Showing posts with label program smih. Show all posts
Showing posts with label program smih. Show all posts

1 Jul 2009

mukhayyamTingkatanTiga.

0 Comments


16 May 2009

.studython.kenangan bersame.

0 Comments


loading bg habis dulu.baru play.itu yg best tuh!:D

3 Aug 2008

Alhamdulillah...

8 Comments

Assalamu'alaykum..

Hari ni ana nak tulis pasal mukhayyam form 2 yang baru je habis. Alhamdulillah. Majoritinye berjaye mengharungi mukhayyam 3 hari 2 malam. Ana akan ceritekan serba ringkas untuk yang tak pergi mukhayyam sebab sekarang ana belum ade kerajinan nak tulis panjang².

Jumaat, 1 Ogos 2008

Malam pertame dekat campside, dah ade night walk. Ramai yang nervous, takut and macam² perasaan yang bercampur. Tapi semue kumpulan okey. Lepas night walk [banat], ade sesi LDK bersame Ustaz Iswan dan Ustazah Suhailah.

Sabtu, 2 Ogos 2008

Sebelum waktu perhimpunan, semue orang didenda. Denda pertame, dan satu²nye denda yang paling teruk untuk banat. Pagi² banat ade riadhah, buat BASED, buat latihan ikatan. Banin ade obstacle, buat BASED, buat latihan ikatan. Lepas latihan ikatan, ade jungle tracking. Banat jalan dulu, kemudian banin. Malam ade Malam Kebudayaan dan LDK ala KBM bersame Ustaz Iswan. Sebelum Malam Kebudayaan, semue kumpulan diminta buat roti lilit. [Sedap tapi hitam... :D]

Ahad, 3 Ogos 2008

Pagi² sebelum buat aktiviti lain, mesti ade perhimpunan. [Alhamdulillah kali ni, tak kena denda!] Lepas tu, ade latihan kawad. Lepas latihan, kena masak untuk sarapan, lauk tengah hari, pertandingan masakan. Sambil masak, pangkalan kena robohkan. Lepas tu, diberi mase lagi untuk berlatih kawad. Habis mase berlatih, terus ade pertandingan kawad. Banat punye, oklah semue. Kemudian, ade demo daripade fasilitator banat care² kawad yang betul dan ade gotong-royong. Kemudian, main game BOM!! antare banat dan banat, banin dan banin. Top 3 banat lawan dengan Top 2 banin dan kumpulan fesi banin. Lastnye, banat menang! Akhir sekali, majlis penutup dan penyampaian hadiah. Kump. 3 banin dan kump. 4 banat jadi kump. terbaik. Kadet perempuan terbaik, Wani, kump. 4. Kadet lelaki terbaik, Yaqin, kump. 3.


Itu je yang dapat ana ringkaskan daripade mukhayyam kali ni. Kalau nak tahu cerite yang panjaaaaaaang, kena pergi tanye sendiri pade orang yang terlibat dengan mukhayyam ting. 2.

Wassalam..

3 Jun 2008

Jasamu tetap dikenang.::us hafiz::.

0 Comments




12 Apr 2008

Bersih? --> Fikir semula. <-- Mabit?

0 Comments

Assalamu'alaykum..

Bersih? Fikir semula. Kenape ana letak tajuk ni untuk post kali ni? Sebabnye ana pelik tau, kenape ye batch13 tak pernah menang kelas terbersih. Form1 dah ade. Form 3 dah ade. Tapi Form2 nih macam belum ade. Bersih? Mungkin bersih tapi kurang bersih untuk menang. Sekarang dah bulan April iaitu bulan empat. Tapi masih belum ade wakil kelas Form2 yang menang. Mari kite semue bersihkan kelas beramai-ramai!!

MABIT

Ape kes? - Sekarang ni, ramai yang busy dengan macam² bende. Mungkin mabit nih boleh ditangguhkan kepade tahun depan? Tahun ni kan masih mude. Maksudnye, tahun depan lebih ade kepentingan. Kalau tiap² tahun buat mabit, takde istimewanyelah mabit ni. TAPI, kalau ramai yang nak buat jugak tahun ni, ana tak kisah. Cumenye bagilah kerjesame + komitmen + usehe! Kite semue asyik sebut nak buat mabit, tapi perlaksanaannye? Macam takde orang tengah usehekan nak buat ape. Mungkin sekarang ni busy dengan sukan, so ade alasanlah kenape tak gerak sangat mabit nih. Tapi lepas sukan nanti, ana boleh jamin bende nih takkan berganjak kalau sekarang takde orang yang nak buat something pasal mabit nih.

At least, sekarang buat meeting je. Bincangkan organisasi. Bincangkan tarikh and so on. Nak uruskan bende macam nih bukan sehari due. Tambah pulak kalau ade problem. Lagi ambil mase yang lame. Kalau tak start dari sekarang nak uruskan, sampai bile²lah tak buat programnye. Just start dari bende kecil je pon tak pelah.

Bagi ana, batch13 nih masalahnye, susah sangat nak bagi komitmen. Susah sangat nak settlekan something. Susah sangat nak kerjesame. Susah nak decide something. Bukan ana nak tunjuk kelemahan tapi ni hakikat! Bile ade ape² je, contohnye mabit, mule² ramai bagi komitmen. Tapi bile bende ni tak berape nak berjalan, ramai yang dah kurang bersemangat nak teruskan. Mase nilah, ramai yang tanak bagi kerjesame. Lepas tu, yang nak usehekan sikit je. Then, tak jadi terus.

Ape pun, ana harap lepas ni ape² yang kite semua rancang, dapat berjalan dengan lancar. Dapat diselesaikan segera ape² masalah.

Fikir semula kelemahan kita, kemudian baiki diri dan tingkatkan prestasi!

Wassalam..

5 Apr 2008

Mari Bersukan Semula!

0 Comments

Assalamu'alaykum...

Mari kite bersukan!! Sukan sekolah rendah baru saje berlalu. Tengok suasane sukan SRIH, terbayang-bayang macam mane suasane sukan SMIH. Kalau SRIH, mereke berjalan-jalan. Tak duduk di bawah khemah, walaupun ustazah dah berkali-kali; "Aulad, masuk khemah aulad. Duduk dekat bawah khemah! Duduk dalam barisan!" dan yang semaksud. Kalau sMih, macam mane ye? Agaknye, macam sRih yang masih kecil atau menjadi diri yang matang?

Tapi tengok mereke, semangat sangat. Kecik je badan tapi dah ade semangat yang berkali-kali gande lebih besar daripade badan. Lari bersungguh untuk mendapatkan markah dan pingat. Biaselah tuh. Bersorak bagi semangat kat orang lain. Itu sekolah rendah. Kalau sMih, mesti lagi semangatkan? Dengan lagu-lagu yang kreatif.Tapi sRih dah agak maju. [bak kate dalila.] Kalau zaman batch13 sRih, masih belum ade lagu rumah sukan. Macam sMih. Tapi sekarang dah ade. Uh. Perbarisannye siap ade mascot spongebob. Comel. Ade basikal. Kreatif.


Eh, kenape ana cerite pasal sukan sRih?

Ntahlah.

Sukan sMih akan berlangsung pada:
23 April 2008, Rabu. [insyaAllah.]
Sukannye akan berlangsung di:
Stadium Larkin, Johor Bahru. [alhamduliLlah]

InsyaAllah ade empat rumah sukan yang akan turut serta dalam acara Hari Sukan. Rumah-rumahye:

1. Jaafar Atthoyari [JAT - Kuning]

2. Salahudin Alayubi [SAA - Merah]
3. Salman Alfarisi [SAF - Hijau]
4. Abu Ayub Alansari [AAA - Biru]

Nama-nama rumah sukan ini diambil bersempena nama tokoh islam yang juge merupakan sahabat Nabi Muhammad SAW.

Setiap tahun setiap rumah sukan pasti tampil dengan lagu sorakan yang baru. Lagu-lagu ini digubah daripada lagu-lagu sedia ada.
Macam-macam gaya, lirik, nada dan lagu yang menjadi gubahan lagu rumah sukan. Lagu-lagu ini juga menaikkan semangat yang kadangkala jatuh terhempas ke lantai. Lagu-lagu ini juga menambahkan keceriaan dan merapatkan ukhuwah sesama ahli rumah sukan. Betapa bagusnya bila ada lagu rumah sukan. [Sape kate tak bagos??]

Sukan menyihatkan badan. Jadi bersukanlah anda! Hek. Apehal?

Uh ye. Kepada anda yang melawat blog ni, jadilah pelawat blog ni yang setie. Walaupun kini, sudah semakin jarang kami menulis di sebelah kiri dan hanya kerap memenuhkan kotak jingge, tetapi janganlah berhenti melawat blog yang agak best nih! Terime kasih. [Uh. mLalut.]

Okeylah. Wassalam..

*ps! mabit ape cerite ye? Tak jadik nak buat eh? Lame ni tunggu meetingnye aje.*

=love2smile=

28 Mar 2008

Ihtifal!

1 Comments

Assalamu'alaykum!

Ihtifal! Oh no! Ihtifal dah semakin hampir. Esok hari Sabtu. Lusa hari Ahad. Hari Ahad Ihtifal. Oh no!

Congratulation!
Tahniah!
Syabas!


kepada semua batch13 yang menerima anugerah pada Ihtifal akan datang yakni Ihtifal;

Ahad, 30th March 2008
22 Rabiulawal 1429H
Dewan Nusa Mutiara, Nusa Jaya

Semua di jemput hadir!

*psst.. batch13 kalau boleh semua datanglah.. berikan kerjasame yang terbaik untuk program sekolah terutame sekali yang melibatkan pihak luar! Bagus..*

Alhamdulillah ade yang menerime anugerah akademik pade hari ihtifal tu nanti. Mungkin 2007 tahun yang agak kurang penerima anugerah daripade batch13, tapi untuk 2008, mari kite semue study betul² dan terime anugerah beramai²!!! Ayuh batch13!!! We can do it!! Oh.. lebih² lagi.. tahun depan ade PMR! Batch13! Do our best!! Haiya! Haiya!!! [alamak... terlebih semangat pulak!] Huhuhu.. Anyway.. menjadi harapan ana untuk melihat semue warge batch13 menjadi penerime anugerah tahun depan! Biarkan orang yang bagi hadiah tuh penat berdiri.. asalkan kite semue dapat trime hadiah..

Walau ape pun.. keputusan yang terbaik yang kite nak.. Bukan sekadar naik pentas je.. Matlamat sebenar, keputusan yang terbaik yang boleh menggembirekan hati kedua ibu bape kite. Itu matlamat kite! Yeah! Hehehe..

Wassalam...

~Bittaufiq wanNajah!~

=love2smile=

11 Mar 2008

Pro- AIR ' 08

0 Comments




Firman Allah s.w.t :
" Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum,kecuali sehingga mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri".
( Ar-Ra'd:11)


Assalamualaykum...
kita semua dah pun sedia maklum tentang program yang diadakan kt sekolah
kita iaitu Pro- AIR ' 08( Program Akhlak Insan Rabbani '08) yang meletakkan
tema program itu CTRL(nafs) + SHIFT (khuluq) + DEL (mazmumah).
Mungkin tak semua orang yang tahu kenapa mereka menggunakan tema sebigini.
Jadi ana just nak memperjelaskan lagi penggunaan tema ini.


Frasa CTRL+SHIFT+DEL umumnya merupakan kekunci yang terdapat pada papan
kekunci komputer. CTRL "Control" bermaksud kawal, SHIFT "Shift" bermaksud merubah atau memindahkan manakala DEL "Delete" pula bermaksud padam atau buang. Perkataan-perkataan tersebut diselarikan dengan tujuan program AIR . CTRL yang bermaksud mengawal nafsu. Untuk mengawal nafsu kita memerlukan iman yang kuat . Oleh itu iman perlu ditingkatkan dan dibaiki dengan memperbaiki akhlak (SHIFT khuluq) kerana agama itu adalah akhlak yang baik. Seorang muslim perlulah menghiasi diri dengan sifat-sifat mahmudah(terpuji). Oleh itu, seseorang muslim perlu berazam untuk membuang (delete) sifat-sifat mazmumah (tercela) dalam diri.


tu saja yang ana boleh memperjelaskan. Sebelum ana mengakhiri post ana ni ana ada kata-kata mutiara untuk semua yang membaca post ana.


" Hari ini ramai orang ingin menjadi bintang,
mahukah anda menjadi bintang?
bukan di atas pentas, bukan juga di televisyen,
tetapi dihadapan ALLAH
tidak ada istirehat bagi orang muslim
sebelum ia bertemu ALLAH..."


Wassalam.





(penerangan mengenai tema diambil dari flyer Pro-AIR)