19 Jan 2010

inspirasi.

0 Comments

buat sesiapa yang berminat untuk menyumbang karya hasil terbitan sendiri untuk disiarkan dalam majalah INSPIRASI sekolah; bolehlah menghantarkan karya yang hebat itu kepada Ammar bin Aminuddin bagi BANIN dan Raden Qurratu Aini binti Muhammad Mun'im bagi BANAT. sebarang jenis karya amatlah dialualukan dan diterima; sama ada komik, puisi, seloka dan lainlain. penghantaran karya terbuka melalui pendrive, print out, atau email.



*serlahkan kekreatifan anda!*

18 Jan 2010

azzin:)

0 Comments

azzin addin

-------------------------------------------------------
ingat lagi siapa ni.
rindu?.
jom meng-contactcontact beliau.
yang sudah berpindah ke sekolah lain.
012-7765848
http://peace4unique.blogspot.com/
kita doakan agar beliau sentiasa di bawah naungan
rahmatNYA.
ameen.
semoga azzin terus sukses di dunia dan di akhirat serta
dapat menempuh mehnah dan tribulasi dengan sabar.
semoga beliau terus thabat dijalan da'wah ini.
ameen.

---------------------------------------------------

debatdebat.

0 Comments

Bismillahirrahmanirrahim.

Perhatian kepada pendebat Bahasa Melayu dan Inggeris,
latihan debat akan diadakan pada Isnin (18 Januari 2010) dari jam 4 sehingga jam 6 petang di kelas tingkatan 1.
Sila bawa buku log dan fail masing-masing.
Alumni BM yang akan datang: Abdullah Zubayr Aizaini
Alumni BI: Zatil Hidayah dan Nadiah Farhana



Bagi pendebat Bahasa Arab,
latihan akan diadakan pada hari Jumaat (22 Januari 2010) sehingga Sabtu (23 Januari 2010).
Latihan bermula pada jam 2.30 petang (Jumaat) sehingga 12.30 tengahari (Sabtu).
Anda semua dikehendaki untuk tidur di sekolah.
Surat rasmi akan dikeluarkan.
Alumni BA: Farah Farhana

Harap semua pendebat dapat memberi komitmen yang sebaiknya.
Semoga diganjari Allah, insyaAllah.

3 Jan 2010

betulkan niat.

0 Comments


jumjumjum.
jum semua siap sedia nak sekolah.
sekolah dah nak buka.
jum sume form 4:)
jum sume batchtigabelasian.
jum berusehe lebih keras lepas ni.
jum betulkan ape yang tak betul.
jum pecahkan rekod.
SPM 2011 menanti kite~
jum semua.
tapi sebelum apeape,
jum betulkan niat kita semua ke sekolah.
muhasabah semula diri kita semua.
cuba perbaiki jum.
usaha itu penting.
krn allah melihat usaha kita,bukan hasil kita.
jadi,jum kita berubah.
betulkan persepsi orang lain terhadap batch kita.
jum.
jum lakukan apa yang prioriti.
jum pulang ke sekolah!
form 4 hari selase ok,jangan terlebih semangat datang esuk ye:)

2 Jan 2010

jgn leka!

2 Comments

salam.. dah berhabuk nampaknya blog batch kita ni. memandangkan tiada yang nak post sesuatu, biar saya yang post. sebab saya pon bertanggung jawab untuk mengupdate blog ni. asek2 post dari zul. penat dia. huu.

ok. post ni bukan saya yang taip, fikir, atau reka. tapi seperti kerja biasa saya, saya copy n paste dari blog rakan serangkaian sekolah kita, MUSLEH. dia dari sekolah alamin gombak. sekolah tu kan dah macam adik beradik sekolah kita. mana tak nya, masa team debat SMIH berdebat, sekolah tu lah yang tolong sorakkan!. begitu juga sebaliknya. tapi malang sekali, sekolah mereka kurang aktif dalam aktiviti musleh, seperti kursus kenaikkan pangkat, PERNAS, PRINT saya x tahu.. xrek pun saya tak jumpa.

ok. berbalik kepada tajuk. jauh pulak melencong. bukan apa, blog ni walaupun ramai penulis, tapi kurang post. dah la x banyak post, sunyi pulak tu. bising cuma di Cbox, itu pon bnyk yang mengarut. takpe, batch kita kan unik?!

ok.. bacalah ye..

kita lihat anak2 muda..
melayu berstatus ISLAM
jaguh dalam fesyen..
jaguh dalam bersosial..
jaguh dalam memenuhi keraian dan pesta..
lepas kecewa apa pula?
sedih?...sedih, sedih dan sedih..

UMAT KITA TETAP LEKA!

dari sudut yang lain pula..
penulis melihat sebuah organisasi kecil berjuang..
mewakili umat ISLAM malaysia
selama 2 tahun..bergerak ke sana sini..
menyampaikan kertas kerja kepada badan kerajaan dan NGO
mengingatkan ttg gerakan KRISTIAN..
semakin berani..
melalui gerakan tersusun..
mengambil peluang atas kelekaan umat..
merebut penggunaan kalimah ALLAH dlm urusan agama mereka..
bila berita ini tersebar..

UMAT TETAP LEKA!
KERAJAAN TETAP LEKA!

rujuk semula tajuk..
marah?..
selepas itu?
hasil kelekaan umat...

HERALD (organisasi media cetak kristian) SUDAH BERJAYA MENDAPAT LESEN PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH

ada pihak bertanya..
apa yang nak dikecohkan?
apa yang nak direbutkan tentang penggunaan kalimah ini?
kaki penulis terangkat (involuntary movement)
sebuah penyepak hampir mendarat di ubun2 mereka..
barangkali juga tepat di perut, muka dan leher mereka

suatu hari nanti..
anda berjalan-jalan di negara kita..
anda ternampak papan tanda berbunyi
"come to me, i shall give you salvation- jesus son of ALLAH"
anda pelik seketika..
papan itu pula berdiri megah di sebuah katedral yang diberi nama
"baitullah st.xavier"
kitab yang digunakan pula diberi nama AL-KITAB

mahukah kita semua ini berlaku di MALAYSIA?
fenomena ini sedang dalam proses untuk berlaku..
sistem perundangan sudah pun membuka laluan tersebut..

UMAT TETAP LEKA!
bersambung dlm part 2

31 Dec 2009

jum reramai:)

0 Comments

Sempena sesi persekolahan yang akan bermula pada 4 Januari 2010, pihak PIBG SMIH menganjurkan hari Gotong Royong Perdana pada hari Sabtu, 2 Januari 2010, jam 8.30 pagi12.30 tengahari. Pihak PIBG SMIH dan pengurusan SMIH menjemput semua ibu bapa, guru dan pelajar untuk hadir pada hari tersebut bagi bersama-sama membersihkan dan menceriakan kawasan sekolah. Kehadiran anda semua amat diharapkan.
hingga

24 Dec 2009

sorry.

1 Comments

salam alaik.
kami warga batchtigabelas.memohon maaf kepada semua warga hidayah,
kerana kami tidak berjaya mendapatkan keputusan seperti yg ditarget.
jutaan maaf terutamanya Ustazah Kamaliah,guru PK,Ustazah Siti Hajar,Ustazah Junita, serta guruguru yang mengajar kami semua
kami memohon jutaan maaf kerana tidak berjaya mencapai target yang telah ditetapkan.

kami sudah belajar,kami sudah mengulang kaji,kamu sudah melakukan yang terbaik yang kami mampu,kami juga telah melakukan usaha yang semaksima mungkin,tetapi Allah yang menentukanya.
kami memohon maaf.

kepada Batchtigabelas.PMR bukan segalnya.jangan terlalu sedeh dgn keputusan kali ini.masih ade dua tahun utk kite berada di Bumi Hidayah ini.yuk,kita gunakan masa yang ade ni.untuk membuktikan pada semua batch kita boleh.ameen.SPM 2011 menanti ita semua.yuk.semoga allag melihat usehe-usehe yang kita lakukan bersama.ameen

tahniah buat semua yg mendapat yg baikbaik.yg kurang baik,la tahzan.Allah tahu ape yg terbaek untuk kita semua.
jangan berputus asa dalam belajar.teruskan perjuangan kita dalam menuntut ilmu dan menyampaikan dakwah.semoga kita semua thabat dalam jalan ini.ameen

mohon maaf semua.

wassalam.

23 Dec 2009

ameen.

0 Comments



*jum doa reramai jum:)*


“Ya Allah, kami BATCH 13 memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan kami memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan kami memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan kami tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan kami tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan untuk mendapat keputusan PMR 9A dan GPK 1.30 adalah baik bagi kami pada agama kami, kehidupan kami dan kesudahan urusan kami sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagi kami dan permudahkanlah serta berkatlah bagi kami padanya dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan untuk mendapat keputusan PMR 9A dan GPK 1.30 mendatangkan keburukan bagi kami pada agama kami, kehidupan kami dan kesudahan urusan kami sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah kami daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untuk kami dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah kami dengannya”.

________________________________________________________

keputusan pmr 2009
tarikh: 24 disember.
tempat:smihjb
jam:pukul 10.00 pagi
pakaian: pakaian seragam sekolah

_________________________________________________________