Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

9 Apr 2010

Daurah Tingkatan 4.

1 Comments

Assalamu'alaykum.

Daurah baru saja berlalu seminggu yang lepas. Banyak juga input yang ana dapat, cuma harapnya, ada lebih banyak aktiviti yang perlukan bergerak tapi juga memberi input.

Slot pertama, Ahwaal Muslimin Al-Yaum.

Slot ini, membincangkan pasal apa masalah umat Islam yang utama dan cara nak atasi masalahnya. Masalah paling utama, Aqidah. Ya, ana memang setuju. Daripada aqidah kita, segalanya bermula. Yang baik atau sebaliknya.

Kalau iman kita lemah, macam mana nak takluk dunia? Kalau iman kita tak teguh, macam mana nak hadapi godaan dan cabaran yang ada?

Ana ingat lagi Ustaz Abdul Rahman cakap hari tu, "Sekarang ni dah tak boleh nak ubah dalam skala yang besar. Kena tengok satu-satu. Kena follow-up setiap orang yang kita berda'wah. Kena pastikan semuanya tak terlepas dalam satu ceramah saja." More or less.

Ana setuju lagi dengan pernyataan ini sebab, dalam skala yang besar, ada segolongan manusia yang mungkin tak dengar atau terkesan di hati dan susah nak kesan masalah dalam kelompok yang besar. Cuma boleh nampak yang jelas atau yang paling utama sahaja.

Slot kedua, Tarbiyah Dzatiyah.

Er, slot yang ini ana kurang faham sikit. Tapi lebih atau kurang, cara mendidik diri sendiri ke arah yang lebih baik. Er, rasanya la. Mungkin boleh cari di blog orang lain yang juga mengikuti daurah.

Slot extra, Penceritaan Pengalaman di Bumi Kenyalang.

Ada banyak sangat tempat di dunia ini yang masih kurang terdedah dengan Islam yang sebenarnya. Ana bersyukur duduk di Bumi Hidayah sebab dapat didikan Islam macam hujan turun mencurah-curah.

Tapi di sesetengah tempat ini, ada banyak pula gereja yang terbina. Maksudnya, apa? Ramai orang daripada agama lain dah terokai kawasan-kawasan ini, dan menyebarkan dakyah mereka. Tapi macam mana dengan orang Islam pula?

Jadinya, bersyukurlah kalau dapat hidup dalam suasana Islamik sebab masih ramai yang nak hidup dalam suasana ni tapi tak dapat.

Slot tiga, Prophet Muhammad SAW.

Ketika Rasulullah sedang nazak, baginda bertanya kepada para sahabat, "Katakan, adakah sesiapa yang aku berhutang dengannya?" Tiada siapa yang menjawab soalan itu. Diulang sehingga tiga kali, kemudian ada seorang sahabat menjawab.

"Ya Rasulullah, kau berhutang denganku."

"Apakah hutangnya?"

"Ketika perang [maaf, penceramah ni tak ingat perang apa.], ketika itu pemukul kudamu, terkena badanku."

"Lalu, apakah kau inginkan balasan?"

"Ya, wahai Rasulullah."

Rasulullah membuka baju baginda dan bersedia untuk diberi balasannya. Umar ra. cuba untuk menggantikan tempat baginda tetapi Rasulullah berkata, "Ini urusanku dengan sahabatku."

Kemudian Umar mencuba lagi tetapi baginda menolak lagi dengan kata-kata yang sama. Kemudian, Abu Bakar ra. pula mencuba tetapi Rasulullah tetap menolak dengan kata-kata yang sama.

Para sahabat yang lain sudah mengalirkan air mata tatkala sahabat tersebut bersedia untuk memukul Rasulullah. Kemudian, sahabat tersebut terus meluru ke arah baginda, memeluk dan mencium perut Rasulullah.

Katanya, "Sudah lama aku ingin melakukan perkara tersebut."

Bermacam cara digunakan untuk para sahabat mendekati Rasulullah dan melahirkan kasih sayang mereka. Kita pula bagaimana? Walaupun kita hidup dalam era yang berbeza dengan Rasulullah, kita tetap boleh melahirkan rasa sayang dan cinta kita dengan cara yang berbeza.

Slot empat, Melamar Bidadari dengan Solat.

Ada satu kisah, seorang lelaki bertemu dengan seorang bidadari. Lelaki itu tertarik dengan bidadari tersebut, lalu dia bertanya, "Mahukah engkau berkahwin denganku?"

Bidadari; "Lamarlah aku dahulu."

Lelaki; "Apakah mas kahwinnya?"

Bidadari; "Solat sepanjang malam."

Lelaki; "Ya ALLAH, bantulah aku mendapatkan mas kahwinnya..."

Dan lagi satu kisah; Hassan al-Basri mempunyai seorang hamba dan menjualnya kepada orang lain. Apabila malam menjenguk, hamba ini mengejutkan tuan barunya, "Tuan, bangunlah solat. Bangun dan solatlah."

Tuan tersebut bertanya, "Apakah fajar sudah tiba?"

Hamba; "Apakah tuan tidak solat melainkan lima solat fardhu sahaja?"

Tuan; "Ya."

Kemudian hamba tersebut meninggalkan tuan barunya dan kembali kepada Hassan al-Basri kerana dia lebih menyukai tuannya yang sering solat sunat.

Memang agak menginsafkan bila dengar soalan macam tu. Solat fardhu sahaja memang tidak mencukupi. Kena banyakkan solat sunat untuk tampung solat fardhu yang tidak sempurna tu.

Slot lima, Aspek Penting Tarbiyah Dzatiyah.

Slot ni sangat ringkas. Sekejap sahaja. Mungkin cuma nak meringkaskan slot kedua.

1. Fokus; kita kena fokus pada yang perlu.
2. Prioriti; tetapkan. First things first.
3. Laksanakan; mulakan dengan yang senang supaya lebih mudah istiqamah.
4. Doa; harus + perlu untuk istiqamah sentiasa.
5. Denda; sediakan andai tak mengikut target supaya sentiasa istiqamah.

Lepas habis semua slot, ada LDK. Banyak perkara yang dibincangkan. Waktu tu, memang tersedar yang banyak benda perlu kita buat sebelum, ketika, dan selepas menjadi pemimpin. Lebih lagi, dalam skop kepimpinan sekolah.

Akhir sekali, sebelum si penceramah slot empat memulakan sesinya, dia berkata, "Walau sehebat mana penceramah atau program yang dihadiri, tetap tidak berguna kalau hati tidak terbuka untuk menerimanya."

Jadi, sebelum terima apa-apa, bukakan hati supaya lebih senang nak lekat dan diterapkan secara penuh.

Moga apa yang ana tuliskan hari ini bermanfaat buat anda yang membaca dan buat ana yang menaip. Andai ada kesalahan di mana-mana bahagian post kali ini, harap dimaafkan dan dibetulkan.

Sekian.

23 Aug 2009

RamadanKITA

0 Comments


.salam alaykum.hmm..dah berzaman x post kt blog batch.kali ni ana just nk share photo yg dh dah di edit.
mcm dh tertulis kt photo tu,ya,ramadan ini kita punye.terpulanglah kpd diri kita untuk memanfaatkannya.sama ade ianya dimeriahkan dengan pesta ibadat atau pesta tidur berpanjangan mahupun bazar ramadan pada lewat petang.ramadan ini x kan meriah jika kita tidak memeriahkannya.ianya bermula dengan diri kita,rumah kita seterusnya masyarakat umum.now,the choice is in ur hands!!

13 Jun 2009

.Dosa sebar fitnah hilangkan pahala terkumpul.

0 Comments

HATI adalah organ paling utama dalam tubuh manusia dan nikmat paling agung diberikan Allah sebagai titik untuk menilai keikhlasan. Di hati lahirnya niat yang menjadi penentu sesuatu amalan diterima sebagai pahala atau sebaliknya.
Hati perlu dijaga dan dipelihara dengan baik supaya tidak rosak, sakit, buta, keras dan tidak mati bagi mengelak penyakit masyarakat yang berpunca daripada hati.
Kerosakan pada hati membawa kepada kerosakan seluruh nilai hidup pada diri seseorang individu. Penyakit hati yang menyerang kebanyakan kita ialah penyakit fitnah, sama ada menjadi penyebar atau mudah mempercayai fitnah.
Perbuatan fitnah adalah sebahagian perbuatan mengadu-domba yang mudah menyebabkan permusuhan dua pihak yang dikaitkan dengan fitnah berkenaan.
Masyarakat yang dipenuhi budaya fitnah akan hidup dalam keadaan gawat. Sebelah pihak sibuk menyebarkan fitnah dan sebelah pihak lagi terpaksa berusaha menangkis fitnah itu.
Natijah akibat perbuatan itu boleh mencetus persengketaan dan mungkin berakhir dengan tragedi kerugian harta benda dan nyawa. Individu yang suka menyebar fitnah sentiasa mencari kejadian atau berita boleh dijadikan bahan fitnah.
Dengan sedikit maklumat, berita itu terus disebarkan melalui pelbagai saluran yang merebak dengan mudah. Berita sensasi, terutama berkaitan individu ternama dan selebriti mudah mendapat perhatian khalayak.
Justeru, Allah memberi peringatan mengenai bahaya fitnah. Firman-Nya yang bermaksud: “Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhannya.” (Surah al-Baqarah, ayat 191)
Apabila fitnah tersebar secara berleluasa, ia bermakna nilai agama sudah musnah dalam diri seseorang atau masyarakat. Islam bertegas tidak membenarkan sebarang bentuk fitnah biarpun untuk tujuan apa sekalipun.
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: Akan muncul suatu ketika di mana ilmu Islam dihapuskan, muncul pelbagai fitnah, berleluasa sifat kedekut dan banyak berlaku jenayah. (Hadis riwayat Muslim)
Penyebaran fitnah mudah berlaku dalam era teknologi komunikasi moden sekarang. Kemudahan khidmat pesanan ringkas (SMS), laman web dan emel membolehkan penyebaran maklumat tanpa memerlukan bertemu secara berdepan, lebih mudah, cepat, meluas dan murah.
Teknologi yang sepatutnya digunakan untuk kebaikan disalahgunakan untuk menyebarkan fitnah. Penyebaran fitnah melalui SMS yang berleluasa memaksa kerajaan menetapkan peraturan semua pemilik kad prabayar didaftarkan.
Islam mempunyai kaedah lebih ketat bagi memastikan kebenaran sesuatu berita supaya tidak terperangkap dengan berita berunsur fitnah. Wajib bagi Muslim menghalusi setiap berita diterima supaya tidak terbabit dalam kancah berita berunsur fitnah.
Sebarang berita diterima perlu dipastikan kesahihannya. Kebijaksanaan dan kewarasan fikiran amat penting digunakan bagi memastikan tidak terpedaya dengan berita berunsur fitnah.
Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Banyak pihak yang turut terbabit menyebar fitnah sebenarnya tidak mempunyai sebarang kepentingan berkaitannya. Tetapi, disebabkan amalan menyebar fitnah sudah menjadi kebiasaan, banyak yang turut menyertainya dan seperti mendapat kepuasan daripada perbuatan itu.
Fitnah biasanya disebarkan bertujuan memburukkan individu atau kumpulan. Pada masa sama, perbuatan itu dapat menonjolkan dirinya sebagai lebih baik dan lebih layak berbanding orang yang diburukkan itu.
Dosa membuat fitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia. Justeru, dosa itu tidak akan diampunkan Allah, melainkan orang yang difitnah itu memberi keampunan terhadap perbuatan itu.
Mungkin ramai menyangka perbuatan menyebarkan berita fitnah sekadar satu kesalahan kecil. Sebab itu, perbuatan seumpamanya dilakukan seperti tiada apa merugikan.
Hakikatnya, dosa membuat fitnah menjauhkan diri dari syurga. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Dosa menyebar fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya. Dosa menyebar fitnah menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah akan menjadi muflis di akhirat nanti.
Penyebar khabar angin biasanya menyebut perkataan ‘dengar khabar’ mengenai berita yang disebarkan. Bagaimanapun, apabila berita tersebar daripada seorang ke seorang, maklumat yang belum sahih itu sudah hilang dan kemudian disebarkan seperti berita benar.
Dalam Islam, sesuatu berita benar tetap tidak boleh disebarkan jika orang yang berkaitan cerita itu tidak mahu ia disebarkan kepada orang lain. Menyebarkan berita benar tetap dilarang, inikan pula menyebarkan berita tidak benar.
Imam Ghazali dalam buku Ihya Ulumuddin menjelaskan perbuatan membocorkan rahsia orang lain dan menjejaskan kehormatannya dengan cara membuka rahsianya yang tidak mahu diketahui orang lain dianggap sebagai perbuatan mengadu-domba dan fitnah.
Mengenai berita benar dan berita tidak benar yang disebarkan tanpa kebenaran atau kerelaan orang berkaitan, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Adakah kamu semua mengetahui apakah ghibah (mengumpat)? Sahabat menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Lalu Baginda meneruskan sabdanya: Kamu berkata mengenai saudara kamu perkara yang tidak disenanginya. Lalu ditanya oleh seorang sahabat: Walaupun saya berkata perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya?Rasulullah bersabda lanjut: Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya.” (Hadis riwayat Abu Hurairah)
Larangan mencari dan membocorkan rahsia orang lain jelas dilarang Allah seperti dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud: “Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain.” (Surah al-Hujurat, ayat 12)
Justeru, setiap Muslim perlu bijak menilai sesuatu berita bagi mengelak daripada menerima dan kemudian menyebarkan sesuatu berita berunsur fitnah.
Perkara pertama perlu diberi perhatian untuk memastikan kesahihan berita ialah memastikan sumber berita itu, yakni siapakah yang mula menyebarkan berita dan rantaian orang yang membawa berita itu.
Umat Islam tentu tidak lupa pada sejarah menyebabkan kematian khalifah ketiga kerajaan Islam di Madinah iaitu Uthman Affan, yang berpunca daripada fitnah disebarkan kumpulan ekstremis agama.
Penyebaran fitnah turut menjadi penyebab kepada peperangan sesama Islam atau perang saudara ketika zaman pemerintahan Saidina Ali dan zaman selepas itu.
Fitnah juga meruntuhkan kekuatan Bani Umaiyah malah, sejarah kejatuhan empayar besar kerajaan Melayu Melaka tidak terkecuali kerana fitnah. Ubat bagi penyakit hati ialah dengan memperbanyakkan taubat dan selalu berzikir

21 Apr 2009

Sedikit Teguran.

0 Comments

Assalamu'alaykum.

Mesti ramai yang dah baca ShoutMix yang ada dekat sebelah kanan blog nih. Banyak carutan, kutukan yang ada dekat situ. ShoutMix tuh umum. Semua orang boleh guna, semua orang boleh baca.

Jadinya, ana nak tegur sikit. Kalau nak berbicara dekat situ, tolong jaga bahasa. Kalau nak buat teguran, buatlah teguran dengan berhikmah. Ada banyak cara selain membuat kutukan demi kutukan dekat ShoutMix yang disediakan tuh.

Hum, bila kita saling mengutuk antara ahli batch, nampak sangat yang sesama sendiri pun ukhuwwah tidak begitu kuat atau erat. Bila orang lain baca, batch kita sendiri yang mendapat malu. Bukan batch kita je, sekolah pun boleh dapat malu.

Bayangkanlah ada orang luar yang datang blog nih dan tengok serta baca apa yang dituliskan dalam ShoutMix tuh, mesti tanggapan pertamanya, memandang rendah sekolah kita. Nama sekolah dah cantik. Sekolah Menengah ISLAM Hidayah. Tapi bahasa langsung tak melambangkan ciri-ciri Islam.

Kita semua dah diajar dan dibentuk dengan akhlak islamiyah dekat sekolah. Bila dah diajarkan, perlulah diamalkan. Bila mengamalkan, buatlah yang terbaik untuk semua orang.

Hum. Ramai yang mengutuk atas dasar tidak puas hati pada seseorang. Tapi kenapa perlu gunakan ShoutMix yang terlalu umum? Kalau tidak puas hati dengan seseorang yang sejantina, pergi berjumpa depan-depan.

Cakap dengan orang tu apa yang tidak puas hati sangat. Minta orang tu tolong ubahkan perangai dia yang teruk atau apa-apa yang berkaitan. Tapi kalau tak sejantina, mintalah seseorang yang mampu katakan kepada seseorang tu untuk ubahkan perangai yang mungkin teruk.

Mengutuk orang di depan umum cuma akan memalukan diri sendiri. Membiarkan orang lain melihat betapa rendahnya maruah diri kita yang sanggup mengutuk orang lain secara terang-terangan.

Hum. Kesimpulannya, jagalah bahasa. Bahasa yang kita guna melambangkan identiti diri kita sendiri. Mungkin, boleh melambangkan peribadi juga. Jadi, berilah tanggapan yang terbaik kepada orang yang melihat diri kita.

Moga teguran ini diterima dengan hati yang terbuka.

Wassalam.

29 Mar 2009

Bacaan Solat Subuh

0 Comments

Bacaan surah pada waktu fajar

Pada waktu subuh, biasanya RasuluLlah SAW membaca sebanyak 60-100 ayat. Ada kalanya surah Qaaf, surah ar-Rum dengan surah at-Takwir atau surah al-Zalzalah pada rakaat keduanya. Jika Nabi SAW dalam perjalanan, beliau membaca surah al-Falaq dan surah an-Nas.

Adakalanya pula baginda SAW membaca surah al-Mu'minun sehingga sampai kepada kisah Musa dan Harun pada rakaat pertama dan beliau bersih, maka baginda terus ruku' sesudah itu. Pada hari Jumaat, biasanya baginda membaca surah as-Sajdah dan surah al-Insan secara penuh. Dengan kata lain, baginda tidak membaca surah sepertimana yang dilakukan oleh kebanyakan orang sekarang yang mengambil sebahagian surah, kemudiannya membaca bahagian yang lainnya.

Adapun sangkaan orang yang kurang cerdik, bahawa pada subuh hari Jumaat diutamakan melakukan sujud tilawah, maka ini merupakan satu kekeliruan yang besar. Oleh sebab itu, sebahagian imam-imam menganggap makruh membaca surah as-Sajadah, jika bertujuan untuk melakukan sujud tilawah. Tujuan utama Nabi SAW membaca surah as-Sajadah dan surah al-Insan adalah kerana keduanya mengandungi peringatan tentang asl-usul kejadian manusia, terciptanya Adam, syurga dan neraka, dan lain-lain (perkara asas). Semua itu terjadi pada hari Jumaat.

Oleh sebab itulah, Nabi membaca pada pagi harinya apa yang telah dan akan terjadi pada hari tersebut, untuk memperingatkan kepada umat Islam tentang peristiwa-peristiwa penting yang berlaku. Hal ini sama halnya dengan hari-hari perayaan yang besar, seperti hari raya dan solat Jumaat. Pada saat itu, Nabi SAW membaca surah Qaaf, al-Insyiqaq, al-A'la, dan al-Ghasyiyah.

Memanjangkan Rakaat Pertama pada Solat Subuh

Biasanya, Nabi SAW lebih memanjangkan rakaat dibandingkan dengan rakaat kedua ketika solat subuh, bahkan pada solat-solat lainnya. Terkadang panjangnya itu sampai tidak terdengar lagi bunyi langkah orang yang datang dari luar masjid. Begitulah solat subuh. Biasanya baginda lebih memanjangkannya berbanding dengan solat-solat yang lain. Sebabnya adalah solat Fajar ini disaksikan Allah ta'ala dan para malaikatNya. Ada pula yang mengatakan, disaksikan oleh malaikat malam dan siang.

"Dirikanlah shalat dari sesudah matahari tergelincir sampai gelap malam dan (dirikanlah pula shalat) subuh. Sesungguhnya shalat subuh itu disaksikan (oleh malaikat)."
(al-Isra', 17:78)

Kedua pendapat tersebut didasarkan atas kemungkinan saat turunnya para malaikat tersebut; apakah berlangsung sampai berakhirnya solat subuh ataukah hanya sampai terbit fajar? Kedua kemungkinan ini sama-sama mempunyai alasan yang kuat.
Di samping itu, alasan lain mengapa solat subuh harus dipanjangkan dibandingkan dengan solat-solat lainnya kerana jumlah bilangan rakaatnya yang sedikit. Oleh kerana itu, memanjangkannya dapat menjadi pengimbang dari kekurangan tersebut. Di samping itu, ia dilakukan sehabis tidur dan orang-orang telah beristirehat penuh. Di tambah lagi mereka belum lagi terjun ke arena perjuangan hidup dan kepentingan dunia, pada saat tersebut, baik dari segi pendengaran, lisan ataujua hati, masih tertumpu pada ibadah. Kerana masih kosong dan belum lagi mulai bekerja sehingga mereka pun dapat memahami dan merenungi ayat-ayat al-Qur'an dengan baik.

Kemudian solat subuh juga merupakan asas dan permulaan amal (selain dari Qiyamullayl). Oleh kerana itu, keistimewaan dengan cara memanjangkan bacaannya sangatlah diutamakan. Dan, hikmah serta rahsia-rahsia ini hanya dapat diketahui oleh orang yang menaruh perhatian terhadap rahsia syari'at, maksud, tujuan, dan hikmahnya.

---

diambil dari blog 'Ammar Ainullotfi.

---

Harap artikel ni dapat membantu membaiki Solat Subuh kita menjadi yang terbaik.

Wassalam.

28 Mar 2009

tetaplah memberi peringatan.

0 Comments

bismillah.

mohon kerjasama.
untuk semua admin blog generasi 13.

setiap minggu.
diharapkan ada seorang.
yang mengupdate sajian.qalb.

kan bagus kalau kita selalu update iman.
biarpun cuma beberapa ayat.
nabi (S.A.W) kan ada cakap.


"Sampaikanlah walau satu ayat"

kerjasama sangat diharapkan.

"Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang yang beriman"
[adzZariat:55]

wassalam.

12 Dec 2008

Usia yang meningkat..

0 Comments

Assalamu'alaykum....

Kelahiran insan baru di dunie ini mengingatkan ana kepada usia kita. Semakin lama usia kite semakin meningkat. Makin banyak perbuatan yang kite lakukan. Tapi tak semua mendatangkan pahala.

Hari ni je, sudah berape banyak dose yang kite semue dah lakukan. Tanpa kite sedar, kite sebenarnye semakin banyak mengumpul markah di bahu kiri. Mungkin ada juga yang menambahkan 'kredit' di akaun kanan. Dengan itu Alhamdulillah. Tetapi ingatlah, apabile setiap kali kite 'ter'lakukan dose, segeralah beristighfar.

Moge dengan care ini kite mampu menebus dose2 tanpe sedar itu. Selain itu, segeralah memohon keampunan dari Dia yang Maha Esa.

Dengan usie yang makin meningkat, kite juge semakin dekat ke arah kematian. Mati itu tidak dijangke. Mungkin seminit dua lagi, atau mungkin sehari due. Tiada siapa yang tahu bilakah rohnya akan dijemput menghadap Ilahi.

Ada hikmahnya Allah jadikan mati itu tidak dijangka. Jika kite tahu bile mase kematian kite, mesti kite tak akan menghargai saat dan waktu yang kite ade. Pastinye kite akan buat perkare2 yang tidak berfaedah dan hanya mendatangkan dose.

Demi menghadapi kematian yang semakin mengahampiri, dekatkanlah diri dengan Allah Azzawajalla. Hanya Allah yang mampu mengampunkan dosa2 kita. Daripada Allah kite datang, kepada Allah la kite kembali.

Selaen tu, dengan usie yang meningkat, taraf pendidikan juge meningkat. Ini bermaksud tahun depan kite mempunyai 2 batch sebagai junior. Jadilah contoh yang terbaik supaye orang akan lebih menghormati harga diri dan maruah kite.

Berikan yang terbaik dari dalam diri kite. Dengan diri kite semue yang bakal hadapi PMR, kite tunjukkan yang kite boleh memberikan yang terbaik, sebaik kemampuan kite. InsyaAllah kite juge akan mendapat yang terbaik.

Wassalam..

28 Nov 2008

Give thanks to Allah

0 Comments

Assalamu'alaykum..

Sekadar ingin berkongsi satu lagu yang agak mendalam maksudnya bagi ana.


Watch more Google Video videos on AOL Video


Give Thanks to Allah

Give thanks to Allah,
For the moon and the stars
Prays in all day full,
What is and what was
Take hold of your iman
Don't givin to syaitan
Oh you who believe, please give thanks to Allah.
Allahu Ghafur Allahu Rahim Allahu yuhibbul Muhsinin,
hua Khalikquna hua Raziquna wa hua 'ala kulli syaiin qadir

Allah is Ghafur, Allah is Rahim,
Allah is the one who loves the Muhsinin,

He is a creater, He is a sistainer
and He is the one who has power over all.


Give thanks to Allah,
For the moon and the stars
Prays in all day full,
What is and what was
Take hold of your iman
Don't givin to syaitan
Oh you who believe, please give thanks to Allah.
Allahu Ghafur Allahu Rahim Allahu yuhibul Muhsinin,
Hua Khaliquna hua Raziquna wa hua 'ala kulli syaiin qadir

Allah is Ghafur, Allah is Rahim,
Allah is the one who loves the Muhsinin,

He is a creater, He is a sistainer
and He is the one who has power over all.


********************

Ada orang kata lagu ni Michael Jackson yang nyanyi. Ada juga orang kata lagu ni Zain Bikha yang nyanyi. Tapi apapun, dengarkan isinya yang memberi seribu satu makna.

Wassalam...

25 Nov 2008

sumbangan utk islam.

0 Comments

bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum w.b.t

MUSLIM For Life - Soldiers Of Allah

Now…
If we don't change society
Then we are part of the cause
on the Day of Judgment
We are going to stand
in front of Allah
There will be no excuses
For being useless

Without Islam in our lives
Our lives are fruitless
Leaving behind
all things
taking nothing
but our deeds
On the last day it will be
too late to repent

Hm. Kalau kte tak berfaedah utk Islam mase kte hidup ni, susah nak jawab dpan Allah nanti. So, apa sumbangan kte utk Islam?

They say your too young
to change this world
to young to understand
Look at Ali (RA)
At 8 he was mature
like a man
Carrying this
message of Islam



Ya Muslimeen Look to Islam
and you will see Islam is complete
No compromise at no cost
Practice Islam
and not just at the mosque
Doesnt make a difference
if its him or her or me
We should be representing Islam
so stay strong
and Keep your Muslim identity --Soldiers Of Allah, No Compromise.


.wallahua'lam.

23 Nov 2008

Sedikit Kata²

0 Comments

Assalamu'alaykum..

Sekadar ingin berkongsi sedikit kata-kata hikmah yang dijumpai.

Darkness cannot drive out darkness; only light can do that. Hate cannot drive out hate; only love can do that.
-martin luther king jr.-

Sebagai contoh, hati yang dipenuhi dengan kegelapan tidak akan bercahaya semula dengan kegelapan di sekelilingnya. Hanya Nur Ilahi (cahaya) yang mampu menerangi kegelapan di dalam hati. Bila terasa hati dalam kegelapan atau diri terasa jauh terpesong dari jalan Allah, kembalilah kepada panduan yang telah Allah berikan. Allah telah menurunkan Al-Quran sebagai panduan. Tinggal kita saja untuk mengamalkannya.

Orang yang membenci tidak boleh dilawan dengan kebencian jika ingin melembutkan hatinya. Orang yang melakukan kejahatan tidak perlu dibalas dengan kejahatan kerana itu hanya menambahkan keburukan sedia ada. Api tidak boleh dilawan dengan api kerana hanya akan menghasilkan api yang lebih besar dan membinasakan. Benci dilawan dengan sayang. Jahat dilawan dengan baik. Api dilawan dengan air. Lawanlah sesuatu keburukan dengan lawan sifatnya.

Orang bijaksana tidak sesekali duduk meratapi kegagalannya, tapi dengan lapang hati mencari jalan bagaimana memulihkan kembali kerugian yang dideritainya.

Seperti mutiara kata di atas, orang yang bijak tidak akan mengeluh dan bersedih dengan kesalahan atau kegagalan yang dihadapi. Orang yang bijak akan mencari jalan untuk memperbaiki kesilapan dan kegagalan lalu untuk menjadi seseorang yang lebih baik. Orang yang berfikiran luas sentiasa memikirkan perkara yang positif dalam setiap tindakannya. Dia akan mencari jalan yang dirasakan terbaik untuk dirinya dan orang disekelilingnya.

Kegagalan yang sebenar bukanlah apabila kita gagal dalam melakukan sesuatu, tetapi apabila kita gagal untuk bangun kembali setelah jatuh tersungkur dengan kegagalan lalu. Orang yang berputus asa tanpa mencuba itu teruk. Orang yang berputus asa kerana gagal setalah mencuba itu lebih teruk. Kerana baginya, "Aku telah mencuba namun gagal, oleh itu, apa gunanya aku mencuba lagi jika hasilnya sama seperti ini?" Orang yang berfikiran begini, mempunyai pemikiran yang sempit dan tidak mempunyai matlamat hidup.

Orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.

Apabila kita melakukan sesuatu dengan kadar yang terbaik, kita akan berpuas hati dengan hasilnya. Mungkin pada orang lain, itu bukanlah yang terbaik. Namun, kita lebih mengetahui diri kita. Asalkan kita sudah mencuba yang terbaik, kita juga akan mendapat yang terbaik untuk diri kita. Terbaik bukanlah terhebat, teratas atau termahal. Terbaik merupakan sesuatu yang paling sesuai dan menepati diri kita.

Itu saja yang ana dapat kongsikan bersama kali ini.

Wassalam..

20 Nov 2008

Sahabat Ibarat...

1 Comments

Hujan dikala kemarau
kalo kte brade di musim kemarau,(walaupun x de kt m'sia) pasti kita akan sentiasa menanti air dari langit (hujan). Begitu juga sahabat. Sahabat merupakan orang sentiasa ditunggu. Jika dia tiada, hidup kita pasti akan susah. Cube krg bayangkan... klo kite x de kwn..~~

Air di tengah padang pasir

Sahabat juga ibarat air di tengah padang pasir. ni pon same ngan hujan dikala kemarau.Cube kalo kite jln kat padang pasir.. rasenye mcm mne?? panas, kering, kehausan~!. Patuh. cbe kalo ttibe ade air.. mestiy rase bahgie~..kan??

Duit bagi si fakir

cube kalo kite miskin.. tak paya r.. ok.. cube kalo kite kat skola.. bawak 3 ringgit.. singgit bayar duet kelas, singgit beli air.. singgit lagi nk kumpul..(buat beli CD sang murabbi :])
patuh.. rehat ke-2 dah x de duit.. kite dahaga sangat.. cane??.. cube kalo kite dpt duit time tuh.. mesti rase bahgie jga kan? :] [:

Makanan bagi yang kebulur

ni pon same r mcm tadi..contoh kalo kite pose... patuh time buke an... dapat makan... rase pon best..hehe.. (x de idea)
Air bagi yg dahaga

*same


Tongkat bagi sibuta


ni la..
kalo org buta.. x de tongkat.. mcm mne?? mesti susah kan?? kite yg tgk pon dah rase sedih.. lagi kan die yang merase..

~betapa berat mata memandang, berat lagi..~~
tapi kalo die ade tongkat.. kurang la siket die punya beban yang dipikulnya... same jgak mcm kite...

**untuk pengetahuan korg.. sumbernye ana dapat dari sebuah lagu (yg x brp sdp)tapi ade message die..


sori atas sgl yg mengarut..

15 Nov 2008

Congrats

0 Comments

Bismillahirahmanirrahim.

Assalamualaikum.

nak sampaikan 2 perkare je.

1 ] Tahniah. Tahniah pd semua yang dah berusaha & berdoa & bertawakkal sepanjang minggu peperiksaan. Tahniah pd semua yg dh bagi yang terbaik, paling baik, masa exam hari tu. Tahniah pd yg berusaha lagi hari ni dgan check kertas soalan & cari markah utk ditambah. Tahniah pd yg bersyukur & gembira dengan ketetapan yang Allah dah tetapkan. Tahniah pd yg ingat yang ada hikmah disebalik setiap ketetapan. Tahniah pd yg tekad dan berazam nak berusaha lagi tahun depan. Tahniah pd yg berjaye, tahniah pd yang gagal tp tak putus asa. Tahniah pd yang baru rase bersyukur skrg, sbb smpat lagi & perlu lagi bersyukur.

2 ] Tetapkan hati, akal, & niat pd jalan jihad ni lpas ni. Baiki niat lpas ni. Usaha lagi lepas ni. Tak ada manusia yang dah terlalu BERJAYA. Manusia mmg tak pernah puas, jd JANGAN puas dgan keputusan skrg. Skrg ni kite EXAM-ORIENTED, tak kisahlah berapa banyak CONS bnde exam-oriented ni, tapi kte tetap akan jalani PMR [insya-Allah] and matlamat kite skrg, PMR. Sekali dah masuk jalan ni, kene tetap atas jalan ni [PMR]. Sebenarnya, apa yang kte nak bukan 9A tapi USAHA utk dapat 9A. Usaha, Insya-Allah, akan diganjari dengan 9A atau yang terbaik bg kite. Ingat, 9A mungkin yang terbaik, tapi mungkin BUKAN YANG TERBAIK BAGI KITA. Allah yg lebih tahu.

Wallahu a'lam.





2 Nov 2008

luahan seorang naqib..

0 Comments

asalamualaikum....

post ni ana dh copy dari dakwah net..n ana dh edit jdi pendek cket...


ana harap lepas korg sume bace citer kt bwah ni... korang igt balek usrah korg n naqib korang.. insyaAllah.

(sori..sbb panjang sgt)

PERMULAAN...

Kita sama-sama masih teringat ketika kita mula-mula

bertemu. Tidak ada yang lebih berbahagia di dalam hati

ini selain melihat wajah-wajah ceria pelajar-pelajar

baru yang begitu bersih dapat menjejakkan kaki ke

sebuah pusat pengajian Islam. Memang ayah bonda

menginginkan suatu yang terbaik buat mu. Mahukan

engkau menjadi orang yang terpelajar dan berguna

kepada mereka, kepada agama dan kepada negara.

Ketika hari pendaftaran, kami sama-sama menjengah diri

melihat muka-muka kalian. Kalian adalah ibarat rahmat

kepada kami kerana dari kaliannya kami mendapat

ketenangan dan kesejukan hati. Bagaimana..? akan kami

ceritakan segala-galanya nanti!

Kemudiannya kalian di heret ke sana kemari dengan

minggu pengenalan. Kalian didedahkan dengan apa yang

ada ditempat belajar yang baru ini. Moga kalian dapat

berta’aruf dengan cepat di alam baru ini. Kalian

bersolat jamaah dan berma’thurat sama-sama. Kalian di

dudukkan di dalam LDK dan kalian akhirnya menjejakkan

kaki ke malam terakhir pengenalan.

Kami masih mengintai-ngintai kalian. Bukan wajah dan

gaya… tetapi watak dan budi. Manakah di antara kalian

yang akan bersama kami? Manakah di kalangan kalian

yang akan mewarisi jejak kami?

Memang kami mengentahui dan menyedari.. kalian datang

dengan keinginan yang berbeza. Ada yang ingin mendapat

segulung sijil yang nantinya akan dipersembahkan

kepada ibu dan ayah. Ada yang tertolak kerana ayah dan

ibu menghendaki demikian. Kami faham itu semua… dan

itu semua tidak langsung penting bagi kami.

Kalian didudukkan di dalam usrah-usrah akhirnya. Kita

sama-sama saling mengenal, mendengar dan memberi.

Bercerita dan membaca. Berbincang dan bermesra.

Bukankah itu satu titik permulaan yang indah dalam

pengalaman hidup kita?

Kita kemudian bertemu lagi dalam tamrin dan dauroh.

Duduk dan mendengar.. makan dalam dulang bertemu

kepala. Kemudiannya tidur diatas lantar tanpa

hamparan. Kesemuanya menjadi detik manis dan kenangan

yang mungkin sukar dilupakan.

Dari situlah kesemuanya bermula… Kami memerhati dan

cuba mengenal. Siapakah dari kalangan kalian yang sudi

untuk bersama lebih memahami apa yang sedang kami

fikirkan?

Kami hanya ingin mengongsi beban yang sedang kami cuba

pikulkan selama ini. Kami faham ianya begitu berat dan

tidak mampu ditanggung oleh hanya dua tiga kerat

manusia yang lemah seperti kami. Bebannya berat dan

perjalanannya panjang. Hasilnya belum tentu diperolehi

di masa terdekat.

Kami berfikir dan berfikir … bagaimanakah cara terbaik

untuk mengenali siapa dari kalian yang berminat. Kami

adakan usrah… kami adakah tamrin dan kami adakan

dauroh.. kami adakan mukhayyam… dan entah apa lagi.

Semuanya adalah kerana cuba mengenali kalian..

disamping untuk memberi sedikit sebanyak kesedaran dan

ilmu...


TENGAH2 SKET..


Kami cuba memberi apa yang kami terdaya.

Segala-galanya adalah untuk menjadikan kalian orang

yang bermanfaat untuk Islam. Kami merasa kasihan

kepada Islam yang masih menagih cinta dan pengorbanan

dari penganutnya. Islam masih terumbang ambing

dicampak dan diheret oleh manusia liar. Islam yang

sepatutnya tinggi masih digilis-gilis dan dipijak.

Perit letih kami tidak sia-sia. Kalian mula melangkah

ke garisan-garisan akhir bersama kami dengan sabar dan

tekun. Kalian langsung tidak menunjukkan rasa jemu dan

bosan. Walaupun telah ada dikalangan kalian yang telah

kecundang setelah beberapa lama, namum kalian masih

thabat teguh


AKHIR..

ari berganti hari.. kami di sini terus dengan

kesibukkan melayan adik-adik kalian yang terus tiba

semester demi semester dan cuba untuk menjadi pelapis

kepada kalian. Mereka bersemangat untuk meneruskan apa

yang telah dilakukan oleh kalian. Mereka masih ingat

ketika kalian bersama-sama mereka di usrah, tamrin,

dauroh dan mukhayyam. Mereka masih ingat.. kalianlah

yang mendidik mereka dan mengasuh mereka sedikit

sebanyak.

Apa yang telah terjadi kepada kalian?

Apa yang telah kalian lakukan?

Kami mula sebak… ketika huruf-huruf ini disusun, kami

tidak dapat menahan air mata lagi. Bersama baris-baris

yang keluar… kami iringi dengan cucuran yang tidak

dapat ditahan..!


cop!! siape nak nangis tu(yg nk)..simpan dulu..lbeh baik nangis di cerita sebenar.. di..

http://dakwah.info/index.php?option=com_content&task=view&id=158&Itemid=2


sekian...



30 Sept 2008

Selamat Hari Raya!

0 Comments

Assalamu'alaykum!!

Ana nak ucapkan selamat hari raya kepada semua warga Batch13. Bersempena dengan Eidul Fitri yang mulia nie, jomla kita saling bermaaf-maafan atas kesilapan dan kesalahan kita!!

Ana nak nak mintak maaf kalau ade tersalah ape-ape dekat sesiape, bile-bile pun ana buat, dekat mane-mane pun kesalahan tuh terjadi. Macam mane pun kesalahan tuh terjadi, sedar ker tak sedar ke, ana nak mintak maaf.

Manusia biase tak terlepas daripada melakukan kesilapan dan kesalahan. Sebab tulah, kite kene sentiasa mintak maaf terutamanya pada Hari Raya nie. Tapi walaupun bukan hari raya, kite kene jugak sentiasa mintak maaf.

Jom forgive and forget.
Let's bygones be bygones...

Wassalam...

28 Sept 2008

Aidilfitri. Bagaimana cara menyambut?

0 Comments

Bismillahirrahmanirrahim.
28 Ramadhan 1429/28 September 2008

Assalamualaikum w.b.t

Aidilfitri menurut Rasulullah s.a.w

"Sesungguhnya Allah swt telah mengurniakan 2 hari yang mempunyai kebaikan di dalamnya, iaitu hari Eidul-Fitr dan hari Eidul-Adha." [Riwayat Abu Daud]

&

"Setiap kaum ada perayaan, dan ini adalah perayaan kita" [Riwayat Bukhari dan Muslim]

Maksudnya Rasulullah mengatakan yang Aidilfitri ialah hari yang patut dirayakan. Konsep Hari Raya Aidilfitri jelas adalah sambutan keagamaan dan ibadah sebenarnya.

Aidilfitri menurut sebahagian "orang kita"

"Hari bila kita dah berjaya menahan lapar dan dahaga sepanjang bulan puasa"

Hmm..pendapat seorang saudara seIslam pula..

Aidilfitri disambut sebagai suatu kemenangan bagi orang yang dapat mengerjakan ibadat puasa Ramadan dengan sempurna. Kemenangan itu bukan saja menang kerana berjaya mengawal nafsu makan dan minum selama sebulan pada siang hari sepanjang Ramadan, malah kejayaan menghalang diri daripada melakukan perkara dilarang, iaitu jika dilakukan akan terbatal puasanya. Lantaran itu Allah menganugerahkan satu hari untuk kita sama-sama meraikan kejayaan daripada kemenangan itu.

Nampak beza? Jadi cara yang terbaik untuk sambut aidilfitri ialah

*
mulakanlah malamnya dengan aktiviti ibadat
*
memperbanyakkan solat sunat, bertasbih, bertakbir dan bertahmid sebagai tanda kesyukuran

kerana Rasulullah pernah bersabda:


"Sesiapa yang menghidupkan malam Aidilfitri dan Aidiladha dengan amalan yang baik dan ikhlas kerana Allah, maka tidak akan mati hatinya pada hari semua hati-hati akan mati, iaitu hari kiamat."

boleh juga

*berziarah
*bermaaf-maafan
kerana walaupun tidak dituntut, tetapi tidak melanggar syariat dan mendatangkan kebaikan.

Wallahua'lam

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1429/2008!





15 Sept 2008

mampukah..?

0 Comments

Cinta luar biasa..
Cinta seorang Kekasih kepada umatnya..
Hingga pada hembusan nafasnya yang terakhir..
Lidah Rasulullah menuturkan tanpa henti..
Ummati.. ummati.. ummati..

Cinta luar biasa..
Kisah cinta Handzalah..
Meninggalkan isteri di malam pernikahan..
Lantaran menyahut seruan jihad..
Akhirnya syahid di medan perjuangan..

Cinta luar biasa..
Seteguh kasih Khadijah..
Tak pernah jemu memberikan sokongan..
Rela mengorbankan segala kemewahan..
Di saat Rasulullah dan Islam dipinggirkan. .

Cinta luar biasa..
Kisah kesetiaan Abu Bakar..
Kasih seorang sahabat yang tiada tandingan..
Insan yang sentiasa membenarkan. .
Sewaktu kata-kata Rasulullah dipersendakan. .

Cinta luar biasa..
Kisah ketabahan Hajar..
Ditinggalkan di tanah yang gersang bersama Ismail..
Bukti kasih seorang ibu yang berlarian mencari air..
Tatkala mendengar tangisan si anak kecil..

Cinta luar biasa..
Umpama keberanian Ali..
Di malam penghijrahan Nabi..
Menggantikan Rasulullah di tempat tidurnya..
Walaupun jiwa menjadi taruhan..

Cinta luar biasa..
Cinta Asiah, Masyitah dan Sumaiyyah..
Menggadaikan nyawa demi mempertahankan aqidah..
Iman di dada tak sedikit pun goyah..
Kerana keyakinan yang teguh atas segala janjiNya..

Kisah cinta luar biasa..
Insan pilihan yg berada di atas jalanNya..
Betapa tulusnya kasih, teguhnya jiwa..
Redha dan sabar menempuh segala ujian..
Merekalah insan yg memahami erti kemanisan iman..

Mampukah diri ini meraih cinta luar biasa..??

8 Sept 2008

SANG MURABBI

0 Comments





TENGOK!!!! rugi x tgk..... pastu tempah die punye DVD! spe yang dh pegi aspirasi syabab uh.. klau da ketagih sgt nak sambong... tempah je... x rugi tempah..yg kat atas nie cume treiler aje...

.golongan.manusia.

0 Comments

bismillah~

muttaqin:mmpercayai dgn penuh keyakinan bhw sume yg di bw oleh
Rasulullah itu bnr dn dtg dr Allah..sgale pengetahuan digunekn
utk menguatkn iman di qalbu(b'amal)

kafirin:mengingkari kbnrn agame Islam..xtau ttg keEsaan Allah dn
kerasulan nabi Muhammad..

murtad:kuar dr Islam secare langsung/x langsung!sgale amlnnye akn
gugur dn masuk neraka..

muskrikin:menyekutukn Allah/mempercayai ssuatu itu same ngan Allah..
dn juge yg takut slaen dr Allah..
*takut pd hantu antare syirik kecil*

munafiqin:scare zahernye Islam..tp x pd hati!dye cume pd kate2 shj..
hati dye x same ngan ape yg dye ckp!
*owg munafiq ni lbh hina dr owg kafir yg menindas umat Islam*

fasiqin:kuar dr jln kbnrn dn x peduli sume perintah Allah..owg tu
slesaikn mslh ikut hawa nafsu smate-mate!x b'landaskn Islam..

zalimin:hati dye kejam!xde rase takut kt Allah..t'golong dlm owg kafir!

kte ni tergolong yg mane satu?kbyknnye skang ni ramai yg munafiq!Islam hanye pd kate2..tp x pd hati dye..hrp2 kte x t'masuk dlm golongan tu..na'uzubillah!so,pkir2 la..muhasabah diri..

31 Aug 2008

adab di bulan ramadhan

0 Comments


Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut. Antara yang terpenting adalah:

1. Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena-mengena dengannya;

2. Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan yang sia-sia;

3. Mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih.

Ulama silam pernah berpesan: “Apabila kamu berpuasa maka perhatikanlah apa yang akan dijadikan makanan berbukamu dan di manakah kamu akan berbuka?” Ia adalah panduan yang terbaik bagi mengawasi diri daripada terjebak dengan unsur-unsur makanan yang tidak halal;

4. Berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan demikian ibadah puasanya akan suci dan sempurna. Terdapat ramai yang memenatkan diri dengan berlapar dan berdahaga, membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa dan noda, kerana itu puasanya rosak binasa dan keletihannya tidaklah berbaloi sebagaimana maksud sabda Rasulullah s.a.w.: Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga. (Riwayat an-Nasaei)

Meninggalkan maksiat menjadi kewajipan kepada seluruh orang Islam sama ada mereka sedang berpuasa atau tidak. Apatah lagi bagi yang berpuasa, ia lebih dituntut dan diwajibkan. Sabda Rasulullah, Puasa itu adalah ‘perisai', sekiranya seseorang daripada kalangan kamu sedang berpuasa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat bodoh. Jika ada orang lain yang mengejinya atau cuba memeranginya maka hendaklah dia katakan kepada orang itu: “Saya sedang berpuasa.” (Riwayat Bukhari dan Muslim);

5. Jangan membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan bersederhanalah pada kedua-duanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya terkawal, keinginan nafsunya kurang dan hatinya ceria. Itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai;

6. Jauhkan diri daripada mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja pada bulan puasa dan bulan-bulan yang lain. Penggemblengan diri dalam mengurangkan tuntutan jasmani dan keinginan perasaan memberikan kesan yang positif terhadap kecerahan hati nurani yang amat dituntut terutama pada bulan Ramadan.

Mereka yang menjadikan keinginan nafsu perut sebagai tunggangan akal ketika berbuka yang menyalahi kebiasaan pada bulan-bulan lain sebenarnya terpedaya dengan pujukan iblis. Rayuannya bertujuan menghilangkan barakah (berkat) ibadah puasa mereka, nikmat limpahan ketenangan daripada Allah s.w.t., kekhusyukan diri ketika bermunajat dan berzikir kepada-Nya.

Kenyang

Sepatutnya orang yang berpuasa mengurangkan kadar pemakanannya sehingga terserlah kesan puasa itu kepada dirinya. Kekenyangan adalah punca kelalaian, kealpaan, keras hati dan malas untuk taat kepada Allah s.w.t..

Sabdanya: Takungan jelek yang dipenuhkan oleh manusia adalah kantong perutnya, memadailah baginya beberapa suapan yang dapat meneguhkan tulang belakangnya. Jika dia enggan maka berikanlah sepertiga (bahagian perutnya) untuk makanan, sepertiga kedua untuk minuman dan sepertiga terakhir bagi pernafasannya. (Riwayat Ahmad dan at-Tarmizi)

Terdapat ulama yang mengungkapkan kata-kata berikut: “Sekiranya perutmu kenyang anggota-anggota lain akan lapar (akan menurut turutan nafsu) tetapi sekiranya perutmu lapar kesemua anggotamu akan kenyang.”

As-Salaf as-Soleh (mereka yang terdahulu) mengurangkan perkara kebiasaan dan dorongan diri serta memperbanyakkan amal ibadat pada bulan Ramadan secara khusus bahkan itulah adat mereka sepanjang masa;

7. Tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadan, bahkan mengambil kesempatan bagi beribadat kepada Allah dan mengingati-Nya sebaik mungkin. Justeru, dia tidak melakukan perkara duniawi melainkan sekadar keperluan hariannya atau kepada mereka yang berada di bawah tanggungannya. Demikian yang selayaknya dilakukan pada bulan Ramadhan yang mulia ini sama seperti pada hari Jumaat yang sepatutnya dikhususkan bagi amalan akhirat;

8. Mempraktikkan amalan sunah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ia tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur.

Nabi s.a.w. berbuka dahulu sebelum Baginda mengerjakan solat Maghrib. Sabda baginda: Umatku sentiasa berada dalam keadaan baik (berkat) selama mana mereka mempercepatkan berbuka (apabila masuk waktunya) dan melambatkan makan sahur. (Riwayat Bukhari dan Muslim);

9. Menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air. Sabda baginda s.a.w.: Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa). (Riwayat al-Baihaqi dan Ibnu Khuzaimah)

10. Memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat terawih, witir dan sebagainya.

Adalah dinasihatkan kepada para imam supaya tidak mempercepatkan solat terawihnya seperti mana amalan kebiasaan di masjid dan surau.

Perbuatan tersebut menjejaskan mutu ibadat solat tersebut kerana meninggalkan ‘wajib-wajib' solat seperti meninggalkan tomakninah semasa rukuk dan sujud, mencacatkan bacaan al-Fatihah sebagaimana sepatutnya lantaran ingin kecepatan dalam mengejar waktu sehingga menyebabkan makmum di belakang tertinggal rukun-rukun penting dalam solatnya. Amalan terawih seperti itu adalah tidak sempurna dan berkurangan pahalanya.

Oleh itu berwaspadalah terhadap cara demikian dengan kembali mengamalkan ibadah solat seperti waktu-waktu lain, menyempurnakan kiam, bacaan al-Fatihah, rukuk, sujud, khusyuk, hadir hati dan semua peradaban solat dan rukunnya.

Bagi makmum pula disyorkan supaya sentiasa bersama imamnya sepanjang solat terawih itu sehinggalah selesai sama ada 20 rakaat ataupun lapan rakaat. Sabda Rasulullah s.a.w., Apabila seseorang menunaikan solat bersama imamnya sehinggalah imam itu (selesai dan) beredar, dikirakan untuknya (makmum) pahala kiam semalaman. (Riwayat an-Nasaei)

- NAZMI AIDARUS ialah Pegawai Hal Ehwal Islam, Jabatan Mufti Negeri Terengganu.

30 Aug 2008

ramadhan: we're waiting!

1 Comments

assalamu'alaykum..




alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillahi kathira.

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana yang diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu, agar kamu BERTAQWA." (2:183)

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan. Marhaban Ya Ramadhan.
Selamat datang penghulu segala bulan.
Selamat datang bulan mulia yang disucikan Allah.

Rasulullah saw bersabda, "Barangsiapa yang hatinya merasa gembira atas kedatangan bulan Ramadhan, Allah kelak mengharamkan jasadnya dari api neraka." (H.R. Bukhari-Muslim).

Sesungguhnya inilah dia madrasah tarbiyyah terbaik kita. Ramadhan sebenarnya betul-betul mentarbiyyahkan qalb dan mengislahkan diri bagi sesiapa yang menghayatinya.

bagaimana reaksi kita bila menerima hadiah daripada seseorang yang kita cintai?
pastinya sangat gembira, dan hadiah tersebut mesti dihargai sangat2.
Subhanallah, Ramadhan sebenarnya adalah hadiah dari Allah untuk kita.
maka, hargailah bulan mulia ini yang intinya pelbagai manfaat.

Bulan Ramadhan adalah bulan untuk kita menambah pahala.
mengurangkan dosa. mengukuhkan iman. menyemai taqwa. mentarbiyyah qalb. mendidik diri. mengislah peribadi. Subhanallah, indahnya Syahru Ramadhan.

Dan, tak lupa juga, ada satu malam yang selalu ditunggu. satu malam yang para malaikat turun ke bumi. satu malam yang diberkati sehingga terbit fajar. itulah dia Lailatul Qadar. Subhanallah. Alhamdulillah.

carilah Lailatul Qadar yang ianya lebih baik dari seribu bulan. siapa yang tidak bertemu dengannya, sesungguhnya dia sangat rugi. marilah bersama kita tajdid ruh kita dan kuatkan mujahadah kita dalam mencari Lailatul Qadar.

semoga Saum Ramadhan kita akan diterima oleh Allah.
Rasulullah saw bersabda, "Barangsiapa yang berpuasa Ramadan dengan keimanan dan hanya mengharap rida Allah, akan diampuni dosa-dosanya yang terdahulu." (H.R. Muslim).

ikhlaskan Saum kita. banyakkan sedeqah. banyakkan membaca Al-Quran. pendek kata, banyakkan amalan kita dalam bulan ini dan paling penting, pastikan ianya ikhlas. dan pastikan kita terus istiqamah, bukannya berkobar-kobar pada awalnya sahaja.

akhir kata, selamat menyambut Ramadhan Kareem, bulan yang mulia.

wassalam~