31 Aug 2008

perpaduan teras kejayaan

0 Comments

adab di bulan ramadhan

0 Comments


Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut. Antara yang terpenting adalah:

1. Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena-mengena dengannya;

2. Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan yang sia-sia;

3. Mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih.

Ulama silam pernah berpesan: “Apabila kamu berpuasa maka perhatikanlah apa yang akan dijadikan makanan berbukamu dan di manakah kamu akan berbuka?” Ia adalah panduan yang terbaik bagi mengawasi diri daripada terjebak dengan unsur-unsur makanan yang tidak halal;

4. Berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan demikian ibadah puasanya akan suci dan sempurna. Terdapat ramai yang memenatkan diri dengan berlapar dan berdahaga, membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa dan noda, kerana itu puasanya rosak binasa dan keletihannya tidaklah berbaloi sebagaimana maksud sabda Rasulullah s.a.w.: Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga. (Riwayat an-Nasaei)

Meninggalkan maksiat menjadi kewajipan kepada seluruh orang Islam sama ada mereka sedang berpuasa atau tidak. Apatah lagi bagi yang berpuasa, ia lebih dituntut dan diwajibkan. Sabda Rasulullah, Puasa itu adalah ‘perisai', sekiranya seseorang daripada kalangan kamu sedang berpuasa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat bodoh. Jika ada orang lain yang mengejinya atau cuba memeranginya maka hendaklah dia katakan kepada orang itu: “Saya sedang berpuasa.” (Riwayat Bukhari dan Muslim);

5. Jangan membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan bersederhanalah pada kedua-duanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya terkawal, keinginan nafsunya kurang dan hatinya ceria. Itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai;

6. Jauhkan diri daripada mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja pada bulan puasa dan bulan-bulan yang lain. Penggemblengan diri dalam mengurangkan tuntutan jasmani dan keinginan perasaan memberikan kesan yang positif terhadap kecerahan hati nurani yang amat dituntut terutama pada bulan Ramadan.

Mereka yang menjadikan keinginan nafsu perut sebagai tunggangan akal ketika berbuka yang menyalahi kebiasaan pada bulan-bulan lain sebenarnya terpedaya dengan pujukan iblis. Rayuannya bertujuan menghilangkan barakah (berkat) ibadah puasa mereka, nikmat limpahan ketenangan daripada Allah s.w.t., kekhusyukan diri ketika bermunajat dan berzikir kepada-Nya.

Kenyang

Sepatutnya orang yang berpuasa mengurangkan kadar pemakanannya sehingga terserlah kesan puasa itu kepada dirinya. Kekenyangan adalah punca kelalaian, kealpaan, keras hati dan malas untuk taat kepada Allah s.w.t..

Sabdanya: Takungan jelek yang dipenuhkan oleh manusia adalah kantong perutnya, memadailah baginya beberapa suapan yang dapat meneguhkan tulang belakangnya. Jika dia enggan maka berikanlah sepertiga (bahagian perutnya) untuk makanan, sepertiga kedua untuk minuman dan sepertiga terakhir bagi pernafasannya. (Riwayat Ahmad dan at-Tarmizi)

Terdapat ulama yang mengungkapkan kata-kata berikut: “Sekiranya perutmu kenyang anggota-anggota lain akan lapar (akan menurut turutan nafsu) tetapi sekiranya perutmu lapar kesemua anggotamu akan kenyang.”

As-Salaf as-Soleh (mereka yang terdahulu) mengurangkan perkara kebiasaan dan dorongan diri serta memperbanyakkan amal ibadat pada bulan Ramadan secara khusus bahkan itulah adat mereka sepanjang masa;

7. Tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadan, bahkan mengambil kesempatan bagi beribadat kepada Allah dan mengingati-Nya sebaik mungkin. Justeru, dia tidak melakukan perkara duniawi melainkan sekadar keperluan hariannya atau kepada mereka yang berada di bawah tanggungannya. Demikian yang selayaknya dilakukan pada bulan Ramadhan yang mulia ini sama seperti pada hari Jumaat yang sepatutnya dikhususkan bagi amalan akhirat;

8. Mempraktikkan amalan sunah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ia tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur.

Nabi s.a.w. berbuka dahulu sebelum Baginda mengerjakan solat Maghrib. Sabda baginda: Umatku sentiasa berada dalam keadaan baik (berkat) selama mana mereka mempercepatkan berbuka (apabila masuk waktunya) dan melambatkan makan sahur. (Riwayat Bukhari dan Muslim);

9. Menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air. Sabda baginda s.a.w.: Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa). (Riwayat al-Baihaqi dan Ibnu Khuzaimah)

10. Memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat terawih, witir dan sebagainya.

Adalah dinasihatkan kepada para imam supaya tidak mempercepatkan solat terawihnya seperti mana amalan kebiasaan di masjid dan surau.

Perbuatan tersebut menjejaskan mutu ibadat solat tersebut kerana meninggalkan ‘wajib-wajib' solat seperti meninggalkan tomakninah semasa rukuk dan sujud, mencacatkan bacaan al-Fatihah sebagaimana sepatutnya lantaran ingin kecepatan dalam mengejar waktu sehingga menyebabkan makmum di belakang tertinggal rukun-rukun penting dalam solatnya. Amalan terawih seperti itu adalah tidak sempurna dan berkurangan pahalanya.

Oleh itu berwaspadalah terhadap cara demikian dengan kembali mengamalkan ibadah solat seperti waktu-waktu lain, menyempurnakan kiam, bacaan al-Fatihah, rukuk, sujud, khusyuk, hadir hati dan semua peradaban solat dan rukunnya.

Bagi makmum pula disyorkan supaya sentiasa bersama imamnya sepanjang solat terawih itu sehinggalah selesai sama ada 20 rakaat ataupun lapan rakaat. Sabda Rasulullah s.a.w., Apabila seseorang menunaikan solat bersama imamnya sehinggalah imam itu (selesai dan) beredar, dikirakan untuknya (makmum) pahala kiam semalaman. (Riwayat an-Nasaei)

- NAZMI AIDARUS ialah Pegawai Hal Ehwal Islam, Jabatan Mufti Negeri Terengganu.

30 Aug 2008

ramadhan: we're waiting!

1 Comments

assalamu'alaykum..




alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillahi kathira.

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana yang diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu, agar kamu BERTAQWA." (2:183)

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan. Marhaban Ya Ramadhan.
Selamat datang penghulu segala bulan.
Selamat datang bulan mulia yang disucikan Allah.

Rasulullah saw bersabda, "Barangsiapa yang hatinya merasa gembira atas kedatangan bulan Ramadhan, Allah kelak mengharamkan jasadnya dari api neraka." (H.R. Bukhari-Muslim).

Sesungguhnya inilah dia madrasah tarbiyyah terbaik kita. Ramadhan sebenarnya betul-betul mentarbiyyahkan qalb dan mengislahkan diri bagi sesiapa yang menghayatinya.

bagaimana reaksi kita bila menerima hadiah daripada seseorang yang kita cintai?
pastinya sangat gembira, dan hadiah tersebut mesti dihargai sangat2.
Subhanallah, Ramadhan sebenarnya adalah hadiah dari Allah untuk kita.
maka, hargailah bulan mulia ini yang intinya pelbagai manfaat.

Bulan Ramadhan adalah bulan untuk kita menambah pahala.
mengurangkan dosa. mengukuhkan iman. menyemai taqwa. mentarbiyyah qalb. mendidik diri. mengislah peribadi. Subhanallah, indahnya Syahru Ramadhan.

Dan, tak lupa juga, ada satu malam yang selalu ditunggu. satu malam yang para malaikat turun ke bumi. satu malam yang diberkati sehingga terbit fajar. itulah dia Lailatul Qadar. Subhanallah. Alhamdulillah.

carilah Lailatul Qadar yang ianya lebih baik dari seribu bulan. siapa yang tidak bertemu dengannya, sesungguhnya dia sangat rugi. marilah bersama kita tajdid ruh kita dan kuatkan mujahadah kita dalam mencari Lailatul Qadar.

semoga Saum Ramadhan kita akan diterima oleh Allah.
Rasulullah saw bersabda, "Barangsiapa yang berpuasa Ramadan dengan keimanan dan hanya mengharap rida Allah, akan diampuni dosa-dosanya yang terdahulu." (H.R. Muslim).

ikhlaskan Saum kita. banyakkan sedeqah. banyakkan membaca Al-Quran. pendek kata, banyakkan amalan kita dalam bulan ini dan paling penting, pastikan ianya ikhlas. dan pastikan kita terus istiqamah, bukannya berkobar-kobar pada awalnya sahaja.

akhir kata, selamat menyambut Ramadhan Kareem, bulan yang mulia.

wassalam~

mane lebey penting...

4 Comments






renung-renungkan..

ramadhan is coming....

0 Comments


24 Aug 2008

sekolah!

0 Comments




assalamu'alaykum!

haha~
gambar kat atas nie,
cumelah sebagai pemangkin semangat kite utk ke sekolah esok.
sbb ramai yg xnak pegi skolah, termasuk ana.
so, ramai2 kite pergi sekolah esok, tuntut ilmu, insyaAllah itu jihad kita yang termampu!

jangan malas2 pergi sekolah ea?
kuatkan semangat, kerna ini jalan perjuangan kita!
selamat kembali belajar! ;]]

wassalam~ =)

23 Aug 2008

Epal dan Kita

1 Comments

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t


Kdg2 kite kene bwk diri kite berfikir.
Cerite ni maybe macam diambil ringan & x bermakne, tapi kalau dapat fikir ape yg disebalik kisah ni, banyak perkare yg dpt diambil..

Mcmane perumpaan sebiji epal boleh disamekan dgn diri kite..??

Sebuah cerite drpd mentor ana, ustz.Muhaini, sesape yg same KP, maybe tau kot.

Sebiji epal yang cntik, yg tak ade cacat pada luaran ditayang oleh penjual epal, dan semua org yang lalu memegang dan memuja epal tu. Banyak orang yang singgah untuk melihat epal yg nampak mcm sedap.

Tapi epal tu sgt susah untuk dijual.

Mereka yg singgah, yang membelek epal tu, semua pilih untuk minta epal yang belum disentuh, yang berbalut lagi. Selepas pasti epal tu xpernah dilihat atau di pegang oleh sesiapa, barulah dibeli epal itu.

Kenape?

Kenape orang tetap nak epal yang segar, yang berbalut. Sedangkan semua epal itu same rasenye. Yang ditayang tidak kurang pun rase epalnye.

Macam tu lah manusia.

Yang ditayang itu memang cantik, tak dapat dinafikan, semua orang terpikat.

Yang dibelek tu memang nampak luaran sempurna.

Tapi semua orang tau yang epal yang berbalut lebih terjaga dan elok.

Yang ditayang mungkin telah jatuh dan rosak dalamnye. Mungkin telah dibeli oleh seseorang kmdian ditukar dengan yang disimpan didalam.

Dan ramai yang telah menyentuhnya.


Semua orang yakin yang epal didalam cantik luaran dan dalamannye.
Semua orang memilih epal yang disimpan dan dijaga!

Dapat relevennya?

1. Yang terjaga dan disimpan lebih dikehendaki daripada yang telah hilang pelindungnya.

2. Semua manusia cantik, semua orang tau yang semua orang cantik. Yang ditayang atau pun yang disimpan. Maybe yang disimpan lebih cantik?

3. Yang ditayang mungkin telah pasti rasanya manis, sbb telah diberitahu dengan jelas oleh penjual, tapi tak mustahil yang disimpan; yang sama cantiknye; menyimpan pelbagai rahsia tntg rasenye. mungkin lebih sedap. hanye org yg memilihnye yg tahu rasenye. Yang memilih yang tersimpan mesti org yg bijaksane kan?

4. Hanya manusia tertentu yang akan memilih epal didalam. Manusia yang tidak mudah terpedaya. Manusia yang kurang bijak dan terpedaya akan memilih epal diluar. Tapi tak guarantee epal diluar ada pembeli.

_____________________________________________________________________________________

Em, sbnrnye cerite ni utk kaum hawa; epal = wanita, tapi boleh jugak ambil perspektif umum.
Kite sumer boleh berfikir, jd ana xnak tambah bnde2 lain.


p/s: kalau tadi maen skrol je ke bwh skip, post ni, ana rase korang patut skrol balik ke atas utk bace.

p/s: just sharing, peringatan termasuk utk diri sendiri. dalam byk2 cerite yg pernah ana dgr, cerite ni yang paling byk pengajaran..

Wassalam.

20 Aug 2008

al-i'-lan wal ma'-lu-mat~

0 Comments

bismillahirrahmanirrahim,

di sini ana ingin membuat iklan dan makluman serba sedikit maklumat tentang sambutan kemerdekaan di sekolah kita. Buat makluman semua, seperti yang kita tahu motto sambutan kemerdekaan pada tahun ini ialah ;

"PERPADUAN ASAS KEJAYAAN"
atau
dalam arabic nya
"AL-ITTIHAD ASAS AN-NAJAH"

Antara aktiviti yang diadakan khas untuk dinukilkan di rumah adalah;
1.Sajak
2.esei
3.poster
4.puisi

untuk memudahkan anda menghasilkan karya-karya tersebut, boleh merujuk objektif2nya seperi di bawah;

1. menyambut kemerdekaan ke 51
2.mengukuhkan semangat patriotik
3.meningkatkan semangat berjuang diri, agama, bangsa dan negara
4.memerdekakan pemikiran, sahsiyah dan budaya

sebelum anda menghasilkan karya tersebut, patuhi syarat-syarat berikut;

1. tulislah dengan hati yang ikhlas,tenang,terbuka dan hammasah! (*sangat2 digalakkan)

2. hasil karya mestilah daripada buah fikiran sendiri

3. tidak dibenarkan mengambil daripada mana-mana bahan yang sudah siap atau bahasa
mudahnya (copy and paste)

4. boleh menyelitkan unsur keagamaan atau peringatan (sangat digalakan)

5.
syarat khas untuk poster;
-mestilah menggunakan 4 warna seperti dalam bendera negara sahaja (merah,putih,biru,kuning)
-boleh meggunakan tangan atau komputer (tetapi tidak boleh menggabungkannya)
-karya bersaiz sebesar kertas lukisan atau kertas A3
-boleh menghasilkan mengikut kreativiti anda

6. tarikh tutup menghantar karya-karya tersebut adalah minggu selepas naik cuti. maklumat terbaru akan diberitahu kemudian.

7. karya yang telah disiapkan, sila hantarkannya secepat mungkin kepada

-Muhammad Irfan Bin Ahmad Hisyam, bagi banin (4 Abqari)

-dan bagi banat pada Maryam Rufaidah Binti Zainal Abidin (4 Imtithal)

---------------------------------------------------------

sebelum saya mengakhiri, JOM ramai-ramai sertai pertandingan2 ini. tapi, ingat syarat pertama hendaklah selesai terlebih dahulu. bila hati ikhlas, 100% Allah janjikan ganjaran lumayan yang lebih hebat. Usah fikirkan glamour dan hadiah yang kami sediakan buat anda, ianya akan habis dan tidak kekal. Tapi ganjaran yang Allah beri, meningkatkan peratusan kemewahan hidup kita di akhirat kelak! Percayalah!

JOM tempah ganjaran Allah!! (*man jadda wa jada)

baiklah sahabat2 sekalian jika anda mempunyai sebarang kemusykilan atau masalah berkenaan pertandingan ini anda bolehlah menyatakannya melalui komen di bawah. (*atau sekiranya anda mempunyai cadangan atau idea yang lebih menarik, sila suarakan pendapat anda)


syukran 'ala kullihal, wallahua'lam