jage batas-batasnye.]
Wassalam...
29 Jun 2008
.::sampaikanlah walupun satu ayat::.
Sunday, June 29, 2008 0 Comments iktibar, nasihat, peringatan, zulsya_94
27 Jun 2008
Cinta Sejati (2)
Friday, June 27, 2008 7 Comments emosi, iktibar, nasihat, peringatan, warna.warni, zulsya_94

Ade yang anggap, cinta tu adlh perasaan ingin bersama. Pergi makan pergi kelas sama2, jalan sama2 dan kalau boleh nak tengok muka kekasih lama-lama. Macam "bestlah"! Tapi sejauh manekah keinginan kite dapat memenuhi keinginan itu? Ape pula penilaian mengenai norma2 hidup? Ape pula kate agame? Ha...., bab ini perlu diambil berat sikit.!
Cinta x semestinya dgn kekasih sahaje. Ia cume sebuah skop yg kecil. Perasaan cinta perlu diperluaskan kpd tuhan, nabi,ibubapa,guru dan sebagainya. Apabila kita sedar jenis2 cinta ini, baru kite faham bahawe cinta adalah lebih luas lagi.
Ape kite buat kalau cintakan tuhan? Patuhi perintahnya dan jauhi laranganNya kan?. Begitu juga dgn bukti kite cintakan nabi,ibubapa dan guru. Pasti kite akan penuhi harapan baik mereka dan selalu fikirkan yg terbaik bagi mereka. Begitu jugak apabila kite cintakan seseorang seperti awek ataupon boyfriend. Pasti kite akan melakukan perkara2 yg masok akal dan menyelesaikan diri sendiri serta diri orang yang dicintai.
Patutkah kite menyekse dia? 'pow' duit dia sampai dia papa kedana. Merajuk yg tak rela dipujuk sehingga sanggup clash. Ataupon kite tackle orang lain ramai2 bagi jadi spare part? Ada juga yg mengawal dan mengongkong awek atau boyfriend sehinggakan dia tak dapat nak buat ape2? Sehinggakan dia tidak ade kebebasan, bahkan sehinggakan diri sendiri rosak dan jadi tidak betol?
Apabila kite mencintai seseorang, pasti hubungan itu ingin kita jadikan positif. Mintalah suapaya kekasih kita menjadi orang baik-baik dan fikirkan segala kemungkinan yg baik. Saling memahami dan bertolak ansur mengenai hak-hak bersame. Setiap orang ade hak masing2. Kalau gaduh sikit2 itu biasalah. Kite mungkin timbulkan perselisihan faham dan pastikan ia tidak bertukar kepada saling membenci.
Tapi pelikkan? Kenape cara kita mencintai tuhan,nabi,ibubapa,pemimpin dan guru tak sama dengan cara kite cintakan kekasih kite ha? Memang macam tu ataupon kite yg salah faham? Pastinya ade sebabnye kan?
Kita selalu rosak kerana cinta kepada kekasih. Tetapi jarang rosak krn cinta kpd pihak lain. Sebenarnye kita tahu maksud cinta, cuma kita selalu lupa dan khayal sehinggakn keasyikkan menutup rasional kita.
Kalau begitu, mari kita ingat semula. Bagaimana cara ataupon persepsi kite mencintai orang di sekelilling kita. Seterusnya kita dapat gunakan bagi mencintai awek ataupon boyfriend. Cinta itu baik dan memberikan kita yang terbaik. Hasilnya jugak pasti positif dan kita akan akan dapat merasakan keindahan dunia ini. Bahkan, cinta dapat memberi kite kekuatan dan dorongan supaya berjaya di dunia dan akhirat. World, world jugak.... Akhirat jangan lupe!!!!
13 Jun 2008
"Keputusanku?"
Friday, June 13, 2008 0 Comments dhiya, form 2, iktibar, nasihat, peringatan, tazkirah, warna.warni
Sekarang ni musim dapat keputusan peperiksaan. Mesti ramai yang dah dapat kebanyakan keputusan peperiksaan, kan? Ana dengar ramai yang kate, "PS1 nie keputusan ana menurun;" atau " PS1 nie markah ana teruk²;". Tapi macam mane pun keputusan kite, tulah ape yang kite dah usehekan.
Kite mampu berusehe, berdoa dan bertawakal. Berusehe sebelum perekse, berdoa ketika dan selepas perekse, bertawakal selepas perekse. Selepas berusehe [atau kalau tak usehe pun], markah yang kite dapat menunjukkan kesungguhan kite.
Kalau okey dan bagus, alhamdulillah. Kalau teruk atau menurun, bersabar dan bersyukur SEKURANG²nya, masih ade markah untuk kite. Kalau ade rase ke-tidakpuashati-an, tujukanlah perasaan tu pade diri sendiri. Yang kurang memuaskan tu, kite jadikan teladan supaye akan datang keputusan bertambah baik sentiase.
Keputusan ana pun tak delah okey sangat, tapi ana sendiri tak puas hati dengan diri sendiri. Buat ape nak salahkan orang lain kalau keputusan kite tidak memuaskan?! Kite semue ade akal untuk berfikir. Kalau nak yang terbaik, HARUS berusehe dengan care yang terbaik untuk diri kite.
Bukan hanye duduk dan jawab perekse. Orang sepandai mane pun, mesti ade usehenye untuk berjaye dalam hidup atau peperiksaan. Sesikit mane pun usehe, mesti ade hasilnye.
Akhirnye, kite semue kene bersabar bile dapat result yang tak berape nak memuaskan. Setiap kesalahan berpunca dengan satu kesilapan. Kesilapan kecil boleh membuatkan kerugian besar.
Kesimpulannye, bersabar selalu + bersyukur jugak! And, sentiase beringat pasal kesilapan kecil supaye tak berlaku kerugian besar atau kite akan MENYESAL!
Wassalam...
11 May 2008
Berhati-hatilah...
Sunday, May 11, 2008 0 Comments dhiya, nasihat
Mungkin bende tak berape penting. Just for our information only. Menambah pengetahuan am mengenai drugs dan bahaye yang boleh terjadi.
Name : Progestrex
Bahyenye : ....
"Unable to remember the events of the evening, tests later confirmed the repeat rapes along with traces of Rohypnol in her blood and Progesterex, essentially a small sterilization pill.
The drug is now being used by rapists at parties to rape AND sterilize their victims.
Progesterex is available to vets to sterilize large animals.
Progesterex is being used together with Rohypnol, the date rape drug.
As with Rohypnol, all they have to do is drop it into the girl's drink.
The girl can't remember a thing the next morning, of all that had taken place the night before.
Progesterex, which dissolves in drinks just as easily, is such that the victim doesn't conceive from the rape and the rapist needn't worry about having a paternity test identifying him months later.
The drug's effects ARE NOT TEMPORARY - Progesterex was designed to sterilize horses.
Any female who takes it WILL NEVER BE ABLE TO CONCEIVE..
The weasels can get this drug from anyone who is in the vet school or any university.
It's that easy, and Progesterex is about to break out big on campuses everywhere.
Believe it or not, there are even sites on the Internet telling people how to use it."
*Conceive - To become pregnant (mengandung)*
*Sterilize - Eliminating microorganisms*
Dadah ini mampu membuatkan seorang perempuan mandul. Dadah yang bername, Rohypnol, pulak mampu membuatkan seseorang itu lupe ape yang terjadi pade malam sebelumnye.
Zaman sekarang ni, orang sanggup buat ape saje untuk dapatkan ape die nak walaupun care yang die gune tuh tak betul dan salah melalui undang2 dunie dan undang2 Islam. Sebagai orang Islam, kite ade tanggungjawab yang kene laksanekan. Tanggungjawab kite boleh dilaksanekan dengan banyak care. So, laksanekanlah tanggungjawab tu!
Berdasarkan artikel atas tuh, berhati-hatilah setiap mase. Ale.. faham-faham jek..
To Banats,
Keselematan memang kene jage. Jangan cakap dengan orang yang tidak dikenali. Jangan jugak terime pelawaan air daripade sesiape yang tidak dikenali!
To Banins,
Jage-jagelah keselamatan family yang perempuan. Sebabnye, perempuan harus dilindungi lelaki yang berjiwe lelaki.. "Hawa"kan dicipta untuk dilindungi and disayangi. Adam pulak dicipta untuk melindungi and menyayangi..
Lalala~
*Information Source : Wikipedia - Progestrex & Rohypnol
http://en.wikipedia.org/wiki/Progesterex *
Wassalam...
27 Apr 2008
Think bout it!
Sunday, April 27, 2008 0 Comments dhiya, diari batch 13, nasihat, peringatan, tazkirah
..bismillah..
Assalamu'alaykum!Melalui gambar ni, ana dah sampaikan message yang ana bagitau. So fikir-fikirlah.
Wisdom atau maksudnye kebolehan untuk mengaplikasikan pengalaman, pengetahuan atau pemahaman terhadap sesuatu perkare. Tapi wisdom nie jugak ade banyak maksud. Tak kirelah maksud yang mane, semuenye berkait antara satu sama lain.
Attitude pulak maksudnye perbuatan, perangai atau sifat. Tu yang ana fahamlah. Kalau salah, tegurlah.
Jadi dekat sini gambar tu mengatakan yang untuk berjaye kite kene mengaplikasikan pengalaman, pengetahuan atau pemahaman terhadap sesuatu perkare dan kite jugak kene ade sikap yang bagus.
Kalau kite ade banyaak sangat pengalaman dan pengetahuan yang juga bermaksud ilmu, tapi kite tak gunekannye sebaik mungkin, ape gune kite ade semue tu, betul tak? TAPI walau pun kite gunekannye dengan baik tapi perangai macam tak berape nak elok pun tak gune. Sebab kite hidup dekat dunie ni bukan hanye pengetahuan kite diuji, tapi kematangan akhlak dan sahsiah diri pun same.
Bile kite berbudi dan berpengetahuan luas, ramai orang akan respect pade kite. Sebab orang tahu kite bukan hanye pandai tapi berbudi.
Jadi jangan ingat kite pandai, otak gelige and sewaktu dengannye, kite boleh buat sesuke hati je. Sombong dengan orang yang lagi rendah tahapnye dari kite, mempermainkan orang yang lemah. Jadi kalau kite semue rase, diri sendiri pandai, ajarlah orang lain. Hormat orang dan orang akan hormat kite. Walaupun mule-mule orang tu tak hormat langsung kat kite.
Lastly, be a better person for a better life. Jadilah orang yang lebih baik dari dulu untuk kehidupan yang lebih sempurna.
InsyaALLAH, kite akan menjadi insan yang lebih baik lepas ni.
Wassalam...
15 Apr 2008
Seronoknye!
Tuesday, April 15, 2008 9 Comments dhiya, diari batch 13, nasihat, peringatan, smih
Assalamu'alaykum!
23 Mar 2008
cLeAn~~~
Sunday, March 23, 2008 0 Comments diari batch 13, form 2, nasihat, peringatan, tazkirah, warna.warni, zulsya_94
Assalamualaykum...
cuba kita bersama-sama renungkan gamba diatas yang ana buat nih...
dia tulis " clean your jahilliyah, clean your heart~" ...
so.. mari kita bersama-sama muhasabah diri untuk melihat sama ada
dalam diri atau hati kita ni ada lagi tak sifat2 atau apa sekalipun perkara2 jahilliyyah
yang mazmumah itu...
okey.wassalam.~
+++++merintis kegemilangan smih~~ satu suara++++++
14 Mar 2008
Renungkanlah...~~
Friday, March 14, 2008 0 Comments diari batch 13, nasihat, peringatan, smih, tazkirah, zulsya_94
13 Mar 2008
Pernah dengar?
Thursday, March 13, 2008 1 Comments dhiya, nasihat, smih
Jika temanmu mengguris hatimu, tuliskan perbuatannya di atas pasir,Assalamu'alaykum.
Jika temanmu menggembirakan hatimu, ukirkan perbuatannya di atas batu.
Masa mabit banat form 1 dan form 2, akak-akak batch9 ade menghadiahkan banat kate-kate mutiara. Ade antarenye macam yang kat atas tuh.
Kemudian kak Wani pun bercerite mengenai kate-kate diatas.
Begini ceritenye:
Ade dua orang sahabat nih. Namenye Aria dengan Isyna. Suatu hari ketika dua sahabat ini berjalan-jalan di tepi pantai, Aria terbuat Isyna kecil hati. Ade perselisihan faham antare kedue sahabat ni. Kemudian Isyna menulis sesuatu di atas pasir yang dipijaknye. Die menulis;
"Ya ALLAH sesungguhnye Aria, sahabatku dah membuatkan hatiku kecewa."
Kemudian Aria dengan Isyna berbaik semula. Mereka meneruskan perjalanan mereka. Dalam mereka berjalan-jalan di tepi pantai, Aria terjumpa sejenis kerang yang sangat cantik rupenye. Aria menghadiahkan kerang itu kepada Isyna kerana Aria tahu Isyna suke barangan cantik seperti kerang yang berwarne-warni. Kemudian Isyna mengambil sebiji batu dan mengukir sesuatu di atas batu yang besar. Die mengukir;
"Ya ALLAH sesungguhnye Aria, sahabatku telah menggembirakan hatiku."
Aria bingung tengok ape yang Isyna buat. Die tanye pade Isyna.
"Wahai sahabatku, Isyna, mengape ketike aku mengecewakan hatimu kau tuliskan
diatas pasir manakale ketike aku menggembirekan hatimu kau ukirnya di atas batu
yang keras seperti kerikil itu?"
Isyna tersenyum dan menjawab;
"Wahai sahabatku, Aria, jika aku menulis perbuatanmu yang baik tadi diatas pasir
tentunye ia tidak akan bertahan lame dan hilang dek ombak yang memukul. Jika
ia hilang bagaimana aku ingin mengenangnye? dan Jika aku menulis perbuatanmu
yang mengecilkan hatiku di atas batu dan ianya kekal di situ, bagaimana aku ingin
melupakan sengketa itu?"
"Kalau marah sangat pade seseorang, tak kire dengan sebab apa, tuliskan namanya di atas pasir. Tunggu hingga angin tiupkan nama tu sehingga hilang. Bila nama yang ditulis di atas pasir itu hilang, kemarahan yang ada juga akan hilang ditiupkan bersama pasir itu."
"La taghdhob! Jangan marah bagimu syurga..."
Wassalam...
.bersama.berganding.bahu.martabatkan.islam.di.mata.dunia.
10 Mar 2008
suratan takdir..
Monday, March 10, 2008 0 Comments nasihat, peringatan, puisi, tazkirah
ehem..semenjak dua nie..rajin pulak rasenye untuk menaip aksara demi aksara di papan komputer ini. harap maaf..sebenarnya bukan menaip sangat cume mengcopy-dan-paste saje. banyak pulak menciplak karya orang. takpelah, tujuan baik, nak berkongsi dengan antum dan antunna semua..moga perkongsian ini tak sia-sia..tapi ada manfaatnya..
baiklah..karya siapa pula yang ingin diciplak kali ini ye? kali ni yang akan menjadi tatapan antum dan antunna semua ialah karya seorang kakak senior kita dari batch ke10..
Hasil daripada ciptaan yang MAHA PENCIPTA
Terdetik diqalbu
DIALAH yang menimpakan segala imtihan
Yang mewujudkan dihatimu rasa rindu, sayang, sakit
Yang kadang-kala engkau rasakan dirimu tidak ada sesiapa
Yang menyebabkan hidupmu dipenuhi dengan hujan-hujan batu
Serta membuatkan keinginanmu terhalang
Engkau perlu tahu wahai penghuni bumi
Masakan ALLAH sengaja mencipta perkataan 'takdir' di dalam kamus hidup ini
Hanya untuk dipersia-siakan?
Bukan ALLAH tidak kenal derita hidupmu
Bukan ALLAH tidak mendengar keluhan jiwa ragamu
Bukan ALLAH tidak tahu retak qalbumu
Mungkin itu yang dikehendakiNYA agar engkau sedar akan kewujudanNYA
rintihan inilah yang paling merdu didengari dan qarib denganNYA…
hasil karya sebenar,
wassalam..
*moga puisi ini ada manfaatnya buat semua..*






