31 Dec 2008

lembaran baru..

0 Comments

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t.

Firstly,
Selamat tahun baru..Hijriah n masihi..

so..

beberapa pertanyaan..tak payah jawab, jawab sendiri je..

Apa yang kita dah buat dalam tahun 1429/2008 ni?

Apa yang kita tak buat lagi dalam tahun 1429/2008 ni?

Apa yang kita nak ubah untuk tahun 1430/2009?

Apa yang kita nak tambah untuk tahun 1430/2009?

Apa yang nak dicapai?

Apa yang nak dah dicapai bila dah Awal Muharram 1431 n 1 Januari 2010?
Setahun tu pendek. Makin lama makin pendek.
So, penuhilah dengan at least satu perkara yang makin positif dari tahun ni.

Hmm..buka lembaran baru, tapi jangan lupa habiskan ayat yang tergantung kat mukasurat tu.. jangan sampai cerita hidup kita jadi tak lengkap and dikesali satu hari nanti.

Jangan belok di mana2 simpang utk shortcut, kalau xpasti lagi jalan yang lurus kat mana...

Wallahua'lam

29 Dec 2008

palestin kita!!

0 Comments


Assalamu'alaikum wrhmtllh wbrkth kepada semua Muslimin yang membaca blog ini..

Sungguh penulisan kali ini menyeru kepada para pembaca sekalian agar tidak sekali-kali menutup mata dan telinga anda tentang berita yang tergempar pada 27hb Disember 2008.

Ketika 2008 sedang berlabuh tirainya menutup pelbagai kisah di 2008, kini timbul semula berita yang sangat menggemparkan seluruh umat Islam. Gaza diserang!!! Lebih 300 jiwa Muslim terbunuh dalam satu hari!!!!!




Bukalah sumber-sumber berita yang ada di dunia ini, semuanya menyampaikan berita yang sama. Suatu bentuk pembunuhan yang sangat ketara. Kekejaman yang tidak dapat ditutup lagi seperti sebelumnya. Sehinggakan ada diantara "orang kita" yang menyalahkan Hamas itu sendiri kerana atas tafsiran sendiri.

Mungkin kita tidak dapat membantu secara langsung, tapi ingin saya seru kepada semua agar tidak lupa untuk berdoa kepada Allah moga memberi kekuatan kepada keluarga mangsa serta penduduk Gaza akan terus tetap dalam jalan perjuangan mereka mencapai KEMERDEKAAN.

Saya juga menyeru kepada para pembaca sekalian agar mengajak dan menerangkan kepada orang-orang disekeliling anda, supaya tidak menghukum perjuangan rakyat Palestin terutamanya di Gaza itu sendiri serta jangan sekali-kali menyalahkan pemimpin rakyat Gaza itu sendiri. Jangan sekali-kali memandang enteng terhadap kebangkitan mereka. Jangan sekali-kali menghina semangat mereka. Ringankanlah beban keluarga mangsa dengan INFAQ kita kepada mereka.

Bangkitlah dari tidur kalian di sepertiga malam untuk kita memohon kekuatan bagi mereka yang sedang bangkit memperjuangkan keselamatan keluarga mereka. BerDOAlah dalam doa Qunut anda untuk keselamatan mereka sepertimana yang junjungan Rasulullah s.a.w lakukan ketika mana ramai Qurra' yang dihantar oleh Baginda untuk mengajarkan tentang Islam dibunuh oleh kaum Ri'il, Zakwan dan 'Usaiyah. Bahkan Rasulullah doa Qunut bukan pada solat Subuh sahaja, tapi solat yang lain juga terutamanya dalam solat witir......


25 Dec 2008

Lemahnya diri ini.

0 Comments

Lemahnya diri ini
Baru sikit Allah menguji
Sudah rebah tak mampu berdiri

Lemahnya diri ini
Baru saja bayu dunia menyapa pipi
Sudah melayang tak sedarkan diri

Lemahnya diri ini
Baru sekelumit keindahan wajah diberi
Sudah mula lupa diri

Lemahnya diri ini
Baru sikit kejayaan diberi
Sudah lupa siapa yang beri

Lemahnya diri ini
Baru sikit buat kebaikan
Riak dan ujub bersorak riang

Lemahnya diri ini
Bila suatu kebajikan dimulakan
Tak berdaya nak teruskan
Tiada istiqamah dalam amalan

Lemahnya diri ini
Baru diuji dengan seorang lelaki/wanita
Iman sudah bisu menyepi
Nafsu pula mengawal diri

Lemahnya diri ini
Jalan dakwah kata nak tempuhi
Baru saja melangkah kaki
Beberapa tapak sudah berhenti

Lemahnya diri ini
Nikmat anugerah Ilahi
Biar sudah tak terhitung lagi
Tapi masih lupa mensyukuri

Lemahnya diri ini
Asyik lagha dengan urusan duniawi
Tak pernah khuatir amalan diterima
Atau dipaling

Lemahnya diri ini
Bagaimana nak sahut seruan jihad?
Baru sikit dilukai
Sudah menangis meratapi

Lemahnya diri ini
Lupa matlamat lupa syari’at
Terkejar-kejar yang tak pasti
Leka dibuai syaitan terlaknat

Lemahnya diri ini
Asyik ketawa tak kering gusi
Lupa menangis mengingat MATI…



dari iluvislam.com.


.wallahua'lam.

21 Dec 2008

rahsia solat,,

1 Comments

Niat Sembahyang
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat

Berdiri Betul
Fadilatnya ketika mati dapat meluaskan tempat kita didalam kubur

Takbiratul Ihram
Fadilatnya sebagai pelita yang menerangi kita didalam kubur

Fatihah
Sebagai pakaian yang indah-indah didalam kubur

Rukuk
Sebagai tikar kita didalam kubur

I'tidal
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur

Sujud
Memagar kita ketika menyeberangi titian sirotul mustaqim

Duduk Antara Dua Sujud
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur
jadikan ia sbagai pemangkin semangat untuk kite khusyuk dalam solat....


Duduk Antara Dua Sujud (akhir)
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang masyar

Tahiyat Akhir
Sebagai penjawab bagi setiap soalan yang dikemukakan oleh mungkar dan nangkir didalam kubur

Selawat Nabi
Sebagai pendinding api neraka didalam kubur

Salam
Memelihara kita didalam kubur

Tertib
Akan pertemuan kita dengan Allah

jangan....2

4 Comments

Salam.

Sebagai renungan kepada sape2 yg slalu menggunakan perkataan2 tersebut...

perkataan 'BYE' adalah jarum sulit kristian yg brmaksud dbwh naungan pope(paderi).Dan jgn gnakn "A'KUM" krn ia brmksud "BINATANG" dlm bhs ibrani(yahudi),semekom brmksud "CELAKA AWAK".Atau apa2 la..melainkn assalamua'laikum.Gunakn "SALAM" wlaupon utk singkatan assalamua'laikum.Sma2lah kta btulkn diri dr dosa yg tdk dsengajakan.

18 Dec 2008

sakit.

0 Comments

bismillah.

ana ingin berkongsi tentang satu buku ni. titlenya : Insan, Ingatlah by Nik Abdul Aziz Nik Mat. ana tertarik dengan kandungannya yang memang sangat menyentuh. dan salah satunya mengatakan tentang mati. sakitnya mati.

tolong jangan terus scroll ke bawah. baca. insyaAllah ada manfaatnya.

Nabi Ibrahim. seorang Khalilullah yang merasakan begitu dahsyat tentang perpisahan roh dan jasad. sekalipun Allah telah memberikan layanan yang paling lunak terhadapnya. namun ternyata Nabi Ibrahim masih merasakan kesengsaraan yang amat dahsyat kerana dia merasakan seolah-olah daging dan tulang terheret bersama roh yang terpaksa keluar meninggalkan jasad atas kehendak Allah melalui Izrail. jika untuk Khalil-Nya pun demikian sakitnya. betapa kita manusia biasa. Wallahu A'lam.

diriwayatkan juga. ketika roh Nabi Musa diangkat ke langit. lalu ditanya oleh Allah. bagaimanakah keadaan ketika beliau menghadapi kematiannya. lalu Nabi Musa menjelaskan bahawa kematian yang dialaminya itu laksana seekor burung merpati yang dimasukkan ke dalam periuk yang panas, menggelepar ke sana ke mari namun kesemua sudut yang ditujunya terlalu panas dan sengsara.

seorang sahabat Nabi bernama 'Amru bin al-'Ash ketika hampir akan mati menceritakan pengalamannya menghadapi saat-saat kematian kepada anaknya. lalu 'Amru berkata : sesungguhnya di saat hampir kematianku, terasa olehku seolah-olah aku terbaring di atas sekeping kayu yang keras, dan aku dapati bahawa baki nafasku yang keluar masuk itu terlalu sukar, seolah-olah nafas itu tidak keluar dari rongga hidungku, sebaiknya keluar dari lubang jarum yang sempit. serta aku merasai kesakitan bagaikan terdapat ranting berduri di dalam tubuhku, di mana ranting berduri itu ditarik dari kaki hingga ke kepala dan diulang berkali-kali.

kemudian. 'Amru sempat memberitahu anaknya. malaikat yang bertugas mencabut nyawa itu. tapak kakinya berada di bumi tetapi kepala berada di langit. ketinggiannya setinggi mana langit. maka. sebab itu malaikat itu melihat dunia bagaikan sebesar nyiru, dan mudah untuk meneliti setiap penghuninya. malaikat itu sentiasa menjeguk sebanyak 360 kali sehari. sehingga malaikat itu arif dan sangat mengenali setiap insan. kerana terlalu kenal, menyebabkan tidak pernah berlaku kesilapan tersalah cabut nyawa orang.

sayangnya. manusia tidak menyedari bahawa wajahnya sntiasa diintai oleh malaikat sebanyak 360 kali sehari. bererti hampir setiap 3 minit malaikat menjengah wajah setiap penghuni di dunia ini. masing-masing akan menemui kematian. mati yang sering dilupakan akan datang bila-bila masa sahaja.

tengok. kan tak buang masa baca benda macam ni. ambillah manfaatnya. ^_^

wassalam.

12 Dec 2008

strategy planning

2 Comments

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum w.b.t

huu..
cuti dah nak abes..
seminggu ++ je lagi.

so.
memandangkan tahun dpan PMR
and PMR 9 subjek,
jadi ape kate kte buat strategy planning utk diri sndiri skrg.

strategy planning ni ikut msing2
ana tak pernah buat tapi bg ana macam jadual blaja.
tapi bukan yg [8 - 9 p.m : science, dll...]
tapi mcam ni contohnye:

Januari : Science f1 book 1, KHB f1 Teras..habiskan kerje kayu.
Februari : Sejarah f1, summary english..
Mac : KKS... dll

@ yg len ar..

Ape faedah buat planning nieh?

kalo dh rancang..nanti xde la rase berat sangat kan? [1]
and kene ade target hujung bulan @ minggu.. jadi..xyah la buat jadual setiap hari tdo kul 12 study ape.. tapi boleh blaja suke2 hati [2] n still, kte dapat cover tajuk2 tu byk kali [3].

maybe utk 4 bulan pertame, just banyakkan bnde yg kene bace sbb nanti last2 minute kene banyak latihan. nanti mase latih tubi xpyh bace lagi. [e.g Sejarah, Geografi, KHB]

2 bulan pas tu, buat bahase pulak, b.i, b.m, n b.a, kalau 2 bulan ade 8 minggu, satu subjek 2 minggu, yg lebih 2 minggu teruskan subjek lain.

oklah.
cbe pk, tetibe sebulan b4 PMR @ Percubaan @ Setare, kte nak study sume bnde. nak study sejarah - tetibe ingat yg lagi 8 subjek pun kene study. so, tu yg jadi stress.

kalau dh plan dari awl..
cthnye kte plan mcm ni:-

1. Sejarah : kene bace n faham n ingat n boleh ceritekan balik. highlightkan ape yg kene bace ulang2, ape yg senang. so, kene awal tahun..sbb [dhlah byk] kene byk kali bace. so target [Januari - Mac] [setare tgah tahun..jd April : buat latihan]
2. Geografi : same mcm sejarah.
3. KHB : latihan [ert kene latihan sbb soalan ulang2 je..] so bace [januari] latihan [february > PMR]
4. Science : konsep. konsep. konsep. faham dlm kelas. xboleh xfhm. so, target [belajar dalam kelas.. kuasai dlm kelas] latihan [Julai > PMR]
5. Math : spnjg tahun. belajar [dlm kelas, kuasai.] latihan [spnjg tahun]
6. BI : kenalpasti dulu mane yg lemah. then buat lah byk2 latihan. target blaja [Julai - Sept]
7. BM : same dgn BI
8. BA : bace ulang2. target [Januari - April] latihan [April - PMR]
9. PI : bace. [January - April] latihan [kat skolah.]

tapi ni cth je lah.
jadi nanti semua subjek dh cover n ade mase2 yg tertentu.

so,
kalau pun xnak blaja time cuti2 nie, rncglah utk study.
and pstikan ade plan B, takot tak jadi plan A.

.Wallahua'lam.










Usia yang meningkat..

0 Comments

Assalamu'alaykum....

Kelahiran insan baru di dunie ini mengingatkan ana kepada usia kita. Semakin lama usia kite semakin meningkat. Makin banyak perbuatan yang kite lakukan. Tapi tak semua mendatangkan pahala.

Hari ni je, sudah berape banyak dose yang kite semue dah lakukan. Tanpa kite sedar, kite sebenarnye semakin banyak mengumpul markah di bahu kiri. Mungkin ada juga yang menambahkan 'kredit' di akaun kanan. Dengan itu Alhamdulillah. Tetapi ingatlah, apabile setiap kali kite 'ter'lakukan dose, segeralah beristighfar.

Moge dengan care ini kite mampu menebus dose2 tanpe sedar itu. Selain itu, segeralah memohon keampunan dari Dia yang Maha Esa.

Dengan usie yang makin meningkat, kite juge semakin dekat ke arah kematian. Mati itu tidak dijangke. Mungkin seminit dua lagi, atau mungkin sehari due. Tiada siapa yang tahu bilakah rohnya akan dijemput menghadap Ilahi.

Ada hikmahnya Allah jadikan mati itu tidak dijangka. Jika kite tahu bile mase kematian kite, mesti kite tak akan menghargai saat dan waktu yang kite ade. Pastinye kite akan buat perkare2 yang tidak berfaedah dan hanya mendatangkan dose.

Demi menghadapi kematian yang semakin mengahampiri, dekatkanlah diri dengan Allah Azzawajalla. Hanya Allah yang mampu mengampunkan dosa2 kita. Daripada Allah kite datang, kepada Allah la kite kembali.

Selaen tu, dengan usie yang meningkat, taraf pendidikan juge meningkat. Ini bermaksud tahun depan kite mempunyai 2 batch sebagai junior. Jadilah contoh yang terbaik supaye orang akan lebih menghormati harga diri dan maruah kite.

Berikan yang terbaik dari dalam diri kite. Dengan diri kite semue yang bakal hadapi PMR, kite tunjukkan yang kite boleh memberikan yang terbaik, sebaik kemampuan kite. InsyaAllah kite juge akan mendapat yang terbaik.

Wassalam..