Showing posts with label puisi. Show all posts
Showing posts with label puisi. Show all posts

2 Jun 2009

.ikhlas.

0 Comments


hiasan semata-mata.

www.iLuvislam.com
Mahawa Pilus
Editor : kasihsayang


Keikhlasan nan tercalar
Pabila kesabaran mula menghindar
Lemah dan tunduk tanpa sedar
Bisikan syaitan nan tak pernah pudar
Menawan kalbu hamba nan ingkar

Keikhlasan nan terhakis
Kerana hati tak bisa menangis
Pujukan dan rayumu wahai sang iblis
Ketipisan iman tak bisa menepis

Lalu…
Lerailah budi,lenyaplah jasa
Segunung budi selaut jasa
Ganjaran dinanti tak kunjung tiba
Ganjaran melayang di tingkap terbuka
Dosa menerpa di hati bertakhta
Budi dan jasa sia-sia semata
Ibadat dilaksana jerih segala

Aduhai…
Sukarnya mencari keikhlasan
Perit dan getirnya menebal keimanan
Lalu aku kembali kepada pokok pangkal dan dasarnya
Di sinilah…

Kupohon pada-Mu walau dalam susah
Kupohon pada-Mu walau dalam payah
Ikhlas itu rahsia Allah
Mudah-mudahan padaku
Rahmat-Mu tercurah.

10 Mar 2008

suratan takdir..

0 Comments

assalamu'alaykum warahmatullah..

ehem..semenjak dua nie..rajin pulak rasenye untuk menaip aksara demi aksara di papan komputer ini. harap maaf..sebenarnya bukan menaip sangat cume mengcopy-dan-paste saje. banyak pulak menciplak karya orang. takpelah, tujuan baik, nak berkongsi dengan antum dan antunna semua..moga perkongsian ini tak sia-sia..tapi ada manfaatnya..

baiklah..karya siapa pula yang ingin diciplak kali ini ye? kali ni yang akan menjadi tatapan antum dan antunna semua ialah karya seorang kakak senior kita dari batch ke10..


SURATAN TAKDIR

Tatkala memandang alam ini
Hasil daripada ciptaan yang MAHA PENCIPTA
Terdetik diqalbu

DIALAH yang menimpakan segala imtihan
Yang mewujudkan dihatimu rasa rindu, sayang, sakit
Yang kadang-kala engkau rasakan dirimu tidak ada sesiapa
Yang menyebabkan hidupmu dipenuhi dengan hujan-hujan batu
Serta membuatkan keinginanmu terhalang

Engkau perlu tahu wahai penghuni bumi
Masakan ALLAH sengaja mencipta perkataan 'takdir' di dalam kamus hidup ini
Hanya untuk dipersia-siakan?
Bukan ALLAH tidak kenal derita hidupmu
Bukan ALLAH tidak mendengar keluhan jiwa ragamu
Bukan ALLAH tidak tahu retak qalbumu

Mungkin itu yang dikehendakiNYA agar engkau sedar akan kewujudanNYA
Kerana DIA tahu
rintihan inilah yang paling merdu didengari dan qarib denganNYA…

hasil karya sebenar,
nadhirah mohd khairuddin,
10th generation of smih..

wassalam..

*moga puisi ini ada manfaatnya buat semua..*