11 Jan 2009

Israel laknatullah tingkatkan serangan

0 Comments



assalamualaikum..

ermm.. tgk post ni pon korg dh taw kn xde kne mengena ngan batch.. hoho..~ tpi ana mahu cerite la siket
isu semase dkt palestin.. sape yg nk bace boleh bace.. sape yg nk prihatinbce lar.. tp, ana petik ni dri surat khabar
berite harian lar.. huhu..~

masuk ni korg pon thu kn dh minggu ketige Israel laknatullah dgn pejuang hamas bertarung di palestine.. tpi pembunuhan
tidak henti2.. tp, siap bertambah lg para mujahid dan mujahadah yg telah terkorban.. sape yg gi ceramah palestin
yg ade kt sekolah smlm taw lar ape yg berlaku skrg dgn lbih detail.. hoho..~

skrg ni dh masok angke 8oo lbih silap2 dh 9oo org2 palestin dh dibunuh.. pertempuran smlm ke ari ni ade 9 org yg kne tembak dgn kereta kebal di utara gaza ketike dok kt luar umah.. klo kite kt luar umah siap ley shopping2 lg.. kt situ, dok luar kne bunuh dok
dlm pon kne bunuh. ape cte an.. kt tmpt len pon ade sorg prempuan kne bunuh kt selatan paletine dgn serangan udare israel..

pastu, ley lg kn ketenteraan mesir btaw kerajaan israel satu terowong yg hamas buat dh dikantoikannye.. w/pon kite tgk
satu dalam 75o terowong.. nmpk siket je.. tpi, klo kte tgk btol2 lame2 ley jjdi bukit.. pastu, yg btaw nye pon ketenteraan mesir..
kte ssame Islam kne lah saleng bantu-membantu kn.. yg mase ana tgk dlm surat khabar terowong tu siap ade lembu yg mahu dibawe dlm palestin.. tpi, yg terkejotnye masih hidup lg lembu tu..

nilar kekuasaan Allah.. hamas dpt wat anggaran dlm 75o terowong bwh tnh yg xdpt diketahui israel laknatullah.. siap ley seludup
mcm2 senjate dan binatang sbsr2 lembu pon boleh bawa masok lg.. nk wat bom dan roket berpandu pon ley wat tanpe pengetahuan
israel.. kt sini kte ley amek lar mcm2 iktibar.. pastu, ana ade tgk gamba org palestine nek moto sambil bawa mayat ..
satu motor tu nek tge org mcm bsr abg2 kte ar.. dlm 19-20 thn ke kurg drpd tu.. bwak mayat yg kne serangai israel..
mungkin utk bwak ke hospital..ade jgak ana tgk gamba lelaki palestin bwak mayat budak kecil yg berlumuran darah ke hospital..
darah de xagak byk .. tpi, tular budak2 yg akan menghiasi syurge di akhirat nnt..

klo kt malaysia nek motor utk gi jln2 ke.. utk REMPIT ke kn.. yg ni utk bwak mayat ke hospital ...yg ana suke pejuang hamas tlh buat serangan roket de dan kne dwe org israel laknatullah.. takbir!! Allahuakbar.. insyaAllah lps ni mken byk tentera2 israel yg
kne bunuh dgn pejuang hamas yg tlh terpilih oleh Allah utk mempertahankan bumi palestin..

marilah kite same2 berdoa supaye palsetine dan masjidil aqsa serta ngare2 Islam yg len selamat dri serangan israel
laknatullah.. kalau ade yg qiamullail utk solat hajat lg bgs.. kite disini hanya mampu berdoa kesejahteraan dan keselamatan
saudara2 kita disana... hoho.. bce lar surat khabar ttg palestin ke ape2.. utk meningkat pengetahuan kte psl saudare2 kte di palestine,. maaf kalau post ni agak keterlaluan..
dan kalau patut didelete btaw lar.. ana ni bru first time post entry kt sini.. kalau agak politik ana padam lar.. http://www.bharian.com.my.. bharian online.. click link hijau tu..~
doa utk palestin: ya Allah, kau tetapkanlah iman saudara2 seagamaku di palestine, kau semarakkanlah jihad mereka, kau tiupkanlah kekuatan rohani dan fizikal ke dalam diri mereka...

:ya Allah, bantulah mereka menjalani kehidupan mereka, bantulah
mereka dalam memenangi peperangan ini, sesungguhnya ya Allah, mereka berjuang demi agama Islam, bangsa, negara, dan juga maruah mereka ya Allah..

: ya Allah, kau lindungilah anak2 mereka, para wanita mereka, agar selamat, supaya di hati mereka yang bergelar pejuang itu, tiada gentar, tiada risau, dan tenang selalu..

: ya Allah, kau prtajamkanlah sasaran peluru mereka, agar padu menembusi tubuh orang2 yahudi laknat itu, kerana mereka itu cuba untuk merosakkan kebenaran agama-mu ya Allah.. amin~ ya robbal alamin.. takbir!! Allahuakbar..!

p/s: doa dipetik dari blog ni.. click link coklat tu..~

baitul maqdis

2 Comments

Assalamualaikum w.b.t





semoga dapat pengajaran @ inspirasi @ semangat dari video ni..

Sekarang pun rakyat palestine tengah berjuang di Gaza. Dah 800+ orang mati dan 1500++ cedera.

Info pasal Gaza diserang :

> Israel mula serang pada 27 Disember 2008 dan sehingga sekarang belum lagi tamat. Tapi serangan makin diperhebat dan hampir 300 serangan dah.
> Israel menganggap mereka sudah berbelas kasihan pada rakyat Palestine dengan mengumumkan akan mengurangkan serangan selama 3 jam setiap hari. > menunjukkan secara tak langsung yang mereka serang 24 jam.
> AS adalah tulang belakang Zionis Israel ni. Tambahan pula kedua-dua presiden tidak dapat berkata apa-apa kerana Barack Obama hanya akan naik ke kerusi Presiden secara rasmi pada 20 Januari. Sikap konon-konon 'membisu' AS seolah-olah digunakan oleh Israel.
> Israel tidak membenarkan media menggembar gemburkan tentang kematian askar2 mereka yang mungkin sudah lebih ramai kerana malu.

Jadi sekarang kita kene Doa' dan Solat Hajat.

Boycott produk yang menyokong Israel!
Paling senang : Ingat McD ingat Israel Laknatullah.
Makanlah Burger King @ KFC, tapi bukan McD.
McD macam penyokong Israel yang tlalu sokong.


.Wallahua'lam.


31 Dec 2008

lembaran baru..

0 Comments

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t.

Firstly,
Selamat tahun baru..Hijriah n masihi..

so..

beberapa pertanyaan..tak payah jawab, jawab sendiri je..

Apa yang kita dah buat dalam tahun 1429/2008 ni?

Apa yang kita tak buat lagi dalam tahun 1429/2008 ni?

Apa yang kita nak ubah untuk tahun 1430/2009?

Apa yang kita nak tambah untuk tahun 1430/2009?

Apa yang nak dicapai?

Apa yang nak dah dicapai bila dah Awal Muharram 1431 n 1 Januari 2010?
Setahun tu pendek. Makin lama makin pendek.
So, penuhilah dengan at least satu perkara yang makin positif dari tahun ni.

Hmm..buka lembaran baru, tapi jangan lupa habiskan ayat yang tergantung kat mukasurat tu.. jangan sampai cerita hidup kita jadi tak lengkap and dikesali satu hari nanti.

Jangan belok di mana2 simpang utk shortcut, kalau xpasti lagi jalan yang lurus kat mana...

Wallahua'lam

29 Dec 2008

palestin kita!!

0 Comments


Assalamu'alaikum wrhmtllh wbrkth kepada semua Muslimin yang membaca blog ini..

Sungguh penulisan kali ini menyeru kepada para pembaca sekalian agar tidak sekali-kali menutup mata dan telinga anda tentang berita yang tergempar pada 27hb Disember 2008.

Ketika 2008 sedang berlabuh tirainya menutup pelbagai kisah di 2008, kini timbul semula berita yang sangat menggemparkan seluruh umat Islam. Gaza diserang!!! Lebih 300 jiwa Muslim terbunuh dalam satu hari!!!!!




Bukalah sumber-sumber berita yang ada di dunia ini, semuanya menyampaikan berita yang sama. Suatu bentuk pembunuhan yang sangat ketara. Kekejaman yang tidak dapat ditutup lagi seperti sebelumnya. Sehinggakan ada diantara "orang kita" yang menyalahkan Hamas itu sendiri kerana atas tafsiran sendiri.

Mungkin kita tidak dapat membantu secara langsung, tapi ingin saya seru kepada semua agar tidak lupa untuk berdoa kepada Allah moga memberi kekuatan kepada keluarga mangsa serta penduduk Gaza akan terus tetap dalam jalan perjuangan mereka mencapai KEMERDEKAAN.

Saya juga menyeru kepada para pembaca sekalian agar mengajak dan menerangkan kepada orang-orang disekeliling anda, supaya tidak menghukum perjuangan rakyat Palestin terutamanya di Gaza itu sendiri serta jangan sekali-kali menyalahkan pemimpin rakyat Gaza itu sendiri. Jangan sekali-kali memandang enteng terhadap kebangkitan mereka. Jangan sekali-kali menghina semangat mereka. Ringankanlah beban keluarga mangsa dengan INFAQ kita kepada mereka.

Bangkitlah dari tidur kalian di sepertiga malam untuk kita memohon kekuatan bagi mereka yang sedang bangkit memperjuangkan keselamatan keluarga mereka. BerDOAlah dalam doa Qunut anda untuk keselamatan mereka sepertimana yang junjungan Rasulullah s.a.w lakukan ketika mana ramai Qurra' yang dihantar oleh Baginda untuk mengajarkan tentang Islam dibunuh oleh kaum Ri'il, Zakwan dan 'Usaiyah. Bahkan Rasulullah doa Qunut bukan pada solat Subuh sahaja, tapi solat yang lain juga terutamanya dalam solat witir......


25 Dec 2008

Lemahnya diri ini.

0 Comments

Lemahnya diri ini
Baru sikit Allah menguji
Sudah rebah tak mampu berdiri

Lemahnya diri ini
Baru saja bayu dunia menyapa pipi
Sudah melayang tak sedarkan diri

Lemahnya diri ini
Baru sekelumit keindahan wajah diberi
Sudah mula lupa diri

Lemahnya diri ini
Baru sikit kejayaan diberi
Sudah lupa siapa yang beri

Lemahnya diri ini
Baru sikit buat kebaikan
Riak dan ujub bersorak riang

Lemahnya diri ini
Bila suatu kebajikan dimulakan
Tak berdaya nak teruskan
Tiada istiqamah dalam amalan

Lemahnya diri ini
Baru diuji dengan seorang lelaki/wanita
Iman sudah bisu menyepi
Nafsu pula mengawal diri

Lemahnya diri ini
Jalan dakwah kata nak tempuhi
Baru saja melangkah kaki
Beberapa tapak sudah berhenti

Lemahnya diri ini
Nikmat anugerah Ilahi
Biar sudah tak terhitung lagi
Tapi masih lupa mensyukuri

Lemahnya diri ini
Asyik lagha dengan urusan duniawi
Tak pernah khuatir amalan diterima
Atau dipaling

Lemahnya diri ini
Bagaimana nak sahut seruan jihad?
Baru sikit dilukai
Sudah menangis meratapi

Lemahnya diri ini
Lupa matlamat lupa syari’at
Terkejar-kejar yang tak pasti
Leka dibuai syaitan terlaknat

Lemahnya diri ini
Asyik ketawa tak kering gusi
Lupa menangis mengingat MATI…



dari iluvislam.com.


.wallahua'lam.

21 Dec 2008

rahsia solat,,

1 Comments

Niat Sembahyang
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat

Berdiri Betul
Fadilatnya ketika mati dapat meluaskan tempat kita didalam kubur

Takbiratul Ihram
Fadilatnya sebagai pelita yang menerangi kita didalam kubur

Fatihah
Sebagai pakaian yang indah-indah didalam kubur

Rukuk
Sebagai tikar kita didalam kubur

I'tidal
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur

Sujud
Memagar kita ketika menyeberangi titian sirotul mustaqim

Duduk Antara Dua Sujud
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur
jadikan ia sbagai pemangkin semangat untuk kite khusyuk dalam solat....


Duduk Antara Dua Sujud (akhir)
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang masyar

Tahiyat Akhir
Sebagai penjawab bagi setiap soalan yang dikemukakan oleh mungkar dan nangkir didalam kubur

Selawat Nabi
Sebagai pendinding api neraka didalam kubur

Salam
Memelihara kita didalam kubur

Tertib
Akan pertemuan kita dengan Allah

jangan....2

4 Comments

Salam.

Sebagai renungan kepada sape2 yg slalu menggunakan perkataan2 tersebut...

perkataan 'BYE' adalah jarum sulit kristian yg brmaksud dbwh naungan pope(paderi).Dan jgn gnakn "A'KUM" krn ia brmksud "BINATANG" dlm bhs ibrani(yahudi),semekom brmksud "CELAKA AWAK".Atau apa2 la..melainkn assalamua'laikum.Gunakn "SALAM" wlaupon utk singkatan assalamua'laikum.Sma2lah kta btulkn diri dr dosa yg tdk dsengajakan.

18 Dec 2008

sakit.

0 Comments

bismillah.

ana ingin berkongsi tentang satu buku ni. titlenya : Insan, Ingatlah by Nik Abdul Aziz Nik Mat. ana tertarik dengan kandungannya yang memang sangat menyentuh. dan salah satunya mengatakan tentang mati. sakitnya mati.

tolong jangan terus scroll ke bawah. baca. insyaAllah ada manfaatnya.

Nabi Ibrahim. seorang Khalilullah yang merasakan begitu dahsyat tentang perpisahan roh dan jasad. sekalipun Allah telah memberikan layanan yang paling lunak terhadapnya. namun ternyata Nabi Ibrahim masih merasakan kesengsaraan yang amat dahsyat kerana dia merasakan seolah-olah daging dan tulang terheret bersama roh yang terpaksa keluar meninggalkan jasad atas kehendak Allah melalui Izrail. jika untuk Khalil-Nya pun demikian sakitnya. betapa kita manusia biasa. Wallahu A'lam.

diriwayatkan juga. ketika roh Nabi Musa diangkat ke langit. lalu ditanya oleh Allah. bagaimanakah keadaan ketika beliau menghadapi kematiannya. lalu Nabi Musa menjelaskan bahawa kematian yang dialaminya itu laksana seekor burung merpati yang dimasukkan ke dalam periuk yang panas, menggelepar ke sana ke mari namun kesemua sudut yang ditujunya terlalu panas dan sengsara.

seorang sahabat Nabi bernama 'Amru bin al-'Ash ketika hampir akan mati menceritakan pengalamannya menghadapi saat-saat kematian kepada anaknya. lalu 'Amru berkata : sesungguhnya di saat hampir kematianku, terasa olehku seolah-olah aku terbaring di atas sekeping kayu yang keras, dan aku dapati bahawa baki nafasku yang keluar masuk itu terlalu sukar, seolah-olah nafas itu tidak keluar dari rongga hidungku, sebaiknya keluar dari lubang jarum yang sempit. serta aku merasai kesakitan bagaikan terdapat ranting berduri di dalam tubuhku, di mana ranting berduri itu ditarik dari kaki hingga ke kepala dan diulang berkali-kali.

kemudian. 'Amru sempat memberitahu anaknya. malaikat yang bertugas mencabut nyawa itu. tapak kakinya berada di bumi tetapi kepala berada di langit. ketinggiannya setinggi mana langit. maka. sebab itu malaikat itu melihat dunia bagaikan sebesar nyiru, dan mudah untuk meneliti setiap penghuninya. malaikat itu sentiasa menjeguk sebanyak 360 kali sehari. sehingga malaikat itu arif dan sangat mengenali setiap insan. kerana terlalu kenal, menyebabkan tidak pernah berlaku kesilapan tersalah cabut nyawa orang.

sayangnya. manusia tidak menyedari bahawa wajahnya sntiasa diintai oleh malaikat sebanyak 360 kali sehari. bererti hampir setiap 3 minit malaikat menjengah wajah setiap penghuni di dunia ini. masing-masing akan menemui kematian. mati yang sering dilupakan akan datang bila-bila masa sahaja.

tengok. kan tak buang masa baca benda macam ni. ambillah manfaatnya. ^_^

wassalam.