Showing posts with label emosi. Show all posts
Showing posts with label emosi. Show all posts

30 May 2009

.selingan.^_^.

0 Comments

Salam.

Jujurnya, kemenangan SMI Al Hidayah pada Kejohanan Interschool Debate UIAM Kategori BM sedikit sebanyak mengundang kejutan dan tanda tanya pada banyak pihak.
Lebih-lebih lagi, laluan SMI Al Hidayah di peringkat genting, menang mara kalah mati bukan lah calang-calang sekolah. Sekolah yang bergelar juara edisi ke-8 ini menundukkan SSP, SMAPK, MRSM TGB dan STAR. Kiranya, kelompok SBP dan MRSM menjadi ‘makanan’ si juara ini lah….
Saya secara peribadi pun agak terkejut dengan kemaraan sekolah persendirian ini sehingga ke peringkat akhir lantaran diangkat sebagai JUARA.
Cuma, ada beberapa perkara yang saya ingin kongsikan kepada semua berkenaan pasukan Johan ini,berdasarkan pemerhatian.

POSITIF
1. Pasukan ini boleh dikatakan sebagai sebuah pasukan bahas yang ’stabil’. Bermakna, ketiga-tiga pembahasnya tidak mempunyai masalah untuk berkata2 dan tiada masalah kelancaran pun.
2. Pasukan ini memiliki seorang pembahas ketiga yang kaya dengan elemen humor. Boleh menceriakan orang dengan lagak gayanya. Ini pun boleh dikatakan satu aset dalam sesebuah pasukan bahas.
3. Pasukan ini tidak mempunyai masalah besar dalam pembukaan konsepnya dan style pembawaannya yang tidak keterlaluan. Pemilihan fakta pun boleh lah dikatakan tidak terlalu mengarut. Kesederhanaan mungkin tema tepat untuk pasukan ini.

KURANG POSITIF
1. Pembawaan pasukan yang kadang-kadang dilihat TERLALU MUDAH sedikit sebanyak boleh mengelirukan penonton terutamanya golongan pendebat. Seolah-olah tidak perlu kekritisan dalam melontarkan pembawaan.
2. Sudahlah pembawaan pasukan terlalu dimudahkan, sokongan Fakta dan Bukti bagi menyokong kes dan penghujahan sangat lah kurang. Jika diamati, banyak keadaan, pasukan ini suka menghurai tetapi tiada bukti menyokong. Ini seperkara lagi yang boleh mengundang kekeliruan pada penonton debat.
3. Benar elemen humor adalah satu aset dan bonus dalam pasukan. Tetapi humor yang keterlaluan sehingga konteks ilmiah dan amanah tugas selaku pembidas tidak dapat dijalankan langsung, adakah satu ilmu yang tepat untuk dicontohi juga ? Keadaan ini akan menyebabkan ramai yang hendak buat kelakar dalam berdebat.

Jadi, untuk adil biar saja saya kemukakan tadi 3 yang positif dan 3 kurang positif.
Maka dalam hal ini, apabila seimbang elemen positif dan negatifnya terpulang pada penilaian juri-juri untuk memilih mana yang berkenan di hati mereka. Tidak salah kerana mereka juga berpengalaman malah lebih berkelayakan.

Saya juga banyak belajar dengan memerhati pasukan ini. Mungkin panel juri sangat ‘impress’ dengan pasukan ini, sekalipun mereka bertemu dengan pasukan-pasukan berpengalaman, mereka tidak gentar malahan pandai bermain sentimen.

Ada pihak yang meminta saya memberi komen tentang perlawanan akhir tempoh hari, saya rasa tidak. cukuplah dengan komentar di atas dapat memberikan gambaran pada semua mengenai Johan Ke-8 2009 ini.

Cuma, ada satu perkara yang perlu kita hayati dan amati …………


Ketika 3 orang pembahasnya sedang berbahas dan berjuang di atas pentas, para penyokongnya di bawah begitu leka dan asyik mengalunkan bacaan Yasin ~

Itulah unik nya mereka….. benar kerana ini juga lah satu kekuatan yang tidak boleh dinafikan !


Hidayah nama sekolah mereka.
Allah memberikan mereka petunjuk dan rezeki.
Tidak hairan lah, panel juri sentiasa terang hati menilai mereka.
Itulah dia…… kerana Hidayah Nya ~


TAHNIAH DAN SELAMAT MAJU JAYA DUNIA DEBAT !!!!


di copy dari pemerhati setia ;http://penamaya.wordpress.com/2009/05/03/uia09-kerana-hidayah-nya/

30 Jan 2009

sukan+selingan

0 Comments













24 Aug 2008

sekolah!

0 Comments




assalamu'alaykum!

haha~
gambar kat atas nie,
cumelah sebagai pemangkin semangat kite utk ke sekolah esok.
sbb ramai yg xnak pegi skolah, termasuk ana.
so, ramai2 kite pergi sekolah esok, tuntut ilmu, insyaAllah itu jihad kita yang termampu!

jangan malas2 pergi sekolah ea?
kuatkan semangat, kerna ini jalan perjuangan kita!
selamat kembali belajar! ;]]

wassalam~ =)

18 Aug 2008

CINTA???

0 Comments

Satu perkara yang disukai oleh setiap lapisan masyarakat terutamanya remaja. Ada apa dengan cinta? Apa itu cinta?. Soalan yang sering diajukan oleh sesiapa sahaja yang nak tahu tentang cinta. Ana bukanlah pakar dalam bab cinta tapi tetap nak cuba berkongsi ilmu yang sedikit ini dengan para pembaca.

Cinta? satu anugerah daripada Allah kepada manusia. Andai cinta itu perkara yang kurang, elok Allah tidak akan campakkan ke dalam hati-hati setiap manusia perasaan ini kerana setiap nikmat yang kita dapat di atas muka bumi ini atas cinta Allah dan Hanya DIA yang maha mengetahui. Kepada yang sudah terlanjur bercinta diingatkan supaya menjauhi perkara yang dilarang oleh Allah.

Kalaulah seseorang itu mengatakan bahawa dia bercinta berlandaskan hukum Allah tapi sering melanggar perintah-NYA maka cinta ini jatuh ke tingkat yang kedua kerana bercinta tidak bertujuankan Allah bahkan boleh jadi jatuh ke tingkat cinta bahimiah. Nak mengenal orang yang bercinta tujuannya Allah atau bukan, lihat sahaja perlakuannya seharian sama ada dia memenuhi tuntutannya kepada Allah atau dia mendahului cintanya terlebih dahulu. Contohnya Ali mempunyai seorang kekasih dan suatu ketika azan dilaungkan dan kekasihnya mengajak dia keluar makan. Seandainya Ali memilih untuk solat dan menolak ajakan kekasihnya kerana merupakan satu perbuatan dosa maka beruntunglah dia dan jika sebaliknya maka akan tahu cintanya kerana apa. Oleh sebab itu jika benar cintanya bertujuankan Allah maka tidak akan sanggup melakukan perbuatan yang melanggar syariat Allah.

Kualiti sesebuah cinta itu berdasarkan hatinya kerana akhlaknya yang diluar mencerminkan yang di dalam. Jika baik di dalam maka baiklah yang diluar.

Bagi yang belum pernah bercinta berlainan jantina diharapkan dapat mengalihkan rasa cinta yang sedang membara itu kepada perkara yang lebih aula contohnya mencintai orang yang sering berdamping dengan kita dan yang menjaga kita semenjak kecil lagi,mencintai pelajaran dan buku. Jikalau tidak mampu membendung rasa cinta yan terlampau kuat mengadulah kepada Allah supaya jodohkan kita dengan orang kita cintai. Ini adalah sebaik-baik perkara kerana dapat menjauhi perbuatan2 yang tidak diingini daripada berlaku.

Teringat ana pada kata-kata seorang penulis 'tak payah bersentuhan tangan kerana sudah bersentuhan hati, tak payah berbalas kerlingan mata kerana mereka sudah pun berbalas-balas doa'.

Keputusan terletak ditangan kita sama ada mahu merebut CINTA (Allah) atau cinta. Tepuk dada tanya iman dan natijahnya iman akan pilih CINTA.

Cinta itu ibarat hadiah, adakah hadiah lebih patut dicintai daripada pemberi hadiah.....
Jangan ikut pandangan mata kerana selalu menipu.
Jangan ikut pandangan akal kerana selalu tersalah
Jangan ikut pandangan nafsu kerana selalu melulu
Tapi ikutlah pandangan hati kerana selalu tepat andai hati itu bersih.

*diambil dr http://saifulmahabbah.blogspot.com/

22 Jul 2008

.:boikot:.

2 Comments

salam...
so.. ni adelah post petame skali ...
so.. ana kopi mopi je la....*tu je la keje...




so lagi skali.....
a... boikot r ape lagi...
so.. jgn boikot sorang2 ajak oarang len boikot skali..
dan jangan ckp nk boikot.. tpi x boikot...haa??

27 Jun 2008

Cinta Sejati (2)

7 Comments


Ade yang anggap, cinta tu adlh perasaan ingin bersama. Pergi makan pergi kelas sama2, jalan sama2 dan kalau boleh nak tengok muka kekasih lama-lama. Macam "bestlah"! Tapi sejauh manekah keinginan kite dapat memenuhi keinginan itu? Ape pula penilaian mengenai norma2 hidup? Ape pula kate agame? Ha...., bab ini perlu diambil berat sikit.!

Cinta x semestinya dgn kekasih sahaje. Ia cume sebuah skop yg kecil. Perasaan cinta perlu diperluaskan kpd tuhan, nabi,ibubapa,guru dan sebagainya. Apabila kita sedar jenis2 cinta ini, baru kite faham bahawe cinta adalah lebih luas lagi.

Ape kite buat kalau cintakan tuhan? Patuhi perintahnya dan jauhi laranganNya kan?. Begitu juga dgn bukti kite cintakan nabi,ibubapa dan guru. Pasti kite akan penuhi harapan baik mereka dan selalu fikirkan yg terbaik bagi mereka. Begitu jugak apabila kite cintakan seseorang seperti awek ataupon boyfriend. Pasti kite akan melakukan perkara2 yg masok akal dan menyelesaikan diri sendiri serta diri orang yang dicintai.

Patutkah kite menyekse dia? 'pow' duit dia sampai dia papa kedana. Merajuk yg tak rela dipujuk sehingga sanggup clash. Ataupon kite tackle orang lain ramai2 bagi jadi spare part? Ada juga yg mengawal dan mengongkong awek atau boyfriend sehinggakan dia tak dapat nak buat ape2? Sehinggakan dia tidak ade kebebasan, bahkan sehinggakan diri sendiri rosak dan jadi tidak betol?

Apabila kite mencintai seseorang, pasti hubungan itu ingin kita jadikan positif. Mintalah suapaya kekasih kita menjadi orang baik-baik dan fikirkan segala kemungkinan yg baik. Saling memahami dan bertolak ansur mengenai hak-hak bersame. Setiap orang ade hak masing2. Kalau gaduh sikit2 itu biasalah. Kite mungkin timbulkan perselisihan faham dan pastikan ia tidak bertukar kepada saling membenci.

Tapi pelikkan? Kenape cara kita mencintai tuhan,nabi,ibubapa,pemimpin dan guru tak sama dengan cara kite cintakan kekasih kite ha? Memang macam tu ataupon kite yg salah faham? Pastinya ade sebabnye kan?

Kita selalu rosak kerana cinta kepada kekasih. Tetapi jarang rosak krn cinta kpd pihak lain. Sebenarnye kita tahu maksud cinta, cuma kita selalu lupa dan khayal sehinggakn keasyikkan menutup rasional kita.

Kalau begitu, mari kita ingat semula. Bagaimana cara ataupon persepsi kite mencintai orang di sekelilling kita. Seterusnya kita dapat gunakan bagi mencintai awek ataupon boyfriend. Cinta itu baik dan memberikan kita yang terbaik. Hasilnya jugak pasti positif dan kita akan akan dapat merasakan keindahan dunia ini. Bahkan, cinta dapat memberi kite kekuatan dan dorongan supaya berjaya di dunia dan akhirat. World, world jugak.... Akhirat jangan lupe!!!!

3 Jun 2008

Jasamu tetap dikenang.::us hafiz::.

0 Comments




24 May 2008

CINTA SEJATI

2 Comments

CINTA SEJATI

Ini ada sedikit perkara yang ana nakkongsi bersama-sama dgn sesaper sahaja yang baca post nih. Cerita nih ana copy dari buku yang ana beli waktuh ada pameran kat sekolah ari tuh…nama buku tuh "CHIT CHAT REMAJA MENGENAI SAYANGI DIRI". Tapi ana Cuma nak amik salah satu bab jewk dalam buku ntuk kali nih.. Bab nih cerita pasal CINTA SEJATI. Cerita nih bermula macam nih…( ni rinkaskan..malas nak tulis..bkn malas tapi byk lgi tanggungjawab kpd allah yang lebih prioriti ang perlu ana lakukan)

Ada banyak maksud mengenai cinta. Setakat ini apa yang kita faham mengenai cinta? 'frust menonggeng'? Pergi dating tiap-tiap hari? Tackle awek? Jalan pegang-pegang tangan ? ataupun memiliki seseorang yangorang lain tak boleh kacau? Rasa hidup macam dah kahwin? Bukanlah! Itu semua mungkin praktik ataupun cara tersendiri kita menghadapi cinta. Sebenarnya tak semestinya macam tuh.

Ada orang kata , cinta itu pengorbanan. Sanggup kita berkorban demi seseorang? Korban duit, komitmen, tanggungjawab, masa dan segalanya. Kalau begitu , kita perlu kenal pasti terlebih dahulu apa kesediaan kita pada cinta.

Sampai disini saj.. kita ikuti sambungan nanti.. cuti masih panjang..

wassalam..

7 May 2008

Renungan & Iktibar Buat Semua

3 Comments





wassalam..

13 Apr 2008

i LoVe bLoG bAtcH 13...

0 Comments

Assalamualaykum..



ni semua aper yang ana buat untuk hilangkan rasa frust



Nak DeLeTe kE TaK bLoG bATcH 13...??

14 Comments

Assalamualaykum...
Kenapa agaknya tajuk dia " Nak DeLeTe kE TaK bLoG bATcH 13...??"..
Sebabnya ana sekarang tengah fikir nak delete ke tak blog batch 13 nih..sebab ana tahu ramai yang tak suka kat ana... edit gamba tak mintak izin la.. buat video ntah pape.. banyak lagi aa...
so.. kalau nak menghilangkan rasa ketidakpuashati pelajar2 tersebut yang diluahkan dengan "berhikmah" la kononnya dengan cepat dan senang.. delete jer la blog nihkn senang. Contohnya, ada orang bagitau kat ana yang ada banat yang marah dan benci kat ana pasal blog. Dia pun cakap kat ana yang ana kene jaga perasaan orang lain... Perasaan ana macam maner pulak .. nak lempar @ buang kat maner... Ana pun ader perasaan.. .
Ana tahu saper ana .. taklah sebaik orang2 yang menegur ana tuh... memang la kawan ana Khair ada cakap " tak ada manusia yang sempurna".. so, sekarang ana tengah fikir nak delete ker tak blog batch 13 nih...dah lama dah ana sabar dengan pelajar2 yang baik tuh...
okey la ana masih tengah fikir nak delete ker tak blog batch 13 yang banyak meninggalkan kenangan pada ana...
Wassalam...
(p/s: kepada ssper yang rasa blog batch 13 nih tak perlu delete sila hantrkan ape2 nasiht kpd ana sebelum ana membuat tindakan yang diluar jangkaan..antar instant msg ym.jgn antar email )
"ya allah bantulah hambamu ini dalam membuat keputusan yang betul dan tepat"
+++++merintis kegemilangan smih~~ satu suara++++++

5 Apr 2008

Mari Bersukan Semula!

0 Comments

Assalamu'alaykum...

Mari kite bersukan!! Sukan sekolah rendah baru saje berlalu. Tengok suasane sukan SRIH, terbayang-bayang macam mane suasane sukan SMIH. Kalau SRIH, mereke berjalan-jalan. Tak duduk di bawah khemah, walaupun ustazah dah berkali-kali; "Aulad, masuk khemah aulad. Duduk dekat bawah khemah! Duduk dalam barisan!" dan yang semaksud. Kalau sMih, macam mane ye? Agaknye, macam sRih yang masih kecil atau menjadi diri yang matang?

Tapi tengok mereke, semangat sangat. Kecik je badan tapi dah ade semangat yang berkali-kali gande lebih besar daripade badan. Lari bersungguh untuk mendapatkan markah dan pingat. Biaselah tuh. Bersorak bagi semangat kat orang lain. Itu sekolah rendah. Kalau sMih, mesti lagi semangatkan? Dengan lagu-lagu yang kreatif.Tapi sRih dah agak maju. [bak kate dalila.] Kalau zaman batch13 sRih, masih belum ade lagu rumah sukan. Macam sMih. Tapi sekarang dah ade. Uh. Perbarisannye siap ade mascot spongebob. Comel. Ade basikal. Kreatif.


Eh, kenape ana cerite pasal sukan sRih?

Ntahlah.

Sukan sMih akan berlangsung pada:
23 April 2008, Rabu. [insyaAllah.]
Sukannye akan berlangsung di:
Stadium Larkin, Johor Bahru. [alhamduliLlah]

InsyaAllah ade empat rumah sukan yang akan turut serta dalam acara Hari Sukan. Rumah-rumahye:

1. Jaafar Atthoyari [JAT - Kuning]

2. Salahudin Alayubi [SAA - Merah]
3. Salman Alfarisi [SAF - Hijau]
4. Abu Ayub Alansari [AAA - Biru]

Nama-nama rumah sukan ini diambil bersempena nama tokoh islam yang juge merupakan sahabat Nabi Muhammad SAW.

Setiap tahun setiap rumah sukan pasti tampil dengan lagu sorakan yang baru. Lagu-lagu ini digubah daripada lagu-lagu sedia ada.
Macam-macam gaya, lirik, nada dan lagu yang menjadi gubahan lagu rumah sukan. Lagu-lagu ini juga menaikkan semangat yang kadangkala jatuh terhempas ke lantai. Lagu-lagu ini juga menambahkan keceriaan dan merapatkan ukhuwah sesama ahli rumah sukan. Betapa bagusnya bila ada lagu rumah sukan. [Sape kate tak bagos??]

Sukan menyihatkan badan. Jadi bersukanlah anda! Hek. Apehal?

Uh ye. Kepada anda yang melawat blog ni, jadilah pelawat blog ni yang setie. Walaupun kini, sudah semakin jarang kami menulis di sebelah kiri dan hanya kerap memenuhkan kotak jingge, tetapi janganlah berhenti melawat blog yang agak best nih! Terime kasih. [Uh. mLalut.]

Okeylah. Wassalam..

*ps! mabit ape cerite ye? Tak jadik nak buat eh? Lame ni tunggu meetingnye aje.*

=love2smile=

12 Mar 2008

~S.M.I.LE~

0 Comments


Assalamualaykum..
soo selalu senyum kerana senyum itu sedekah.
Wassalam.